Khamis, 26 Februari 2009

SELAMAT BERJUANG DPMM FC

Hamid Berguiga, pemain penyerang asal Algeria yg sgt berpengalaman. 

Sejarah baru kancah bola sepak Negara Brunei Darussalam tercipta di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 27 Februari 2009 (Jumaat) jam 7.30 malam apabila Brunei DPMM FC akan memulakan cabaran pertamanya dalam S League Musim 2009 dengan menjadi pelawan kpd Young Lions. Selama lebih 30 tahun senario bola sepak Brunei Darussalam amat sinonim dgn Liga M kerana dijemput menyertainya sejak tahun 1970an lagi.

Akan tetapi mulai tahun ini Brunei DPMM FC akan membuka lembaran baru sejarah bola sepak Brunei Darussalam dgn menyertai S League pula. Spt biasa Brunei DPMM FC dipimpin oleh Pg Hj Mohd Waslimin PSJ Pg Hj Abd Momin selaku pengurus pasukan dan ketua jurulatih pula ialah Vjeran Simunic dari Croatia.

Sementara para pemain pula Brunei DPMM FC masih mengekalkan beberapa tonggak utama spt Rosmin Hj Mohd Kamis (kapten), Pg Sallehuddin Pg Hj Damit, Mohd Wardun Yussof, Hj Mohd Subhi Abdillah, Sairol Hj Shaari, Mohd Yussof Salleh, Azwan Hj Mohd Salleh, Mohd Maududi Helmi, Hardi Bujang, Mohd Shahrazen Said dan beberapa muka baru yg diserapkan spt Suhaimi Yusof, Safari Wahit, Mohd Helme Zambin, Dahari Yusof dan beberapa pemain muda lainnya.

S League membenarkan 4 org pemain import berada dlm senarai dan Brunei DPMM FC telah mencukupkan kouta tersebut apabila mengambil pemain berpengalaman Rene Komar (pertahanan), Ivan Jerkovic (Croatia) & Od Ddog Yi (Korea Selatan) di bhg midfield serta penyerang dari Algeria Hamid Berguiga. Saya tidak pasti formasi apa yg diguna pakai oleh Simunic bagi menghadapi cabaran S League ini sama ada 3-5-2 atau 4-4-2. Saya akan mengulas lanjut pd posting akan dtg (post match).

Apapun keputusannya nanti, perlawanan menentang Young Lions yg dibimbing oleh bekas pemain antarabangsa Singapura iaitu T. Pathmanathan sambil dibantu oleh V. Sundramorthy itu pasti menjadi sukat2 atau kayu pengukur kpd Simunic bagi mencatur corak permainan utk perlawanan2 seterusnya. Kpd para peminat bola sepak di Brunei Darussalam pula amat bertuah kerana dihidangkan oleh kancah bola sepak baru iaitu S League.

Sama2 kita penuhi Stadium Negara Hassanal Bolkiah jika Brunei DPMM FC menjadi tuan rumah. Semoga awda terhibur.

Prof: Mengimbau pengalaman menyaksikan pemain2 bintang Singapura dlm Piala Malaysia dulu spt Fandi Ahmad, Malek Awab, K. Kannan, R. Suriamurthy, Nasir Jalil, Ahmad Paijan, David Lee, Salim Moin & ramai lagi. Sesungguhnya kenangan menyaksi mereka bermain & ada ketika menemuramah sebhgian besar daripada mereka hingga yg ada menjadi teman rapat merupakan pengalaman terindah sepanjang kerjaya sebagai wartawan sukan.  

Sabtu, 21 Februari 2009

AFC BERGOLAK?

Mohammed bin Hammam dari Qatar, Presiden AFC utk 2 penggal lalu.

Asia Football Confideration atau lebih popular dgn AFC adalah antara persatuan/pertubuhan paling berpengaruh di dunia selepas FIFA & UEFA. Ini membuatkan AFC sebuah pertubuhan bola sepak yg amat penting & sesiapa shj yg bergelumang dlm pentadbiran bola sepak di rantau ini (Asia) pasti menginginkan menjadi 'kerabat AFC'. Kemudahan2 yg dimiliki & dinikmati oleh personil2 dlm AFC atau pertubuhan2 'yg sewaktu dgnnya' merupakan tarikan spt magnet. Glamour & posisi spt seorg diplomat yg mereka miliki membuatkan kadang-kala mudah lupa diri & meninggalkan tugasan sebenar membangun sukan bola sepak itu sendiri.

Walaupun ketika ini saya tidak memegang apa2 jawatan dlm pertubuhan bola sepak namun suatu ketika saya pernah 'berada di sisi' AFC & berkongsi jerit payah pertubuhan itu dlm membangun bola sepak di rantau Asia ini (melalui hubungan rapat saya dgn beberapa pemimpin AFC). Saat itu (awal 80-an) AFC bukanlah sebuah pertubuhan yg gah spt sekarang (mempunyai komplek pejabat & bangunan berserta kemudahan2 terbaik di sebuah bidang tanah yg agak luas di pinggir bandaraya Kuala lumpur, Malaysia).

Khabar terbaru melalui media massa saya melihat ada percubaan oleh segelintir personil bola sepak di Asia utk 'menjatuhkan' Presiden AFC, Mohammed bin Hammam. (Mohammed Hammam menjadi Presiden setelah DYMM Sultan Hj Ahmad Shah tidak mahu bertanding memepertahankan jawatan 7 tahun lalu. Sebelum itu DYMM Sultan Hj Ahmad Shah mendpt jawatan Presiden AFC setelah penyandang Tan Sri Hamzah Abu Samah secara sukarela melepaskan jawatan).

Apa yg menarik utk diperkatakan ialah beberapa bulan lalu Hammam ada mencadangkan agar ibu pejabat AFC ditukar lokasinya dari Kuala Lumpur, Malaysia. Ini menimbukan reaksi bercampur2. Saya sendiri membisikkan kpd seorg teman, kata saya, "Hammam gali kubur!". Kenapa saya berkata demikian? Ada beberapa faktor yg agak rumit utk diperjelaskan di sini. Ianya menyangkut soal nostalgia, harga diri, mengenang budi dan setia kawan.

Setelah Hammam membuka cadangan itu, maka ada negara2 yg menawarkan diri secara dasar utk menjadi ibu pejabat AFC yg baru akan tetapi keghairahan mereka tidaklah seghairah menawarkan diri utk menjadi tuan rumah Piala Dunia! Kini usulnya itu nampak memakan diri Hammam sendiri. Jika beliau kalah dlm perebutan jawatan wakil eksekutif FIFA bagi rantau dunia Arab kpd wakil Bahrain Shaikh Salman Ebrahim Al-Khalifa yg mencabarnya dlm kongres FIFA Mei depan ini bermakna jawatan presiden AFC yg disandangnya selama ini juga akan hilang. Saya yakin itu akan terjadi!

Sebenarnya secara professional cadangan Hammam utk memindah ibu pejabat AFC dari Kuala Lumpur tidak praktikal & dianggap setengah2 pihak keterlaluan & tidak mengenang budi. Bagi mereka sejak sekian lama AFC yg tidak dikenali malah tidak mempunyai asset berharga tiada siapa yg sudi membantu melainkan pemimpin2 bola sepak di rantau Asia Tenggara terutama Malaysia yg telah menyumbang 4 orang presiden AFC (Tun Abd Razak Hussein & YAM Tunku Abd Rahman sebelum Tan Sri Abu Samah & DYMM Sultan Haji Ahmad Shah). Cadangan Hammam seolah2 memperlekeh pengorbanan besar mereka selama ini.

Faktor geografi juga memain peranan kenapa cadangan Hammam itu boleh dipertikai. Negara2 Asia Timur spt Jepun, Korea, China & Hong Kong serta ahli baru Australia pasti tidak bersetuju kerana jika ibu pejabat AFC ditukar ke salah sebuah negara di kawasan Timur Tengah maka ianya akan berada terlalu jauh dari mereka, ini menyukarkan dari segi perhubungan. Kedudukan Kuala Lumpur (Malaysia) yg berada di tengah2 benua Asia memberikan keadilan kpd semua ahli AFC dari segi jauh perjalanan utk menghadiri sesuatu acara.

Malaysia juga dilihat memang menjadi faktor pengimbang kpd blok2 negara2 Asia yg menganggotai AFC selama ini. Jadinya tokoh2 bola sepak Asia tidak mahu status-quo itu digugat & mahu ianya dikekalkan. Dan akhirnya sekali saya yakin benar bahawa Mohammed bin Hammam sedang 'menggali kuburnya sendiri' jika tidak mengubah gaya kepimpinannya selama ini. Percayalah.

Prof: Teringat saat menumpang kereta Tan Sri Hamzah Abu Samah dari Wisma FAM di Sungai Way Subang ke Kuala Lumpur. Tokoh bola sepak itu mengeluh kesukaran mencari pemimpin pelapis bola sepak memandangkan usia beliau sudah lanjut, calon2 yg ada masih belum mencapai tahap 'masak'. Saya mencadangkan beberapa tokoh, tetapi gagal menarik minat beliau. Katanya, "Nak pimpin AFC bukan mudah, kita bukan pimpin parti politik, kita pimpin semua bangsa & negara,". Saya mencari2 jawapanya selepas itu...kini hampir2 menemui jawapan yg hampir konkrit.

MU UNTOUCHABLE?

Sir Alex Ferguson & Ryan Giggs, dua watak utama dlm kecemerlangan MU musim ini.

Begitulah pendapat Arsene Wenger, Pengurus Arsenal aka the Prof terhadap prestasi yg telah ditunjukkan oleh pendahulu EPL Manchester United (MU). Dlm posting saya sebelum itu saya turut berpendapat bahawa MU sukar digugat. Kebetulan pendapat kami itu bukanlah disenghajakan kerana saya & Wenger tidak pernah bertemu malah mengenali antara satu sama lain. Akan tetapi pemahaman kami mengenai bola sepak mungkin ada sedikit persamaan. Akan tetapi Wenger pasti berada jauh di atas dari saya dlm bola sepak.

Apa yg menemukan pendapat kami ialah kualiti pemain2 yg dimiliki oleh Sir Alex Ferguson musim ini. Dari posisi penjaga gol hinggalah kpd barisan penyerang, semuanya berada dlm kondisi tip-top. Ini berbeza dgn pencabar2 yg lain, kesemua menghadapi masalah di segenap posisi. Dimitar Berbatov, Carlos Teves, Wayne Rooney & Ronaldo begitu bernafsu utk mencetak seberapa byk gol jika diturunkan.

Sementara di midfield pula MU turut memiliki pemain2 bertaraf dunia spt Park Ji Sung, Nani, Anderson, Paul Scholes, Ryan Giggs, Michael Carrick & John O'Shea. Kehebatan mereka memberi byk pilihan kpd Sir Alex. Rekod 14 perlawanan (setakat posting ini) tanpa bolos oleh Van der Sar kini sebenarnya byk bergantung kpd kekentalan barisan pertahanan MU yg dikepalai oleh Gary Neville (Les Ferdinand, Darrent Fletcher & Vidic).

Ini tidak berlaku kpd pencabar2 MU yg lain iaitu Liverpool, Aston Villa, Chelsea & Arsenal. Walaupun MU cuma meninggalkan Liverpool dgn 5 mata akan tetapi jika prestasi semasa MU berterusan maka Rafael Banitez akan kempunan sekali lagi utk mengecap juara EPL & menruskan badi 18 tahun Liverpool tanpa kejuaraan EPL sejak diperkenalkan.

Apapun; hukum bola sepak tidak membenarkan kupasan Wenger & saya semestinya benar. Ada beberapa faktor lain yg mungkin menterbalikkan teori kami itu umpamanya faktor kecederaan mendadak, nasib & silap perhitungan dlm sesuatu perlawanan. Apatah lagi di hujung saingan EPL sering kita mendapati kelab corot mampu mengalahkan kelab di atas carta. Sama2lah kita nantikan perlawanan2 berikutnya, pasti menarik & penuh tragedi.

Prof: Liverpool tetap kelab terhebat kerana menjuarai Liga Inggeris sebanyak 18 kali dlm situasi 'peluang sama rata' maksudnya pd ketika Liverpool kerap menjuarainya masih belum ada faktor tawaran wang yg lumayan mempengaruhi pemain2 berkualiti berhijrah, masih belum wujud istilah 'super rich' atau 'the big four'. Faktor inilah yg membuatkan ramai para penyelidik & professional bola sepak masih menganggap Liverpool kelab terhebat sepanjang zaman.

Ahad, 15 Februari 2009

TUGAS BERAT MENANTI DPMM FC DI S LEAGUE


Prof: Terlebih dahulu saya memohon maaf kpd para penjenguk blog ini kerana agak lama tidak membuat post terkini. Ini adalah kerana badan kurang sihat dan sibuk dgn Majlis Tahlil 40 Hari kemangkatan almarhumah bonda mertua saya YAM Pg Anak Hjh Siti Halimah bt Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin - Al-Fatihah.

Sebagai individu yg agak rapat (sejak menjadi ketua editor Brunei DPMM FC Match Report beberapa musim lalu) saya adalah segelintir pihak yg amat berduka cita apabila kelab terkemuka Brunei DS itu tidak dpt beraksi dlm Liga Super Malaysia Musim 2009 akibat masalah teknikal. Oleh itu terurailah sudah simpulan persahabatan dua buah negara melalui sukan bola sepak sejak tahun2 70an lagi. Kita berkongsi suka & duka, susah & senang serta mesra, kasih, benci & sayang. Kemuncaknya ialah Brunei Darussalam menjuara Piala Malaysia 1999. Ini adalah sejarah!

Maka secara teknikal jugalah DPMM FC akhirnya dpt pula beraksi dlm salah satu liga terbaik di rantau Asia Tenggara iaitu S League. Walaupun hanya bermula sekitar 1994 lalu namun S League sudah mampu menjadi matang dlm masa yg singkat. Ini adalah berkat sokongan padu sektor swasta di samping pengurusan professional.

Sebenarnya 'hubungan mesra' antara DPMM FC dan S League (FAS khususnya) sudah terjalin sekian lama. Kalau tidak silap saya, DPMM FC telah menyertai Singapore Cup sejak tahun 2003 lagi. Sejak itu kelibat DPMM FC tidaklah asing bagi para peminat bola sepak di Kota Singa itu. Walaupun DPMM FC gagal untuk layak ke pusingan seterusnya akan tetapi prestasi mereka cukup membanggakan dan mampu memberi saingan sengit.

Kali ini cabaran lebih serius lagi. DPMM FC beraksi dalam liga sebenar. Spt mana aksi dalam Liga M, maruah negara turut jadi pertaruhan. Kelab2 gergasi di sana spt Geylang Utd, Tampines Rovers, SAF dan yg lainnya pasti sdg menanti kelibat DPMM FC. Suasana perlawanan Liga S amat berlainan dgn Liga M terutama dari segi jumlah penonton dan suasana stadium. Apa yg menarik DPMM FC kali ini tidak dipaksa utk mengharungi perjalanan yg panjang, yg mana kadang-kala menjadi faktor kpd kekalahan ataupun prestasi buruk pasukan.

Sebagai pencabar baru DPMM FC pasti diragui & dicemburui oleh lawan. Inilah pentas sebenar bagi Vjeran Simunic & pemain2nya utk menyerlah. Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai penyertaan DPMM FC dala S League ini. Selamat Berjuang DPMM FC!

KENARI KEMBALI MENYENGAT

Sebagai Ketua Editor Buletin Kenari (majalah rasmi pasukan Kedah DA) saya berasa cukup bimbang dgn perkembangan kurang memberangsangkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu apabila hanya mengutip 1 mata dari 4 perlawanan Ligas Super Musim 2009 ini. Akan tetapi akhirnya Skuad Hijau Kuning itu akhirnya mencipta dua kemenangan berturut2 dgn menewaskan KL Plus (2-0) dan UPB/My Team (1-0).

Saya fikir YAB Presiden KFA dan YB Dr Hamdan Mohd Khalib (S/U Agong KFA) adalah org yg paling lega dgn perkembangan positif ini. Mmg saya juga cukup yakin dgn skuad Kedah ini. Kedah adalah satu2nya pasukan yg mempunyai ramai pemain2 muda berbakat besar. Oleh sebab itu, ketewasan mereka di awal musim itu hanyalah satu tempoh peralihan.

Memang semua mengetahui bahawa kemampuan mereka mencipta 'treble' dua musim berturut2 adalah didokong oleh faktor tiga pemain import mereka yg cukup berkualiti iaitu Bernard Huggins (pertahanan), Nelson San Martin (midfield) dan Marlon Alex James (striker). Jadinya ketiadaan mereka bertiga meninggalkan impak yg cukup besar utk diisi oleh pemain2 tempatan. Hanya masa yg menentukan.

Kesabaran mereka akhirnya berbaloi. Rentak kemenangan mula menjelma. Mohd Azraai Khor dan anak2 buahnya spt Victor Andrag, Helmi Eliza, Fauzi Shaari, Ronny Harun, Badrol Bakhtiar, Mohd Fadly Baharom, Saramsak Kram dan yg lainnya pasti akan lebih bertenaga selepas ini dan Stadium Darul Aman spt biasa akan menjadi medan menuai mata kemenangan.

Prof: Amat teruja berada di tengah2 puluhan ribu penonton 'hijau kuning' di Stadium Darul Aman. Di luar stadium suasana spt pesta. macam2 ada. Hahaha. Biasanya selepas tamat perlawanan kami akan pekena 'roti arab'. Nyaman.

Isnin, 9 Februari 2009

PROGRAM AWAL FFBD

Persekutuan Bolasepak Brunei Darussalam (FFBD) telah memulakan langkah awalnya dgn menganjurkan dua kejohanan peringkat umur dan perlawanan amal. Kejohanan2 peringkat umur itu ialah Bawah 14 & 16 Tahun. Syarat2 adalah spt berikut;

Bawah 14 Tahun - terbuka kpd pemain yg lahir selepas 1Jan 1995. (Mula pd 29Mac 2009)
Bawah 16 Tahun - terbuka kpd pemain yg lahir selepas 1jan 1993. (Mula pd 26April 2009)

Kedua2 kejohanan akan disertai oleh 12 buah pasukan. Maklumat lanjut boleh didpti dari pejabat FFBD; B7, 1st Floor, Setia Kenangan Complex, Kiulap. Tel: 2233893/2239812.

Sementara perlawanan amal bagi mengutip dana utk disumbangkan kpd tabung bencana alam (banjir & tanah susur) kebangsaan akan diadakan pd 13 Feb. 2009 (Jumaat) bertempat di Padang & Balapan, Komplek Sukan Negara, Berakas, yg akan mempertemukan pasukan DPMM FC dan XI B League.

Prof; satu permulaan yg baik TAPI sesuai dgn statusnya sebagai sebuah badan induk maka saya menggunakan sukat2 yg setara. Secara peribadi jauh dari mencapai taraf 'memuaskan'. Utk menganjurkan sesebuah liga bola sepak bukanlah terlalu sukar kerana org lain telah menganjurkannya sejak tahun 1888 lagi di England. Saya inginkan 'sesuatu' yg lebih daripada sebuah liga utk FFBD 'lulus' ujian sebagai sebuah badan induk.

Rabu, 4 Februari 2009

BRUNEI VETERAN GIAT BERLATIH UTK KE PENANG


Spt yg kita ketahui, skuad Brunei Veteran akan mencertai PSC 10th International Soccer Tournament yg akan berlangsung pada 7 & 8 Mac 2009 akn dtg ini. Oleh itu skuad tersebut yg diketuai oleh bekas ketua pasukan kebangsaan yg menjuarai Piala Malaysia 1999, Liew Chuan Fue, telah mengadakan dua perlawanan persahabatan sebagai program persediaan mempertahan kejuaraan.

Dlm kejohanan tahun lalu Brunei Veteran muncul juara setelah menumpaskan Hong Kong 1-0 dlm perlawanan akhir. Menurut jurulatih pasukan, Ishak Hj Kabon, beberapa pemain telah diserapkan bagi memperkemas pasukan kerana bagi beliau pasukan2 lwn kini pasti bertekad utk memberi tentangan terkuat kpd Brunei Veteran sesuai dgn statusnya sebagai juara bertahan.

Antara pemain2 baru yg diserapkan ialah Sabtu Yahya, Sidek Eya, Ukoi Anam, Amp. Rahim Amp Sabli & Mohd Hakimi Abdullah Gampar. Manakala pemain2 tahun lalu yg masih kekal selain Liew Chuan Fue ialah Ali Hj Ismail, Kula Mohammad, Kasmi Hj Abd Hamid, Lim Sun Hui & Metussin Sumpong.

Menjelang kejohanan di Pulau Mutiara itu, Brunei Veteran yg menyertai kategori 45 tahun ke atas, akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan lagi termasuklah menentang DPMM FC Management Team.

Selasa, 3 Februari 2009

PERADUAN MENCIPTA LOGO 'FFBD'

Badan induk bola sepak Brunei Darussalam yg baru, Football Federation of Brunei Darussalam (FFBD) khabarnya akan membukakan penyertaan kpd org ramai utk menyertai Peraduan Mencipta Logo FFBD. Demikian dimaklumkn kpd saya oleh salah seorg AJK FFBD sebaik shj selesai mesyuarat bulanan badan itu malam tadi.

Bagi mereka2 yg berbakat dlm rekabentuk grafik (graphic designer) jgn lepaskan peluang itu utk mencipta sejarah di samping memenangi beberapa hadiah menarik yg bakal disediakan. Satu pengumuman rasmi akan dibuat sedikit masa lagi kpd media massa tempatan. Nama awda akan tercatat sebagai pereka logo rasmi FFBD sampai bila2, ini adalah sejarah & menjadi ristaan zaman ke zaman.

Syarat2 penyertaan akan dimaklumkan kemudian. Jadilah salah seorg pencipta sejarah. Selama ini kita hanya menjadi penyaksi sejarah.

Ada dua ungkapan dari saya utk para penggiat bola sepak sekelian;
Setiap kali terjadi krisis, pasti ada peluang yg terhidang & life must goes on.