Ahad, 29 Ogos 2010

ZIDANE SEDEKAH JUADAH BERBUKA DI PARIS

Kelihatan Zidane sdg bergambar bersama salah seorg jemaah & kaki tangan salah sebuah masjid di Paris.

Lagenda bola sepak dunia & bekas ketua pasukan Perancis yg beragama Islam, Zinadine Zidane, 38 tahun, baru2 ini telah melakukan ibadah bersedekah makanan berbuka puasa sempena bulan Ramadhan yg mulia ini kpd fakir miskin & jemaah di beberapa masjid sekitar kota Paris.

Menurut laporan yg dipetik dari stesen tv TV5 Paris, Zidane yg bersara dari bermain sebaik membawa Perancis menjadi naib juara Piala Dunia 2006 lalu, melakukan ibadah bersedekah berbuka puasa merupakan aktiviti tahunan beliau sejak menjadi pemain bola sepak professional. Semoga ibadah beliau itu diterima Allah swt. Amin.

Prof: Contoh kpd pemain2 bola sepak professional yg beragama Islam.

Sabtu, 28 Ogos 2010

ISA BAKAR MENINGGAL - AL-FATIHAH

Salah satu aksi Allahyarham Isa Bakar ketika zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.

Innalillah hinaillah hiwarijuun. Begitulah adat manusia yg hidup, pasti akan menemui mati. Pd jam 10.15 pagi tadi 18 Ramadhan 1431H (28 Ogos 2010), Isa Bakar, 58 tahun, telah meninggal dunia kerana sakit batuk berdarah di Hospital George Town, Pulau Pinang. Allahyarham yg mengadu sakit telah dibawa ke hospital malam tadi oleh keluarga Allahyarham, demikian menurut laporan portal berita.

Kali terakhir saya bersua muka dgn Allahyarham ialah pd PSC International Soccer 7's 2009 lalu. Pd kejohanan tahun ini kelibat bekas penyerang kebangsaan Malaysia yg sezaman dgn Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun, R. Arumugam & Shukor Salleh, tidak kelihatan.

Di era 70 an, Allahyarham bersama abangnya yg juga pemain Pulau Pinang & Malaysia iaitu Ali Bakar telah menjadi tulang belakang pasukan Pulau Mutiara itu dlm kempen Piala Malaysia & sudah pasti peminat2 bola sepak di Brunei Darussalam sendiri telah melihat kehebatan pemain penyerang yg pantas itu beraksi di Bandar Seri Begawan.

Sebagai peminat bola sepak, saya memang meminati Allahyarham Isa Bakar sebagai salah seorg pemain penyerang berbisa pelengkap kpd gandingan Allahyarham bersama Mokhtar Dahari hingga Malaysia digeruni oleh semua negara2 Asia. Allahyarham meninggalkan seorang balu & 4 orang anak.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan di sisi para solehin. Amin ya rabbal alamin.

Prof: Terlalu banyak yg diberikan oleh Allahyarham kpd bola sepak Malaysia.

UNDIAN CHAMPIONS LEAGUE & EUROPA LEAGUE

CHAMPIONS LEAGUE

KUM A - Inter Milan, Spurs, FC Twente & Werder Bremen
KUM B - Lyonn, Benfica, Schelke 04 & Hopoel Tel-Eviv
KUM C - Man Utd, Valencia, Glasgow Rangers & Bursaspor
KUM D - Barcelona, Panathinaikos, Kobenhavn & Rubin Kazan
KUM E - Bayern Munich, AS Roma, Basel FC & CFR 1907
KUM F - Chelsea, Marsielle, Spartak Moscow & MSK Zilina
KUM G - AC Milan, Real Madrid, Ajax Amsterdam & Auxerre
KUM H - Arsenal, Shakhtar Donedsk, Braga & Partizan Belgrade

EUROPA LEAGUE

KUM A - Juventus, Man City, Salzburg & Lech Poznan
KUM B - Atletico Madrid, Bayer Leverkusen, Rosenborg & Aris Thessaloniki
KUM C - Sporting Lisbon, Lille, Levski Sofia & Gent
KUM D - Villareal, Club Brugge, Dinamo Zagreb & PAOK Athens
KUM E - AZ Alkmaar, Dynamo Kiev, BATE Borisov & FC Sheriff
KUM F - CSKA Moscow, Palermo, Sparta Prague & Lausanne Sports
KUM G - Zenit St. Petersburg, Anderlecht, AEK Athens & Hadjut Split
KUM H - Stuttgart, Getafe, Odense & Young Boys
KUM I - PSV Eindhoven, Sampdoria, Metalist Kharkiv & Debreceni
KUM J - Sevilla, Paris St. Germain, Borussia Dortmund & Karpaty
KUM K - Liverpool, Steaua Bucharest, Napoli & Utrecht
KUM L - FC Porto, Besiktas, CSKA Sofia & Rapid Vienna

Khamis, 26 Ogos 2010

....SAMBUNGAN

4. 50 + 1

Terma di atas merujuk kpd peraturan menghadkan pemilikan saham oleh individu dlm sesebuah kelab kpd 49% sahaja, selebihnya (51%) adalah dimiliki oleh Verein; iaitu pihak asal yg memiliki/menubuhkan kelab/kelab sukan melalui ahli2 mereka termasuk peminat.

Melalui peraturan ini, tiada kebimbangan seorg taikun minyak atau pelanggar hak asasi manusia dpt mengambil-alih kelab utk membuat keuntungan segera. Ada juga hasrat agar peraturan tersebut diubah pd masa depan, tetapi ada keraguan di kalangan peminat yg memiliki saham melalui Verein, walaupun mereka agak gerun melihat kelab2 EPL mendominasi Champion League.

Dengan adanya peraturan ini tidak bermakna kelab2 Bundesliga tidak memiliki kuasa wang. Bayer Leverkusen disokong oleh gergasi perubatan, Bayer Group, Wolfsgurg pula ditaja oleh Volkswagon dan Hoffenheim oleh Deitmar Hopp dari SAP. Malah pemilik kaya yg memiliki 49% saham semakin meningkat, di mana akan menjadikan kelab2 Jerman kekal gagah di pentas Eropah dgn tidak menyerahkan kelab kpd para 'penyanggak ekonomi' spt mana yg berlaku di EPL.

5. KEUPAYAAN MENYELSAI MASALAH KELAB

Liga manakah paling menguntungkan di Eropah? Salah! (Saya tahu jawapan anda ialah EPL). Hampir tepat pun tidak. Ketika pendapatan meningkat di EPL (hampir sekali ganda), keuntungan Bundesliga 250 juta Euro musim lalu, mengatasi lebih 100 juta Euro dari EPL. Dlm masa yg sama, Bundesliga berada di tangga ke 2 di belakang EPL dari segi pendapatan kasar, jauh mengatasi La Liga & Serie A dari segi keuntungan bersih. Faktor utama adalah kos pemain. Ketika di EPL berkisar kpd kuasa & perpindahan pemain, Bundesliga mengekal kos pemain sekitar 45% dari pendapatan (66% di EPL). Sementara itu, pendapatan dari siaran televisyen terus meningkat, tajaan jersi juga lebih baik berbanding EPL dan stadium lebih besar; semua itu membuatkan kelab2 Bundesliga terus kaya.

Pilih saja kelab secara rambang! Jika mereka menghadapi masalah, esok akan ada jalan penyelesaiannya. Itulah perkembangan yg berlaku di Bundesliga. Masalah yg menimpa sesebuah kelab tidak dibiarkan berlarutan hinga bertahun2 lamanya. Beberapa buah kelab telah digantung di bawah akta Lizenzierungsordnung, di mana peraturan kewangan lebih ketat dari di England. Melalui peraturan itu, setiap bulan Mac kelab2 diwajibkan menghantar laporan & perancangan kewangan agar dpt dipantau & dikawal supaya tidak berbelanja lebih dari kemampuan sebenar. Perbelanjaan mereka hendaklah mengikut laporan yg sudah dihadapkan.

Kali terakhir kelab digantung lesen ialah Munich 1860 pd 1982. Sebaliknya 12 buah kelab hampir diletakkan di bawah pentadbiran (perlindungan muflis) di EPL sejak 2 tahun lalu! Dan Chelsea mencatat kerugian 140 juta paun.

6. PEMBANGUNAN BELIA & PASUKAN PENCARI BAKAT

Kita lihat siapa yg bakal menjadi bintang dlm Euro 2012 & Piala Dunia 2014. Tempat terbaik utk bermula ialah di Bundesliga. Itali makin kurang melahir bintang, terutama warga Itali. Sepanyol agak ramai tetapi dikuasai oleh warga Sepanyol sendiri atau Argentina. England pula meletakkan harga terlalu tinggi utk pemain muda (over price) tetapi hakikatnya mereka bukanlah bintang sebenar. Kecuali Arsenal, di mana Arsene Wenger menjadikannya 'cottage industry' dgn membeli pemain2 muda dari luar England lalu membentuk mereka menjadi bintang. England mungkin membeli pemain2 muda berbakat, tetapi mereka itu sebahagian besar dibentuk di negara lain. Faktanya, dgn bakat England sendiri, jarang kelab2 EPL yg membentuknya, selain dari Man City & West Ham. Manakala liga bawahan pula yg melahir ramai pemain2 muda.

Keadaan ini mungkin berubah jika FIFA dpt menguatkuasakan peraturan yang telah dicadangkan iaitu 6+5 (6 pemain tempatan & 5 pemain import dlm kesebelasan utama), lebihan wang itu membolehkan England membentuk sistem akademi. Bayern Munich adalah lebih besar dari mana2 kelab di England. Skuad mereka termasuk Ottl, Rensing, Schweinsteiger & Muller adalah lahir dari sistem belia mereka. Berbanding Man Utd, tiada satupun pemain bintang lahir dari akademinya sejak 'golden generation'. Mana2 pemain muda yg lahir dari akademi mereka akan bermain di Belgium atau Sunderland. Timbul persoalan, mengapa mereka sanggup menghabiskan wang hanya utk itu?

Tidak syak lagi Bundesliga adalah kilang melahir pemain muda bertaraf dunia. Sepanyol mempunyai sekatan kpd bakat warga asing & England pula menyekat dgn peraturan permit kerja. Sementara Jerman tidak byk karenah, hanya perlu belajar bahasa Jerman!.

7. TAKTIK

Berapa ramai pemain no 10 sebenar di England saat ini? Joe Cole tidak akan dibenarkan bermain di posisi itu, sama juga Elano di Man City.

Werder Bremen ada Deigo, Bayern dgn Gomes, Klose & Mueller atau Ribery, BVB ada Haj-nal, Hannover dgn Bruggink dan Bundesliga kehilangan dua pemain posisi tersebut musim lalu iaitu Marcelinho (Wolfsburg) dan Rafael Van der Vaart (Hamburg SV). Posisi striker tradisional ini adalah kemuncak kpd teknik permainan bola sepak; namun tidak berlaku lagi di England, kerana permainannya menjadi semakin pantas atau perlahan.

Akan tetapi, Bundesliga bukan liga yg perlahan. Yang pasti jika membandingkan aspek 'distance covered', Bundesliga & EPL sedikit terkebelakang dari Ligue 1 Perancis apabila pemain berlari sekitar 10km per game. Sementara byk masa dihabiskan utk 'sprint' di EPL (210m x 169m), bagi aspek 'high intensity run' EPL mengatasi Bundesliga dgn setiap pemain berlari purata 241m (224m Bundesliga). Tetapi dgn kelebihan itu, kelab2 EPL tidak sampai 60% bagi aspek ketepatan hantaran, berbanding Bundesliga & La Liga dgn 63.5%.

Masalah EPL lagi ialah terdpt 50 'challenge per game' kerana liga ini terlalu mendesak pasukan utk bertahan. Lebih teruk lagi, EPL memiliki merekodkan purata paling byk 'air challenge per game' & mencatat 'touching' terendah (Bundesliga adalah tertinggi).

Fakta tambahan; utk 19 tahun berturut2, Bundesliga mencatat 'the most goal per game' bagi mana2 perlawanan penting Eropah (2.81 musim lalu). England, yg selalu menganggap Itali sebagai negara utk permainan corak bertahan (defensive play), hanya berjaya mengatasi Itali sebanyak 3 kali sejak 10 tahun lalu. Kali terakhir EPL menghampiri Bundesliga ialah pd musim 1999-2000 bila mencatat 2.78 (2.80 bagi Bundesliga). Untuk tahun2 berlalu, secara statistik liga paling menarik ialah Ligue 1 Perancis, setiap kelab bermain secara offensive (menyerang).

Jerman di pihak lain, seperti berada di pertengahan antara teknik tinggi La Liga & Serie A dan 'fast faced' & fizikal EPL & Ligue 1. Itulah yg membuatkannya lebih taktikal berbanding yg lain & pasukan kebangsaan Jerman tidak putus2 melahirkan pemain2 berkaliber di segenap posisi!

Prof: Harap pembaca & aktivis bola sepak di Brunei DS mendpt pelajaran dari fakta2 di atas.

Rabu, 25 Ogos 2010

7 SEBAB MENGAPA BUNDESLIGA LEBIH BAIK DARI EPL


1. PERBANDINGAN

Memang, bukan semua kelab boleh menjuarai Bundesliga. Tetapi sejak EPL dilancarkan pd tahun 1991, hanya 4 kelab menjuarainya; Man Utd, Blackburn, Chelsea & Arsenal; Man Utd memonopoli 11 kejuaraan. Pun begitu dalam masa yg sama, 5 kelab telah menjuarai Bundesliga; Kaiserslautern, BVB, Bayern Munich, Werder Bremen & VFV Stuttgart. Ianya bukanlah perbezaan yg besar, tetapi cuba kita lihat lebih mendalam lagi.

Jika kita melihat perebutan kejuaraan (hingga ke minggu terakhir musim), kegagalan epik Newcastle pd 1996 dan kejayaan Blackburn pd 1995 merupakan tahun2 yg tidak melibatkan Arsenal, Man Utd & Chelsea, malah Liverpool gagal menjuarai sejak EPL ditubuhkan. Namun di Bundesliga, selain kelab2 juara yg disebutkan di atas, Schalke 04 gagal 2 kali dan Bayer Leverkusen 3 kali (sekali memiliki mata yg sama dgn Bayern Munich). Eintracht Frankfurt hanya terpisah 6 mata pd 1992. Tidak lupa juga Kaiserslautern memang sebaik hanya semusim naik dari divisyen bawah. Adakah ini terjadi di EPL? atau adakah kemungkinan ini terjadi kpd Stoke City, Blackpool, Hull Cita atau West Bromwich Albion?

'The Big Four' memang kekal begitu di EPL. Hanya Newcastle & Leeds Utd kelab lain yg layak ke perlawanan kumpulan Champion League - kerana EPL mendpt 4 slot sementara Bundesliga hanya 3 slot. Tetapi dlm masa yg sama Bundesliga diwakili oleh kelab2 spt Hertha Berlin, Munich 1860, Bayer Leverkusen, Bayern Munich, Werder Bremen, Schalke 04, Humburg HSV, VFV Stuttgart & BVB. Begitu jauh perbezaannya dgn EPL.

Seperkara lagi, sementara Bayern Munich menjadi kelab paling berjaya di Bundesliga, Schalke 04, Werder Bremen, Wolfsburg & Hamburg HSV turut berpeluang menjadi juara musim ini. Selain itu Cottbus, Bielefeld & Bochum pula berpeluang utk menyinar di Europa League. Manakala di EPL, hanya dua kelab dilihat yg akan menentukan juara iaitu Man Utd & Chelsea. Selain dari 'The Big Four', hanya Everton, Tottenham, Man City & Aston Villa sesekali mencelah di antara mereka. Yg lainnya, harapan utk beraksi di Europa League muncul jika layak ke final Piala FA sebelum tewas kpd salah satu dari 'The Big Four'.

2. PENONTON DAN PENYOKONG

EPL memang dikatakan memiliki penonton yg hebat tetapi mungkin juga yg membosankan. Arselan tidak digelar sebagai 'The Librarian' tanpa sebarang sebab. Wigan pula adalah bandar sukan ragbi. Roy Keane pernah bercakap mengenai 'Prawn Sandwich Group' di Old Trafford (merujuk kpd penonton golongan tua yg memonopoli di sana).

Bundesliga, di mana stadium lebih besar & harga tiket lebih murah, para penonton golongan remaja memenuhi setiap perlawanan. Penonton mereka sangat menakjubkan. Musim lalu, Munich 1860 mencatat purata seramai 44 ribu penonton, ketiga ramai jika di La Liga (Sepanyol) atau Serie A (Itali), kedua di Ligue 1 (Perancis) dan keempat di EPL. Akan tetapi rekod tersebut adalah ke 8 di Bundesliga!. Dan Koln dan Borussia Mochengladbach mencatat purata penonton mereka 40 ribu org. Sebagai rekod, Borussia Dortmund menyamai purata penonton bagi Man Utd & Real Madrid.

Mereka akan menyanyi, berteriak dan tanpa henti mengibar bendera besar (jarang kita lihat di EPL) memenuhi ruah stadium. Meraikan kejayaan setiap kali perlawanan berakhir antara para pemain dan penonton adalah yg paling menarik di Bundesliga berbanding tempat lain.

3. KUASA PEMINAT

Para peminat di England (bukan hanya EPL) rasa tertekan kerana kelab2 hanya menginginkan wang mereka, itulah yg mereka rasakan saat ini. Mereka tidak mempunyai byk peranan dlm kelab2 pujaan masing2, sebab itu mereka berpaling ke Bundesliga.

Kerana di Bundesliga, peminat masih mempunyai suara dlm pegangan (saham), peraturan & tradisi sesebuah kelab. Peminat mendesak beberapa isu spt tempat peminat berdiri (standing area) yg mana menjadi sebab kenapa stadium & perlawanan selalu berada dlm ceria & meriah, harga tiket yg berpatutan, penggunaan bendera & kain rentang dan kesinambungan kehadiran pelawak (badut) sesebuah kelab. Anda boleh membeli tiket serendah 5 euro walaupun di Allianz (stadium milik Bayern Munich). Di Old Trafford wang sebanyak itu tidak cukup utk membeli tiket waima 'prawn sandiwch' yg terkenal itu.

Para peminat & penonton adalah teras utama kewujudan Bundesliga. Para peminat di liga2 Eropah berpendapat liga mereka terlalu komersil & tidak memberi byk peluang kpd peminat utk bersuara. Di Itali, mereka akan membaling batu-bata. Di Sepanyol, mereka membuat bunyi spt monyet. Di England, mereka tidak mampu berbuat apa2 & akhirnya bertumbuk di lorong2 gelap. Tetapi di Bundesliga (Jerman) mereka menikmati suasana bola sepak sebenar.

Bersambung.....

Ahad, 22 Ogos 2010

AKIBAT EPISOD MALANG DI PIALA DUNIA, ENGLISH FA BUAT PERUBAHAN DLM EPL

Setelah tewas dgn amat memalukan 1-4 kpd musuh tradisi Jerman dlm pusingan kedua Piala Dunia 2010 Afrika Selatan lalu English FA seolah2 baru tersedar dari lamunan atau mimpi yg panjang. Bagaimana Jerman, antara negara yg terkuat di dunia dlm bola sepak boleh mengharapkan cabaran mereka kpd pemain2 yg relatif muda spt Thomas Mueller (20), Mesut Ozil (22), Semi Khedira (23) & Jarome Boateng (23). Kesemua mereka beraksi sebagai kesebelasan utama malah telah menunjukkan prestasi amat membanggakan.

Sementara England sebagai 'The Mother of Modern Football' langsung tidak berani bukan sahaja memberi peluang bermain malah ada yg tidak disenaraikan umpamanya Theo Wellcott. Hanya James Milner diturunkan, itupun bukanlah pilihan utama pengurus pasukan, Fabio Capello. Apakah rahsia kejayaan Jerman menampilkan ramai pemain2 muda berbakat? Bukan Jerman sahaja malah negara2 lain juga sama seperti Mexico, Belanda, Ghana, Nigeria, USA, Slovenia, Slovakia dan Afrika Selatan sendiri selaku tuan rumah.

Apa sudah jadi dgn English Premier League (EPL) yg terkenal itu? Mungkinkah mutu EPL sedang menurun atau mutu liga2 negara lain pula sudah meningkat? Akhirnya FA terpaksa menerima hakikat bahawa EPL memang berjaya dari segi populariti & keuntungan akan tetapi gagal melahirkan pemain2 muda berbakat.
Maka untuk musim 2010/11 FA telah membuat beberapa perubahan kpd EPL. Antaranya ialah;

1. Mengecilkan skuad kpd 25 pemain sahaja;
- 8 orang pemain mestilah dari pemain2 yg dilahirkan dari akademi2 tempatan.
- tiada had tertentu bagi jumlah pemain bawah 21 tahun (setiap kelab digalakkan menyenaraikan seberapa banyak pemain bawah 21 tahun.
- Mana2 kelab yg gagal mencukupkan kouta 8 pemain tempatan maka tidak boleh diganti dgn pemain dari luar England.

2 Membuat beberapa perubahan kepada peraturan pemilikan saham kelab;
- diwajibkan menghadapkan laporan pembayaran cukai setiap suku tahun (3 bulan).
- bakal pemilik atau pengarah baru akan diuji dari segala segi.
- jika terdapat bakal pemilik atau pengarah (atau yg sedang memegang jawatan) digantung oleh pertubahan2 lain di mana2 pun jua, mereka tidak boleh menjadi pemilik atau pengarah sesebuah kelab.

3. Menambah imbuhan kewangan kepada kelab2;
- EPL - USD600 juta utk 3 tahun mendatang (utk semua kelab).
- Liga Championship - USD3.5 juta setiap kelab.
- League 1 - USD530,000 setiap kelab.
- League 2 - USD350,000 setiap kelab.

Kita lihat sendiri sama ada perubahan2 ini akan membuahkan hasil terhadap mutu permainan kelab2 EPL dan berjaya melahirkan ramai pemain2 muda berbakat besar utk membawa cabaran England dlm kejohanan2 antarabangsa khususnya Euro & Piala Dunia. Apa yg mustahak ialah FA/EPL telah menyedari kesilapan mereka dan memberi respon dgn memperkenalkan beberapa pendekatan dan perubahan. Inilah yg dinamakan tenaga professional. Tidak malu utk mengakui kesilapan sendiri dan berani membuat perubahan.

Prof: Bola sepak kita bagaimana?

Khamis, 19 Ogos 2010

MASALAH BRUNEI FA MENGANGGU SAYA

Lebih baik & mudah saya panggil 'Brunei FA' utk merujuk kpd permasalahan yg membelenggu perkembangan bola sepak Brunei saat ini. Tidak perlu dihuraikan bagaimana bermula, siapa terlibat atau siapa bersalah. Ianya benar2 mengganggu saya!!!!!!!!!!!

Di majlis perkahwinan rakan2 atau saudara-mara pasti menanyakan soalan kpd saya bila akan selesai. Di majlis tahlil, soalan yg sama terpacul dari mulut hadirin sebaik mula menjamah juadah. Tidakkah mengganggu masa enak saya utk menikmati rezeki????????

Ketika siaran langsung Piala Dunia 2010 lalu lagi teruk. Tatkala 'on air' pun kawan2 menghantar SMS bertanya apa perkembangan terkini masalah itu. Tidak cukup dgn itu, ketika asyik membawa anak/isteri membeli-belah di kedai mamak/pasaraya, sesiapa yg mengenali saya turut bertanya dgn sungguh2 apa terjadi dgn bola Brunei. Hingga terlupa senarai barangan yg mesti dibeli, akhirnya dimarahi oleh org rumah. Tidakkah ini mengganggu hidup saya????????

Di masjid juga sama. Selepas solah Jumaat atau yg terkini saat rehat solah Tarawih. " Jon, bila Brunei FA hidup? Siapa yg salah ah? Apatah jadinya karang? Siapa AJK baru?." Itulah antara soalan mereka kpd saya. Saya jawab ringkas, "Aku tak tahu!!!!!!!!!!!!!!!!!". Hajat ingin menambah pahala, tapi jadi kurang pulak dah. Wallahuaklam.

Prof: Cerminlah diri kita.

Jumaat, 13 Ogos 2010

EPL MUSIM 2010/11 BERMULA



Secara rasminya EPL Musim 2010/11 telah bermula sebaik sahaja perlawanan 'Community Shield' antara Chelsea dan Man Utd di Stadium Wembley minggu lalu, namun perlawanan pertama liga bermula esok (14 Ogos). Chelsea sebagai penyandang juara EPL menerima tamparan apabila tewas 1-3 kpd Man Utd dlm perlawanan 'Community Shield' dan tiga perlawanan persahabatan sebelum itu.

Walaupun dimiliki oleh hartawan Russia, Roman Abrahamovic, pengurusnya Carlo Ancelotti tidak membuat pembelian bintang2 ternama dunia, hanya mendptkan Yossi Benayoun dari Liverpool & paling terbaru pemain Brazil, Ramires. Sebaliknya Chelsea terpaksa melepaskan beberapa pemain utama pergi iaitu Michael Ballack, Joe Cole, Deco, Juliano Balleti & Ricardo Carvalho. Jurulatih berbangsa Itali itu lebih selesa mengekalkan pemain2 sedia ada spt John Terry, Frank Lampard, Ashley Cole, Nikolas Anelka, Didier Drogba, Michael Essien, John Obi Mikel, Salomon Kalou dan yg lain2nya.

Man Utd pula nampak lebih berkeyakinan utk merampas kembali mahkota EPL. Sir Alex Ferguson sama seperti rakannya di Chelsea, mengambil pendekatan berhati2 dgn tidak berbelanja besar. Hanya membeli Javier Hernandez, penyerang muda dari Mexico sebelum bermulanya Piala Dunia 2010 Afrika Selatan dan pemain muda Portugal, Bebe, walaupun dibabitkan perundingan dgn beberapa pemain bintang dunia.

Man City adalah kelab paling terkaya dan sesuai dgn statusnya itu terus berbelanja besar utk merampas kejuaraan EPL atau sekurang2nya menempatkan diri dlm 'The Big Four'. Roberto Manchini telah diberikan wang sekitar 100 juta paund utk membeli Yaya Toure, David Silva, Alexander Kularov, Jerome Boateng dan akhirnya berjaya menambat pemain muda Itali dari Inter Milan, Mario Balotelli. Manakala perundingan utk mendptkan pemain midfield Aston Villa & England, James Milner, masih rancak berjalan dan dijangkakan akan dimuktamadkan dlm masa terdekat ini.

Kita saksikan sama ada kuasa wang akan membawa kejuaraan EPL ke Eastlands yg kali terakhir memenangi kejuaraan utama pd tahun 1968. Pendekatan ini juga dianggap sebagai 'senjata pembunuh' kpd Manchini. Jika berjaya maka masa depan beliau di Man City akan kekal sekurang2nya utk semusim lagi, akan tetapi jika gagal maka sudah pasti Manchini akan mengalami nasib seperti Mark Huges yg digantikan beliau sebelum ini.

Sebuah lagi kelab 'The Big Four' yg mengambil pendekatan 'low profile' ialah Arsenal. Hanya membeli penyerang Morocco, Marione Chamakh dan pemain pertahanan kurang ternama, Laurent Koscielny serta menjual Eduardo, yg lainnya tiada banyak perubahan dlm skuad utama Arsene Wenger walaupun melepaskan bintang veteran spt Willian Gallas, Sol Campbell & Mikael Silvestre. Mengekalkan Cesc Fabregas adalah merupakan satu kejayaan besar bagi pengurus dari Perancis itu.

Masalah utama Wenger sebenarnya ialah di barisan pertahanan terutama penjaga gol. Beliau sgt memerlukan seorg penjaga gol yg berkaliber apabila Manuel Alumnia cedera & Lukasz Fabianski tidak sehebat mana hingga memboloskan beberapa gol mudah di akhir kempen musim lalu. Nampaknya usaha Wenger utk memikat penjaga gol Fulham, Mar Swarzer, masih gagal. Nampaknya tugas di pertahanan tengah akan menjadi milik Thomas Vermalen bersama Bakary Sagna (kanak) & Gael Clichy (kiri) serta bergandingan dgn Koscielny.

Spurs yg merampas posisi terakhir 'The Big Four' dari Liverpool nampaknya juga mengalami kekangan kewangan utk membeli pemain2 bintang. Pasukan kendalian Harry Reknepp itu tetap mengharapkan barisan musim lalu spt Jonathan Woodgate, Ledley King, Luka Modric, Roman Pavlyuchenko, Jermaine Jenas, Jermain Defoe, Peter Crouch & Robbie Keane. Nampaknya cabaran mereka dlm Liga Juara-Juara menjadi samar jika tidak mencapai tahap prestasi tinggi dlm masa terdekat ini.

Liverpool yg terperosok ke tangga ke 7 musim lalu mungkin akan melupakan musim suram itu. Roy Hodgson datang ke Anfield yg menggantikan Rafael Banitez. Dlm kesempitan dana pengurus berpengalaman itu masih mampu memancing Joe Cole, Milan Jovanovic, Christian Poulsen, Danny Wilson & Jonjo Shelvy. Hanya dua bintang meninggalkan mereka iaitu Yossi Benayoun & Albert Raira.

Kejayaan Hodgson seolah2 sama spt yg dialami oleh Wenger di Arsenal, apabila Fernando Torres mengambil keputusan menolak tawaran2 lumayan dari kelab2 lain dgn memberi peluang semusim lagi utk Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan. Kini The Reds seolah2 menerima semangat baru apabila bintang2 lain spt Steven Gerrard, Jamie Garangger, Lukas dan lain2nya kekal di Anfield. The Reds pasti akan mampu memberi impak besar kali ini.

Prof: Spt juga ulasan2 lain, peluang sama rata. Bebanan kpd Man City & Manchini. Liverpool pasti meningkat.

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ 1431H


Prof mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq 1431H kepada semua penjenguk blog ini yang beragama Islam, pemain2 bola sepak di serata pelosok dunia, para pemimpin persatuan, pengurusan, jurulatih dan para peminat yang setia. Bola sepak bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah. Semoga pahala berlipat ganda dikurnia oleh Allah Yang Maha Segalanya. Aminnnn.

Isnin, 9 Ogos 2010

MAN UTD LANGKAH KANAN

Sir Alex Ferguson menarik nafas lega apabila membawa pasukan bimbingannya memulakan kempen EPL 2010/11 dgn kemenangan bergaya 3-1 ke atas juara EPL 2009/10 Chelsea di Stadium Wembley malam tadi. Valencia, Javier Hernandez & Dimitar Berbatov menjadi menjaring utk skuad 'The Red Devil' manakala Salomoun Kalou membalas utk skuad bimbingan Carlo Anchelotti.

Utk menilai atau menjangka prestasi keseluruhan utk musim akan dtg ini melalui perlawanan mlm tadi adalah tidak adil. Chelsea walaupun tidak berbelanja besar utk memperkuatkan skuad mereka namun spt kata Alex Ferguson, "Sebagai juara bertahan, tentangan dari Chelsea tidak boleh diambil mudah. Mereka tetap menjadi halangan paling kuat dlm usaha kami utk merampas kembali kejuaraan."

'The Red Devil' nampaknya bertuah kerana prestasi pemain muda Mexico yg dibeli sebelum bermula Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, Javier Hernandez, memperlihatkan persefahaman dan kehebatan yg sdg meningkat bersama pemain2 lain dlm skuadnya. Nampaknya 'strike force' Man Utd dimiliki oleh Wayne Rooney, Dimitar Berbatov, Javier Hernandez, Macheda & Michael Owen.

Prof: Saya akan sambung penilaian mengenai EPL dlm posting akan datang.

Rabu, 4 Ogos 2010

MAJLIS KESYUKURAN PIALA DUNIA 2010 AFRIKA SELATAN DI RTB

Adi Zulhazmi, Hj Adis, Johari Hj Bongsu & Cikgu Hj Drahman.

Ali Hj Ismail & Cikgu Hj Salleh (Penerbit).

Antara pembawa acara yg hadir, Hj Malek, Hj Hassan & Redzuan.

Norilham Hj Jais, Hussin Hj Moktal & Ali Hj Mustafa.

Sahabat2 penerbit & krew RTB.

Kelmarin (3 Ogos 2010/Selasa, jam 10.00 pagi) telah berlangsung majlis kesyukuran sempena kejayaan pihak Radio Televisyen Brunei (RTB) menyiarkan secara langsung Piala Dunia 2010 Afrika Selatan lalu. Pemangku Pengarah RTB, Awang Haji Idris Ali telah sudi menyerikan majlis berkenaan dan di samping itu turut hadir ialah Ketua Bahagian Berita, Hal Ehwal Semasa dan Sukan, Awang Haji Shamad bin Ali, Pemangku Penolong Ketua Berita, Hal Ehwal Semasa dan Sukan, para penerbit, krew, para pembawa acara dan tidak ketinggalan para tetamu (football pundit).

Majlis turut diselajurkan dgn bacaan tahlil yg dikepalai oleh Awg Hj Malek Hj Awg Tengah. Selesai sahaja bacaan tahlil, Awang Haji Idris dan Haji Shamad bergilir2 memberi penghargaan kpd setiap individu yg terlibat menjayakan siaran langsung tersebut. Mereka turut memuji corak persembahan yg bertenaga & mendapat respon baik dari para penonton.

Apatah lagi siaran langsung Piala Dunia 2010 itu merupakan buat pertama kalinya RTB menyiarkan dlm bentuk HD (RTB3) dan ini juga satu lagi 'milestone' kpd RTB dlm mengharungi masa depan dunia penyiaran yg penuh dgn cabaran dan saingan dari pelbagai saluran televisyen.

Saya sebagai salah seorg tetamu yg diundang sewaktu siaran langsung tersebut mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian mengundang saya dan teman2 yg lain. Sesungguhnya kerja berpasukan memerlukan persefahaman yg jitu samalah juga corak permainan bola sepak di tengah padang. Tanpa persefahaman yg jitu, mustahil kita dpt mencapai kejayaan.

Prof: Kesejukan, mengantuk, make-up yg tebal & sokongan hebat kwn2 krew kpd pasukan2 kegemaran mereka antara peristiwa menarik Piala Dunia kali ini. Terima kasih sahabat2 RTB.