Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT JALAN 2010, APA KHABAR 2011

Tahun 2010 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan pahit dan manis. Yang manis jadikan pengajaran dan yang pahit jadikan sempadan. Kedua-duanya mesti kekal dalam ingatan sebagai panduan menempuh hari depan yang pasti lebih mencabar dan memerlukan kekuatan jati diri untuk mengharunginya.

Di pentas antarabangsa sudah tentu penganjuran Piala Dunia 2010 Afrika Selatan menjadi sejarah dalam hidup kita. Buat pertama kali negara benua Afrika menjadi tuan rumah dan juara baru telah menggenggam Piala Dunia iaitu Sepanyol. Tahun 2010 juga telah memuktamadkan tuan rumah Piala Dunia 2018 (Russia) dan 2022 (Qatar) dalam undian FIFA baru-baru ini.

Malaysia melalui skuad 'Harimau Malaya' akhirnya berjaya menjuara AFF Suzuki Cup 2010 sejak kejohanan (sebelum ini dikenali sebagai Tiger Cup) ini dimulakan dalam tahun 1996. Apa yang pasti kejayaan mereka dicapai melalui 'formula aneh' iaitu mengharamkan pemain import dalam liga tempatan.

Sementara dalam negara pula masih 'bergelora'. BAFA masih digantung keahlian oleh FIFA sementara nampaknya pintu untuk FFBD tertutup rapat untuk menjadi 'anak baru' badan induk bolasepak dunia itu. Soalnya sampai bila? Kita berdoa semoga kamelut ini akan berakhir dalam tahun 2011 ini agar segala kegiatan bolasepak berjalan seperti biasa tanpa keraguan.

Kepada penggiat atau aktivis bolasepak di Brunei Darussalam, berbuat baiklah untuk kemajuan bolasepak. Jangan melakukan kerja yang boleh mematikan bolasepak. Ketepikan perbezaan antara kita, berganding bahu, berpimpin tangan dan bertegur-sapalah seperti sebelumnya. Sesungguhnya bolasepak Brunei DS tidak mampu lagi untuk terus dalam keadaan seperti ini, 'hidup segan mati tak mahu'.

Prof: Mungkin kita menang, tapi bolasepak kita kalah. Mahukah meneruskan ego kita?

Khamis, 30 Disember 2010

AKHIRNYA M'SIA RAJA ASIA TENGGARA

Penantian 14 tahun untuk bergelar 'Raja Asia Tenggara' akhir berjaya dikecapi oleh Malaysia apabila berjaya menewaskan musuh tradisi Indonesia dengan jaringan agrigate 4-2 (menang 3-0 di Kuala Lumpur dan tewas 1-2 di Jakarta). Dalam edisi pertama kejohanan itu Malaysia tewas tipis 1-0 kepada Thailand pada tahun 1996 di Stadium Nasional, Singapura.

Lebih manis lagi kali ini, penyerang skuad 'Harimau Malaya' iaitu Mohd Safee Sali muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol dan seterusnya menerima Anugerah Kasut Emas AFF Suzuki Cup 2010. Tiga dari gol-gol Safee dijaringkan dalam perlawanan akhir iaitu 2 gol dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur dan 1 gol malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Istora Senayan, Jakarta.

Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini, pertembungan antara Malaysia dan Indonesia juga merupakan satu menifestasi dua konsep liga negara masing-masing. Liga Malaysia tidak memiliki pemain-pemain import sejak tiga musim lalu manakala Liga Indonesia pula adalah liga yang paling ramai pemain import (sesebuah kelab boleh menyenaraikan 5 orang pemain import dalam kesebelasan utama).

Akhirnya, Liga Malaysia membuktikan mereka lebih berjaya. Formula melawan arus ini pada mulanya mendapat tentangan dan pandangan sini dari pelbagai pihak. Ramai menganggap FAM mengambil langkah ke belakang. Tetapi FAM mempunyai alasan mereka sendiri. Sudah pasti FAM telah menjalankan kajian terpeinci sebelum mengambil keputusan tersebut. Yang pasti 'playing time' yang maksima yang diperolehi oleh pemain-pemain mereka membuahkan hasil berbanding peluang bermain yang terhad jika terdapat pemain-pemain import. Saya kira langkah FAM tersebut menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan mereka malam tadi.

Selain itu jawapan yang sebenar adalah 'pembangunan berterusan'. Rata-rata skuad 'Harimau Malaya' ini dibarisi oleh pemain-pemain berusia 20 ke 24 tahun dan sebahagian besar daripada mereka adalah dari skuad 'Harimau Muda' yang dibimbing oleh jurulatihnya K. Rajagopal sejak lebih 5 tahun lalu. Perlu diingat skuad tersebutlah yang bertanding dalam dua edisi Hassanal Bolkiah Trophy dalam usia 17 & 19 tahun (HBT dikhususkan untuk pemain-pemain berusia bawah 21 tahun).

Kini pemain-pemain tersebut adalah pemain skuad senior. FAM telah mewujudkan dua buah pasukan 'Harimau Muda' yang dihantar utuk menyertai latihan berpanjangan di luar negara. Nampaknya FAM berjaya dalam projek pembangunan mereka untuk menjadi jaguh serantau, cuma saya ingin melihat bagaimana bentuk rupa projek pembangunan untuk menjadi jaguh Asia pula dan mungkin melihat beberapa pemain Malaysia atau dari rantau Asia Tenggara ini beraksi di liga-liga Eropah.

Bagaimana dengan Brunei DS? Tepuk dada tanya selera.

Prof: Tanya FAM berapa jumlah wang yang telah dilaburkan? Sudah pasti bukan dengan budget $80 ribu setahun.

Isnin, 27 Disember 2010

FINAL SUZUKI CUP 2010 - M'SIA BERBEKAL 3 GOL KE JAKARTA

Malaysia, walaupun berbekal 3 gol hasil kemenangan 3-0 mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir pertama AFF Suzuki Cup 2010, tidak boleh merasa selesa dan beranggap seolah-olah sudah menjuarai piala yang belum pernah mereka menangi itu. Dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku. Jangan lupa, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia di Istora Senayan dalam perlawanan peringkat kumpulan lalu.

Secara matematik kita melihat kelebihan 3 gol itu nampak selesa. Akan tetapi perlawanan masih ada 90 minit. Jika mengikut matematik juga Indonesia masih mampu untuk menjaringkan lebih dari 3 gol untuk mencapai kemenangan di laman sendiri. Apapun, kesemuanya terpulang kepada pemain-pemain kedua pasukan dalam perlawanan akhir pusingan kedua nanti yang akan berlangsung pada 29 Disember 2010 (Rabu).
Apa saja keputusan di akhir perlawanan itu nanti, sebuah pasukan baru akan menjuarai Suzuki Cup kerana Malaysia dan Indonesia masih belum pernah mengecapi kejayaan manis dalam kejohanan dwi-tahunan itu. Sebelum ini hanya Thailand, Singapura dan Vietnam yang pernah mengecapi kejayaan manis itu.

Satu lagi fakta yang menarik mengenai perlawanan akhir ini ialah pertembungan antara dua liga yang bertentangan konsep. M League tidak mempunyai walau seorang pemain import manakala Liga Indonesia pula dibanjiri oleh ramai pemain-pemain import. Langkah Malaysia dilihat sebagai tindakan menongkah arus kerana kesemua liga professional di serata dunia membenarkan kelab/pasukan mereka memiliki pemain import. Berlainan dengan Malaysia yang mengharamkan kelibat pemain import sejak 3 tahun yang lalu.

Buat masa ini nampaknya keputusan memihak kepada Malaysia kerana sejak larangan tersebut pasukan Malaysia agak berjaya di persada antarabangsa. Antaranya ialah memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan memasuki pusingan kedua Sukan Asia Guanghzou 2010 disamping skuad bawah 21 tahun menewaskan Korea Selatan 1-0 serta turut beraksi baik dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

Jika dilihat dari corak persembahan pemain-pemain Malaysia memang tidak ketinggalan malah berada ditahap agak tinggi berbanding musuh-musuh tradisi mereka termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam. Situasi ini amat menarik dan ingin dilihat dengan lebih teliti dan mendalam lagi.

Prof: Pada peringkat awal saya sendiri amat skeptikal atas keputusan FAM mengharamkan pemain import. Nampaknya saya terpaksa 'berkampung' di Wisma FAM seperti tahun-tahun 80'an dulu.

Jumaat, 24 Disember 2010

BOLASEPAK BRUNEI PERLU 'ROAD MAP' BARU

Sudah dua tahun bolasepak Brunei DS 'padam' dari peta bolasepak dunia sejak BAFA digantung keahlian oleh badan induk bolasepak dunia FIFA. Walaupun wujud sebuah persatuan kebangsaan yang baru menggantikan BAFA iaitu FFBD akan tetapi nampaknya FIFA tidak 'berminat' untuk mengiktirafnya kerana menganggap kewujudan FFBD tidak mengikut cara yang diinginkan FIFA.

Sementara di dalam negara, BAFA telah dibatalkan pendaftarannya kerana melanggar peraturan dan undang-undang negara. Maka bolasepak Brunei DS mula memasuki 'terowong gelap' yang tidak tahu di mana penghujungnya. 'Cahaya di penghujung terowong' tidak kunjung tiba. Pelbagai penyertaan pihak-pihak tertentu dalam sukan bolasepak dari Brunei DS di peringkat antarabangsa, waima penganjuran sukan tersebut di dalam negara juga turut terjejas akibat penggantungan oleh FIFA terhadap BAFA.

Beberapa kejohanan peringkat umur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Asia serta program-program sukan peringkat kementerian dan jabatan kerajaan juga terpaksa dibatalkan. Ini bermakna, mana-mana kelab atau persatuan yang ada hubungkait dengan persatuan bolasepak kebangsaan negara masing-masing akan menjauhkan diri dari apa saja penyertaan atau kegiatan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di Brunei DS. Ini adalah sisi gelap dan sejarah hitam bagi bolasepak Brunei DS!

Situasi menjadi seolah-olah seperti 'tarik-tali' antara mereka. FFBD tidak akan diiktiraf oleh FIFA (buat masa ini) dan BAFA pula tidak dapat hidup kembali. Soalnya, sampai bila? Tidakkah ada jalan penyelesaian? Jawapannya, masalah ini perlu formula atau 'road map'.

Bagi pandangan saya, suka mencadangkan langkah-langkah berikut;

1. Kepada bekas ahli-ahli jawatankuasa BAFA (atau mereka yang bersimpati dengan mereka) melupakan terus hasrat untuk menghidupkan kembali BAFA.

2. FFBD secara sukarela dibubarkan oleh ahlijawatankuasa tadbirnya. (Antara lain tujuan FFBD ditubuhkan adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BAFA bagi mengungkayahkan pelbagai aktiviti bolasepak di negara ini. Dan rasanya tidak mustahil untuk membubarkan FFBD dan memberi peluang kepada pertubuhan baru didaftarkan).

3. Sebuah persatuan/pertubuhan/badan induk baru hendaklah ditubuhkan oleh pihak ketiga yang natural atau dalam ertikata lain oleh pihak yang terlibat dalam sukan bolasepak iaitu kelab-kelab yang berdaftar secara sah atau pihak yang berkepentingan (stake holders) dan pertubuhan-pertubuhan bolasepak daerah-daerah.

Hanya dengan cara ini (atau mungkin sedikit perubahan dari cara di atas) rasanya kamelut bolasepak Brunei DS dapat diatasi sekaligus meletakkan kita kembali ke landasan yang betul untuk membangun sukan bolasepak yang kita cintai. Akan tetapi kesemua pihak hendaklah meletakkan kemajuan bolasepak mengatasi kepentingan peribadi dalam hal ini. Jika tidak, apapun tidak akan tercapai.

Bagi bekas-bekas AJK BAFA, padamkanlah jika ada sekelumit hasrat untuk 'melahirkan' kembali persatuan itu. Anda telah diberi peluang sejak puluhan tahun dan kini tiba giliran generasi baru atau 'new blood' untuk menerajui kepimpinan bolasepak Brunei DS. Jangan bermusuhan, berpimpin tanganlah sesama kita menuju ke era yang lebih gemilang. Orang baru perlu juga bantuan dan teguran orang lama.

Kepada FFBD, berkorbanlah demi kemajuan bolasepak negara. Tiada siapa dapat menyangkal inisiatif yang telah dimainkan oleh FFBD sejak penubuhannya hingga kini akan tetapi menilai dari situasi semasa FIFA nampaknya tidak akan memberi peluang kepada FFBD. (Sesiapa yang menyumbang kepada pandangan FIFA terhadap FFBD sedemikian rupa akan menerima natijahnya di hari kemudian).

Dan untuk pihak ketiga (stake holders) yang selayaknya untuk menubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang baru hendaklah juga meletakkan kemajuan bolasepak mengatasi kepentingan peribadi. Pilihlah mereka yang benar-benar layak, berwibawa, berkebolehan dan yang penting individu-individu yang dipilih nanti mestilah dapat 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' di arena antarabangsa tatkala mewakili negara pelbagai seminar, simposium, bengkel, kursus, kongres atau apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh badan-badan induk seperti AFF, AFC dan FIFA.

Jika diri sendiri merasakan tidak mampu untuk menyumbang di peringkat antarabangsa maka cukuplah dengan membantu menubuhkan persatuan baru tersebut dan menumpukan sumbangan bakti dalam negara sahaja sambil mempertingkatkan kemajuan diri dalam pelbagai aspek seperti kemahiran berkomunikasi, keterampilan dan daya kepimpinan. Mungkin beberapa tahun mendatang tiba giliran anda untuk berinteraksi di peringkat antarabangsa pula.

Namun jika masing-masing masih enggan meletakkan kepentingan bolasepak mengatasi kepentingan peribadi maka sampai bila-bilalah bolasepak Brunei DS berada dalam 'terowong gelap'. Buangkanlah ego anda. Pandanglah wajah kanak-kanak yang turun bermain bolasepak setiap kali hari cuti. Di wajah mereka hanya ingin bermain bolasepak, sukan yang diminatinya. Sanggupkah kita 'memadamkan' wajah ceria mereka?

Ingatlah juga pengorbanan ibu-bapa yang memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak yang ingin bermain bolasepak. Jangan jadikan pengorbanan mereka itu satu pengorbanan yang sia-sia. Fikirkan berapa ratus ringgit dihabiskan oleh mereka untuk membeli keperluan anak-anak untuk bolasepak. Masa mereka untuk keluarga di hujung minggu juga terpaksa dikorbankan demi memberi peluang kepada anak-anak yang ingin bermain bolasepak.

Sanggupkan kita mengkesampingkan curahan wang ringgit pihak-pihak yang menaja atau memberi sumbangan menubuhkan akademi-akademi bolasepak? Apakah hanya kerana kepuasan dan ego peribadi kita mengorbankan masa depan dan wang ringgit mereka? Jika kita seorang yang realistik maka kita akan melakukan sesuatu yang positif.

Prof: Sebenarnya sudah letih atau ngalih untuk bercakap hal ini. Namun tanggungjawab sebagai penulis terpaksa juga digagahi. Mudah-mudahan 'ada sinar di hujung terowong'.

Isnin, 20 Disember 2010

FINAL SUZUKI CUP 2010, M'SIA LWN INDON


Malaysia dan Indonesia akan bertemu sekali lagi dalam kempen AFF Suzuki Cup 2010 ini apabila masing-masing menewaskan lawan mereka dalam pusingan separuh akhir. Malaysia lebih awal melangkah apabila menjinakkan juara edisi lalu Vietnam dan Indonesia pula menang ke atas pasukan yang paling bergaya dan mengejutkan iaitu Filipina. Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan itu Indonesia membelasah Malaysia 5-1.

Dalam bolasepak apa saja boleh berlaku. Semuanya memungkinkan dan penuh drama. Sama seperti Piala Dunia 2010, edisi AFF Suzuki Cup 2010 akan melahirkan juara baru. Pemenang-pemenang sebelum ini adalah Thailand, Singapura dan Vietnam. Sama-samalah kita saksikan negara manakah lebih unggul nanti.

Final akan dilangsungkan dalam dua perlawanan home/away antara kedua buah pasukan. Jadualnya adalah seperti berikut;

26 Dis 2010 / Ahad / 8 malam
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

29 Dis 2010 / Rabu / 8 malam
Stadium Gelora Bung Karno, Istora Senayan, Jakarta

Prof: Apapun alasan disebalik kebangkitan Filipina, negara tersebut telah berjaya memartabatkan bolasepak mengikut cara mereka. Kita di Brunei DS bagaimana?

Sabtu, 18 Disember 2010

FANCENSUS EPL 2010 BY FFT

Berikut adalah sebahagian dari 'Fancensus Result' yang telah dilakukan oleh majalah bolasepak terkemuka Four Four Two khusus kepada para peminat EPL yang merangkumi pelbagai aspek dan mungkin sebahagian dari keputusan itu dapat menjadi pelajaran berguna kepada kita dalam sama-sama berusaha membangun bolasepak Brunei DS khususnya.

Which comes first for you as a fan?
My Club - 65.3%
My Country - 14.3%
Both Equally - 20.4%

Should English football introduce a winter break?
YES - 50.2%
NO - 49.8%

Do you think there too many foreign players in English football?
YES - 61.1%
NO - 38.9%

Do you think young English players are being denied opportunities because of foreign players?
YES - 65%
NO - 30.9%
DON'T KNOW - 4.1%

Is enough being done for youth development?
YES - 15.3%
NO - 84.7%

Do you think your club treats you like;
A valued fan - 24.8%
A customer - 57.1%
Someone to be exploited - 12.4%
Don't know - 5.7%

Which of these measures should be introduced?
Performance-related pay for players - 49.7%
Salary cap - 66.6&
Smaller squads - 15.9%
More semi-pro teams - 11.6%
Fairer distribution of TV money - 72%
Other - 14.4%

Is debt in football a problem?
A huge problem - 85.7%
A small problem - 13.7%
No problem - 0.6%

Do you expect a EPL or Football League club to go out of business in the next 3 years?
YES - 80.2%
NO - 19.8%

Who or What do you blame for England's poor world cup showing?
The Media - 44.4%
The FA - 36.7%
Fabio Capello - 45.7%
The Players - 85.3%
The EPL - 30.5%
Other - 9.1%

Would you want your son to be a footballer?
YES - 85.1%
NO - 14.9%

Is it part of a footballer's job to set a good example to youngsters?
YES - 78.6%
NO - 21.4%

Do you agree with the extension of parachute payments to clubs relegated from the premier league from two years to four years?
YES - 30.6%
YES - 51.4%
DON'T KNOW - 18%

Do you suspect British footballers take performance-enhancing drugs?
YES - 36.2%
NO - 63.8%

Does the Premier League damage the National team?
YES - 53.7%
NO - 46.3%

In which instances should technology be used to assist referees?
Just goal line incidents - 52.2%
Goal line incidents and offsides - 14.1%
A whole range of decisions - 22.2%
It shouldn't be use at all - 11.6%

Do you think diving is a major problem in the British game?
YES - 59.3%
NO - 40.7%

Which do you think is the best league in the world?
EPL - 55.7%
La Liga - 30.1%
Bundesliga - 9.6%
Serie A - 1.7%
Ligue Un - 0.1%
Other - 2.8%

What is the biggest obstacle to the FA running the game?
Poor leadership - 45.2%
Lack of money/cost of Wembley - 7.2%
The EPL - 23.3%
The players - 6.8%
Agents - 12.1%
Other - 5.4%

Do you think the biggest club in EPL should take a bigger share of the TV money?
YES - 15.1%
NO - 84.9%

Do you get value for money from televised football?
YES - 79.7%
NO - 20.3%

Which is the biggest problem facing football?
Debt - 53.2%
Racism - 1%
Players' behaviour - 8.2%
Young player development - 11.2%
Performance-enhancing drugs - 0.1%
Match-fixing - 1.5%
Agents - 4.5%
Sepp Blatter - 17.1%
Other - 3.2%

Khamis, 16 Disember 2010

INTERVIEW WITH DAVID BOOTH

David Booth, satu nama yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat bolasepak di Brunei DS. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab menyediakan 'platform' kepada pasukan yang menjuara Piala Malaysia 1999 (di bawah bimbingan Mick Jones) setelah menamatkan kontrak secara mengejut dalam peringkat suku akhir.

Selepas itu David Booth terus berkelana ke beberapa destinasi menabur bakti kepada pembangunan bolasepak di Asia. Myanmar, Valencia FC (Maldives), Mumbai FC & Mahindra Utd (India), BEC-Terro FC (Thailand) dan paling terbaru ialah kita melihat kelibat beliau mengendali pasukan kebangsaan Laos dalam perlawanan kumpulan Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Walaupun beliau gagal membawa sebarang kejayaan kepada pasukan barunya itu, namun David Booth tetap yakin dengan perancangan masa depannya. Ikuti interview thai-fussball.de yang dipetik oleh lawan web rasmi AFF di sini.

Sumber; aseanfootball.org/thai-fusball.de

Prof: Beribu kemaafan kerana agak lama tidak membuat posting kerana menjalankan tugasan di luar negara.

Isnin, 6 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432

SEMPENA KETIBAAN TAHUN HIJRAH 1432 INI SAYA MENGUCAPKAN 'SALAM MA'AL HIJRAH' KEPADA PARA PENJENGGUK BLOG INI KHUSUSNYA SERTA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. SEMOGA KITA SABAR DAN TABAH MENERIMA SEGALA DUGAAN SERTA DITETAPKAN IMAN. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Jumaat, 3 Disember 2010

RUSSIA-2018, QATAR-2022, TAHNIAH!

Russia muncul sebagai negara tuan rumah Piala Dunia 2018 setelah menewaskan bebarapa negara lain seperti England, Amerika Syarikat & Portugal/Sepanyol dalam pemilihan oleh ahli-ahli FIFA pada 2 Dis 2010 di Zurich, Switzerland.
Qatar pula menjadi negara Arab pertama dan negara Asia ketiga (selepas Jepun/Korea pada 2002) menjadi tuan rumah kejohanan paling berprestij itu. Qatar muncul pemenang setelah mengenepikan beberapa buah negara Asia yang lain seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan.

Jika dilihat kepada pemilihan tersebut maka ahli-ahli FIFA yang layak mengundi nampaknya memberi kesempatan kepada negara-negara yang belum pernah menjadi tuan rumah di samping memberi giliran dari benua ke benua. Russia dan Qatar belum pernah menjadi tuan rumah. Manakala 2018 memang sudah menjadi giliran benua Eropah dan 2022 jika mengikut pengiliran maka tiba untuk benua Asia pula.

Dapat dilihat juga undi 2022 memihak kepada Qatar yang mana memiliki Presiden AFC dari negara yang sama, Mohammad bin Hammam. Qatar sudah pasti mendapat undi penuh dari negara-negara Arab di samping beberapa buah negara Asia serta Afrika. Apapun, keputusan sudah dibuat dan selepas Brazil (2014) kita akan berkunjung ke Russia (2018) dan Qatar (2022).

Prof: Piala Dunia sentiasa memberi kenangan indah kepada saya.

Khamis, 2 Disember 2010

ADA PERKEMBANGAN TERBARU BOLASEPAK BRUNEI

Nampaknya ada perkembangan terbaru mengenai kamelut bolasepak Brunei Darussalam. Tetapi saya masih belum berani untuk memperkatakannya dalam blog ini. Jika menerima atau berlaku peristiwa yang sahih barulah saya berani. Namun apa yang pasti adalah ianyaa langkah positif ke arah pengiktirafan FIFA terhadap badan induk bolasepak Brunei Darussalam.

Natijah dari peristiwa BAFA banyak pihak yang terpalit 'nodanya'. Paling terbaru ialah VFA apabila salah sebuah pasukan dari Sabah terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana dilarang oleh FAM dari menyertai Brunei 7's International Soccer Challenge 2010. Pasukan tersebut adalah salah satu persatuan yang bernaung secara sah di bawah FAM.

VFA menerima tamparan terbaru dari peristiwa itu. Banyak persiapan telah dilakukan melibatkan pasukan tersebut dan paling 'parah' ianya melibatkan wang ringgit. Siapa yang mahu membayar 'kerugian' VFA itu? Oleh itu ingatlah wahai orang-orang yang memegang tampuk persatuan. Keolahan anda mungkin memberi natijah buruk kepada orang lain di belakang hari.

Prof: MUSIBAT!!!!!!

Rabu, 1 Disember 2010

KALAH 55-0?

Sebuah pasukan bolasepak di England telah kalah dalam satu perlawanan dengan jaringan yang mungkin menjadi rekod dunia, 55-0. Baca selanjutnya di sini

Prof: Saja rileks kan fikiran. Fikir-fikirkanlah.

Isnin, 29 November 2010

TAHNIAH PIP, SYABAS SS & TERUSKAN FFBD

TAHNIAH
Kepada Projek Ikan Pusus (PIP) kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Bolasepak Bawah 14 Tahun Kebangsaan. Tahniah juga kepada Hj Omar Jamil selaku ketua jurulatih kerana berjaya membimbing PIP hingga menjadi salah satu akademi bolasepak terkemuka di Negara Brunei Darussalam. Dengan mempertahankan kejuaraan itu menjadikan PIP berada dalam kelas yang tersendiri berbanding dengan akademi-akademi bolasepak lain yang ada di negara ini.

SYABAS
Kepada Sekolah Sukan (SS) kerana berjaya memperbaiki pencapaian dari musim lalu. Nyata SS dapat memperguna bakat yang ada, kaedah latihan yang berkesan serta keyakinan diri untuk berkembang. Ini merupakan kejayaan juga kepada mereka kerana sebelum ini mereka berada pada tahap yang agak terkebawah. Saya yakin untuk tahun-tahun mendatang SS akan lebih maju malah kini pencapaian mereka menghampiri PIP.

TERUSKAN
Kepada FFBD kerana mengungkayahkan kejohanan-kejohanan bolasepak peringkat umur. Hanya dengan cara ini pembangunan bolasepak dapat dijayakan. Selepas ini hendaknya FFBD akan menyediakan satu program jangka panjang projek pembangunan mereka. Well done FFBD.

Prof: Ke mana saja saya pergi, pasti saya akan menjenguk projek-projek pembangunan bolasepak setiap negara itu. Nyata negara yang mempunyai projek pembangunan yang ampuh akan berjaya. Korea Selatan, Jepun & Thailand sebagai contoh.

Rabu, 24 November 2010

APA KHABAR BAFA, BAGAIMANA FFBD?

Dalam posting terakhir saya mengenai kamelut bolasepak Brunei DS, saya menjangkakan bahawa BAFA akan 'hidup' kembali sekitar bulan Nov 2010 menurut 'sumber' yang memberikan khabar kepada saya. Kini bulan Nov sudah ke penghujungnya. Gejolak, alun dan ombak senario bolasepak Brunei DS belum menampakkan tanda-tanda BAFA akan 'hidup' kembali malah sepertinya akan terus menjadi bahan sejarah.

Saya mencari kembali 'sumber' tersebut malangnya 'beliau' sendiri tidak mahu lagi memperkatakan mengenai BAFA. Maka saya membuat kesimpulan bahawa 'sumber' saya itu adalah 'hampas' semata-mata. Saya memohon maaf kepada para pembaca kerana membawakan berita 'palsu' dari 'sumber' tersebut. Sesungguhnya, selama saya menjadi wartawan inilah kali pertama 'sumber' saya mempunyai tahap kebolehkepercayaan yang paling rendah. 'Sumber' saya berada di serata pelosok dunia dan inilah satu-satunya 'sumber' yang paling 'hampas'.

Untuk pemahaman dan tatapan para pembaca di bawah ini saya nukilkan lagi perlembagaan FIFA yang berkaitan dengan kamelut yang menyelubungi pentadbiran bolasepak Brunei DS.

Article 15 - Expulsion.

1. The Congress may expel a Member;
(c) if it loses the status of an Association representing Association Football in its country.

Jika difahami artikel dalam perlembagaan di atas bolehlah dianggap bahawa BAFA secara automatik akan dibatalkan keahliannya di dalam FIFA. Kita lihat pula artikel berikut yang mungkin bersangkutan dengan FFBD.

Article 10-2 - Membership is only permitted if an Association has already been a provisional member of a confederation for at least two years.

Maknanya, FFBD boleh memohon menjadi ahli AFF (Asean Football Federation) dan AFC (Asian Football Confideration) dan aktif untuk selama 2 tahun sebelum menjadi ahli FIFA. Namun yang menjadi masalah ialah FIFA berpendapat bahawa penubuhan FFBD merupakan campur tangan pihak berwajib. Kenapa FIFA berpendapat sedemikian? Siapakah yang memberikan maklumat kepada FIFA? (sehingga beranggapan ada campur tangan). Sahihkah (benarkah) maklumat yang disalurkan kepada FIFA itu?

Ini dapat kita lihat dalam kenyataan oleh Thierry Regenass, FIFA, Director of Member Association yang dapat dipetik dalam akhbar-akhbar tempatan pada 22 Julai 2009 ketika berkunjung ke sini.

"It is very important for people in Brunei to understand that BAFA had been deregistered by the Registrar of Societies. And for FIFA as AFC, this is not something that we can accept because it is an act of government interference in the management of football, which is against one of the fundamental principles of FIFA,"

Namun beliau turut menyatakan, "We understand that there have been concern over the way that BAFA was managed before and we (FIFA) are ready to work on that for instance....".

BAFA telah melakukan kesalahan! Itu hakikat! Mengikut undang-undang Negara Brunei Darussalam BAFA memang patut untuk menerima hukuman. Teringat saya dalam awal dekad ini tatkala menghadiri kursus kejurulatihan anjuran Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei/Muara. Penganjur telah menjemput salah seorang pegawai dari Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society) untuk membentangkan kertas kerja yang mana beliau menyatakan bahawa setiap pertubuhan/persatuan diwajibkan menghantar laporan tahunan dan laporan kewangan tahunan di samping mengadakan mesyuarat agong seperti yang termaktub dalam perlembagaan masing-masing.

Jadi di mana rasionalnya FIFA untuk mempertahankan BAFA? FIFA sendiri sebagai sebuah badan induk yang menitikberatkan ketelusan, professional dan berintegriti sudah pasti tidak dapat menerima secara prinsip apa yang dilakukan oleh BAFA. FIFA tidak boleh 'tutup mata sebelah' dalam kes BAFA ini walaupun BAFA telah membina sebuah bangunan pentadbiran menggunakan dana yang diperolehi dari FIFA.

Maka sudah selayaknya BAFA menerima hukuman dan kemunculan sebuah pertubuhan baru (FFBD) tidak dapat dinafikan. Sudah pasti pihak pengurusan FFBD tidak mahu mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh BAFA. Apa yang pasti FFBD mestilah bertindak menjadi sebuah badan induk kebangsaan yang benar-benar berwibawa kerana masyarakat akan menilai dan membandingkan dengan gaya pengurusan BAFA sebelum ini.

Bagi saya sendiri, saya akan tetap meneruskan tanggungjawab sosial saya memberi teguran positif demi mencapai hasrat kecemerlangan dalam bolasepak bagi Brunei DS.

Prof: Khabarnya BAFA terus padam dan FFBD memulakan proses pendewasaan.

Jumaat, 19 November 2010

AKHIRNYA FIFA GANTUNG 6 PEGAWAINYA

Ethic Committee FIFA yang bermesyuarat dari 15-17 Nov 2010 lalu akhirnya mengantung tugas 6 orang pegawai tingginya akibat dari kamelut yang timbul dari bidaan/penawaran tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022. Selanjutnya anda boleh baca di sini.

Langkah ini dilihat dapat memulihkan nama baik badan induk bolasepak dunia itu dari terus tercemar. Pun begitu kepada mereka yang telah tahu akan 'budaya' dalam FIFA sudah sedia maklum atas apa yang berlaku. Apa yang mampu dibuat oleh FIFA ialah 'damage control' agar tidak menjadi lebih parah dan imej FIFA dipersoal oleh dunia.

Dalam usaha FIFA untuk dilihat 'bersih' dalam pentadbirannya maka tindakan mengantung 6 pegawai tersebut adalah tepat dan kena pada waktu dan ketika. Jika tidak FIFA akan dilanda krisis kepercayaan di kalangan ahli-ahlinya dan juga masyarakat sukan antarabangsa. Kerana sebelum ini FIFA amat 'vokal' dalam memperjuangkan ketelusan dan integriti kepada ahli-ahli gabungannya hingga memaksa FIFA menggantung beberapa buah negara anggota kerana menghadapi masalah dalaman atau campur tangan pihak ketiga.

Syabas Sepp Blatter kerana akhirnya anda sedar masalah itu.

Prof: Akan merungkai lagi sedikit demi sedikit 'budaya songsang' dalam FIFA dalam posting akan datang.

Selasa, 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H

Saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha (korban). Semoga kita memperolehi sesuatu yang berguna untuk diri sendiri, keluarga dan ummah dari pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S. - ProfBola

Sabtu, 13 November 2010

TARIKH TUTUP BRUNEI 7'S - 15 NOV 2010 (ISNIN)


Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) yang buat julung-julung kalinya menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa iaitu Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 yang akan berlangsung pada 4 & 5 Disember 2010 bertempat di Komplek Sukan JBS, Berakas masih membuka penyertaan dari pasukan-pasukan hingga tarikh tutup pada 15 November 2010 (Isnin) ini.

Kejohanan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu Veteran/Open (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas), yuran penyertaan ialah USD400/B$750. Hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur ialah Johan B$3,000 dan naib Johan $2,000 bagi setiap kategori dan di samping itu setiap pasukan akan menerima cenderahati (11 unit) serta akan diraikan dalam satu majlis makan malam.

Saya difahamkan beberapa buah pasukan dari Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah telah mengesahkan penyertaan mereka. Manakala beberapa pasukan dalam negeri juga telah bersetuju untuk mengambil bahagian. Brunei Tourism pula telah menyokong kejohanan ini. Untuk penyertaan anda bolehlah menghubungi 8820062/8720105.

Prof: Syabas VFA. Berikan keceriaan kepada senario bolasepak Brunei DS setelah dimalapkan oleh 'mereka-mereka'.

Isnin, 8 November 2010

NAMPAKNYA HANYA VETERAN BERAKSI DI LUAR NEGERI

VFA GAGAL PERTAHAN GELARAN DI KOTA KINABALU

BERPUAS HATI DI TANGGA KE TIGA

VFA yang menghantar pasukan ke kejohanan Borneo Football Cup 2010 Kali Ke 3 terpaksa berpuas hati menduduki tangga ke tiga setelah terkandas dalam separuh akhir kepada Likas Utd melalui sepakan penalti 'sudden dead'. Skuad tersebut bertandang ke Kota Kinabalu, Sabah dengan reputasi sebagai juara dua kejohanan lalu, 2008 & 2009.

Likas Utd pula muncul juara buat pertama kali setelah menewaskan X Rhinos 3-2 dalam perlawanan akhir. VFA pula mudah mematahkan cabaran Perantau FC 2-0 dalam perlawanan menentukan tempat ke 3/4. Sebelum itu VFA menjuarai Kumpulan A apabila mencatat 2 kemenangan dan 1 seri dalam kejohanan yang disertai 8 buah pasukan dari Brunei, Kuala Lumpur dan Sabah sendiri.

VFA kini sedang menumpukan usaha mereka untuk menganjurkan Brunei 7's International Soccer Challenge 2010 yang bakal berlangsung pada 4 & 5 Dis. 2010 di Komplek Sukan JBS, Berakas. Beberapa buah pasukan luar negeri sudah mengesahkan penyertaan iaitu Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah di samping pasukan-pasukan tempatan.

Prof: Syabas VFA. Teruskan perjuangan memartabatkan bolasepak negara walaupun hanya di peringkat veteran.

Khamis, 4 November 2010

BOLASEPAK BRUNEI KINI 100% MASUK KURANTIN

Kenangan manis menjuara Piala Malaysia 1999.

Kini telah sah bahawa skuad bolasepak bawah 15 tahun Brunei DS yang akan menyertai Kejohanan Bolasepak Bawah 15 Tahun Sekolah-Sekolah Asia tidak dibenarkan menyertainya kerana pihak penganjur (PSSI/Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia) khuatir akan menerima tindakan dari FIFA kerana BAFA telah digantung keahliannya oleh badan induk bolasepak dunia itu.

Sebagai rekod sebelum ini skuad Sekolah-Sekolah Asia Bawah 18 Tahun di Korea Selatan juga telah tidak dibenarkan bermain oleh pihak penganjur, KFA (Korea Football Association). Secara logiknya kejohanan tersebut terpisah dari 'cengkaman' FIFA kerana dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Asia sebagai acara tahunan kokurikulum mereka. Akan tetapi FIFA nampaknya telah berjaya 'menjangkau' tangannya terhadap kejohanan tersebut. Akibatnya skuad Brunei DS yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan tidak dapat menyertai apa jua kejohanan di luar negara termasuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bolasepak Bawah 15 Tahun Sekolah-Sekolah Asia 2011 seperti mana yang dijadualkan sebelum ini. Dengan itu sah 100% bolasepak Brunei DS 'dikurantinkan' oleh FIFA!

Fakta;
* FIFA menganggap ada campurtangan pihak pemerintah apabila BAFA dibatalkan pendaftaran dan tertubuh pula FFBD.
* Bagi pihak pemerintah BAFA telah melanggar salah satu fasal dalam peraturan Pendaftar Pertubuhan (gagal membuat mesyuarat agong dan seterusnya tidak menghantar laporan tahunan dan laporaan kewangan).

Tanggapan Umum;
* Ada pihak yang bersimpati dan menyokong BAFA (memandangkan rekod mentadbir sukan bolasepak sebelum ini).
* Ada pihak yang menyokong penubuhan FFBD untuk menggantikan BAFA sebagai badan induk.
* Ada pihak yang mengambil jalur professional iaitu beranggapan bahawa BAFA perlu 'dihukum' kerana kesalahan yang telah dilakukan tetapi dalam masa yang sama hukuman itu janganlah mengakibatkan bencana kepada pembangunan bolasepak Brunei DS.
* Ada pihak tak ambil peduli.

Dari fakta dan tanggapan di atas serta apa yang sedang berlaku saat ini maka bolehlah saya membuat andaian bahawa pihak pemerintah berhak untuk menghukum BAFA dan wajib mempertahankan kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara. Dalam masa yang sama pertimbangan secara saksama perlu juga diambil kira untuk memberi peluang kepada pembangunan dan aktiviti berjalan seperti biasa.

Sesungguhnya permasalahan ini memberi iktibar dan contoh terbaik kepada pemimpin-pemimpin persatuan sukan agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Jika tidak mampu untuk memimpin undur diri dan beri laluan kepada mereka yang benar-benar layak dan berwibawa. Jangan kerana merasa kerugian apabila melepaskan jawatan membuatkan kita memegang sesuatu jawatan tanpa melaksanakan kewajipan. Ini adalah satu dosa!

Yang pasti, bolasepak Brunei DS kini dalam tempoh kurantin. Persoalannya, sampai bila? Apakah FIFA mahu berlembut dan memberi peluang keahlian kepada FFBD? Apakah yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan untuk bolasepak Brunei DS kembali ke persada antarabangsa? Sama-samalah kita tunggu. 'Sabar sebahagian daripada iman'

Prof: Sahabat lama di PSSI memberitahu bahawa 'orang dari Brunei' sendiri turut menekan supaya penyertaan Brunei DS di Jakarta dirujuk kepada FIFA. Apa maksud orang itu? Seolah-olah 'Kalah jadi abu, menang jadi arang'. Jika benar, sungguh tak bertanggungjawab dan telah menderhaka kepada negaranya sendiri. Wallahhu aklam.

Ahad, 31 Oktober 2010

KELANTAN - JUARA BARU PIALA MALAYSIA

Keluarga juara-juara Piala Malaysia mendapat 'ahli baru' malam tadi apabila Kelantan menjadi pasukan terbaru menjuarai piala berprestij itu setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Skuad 'Kijang' atau 'The Red Worriors' itu yang dibimbing oleh B. Sathianathan memperlengkapkan putaran dari sebuah pasukan belasan kepada pasukan bergelar juara. Dalam tiga tahun kebelakangan Kelantan mampu keluar dari zon 'budak belasan' dan menjadi sebuah pasukan digeruni.

Kesemua ini dapat dicapai oleh mereka kerana faktor pengurusan/kepimpinan yang cekap, memiliki pemain & pasukan kejurulatihan yang berkualiti, disiplin dan mempunyai iltizam yang kuat. Percayalah jika Kelantan (atau mana-mana pasukan pun) tidak meneruskan formula tersebut maka mereka akan sekali lagi terjerumus ke lembah masalah dan kemunduran.

Prof: Setiap pasukan juara menyimpan resipi tersendiri. Kisah gembira sepeti itu mesti diteruskan agar generasi akan datang mendapat manfaat. Adakah Juara Piala Malaysia 1999 belajar daripada ini?

Rabu, 27 Oktober 2010

PELE RAJA BOLA SEBENAR

Di Mexico 1970, Brazil menewaskan Itali 4-1 dalam final Piala Dunia dan Pele dijulang oleh para penyokong.

Aksi bicycle kick yang terkenal ciptaan Pele.

Antara gambar termasyhur aksi Pele di Piala Dunia bersama Brazil.

Tidak lengkap rasanya jika blog ini tidak mencatatkan sesuatu untuk insan bernama Edison Arantes do Nascimento atau lebih popular dengan panggilan PELE yang lahir pada 23 Oktober 1940, kira-kira genap 70 tahun lalu di Tres Coracoes, Santos, Brazil. Walaupun agak terlewat (4 hari) dari tarikh kelahiran beliau namun saya terpanggil untuk mencatatkan sesuatu sebagai tanda penghormatan kepada 'Raja Bola' ini.

Kerjaya beliau penuh dengan warna-warni. Dari pemain remaja di lorong-lorong jalan kotaraya Santos, menjadi ikon bolasepak dunia dengan mewakili Brazil seawal usia 16 tahun lagi, memegang rekod pemain termuda beraksi di final Piala Dunia (17 tahun 245 hari di Piala Dunia 1958-Sweden) dan menjaringkan gol (agak sukar untuk diulangi oleh mana-mana pemain zaman ini), menjuarai Piala Dunia sebanyak 3 kali bersama Brazil (1958, 1962 & 1970), menjadi ikon mempopularkan liga bolasepak di Amerika Syarikat (NAFL) bersama New York Cosmos, pemain pertama menjaringkan lebih 1,000 gol (Santos-1,087, New York Cosmos-37 & Brazil-77), menjadi pelakon filem, malah pernah dilantik menjadi menteri sukan negaranya, Brazil.

Pele turut mempopularkan aksi akrobatik 'bicycle kick' yang menjadi kegilaan dan ikutan kesemua pemain bolasepak di dunia baik pemain kampong mahupun pemain professional peringkat tinggi dan pemakaian jersi no 10 untuk striker utama sesebuah pasukan kerana Pele memakai jersi no 10 ketika mewakili Brazil dan kelab. Sejak itu jersi no 10 menjadi rebutan ramai pemain striker dan pasti membandingkan dengan kehebatan Pele menjaringkan gol. Ramai juga pemain yang kecundang kerana 'badi' no 10.

Apapun pencapaian menakjubkan oleh Pele, pasti kita mendapat manfaat daripadanya. Pele seolah-olah 'buku bolasepak' yang bergerak. Anda boleh menjadi pemain hebat asal saja mengikut apa yang dilakukan oleh Pele tetapi dengan syarat; mempunyai bakat semulajadi, letihan berterusan, komitmen, disiplin dan pengurusan berkesan. Kesemua itu ada dalam diri Pele hingga memartabatkan beliau sebagai 'Raja Bola'.

Terima kasih tidak terhingga kepada Pele kerana telah memberikan terlalu banyak kepada bolasepak di seluruh dunia tetapi malangnya dunia bolasepak itu sendiri gagal untuk mengenang jasa beliau selayaknya. Namun saya percaya Pele sendiri tidak mahu dirinya disanjung tinggi melangit. Beliau lebih senang dengan keadaan diri beliau sekarang. Menjadi Edison Arantes do Nascimento.

Prof: Masih menanti kemunculan Pele Asia.

Jumaat, 22 Oktober 2010

FIFA GANTUNG 2 PEGAWAI

Akhirnya FIFA mengantung dua pegawainya yang sedang dalam siasatan kerana dituduh meminta imbuhan dari bidaan untuk menjadi hos Piala Dunia 2018. Amos Adamu dari Nigeria adalah Fifa Executive Committee dan Reynald Termarii, salah seorang Naib Presiden FIFA merangkap Presiden Oceania Football Confideration (OFC) adalah dua pegawai tersebut yang kini menghadapi siasatan di bawah 'FIFA Code of Ethics'.

FIFA Executive Committee akan bermesyuarat di Zurich, Switzerland pada 28 & 29 Okt. 2010 akan datang bagi membuat keputusan sama ada kedua-dua pegawai tersebut bersalah atau sebaliknya. Amos Adamu telah didedahkan oleh sebuah akhbar British meminta wang sebanyak US800,000 dan Reynald Termarii pula dikhabarkan meminta US2.3 juta daripada salah sebuah negara yang membida untuk menjadi hos Piala Dunia 2018.

Antara negara yang membida ialah England, Russia, Sepanyol-Portugal dan Hollad-Belgium. Amerika Syarikat telah mengugurkan bidaan mereka dan menumpukan kepada tahun 2022 bersama Qatar, Australia, Korea Selatan dan Jepun.

Melalui pengalaman saya, sebenarnya budaya memberi 'imbuhan' kepada negara-negara yang layak mengundi untuk menetapkan keputusan bidaan menjadi hos acara-acara sukan (bukan sahaja Piala Dunia malah Olimpik) telah berjalan sejak sekian lama. Hanya baru-baru ini ditimbulkan oleh akhbar terutama akhbar-akhbar British yang bersungguh-sungguh menyiasat perkara ini hingga sanggup 'memasang perangkap' dengan salah seorang wartawannya menyamar menjadi salah seorang pegawai pengurusan negara pembida.

Budaya ini (memberi imbuhan) telah berjalan sejak tahun-tahun 70an lagi. Peristiwa para perwakilan dibawa melancong, dilayan seperti seorang raja dan ada yang dikejar hingga ke bilik hotel mereka. Malah ada negara maju sanggup memberi tiket penerbangan percuma kepada kontijen negara terbabit dan ada juga yang berjanji untuk membantu dalam projek pembangunan bolasepak mereka.

Selalunya perwakilan dari negara-negara kecil di Asia, Afrika dan Amerika Tengah yang sering menjadi sasaran. Di sinilah juga kesempatan kepada negara-negara kecil tadi (yang memiliki kuasa mengundi) turut 'mempersembahkan' tawaran balas mereka. Jika pegawai tersebut mementingkan negaranya maka 'permintaan' yang dikemukakan mungkin berbentuk perkara-perkara yang mendatangkan nilai positif kepada pembangunan dan kemajuan bola sepak di negaranya.

Akan tetapi jika pegawai tersebut mementingkan diri sendiri maka tawaran balas mereka mungkin berbentuk kepentingan diri sendiri. Sebagai wartawan sukan saya beberapa kali menyaksikan proses 'tawar-menawar' ini dan pernah beberapa kali menjadi 'orang tengah' untuk merelisasikan sesuatu perundingan. Semua itu tersimpan rapi dalam diari pengalaman sebagai wartawan.

Maka saya tidak merasa terkejut dengan pendedahan akhbar British tersebut.

Prof: Nanti saya nukilkan sedikit bagaimana proses pengundian bidaan Piala Dunia 2018.

Ahad, 17 Oktober 2010

MICHAEL GYASI - THE WONDER KID

MICHAEL GYASI - Foto ehsan Getty Images.

Michael Gyasi, 11 tahun, baru-baru ini telah direkrut oleh juara EPL Chelsea dari Northampton Town (League Two) dengan nilai pampasan sebanyak 10ribu pound sterling. Gyasi yang kedua ibu bapanya berasal dari Ghana dan menjadi warganegara Jerman telah berhijrah ke England sejak 4 tahun lalu, menyertai 'Centre of Excellence' kelab kecil itu sejak 3 tahun lalu dan menganggotai pasukan bawah 11 tahun Northampton Town.

Sudah pasti Gyasi memiliki skill permainan yang cukup memikat pihak 'scouting team' The Blues. Khabarnya aksi Gyasi ketika diundang bermain bersama skuad bawah 10 tahun Chelsea setahun lalu membuka mata semua jurulatih yang bertugas di Stamford Bridge. Dan sejak itu mereka telah mula membuat perundingan untuk menjadikan 'wonder kid' milik mereka.

Sebagai salah seorang ahli akademi bola sepak Chelsea, Gyasi mempunyai klausa untuk bermain secara professional apabila mencapai usia 16 tahun dan sudah pasti Chelsea menjadi keutamaan. Namun Gyasi masih boleh meninggalkan Chelsea jika mendapat tawaran dari kelab-kelab lain. Kesemuanya bergantung kepada prestasi yang bakal dipamerkan oleh beliau dalam 5 tahun mendatang ini.

Prof: Di mana tahap permainan remaja kita dalam usia Gyasi? Itulah dunia professional. Perbandingannya seperti bumi dengan langit. Tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Khamis, 14 Oktober 2010

DOLLAH KASSIM MENINGGAL - AL-FATIHAH

Allahyarham Dollah Kassim (tengah) ketika zaman kegemilangan mewakili Singapura.

Setelah terlantar koma sejak setahun yang lalu akhirnya lagenda bola sepak Singapura,Dollah Kassim, 61 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini di rumah Allahyarham di Singapura. Sinonim dengan gelaran 'The Gelek King', Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri setelah bermain untuk pasukan veteran Singapura menentang veteran Selangor dalam perlawanan 'Sultan Cup' di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 4 Oktober 2009 lalu.

Para peminat bola sepak pasti merasai kehilangan sebutir bintang yang pernah mewarnai kancah bola sepak di negara Singapura, Malaysia dan Brunei Darussalam. Rakan seangkatan Allahyarham termasuklah Samad Alipithchay, Quah Kim Song, Mohamad Noh, Edmund Wee dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80 dan 70 an. Kemuncak prestasi Allahyarham ialah membantu Singapura menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1977 menewaskan Pulau Pinang 3-2, merupakan salah satu perlawanan akhir Piala Malaysia paling diingati.

Dalam bulan Ramadhan yang lalu seorang lagi pemain lagenda telah meninggalkan dunia iaitu Isa Bakar. Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan di sisi para solehen. Amin.

Prof: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Rabu, 13 Oktober 2010

SUKU AKHIR PIALA M'SIA - PENYOKONG S'GOR & KELANTAN MERUSUH




PENYOKONG KELANTAN MATI SESAK NAFAS!

Dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam malam tadi telah berlaku kekecohan antara kedua-dua penyokong. Diberitakan oleh media setempat, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia, namun mangsa dikhabarkan oleh sahabatnya meninggal kerana sesak nafas dan bukannya diakibatkan oleh pergaduhan.

Bagaimanapun, tatkala perlawanan berlangsung penyokong 'The Red Giant' dan 'The Reds' itu telah bertempur walaupun dipisahkan oleh pagar stadium. Percikan bunga api juga membuat keadaan menjadi kelam-kabut. Pihak keselamatan akhirnya berjaya mengawal suasana dalam perlawanan yang berkesudahan dengan seri 1-1.

Dengan insiden terbaru ini, telah tiga peristiwa malang menimpa pasukan Kelantan. Pada 1978 bas yang membawa skuad Kelantan telah dibakar oleh para penyokong Terengganu di luar Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah, Kuala Terengganu. Sementara musim lalu pula turut berlaku kekecohan di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hingga menyebabkan sebuah kereta peronda polis terbakar dan seorang peminat kecederan sebelah mata.

Prof: Maaf kepada peminat dan penyokong Kelantan, naib tidak menyebelahi mereka kerana pelbagai insiden berlaku. Saya sendiri sewaktu bertugas di Kota Bharu pada tahun2 80an dulu turun merasai 'kehangatan' mereka.

Rabu, 6 Oktober 2010

DI RAMPAI PAGI RTB (5OKT2010-SELASA-9.40 PAGI)

Saya selaku Timbalan Setiausaha Agong VFA telah dijemput oleh RTB dalam program 'Rampai Pagi' untuk menerangkan dan mempromosikan Perlawanan Bolasepak Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan yang dianjurkan oleh VFA.

Dalam kesempatan tersebut saya telah berpeluang untuk memberi sedikit-sebanyak pelbagai infor berkenaan perlawanan amal tersebut yang akan menemukan Pilihan VFA dan Juara Piala Malaysia 1999. Turut diterangkan ialah lokasi-lokasi penjualan tiket dan pemain-pemain jemputan yang akan mewakili Pilihan VFA.

Buat sekatak ini Fandi Ahmad telah menarik diri kerana masalah tertentu. Namun pemain-pemain lain seperti Hassan Sani, Matlan Marjan (Sabah), Malek Awab dan Kader Yahaya (Singapura) telah memastikan kehadiran mereka. Sementara Brain Bothwell akan kembali ke Brunei Darussalam untuk bergabung bersama rakan-rakan beliau untuk skuad Juara Piala Malaysia 1999.

Prof: Marilah kita merayakan keindahan bolasepak sambil beramal. Lupakan sementara masalah yang menyelubungi senario bolasepak Brunei.

Sabtu, 25 September 2010

9 OKT 2010 - TARIKH BARU PERLAWANAN AMAL

Dengan ini diumumkan bahawa butiran lanjut mengenai Perlawanan Bolasepak Persahabatan Amal Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan antara Pilihan VFA dan Juara Piala Malaysia 1999 adalah seperti berikut;

9 OKTOBER 2010 (SABTU)
STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH, BERAKAS
8.15 MALAM

Tiket berharga $10 & $5 sedang dijual di lokasi-lokasi berikut;

HUA HO - Tg Bunut & Kg Petani (Tutong)
MUFAKAT SPORT - Gadong
RESTORAN STADIUM NHB - Berakas
U-SOFF CAFE - Serusop

Selasa, 21 September 2010

THE CHANCE - NIKE FOOTBALL ACADEMY


Pengeluar jenama sukan terkenal dunia, NIKE, telah melancarkan satu program pembangunan bola sepak mereka 'The Chance - NIKE Football Academy'. Program tersebut adalah pencarian bakat semulajadi pemain-pemain bola sepak di seluruh dunia dari usia muda. Hanya 100 orang pemain-pemain muda akan diterima masuk ke akademi tersebut.

Kini pencarian peringkat awal di kesemua negara-negara terbabit (terutama negara-negara yang ditaja oleh NIKE) telah pun bermula oleh jurulatih-jurulatih yang dilantik. Pencarian tersebut akan tamat pada 15 November 2010 di mana pada ketika itu nanti hanya 100 pemain yang benar-benar berbakat akan terpilih menyertai akademi yang bertempat di England.

Dari sana mereka akan berlatih hingga bulan Januari 2011 apabila hanya 8 orang pemain yang diberikan kontrak tajaan oleh NIKE. Kini puluhan ribu pemain-pemain muda dari segenap pelosok dunia sedang mencuba nasib mereka untuk menjadi bintang muda berbakat suatu hari nanti.

Prof: Alangkah baiknya jika para remaja di Brunei DS mempunyai peluang yang sama.

Khamis, 16 September 2010

AFF SUZUKI CUP 2010, 1 - 29 DIS 2010


ASEAN FOOTBALL FEDERATION (AFF) sekali lagi akan menganjurkan AFF Suzuki Cup 2010 yang akan berlangsung dari 1 hingga 29 Disember 2010 akan datang ini. Dua buah negara telah dipilih untuk menjadi tuan rumah iaitu Indonesia dan Vietnam selaku juara bertahan kejohanan edisi 2008 lalu.

Dalam undian yang telah dilangsungkan pada 14 Sept 2010 lalu di Hotel Sheraton, Ho Chi Minh City, Vietnam, negara tuan rumah itu diundi dalam Kumpulan B yang boleh dianggap mudah apabila bertemu Singapura, Myanmar dan naib johan pusingan kelayakan.

Manakala pemenang pingat emas Sukan SEA Laos 2009, Malaysia, berada dalam 'Group of Death' iaitu Kumpulan A yang turut dianggotai oleh tuan rumah bersama, Indonesia, Thailand dan johan pusingan kelayakan.

Negara-negara yang bakal berentap untuk merebut dua slot melalui pusingan kelayakan ialah Filipina, Laos, Kemboja dan Timor Leste. Sementara Brunei Darussalam tidak dapat menyertainya kali ini kerana persatuan kebangsaan mereka, BAFA, masih digantung keahliannya oleh FIFA kerana menghadapi masalah pendaftaran.

KUMPULAN A
Indonesia, Thailand, Malaysia & Johan Kelayakan

KUMPULAN B
Vietnam, Singapura, Myanmar dan Naib Johan Kelayakan

PUSINGAN KELAYAKAN
Filipina, Kemboja, Laos & Timor Leste

Prof: Diharap pengajaran ini memberikan motivasi kpd pemimpin persatuan bola sepak di Brunei DS. Jangan pandang remeh hal pengurusan & pentadbiran. Natijahnya adalah maruah negara.

Khamis, 9 September 2010

SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H/2010M
DAN MAAF ZAHIR BATIN'

KEPADA PARA PEMBACA BLOG INI, JUGA KEPADA PARA PEMIMPIN PERSATUAN/KELAB, PENGURUS, JURULATIH, TENAGA PAKAR, PEMAIN SERTA TIDAK LUPA KEPADA RAKAN-RAKAN WARTAWAN PENYIARAN (RTB) DAN MEDIA CETAK BAIK DI BRUNEI DARUSSALAM MAHUPUN DI MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA. SEMOGA SYAWAL KALI INI MEMBERI KEBAHAGIAAN KEPADA KITA SEMUA.

Isnin, 6 September 2010

BAFA KEMBALI?!

Alhamdulillah & syukur kehadrat Allah swt jika perkhabaran ini benar. Beritanya sudah sampai ke cuping telinga saya bahawa BAFA akan kembali dihidupkan bagi menyambung hayatnya sebagai badan induk bola sepak di Brunei DS dan sebagai penyelesai segala kerumitan yg membelenggu senario bola sepak tempatan sejak dua tahun lalu.

Dengan kembalinya BAFA bermakna bola sepak Brunei DS akan diterima kembali oleh FIFA (kerana itu yg dimahukan oleh FIFA selama ini). Khabarnya juga pengumuman mengenainya (menghidupkan kembali BAFA) akan dibuat dlm masa terdekat ini. Syukurlah, berkat doa semua peminat setia bola sepak di Brunei DS sempena bulan penuh rahmat, Ramadhan Qareem.

Apa yg diharapkan oleh para peminat dan aktivis bola sepak ialah semoga kepimpinan baru BAFA itu nanti akan menjalankan tugas mereka dgn sungguh2, professional, jujur, amanah dan tidak mementingkan diri sendiri. Apa yg telah dilalui sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah cukup menjadi pengajaran. Bak kata pepatah, 'Jangan sampai terjadi pisang berbuah dua kali'.

Prof: Sesiapa pun yg memimpin BAFA saya akan tetap memberi kritikan2 membina. Tidak kira kawan, kenalan, sahabat, saudara atau siapa pun mereka. Saya akan tetap menyatakan kebenaran.

Ahad, 5 September 2010

DUA ACARA BESAR DARI VFA UNTUK AWDA PEMINAT BOLA SEPAK

Rakyat Pakistan yg terlibat dlm bencana banjir baru2 ini perlukan bantuan segera dari masyarakat dunia terutama umat Islam di Negara Brunei Darussalam.

V. Sundramoorthy (atas), Fandi Ahmad, Malek Awab & Abd Kadir Yahya telah menyatakan persetujuan utk mewakili Pilihan VFA.

Hassan Sani (kiri) juga bersedia menyumbang tenaga utk mengutip derma melalui perlawanan amal.

PERLAWANAN AMAL BAGI TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR PAKISTAN.

VFA (Persatuan Bolasepak Veteran), Brunei Darussalam khabarnya akan menganjurkan dua acara agak besar khusus utk para peminat bola sepak di negara ini. Yang pertama adalah Perlawanan Amal Bagi Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Pakistan yg akan menemukan Juara Piala Malaysia 1999 dan Pilihan VFA.

Syabas VFA kerana pantas menyahut seruan utk menghulurkan tangan menabur bakti kpd insan yg memerlukan spt rakyat Pakistan yg menderita akibat banjir besar baru2 ini. Semoga para peminat bola sepak di negara ini dtg beramai2 menyaksikan perlawanan klasik itu sambil menderma. Memang, sejak menjuarai Piala Malaysia pd tahun 1999, sebahagian besar pemainnya telah bersara spt Liew Chuan Fue, Ibrahim Bakar, Nordin Tujoh, Moksen Mohamad, Jefri Mohamad, Martilu Mohamad dan sebahagian lagi bersara beberapa tahun kemudian. Maknanya, sejak tiupan wisel penamat final Piala Malaysia 1999 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, skuad tersebut telah berpecah.

Kini buat pertama kalinya mereka akan bermain sebagai sebuah pasukan sejak kira2 11 tahun lalu. Diberitakan juga bahawa Mohamad Brain Iman Abdullah Bothwell akan datang dari Singapura utk bersama rakan2 sepasukan beliau dahulu. Peristiwa ini pasti menarik dan kita begitu teruja utk melihat kehebatan mereka kembali.

Manakala di pihak Pilihan VFA pula mereka akan menurunkan beberapa org bekas pemain2 kebangsaan spt Ali Hj Ismail, Hj Ahmad Hj Mohin, Sharbini Mohidin, Hj Zainol Ariffin, Ishak Hj Kabon, Suni Mat Jerah, Puncha Gunong dan beberapa bintang undangan dari luar negeri. Setakat ini beberapa pemain telah menyatakan kesudian utk mewakili VFA dlm perlawanan amal tersebut, antaranya ialah salah seorg lagenda bola sepak Malaysia, Hassan Sani. Juga bersedia utk bermain ialah lagenda bola sepak dari Singapure spt Fandi Ahmad, Malek Awab, V. Sundramoorthy dan Abd Kadir Yahya.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan tiket2 utk menyaksikan perlawanan tersebut ialah $10 (korporat) dan $5.


BRUNEI 7'S INTERNATIONAL SOCCER CHALLENGE 2010

Kini telah sah bahawa VFA akan menganjurkan kejohanan tersebut iaitu kejohanan 7 sepasukan bagi pemain2 veteran dan terbuka utk pasukan2 dari dalam dan luar negeri. Kejohanan dibukakan kpd 2 kategori iaitu Open (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas), manakal yuran penyertaan ialah USD400 (termasuk cenderahati dan majlis makan malam utk 11 org).

Butiran lanjut adalah spt berikut;

Tarikh: 4 & 5 Disember 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8 pagi - 5 petang

Yuran: USD400

Hadiah:
Cup Competition
Johan - B$3,000 dan Naib Johan - B$2,000

Plate Competition
Johan & Naib Johan - Medal


Untuk borang penyertaan atau keterangan lanjut awda bolehlah menghubungi melalui e-mail: vfasecgen@gmail.com atau telefon: +673 8820062 atau 8720105.

Prof: Ayuh, sahutlah cabaran dari VFA itu.

Rabu, 1 September 2010

PEMAIN2 PRO BERAGAMA ISLAM KEBANGAAN KITA

MESUT OZIL
Jerman (Real Madrid)

SEMI KHEDIRA
Jerman (Real Madrid)

FRANK BILAL RIBERY
Perancis (Bayern Munich)

GNEGNERI TOURE YAYA
Ivory Coast (Man City)

SULLEYMAN ALI MUNTARI
Ghana (Inter Milan)

MOHAMED LAMINE SISSOKO GILLAN
Perancis/Mali (Juventus)

SEYDOU KEITA
Mali (Barcelona)

SAMIR NASRI
Perancis (Arsenal)

SALOMON KALOU
Ivory Coast (Chelsea)

MAHAMADOU DIARRA
Mali (Real Madrid)

LASSANA DIARRA
Mali (Real Madrid)

KOLO HABIB TOURE
Ivory Coast (Man City)

KHALID BOULAHROUZ
Belanda (Stuttgart)

KARIM BENZEMA
Perancis (Real Madrid)

FREDERIC OUMAR KANOUTE
Mali (Sevilla)

HASAN SALIHHAMIDZIC
Bosnia Herzegonia (Juventus)

ERIC BILAL ABIDAL
Perancis (Barcelona)

EL HADJI OUSSEYNOU DIOUF
Senegal (Blackburn Rovers)

BACARY SAGNA
Perancis (Arsenal)

NICOLAS SEBASTIAN ANELKA
Perancis (Chelsea)

VISIRIKI ABOU DIABY
Perancis (Arsenal)

Sebenarnya masih ramai pemain2 bola sepak professional yg beragama Islam. Senarai di atas adalah sebahagian kecil dari pemain2 Islam yg mencipta nama di liga2 utama Eropah spt EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga, Ligue 1, Eriedivisie dan lain2nya. Sempena menyambut Ramadhan & Syawal yg akan menjelang kita ucapkan selamat maju jaya kpd mereka semua. Sesungguhnya mereka juga sedang 'berjihad' - memberikan imej positif penganut Islam kpd dunia.

Prof: Dlm bidang sukan pun kita boleh berdakwah.