Rabu, 30 Jun 2010

JEPUN TEWAS, ASIA KEMPUNAN; VILLA MENGGEGAR, RONALDO SUSUT NILAI

Yuichi Komano gagal menjaring penalti (gambar atas) utk Jepun, kesemua 5 penalti Paraguay dpt disempurnakan, maka Paraguay menang sepakan penalti 5-3 lalu mara ke suku akhir buat pertama kali dlm sejarah penglibatan mereka dlm Piala Dunia, kali ini mereka melakukan di Afrika Selatan 2010.

Dengan tewasnya Jepun itu bererti punahlah harapan benua Asia utk melihat sekurang2nya satu wakil mereka dlm suku akhir di mana sebelum ini Korea Selatan tewas tipis 1-2 kpd Uruguay. Walaupun tewas, kedua2 wakil Asia itu telah membuka mata dunia dgn mempersembahkan prestasi yg meningkat & begitu membanggakan.

Malah Franz Beckenbauer sendiri berpendapat bahawa mutu bola sepak di benua Asia telah meningkat. Dlm kedua2 perlawanan pusingan kedua itu, Jepun & Korea Selatan bukan sahaja mampu memberi tentangan hebat malah prestasi mereka sangat memuaskan & patut dibanggakan oleh semua warga benua Asia. Dua lagi wakil Asia iaitu Australia & Korea Utara gagal mara ke pusingan kedua.

Julio Tanaka cuba menenangkan Yuichi Komano setelah tamat sepakan penalti diambil.

Memang di akui prestasi Jepun, Korea Selatan & Australia setara dgn pasukan2 lain dlm Piala Dunia Afrika Selatan kali ini. Ada dua persoalan yg timbul dlm hal ini. Pertama; Memang diakui prestasi mereka telah jauh meningkat, soalnya, apakah standard mereka dpt menyaingi pasukan2 elit spt Brazil, Argentina, Jerman & Sepanyol? Jawabnya, belum! Oleh itu masih byk yg perlu dilakukan oleh persatuan2 bola sepak kebangsaan negara masing2 khasnya dan AFC secara amnya.

Kedua; di mana standard pasukan2 sub-continent Asia yg lain? Negara2 Arab, Asia Tengah, Asia Selatan & Asia Tenggara, di manakah standard mereka? Jawabnya, masih jauh ketinggalan. Negara2 Arab & Asia Tengah mungkin tidak jauh ketinggalan namun bagaimana dgn Asia Selatan & Asia Tenggara? Merekalah yg masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dgn Jepun, Korea Selatan & Australia sedangkan suatu ketika dahulu negara2 ini mempunyai standard bola sepak yg setara.

Secara umumnya jawapan kpd dua persoalan di atas adalah tidak sukar bagi Jepun, Korea Selatan & Australia utk menyaingi negara2 elit bola sepak dunia, hanya menunggu masa yg sesuai. Mungkin dua kali lagi edisi Piala Dunia ada antara negara2 tersebut yg mampu walaupun tidak menjulang Piala Dunia tetapi mungkin akan layak ke pusingan suku akhir atau separuh akhir secara 'wajib'.

Namun bagi negara2 sub-continent Asia yg lain spt Asia Selatan & Asia Tenggara utk mencapai tahap spt Jepun & Korea Selatan, 'jauh panggang dari api'. Jelas kedua2 rantau ini masih jauh ketinggalan dari segi mutu permainan, pengurusan yg tidak professional, liga domestik yg tidak bermutu & tiadanya projek pembangunan jangka panjang, malah ada yg amat sinonim dgn sifat2 negatif spt rasuah & kronisme. Persoalan inilah yg melingkari negara2 tersebut utk maju dlm bola sepak atau bidang2 yg lainnya. Dlm erti kata lain, negara2 ini adalah negara2 bermasalah!

Maka bagi negara yg dimaksudkan, fikir-fikirkanlah!


Pemain2 Sepanyol kegembiran sebaik wisel penamat ditiupkan oleh pengadil.

Sepanyol menang 1-0 ke atas satu lagi calon favourite iaitu Portugal melalui jaringan David Villa yg kini mengumpul 4 gol kesemuanya. Syabas Vicente del Bosque & pemain2nya kerana berjaya meranapkan keegoan pemain termahal dunia yg juga ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo.

Dgn kemenangan itu Sepanyol akan berdepan Paraguay dlm suku akhir nanti pada 3 Julai 2010 (Sabtu) nanti di Stadium Ellis Park, Johannesburg. Dgn terkandasnya Portugal dlm pusingan kedua ini maka Ronaldo dgn status sebagai pemain termahal dunia nampaknya sudah kehilangan mahkota tersebut. Jika dinilai dari persembahan beliau sepanjang 4 perlawanan lalu, tiada satu perlawanan pun yg memperlihatkan Ronaldo sebagai 'Pemain Termahal Dunia'.

Mungkin Ronaldo tertekan dgn status itu tetapi itu bukanlah alasan. Sebagai pemain termahal dunia Ronaldo semestinya sudah fokus secukupnya sebelum berlangsungnya Piala Dunia. Walaupun mereka mencatat jaringan terbanyak setakat ini, tetapi kemenangan 7-0 itu dicapai ketika menewaskan Korea Utara sebuah negara yg kecil.

Berbanding seorang lagi pemain yg diberi tumpuan iaitu Lionel Messi dari Argentina, beliau telah berjaya mempersembahkan sekitar 80% kehebatan sebenarnya. Cuma jaringan yg belum diperolehi tetapi nasib belum menyebelahi Messi. Seluruh dunia tahu bahawa Messi telah bermain dgn baik dlm membawa persembahan hebat Argentina setakat ini. Syabas Messi!

Prof: Amat kecewa dgn prestasi Perancis & kesihan melihat Frank Ribery berada di dlm skuad tersebut.

Selasa, 29 Jun 2010

BRAZIL X BELANDA - SATU LAGI SUKU AKHIR YG MENARIK

Robinho nampak cukup puas apabila mencatat nama sebagai penjaring utk gol ke 2 Brazil awal pagi tadi dlm kemenangan 3-0 ke atas Chile.

Brazil lawan Belanda. Satu lagi pertembungan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan menjanjikan perlawanan yg menyeronokan, menghibur & penuh dgn aksi2 menarik. Brazil mara apabila mudah menundukkan musuh sebenua Chile 3-0 melalui gol2 dari Juan, Luis Fabiano & Robinho dlm perlawanan pusingan kedua pagi tadi.

Sebelum itu, Belanda lebih awal mengetuk pintu suku akhir dgn membenam cabaran negara baru Slovakia 2-1. Arjen Robben hanya memerlukan 18 minit utk membuka jaringan apabila diturunkan buat pertama kali dgn mengegar gawang Slovakia melalui rembatan kaki kiri. Sebelum perlawanan bermula ramai menjangka Slovakia yg mengejutkan Itali 3-2 dlm peringkat kumpulan akan memberi tentangan sengit kpd Belanda namun mereka gagal.

Arjen Robben dikerumuni oleh rakan2 sepasukan sebaik menjaring gol pertama Belanda & beliau sendiri dlm Piala Dunia 2010 kali ini.

'Turning point'
perlawanan tersebut adalah dua rembatan 'point blank' dari penyerang berbisa Slovakia, Robert Vittek yg berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg. Selepas itu Wesley Sneijder mudah merembat masuk gol kedua 'The Orenje' hasil serangan balas melalui hantaran Dirk Kuyt. Walaupun Vittek berjaya menyumbat gol keempat beliau melalui sepakan penalti di akhir masa kecederaan namun ianya sudah terlambat.

Tidak dpt dinafikan kehadiran Robben mampu menambah sengat di bahagian serangan Belanda. Akan tetapi berhadapan Brazil dlm suku akhir nanti pd 2 Julai 2010 (Jumaat) di Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, bukanlah satu tugas mudah kerana skuad bimbingan Dunga itu sedang menikmati hari2 cemerlang mereka. Bermula dari kemenangan tipis ke atas Korea Utara 2-1 dlm perlawanan pertama kumpulan, prestasi yg ditunjukkan oleh pemain2 Brazil jelas meningkat .

Melihat kehebatan mereka menewaskan Chile 3-0 pagi tadi, nyata Brazil adalah salah sebuah pasukan paling favourite utk bergelar sebagai juara utk edisi Piala Dunia kali ini. Robinho telah mendpt sentuhan golnya dan begitu juga dgn Juan, pemain pertahanan tengah. Sudah pasti dlm perlawanan suku akhir nanti Kaka menyimpan hasrat utk mencetak nama sebagai senarai penjaring.
Para pemain Brazil mengucap tahniah antara satu sama lain sebaik berjaya menewaskan Chile 3-0.

Luis Fabiano lebih awal menemukan rentak sebagai penyerang utama Brazil dgn gol2 menarik dari beliau. Jika kesemua jentera Brazil beraksi dgn sempurna maka mustahil kpd mana2 pasukan utk mengalahkan mereka termasuk Belanda. Robin van Persie, Wesley Sneijder, Arjen Robben, Dirk Kuyt, Rafael Van Der Vaart, Mark van Bommel, Nigel De Jong, John Heitinga, ketua pasukan Giovanni Van Bronckhorst, Van Der Weil & lain2 pemain Belanda mesti beraksi lebih baik dari apa yg dipaparkan mereka sewaktu menewaskan Slovakia jika berhasrat utk menewaskan Brazil.

Apapun keputusannya nanti, yg pasti kita akan menyaksikan satu lagi perlawanan menarik selain pertembungan antara Jerman & Argentina. Sesungguhnya prestasi hebat pasukan2 ini membayar balik kelesuan lain2 pasukan favourite yg pulang awal ke negara masing2 spt Perancis, Itali, England, Cameroon & Ivory Coast sebelum ini.

Prof: Apakah menjadi kenyataan pertemuan klasik perlawanan akhir antara Brazil & Argentina?

Isnin, 28 Jun 2010

PERTEMBUNGAN KLASIK JERMAN & ARGENTINA DLM SUKU AKHIR

Diego Maradona bersama staff kejurulatihannya jelas gembira dgn gol2 yg dijaringkan.

Dua pasukan pilihan, Argentina & Jerman akan bertembung sekali lagi dlm suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan. Argentina mara setelah menewaskan Mexico 3-1 & Jerman pula membenam England 4-1 dlm perlawanan pusingan kedua masing2 malam tadi.

Dua gol melalui Carlos Tevez & Gonzalo Higuain sudah cukup bagi anak buah Maradona itu utk melangsaikan dendam empat tahun lalu bila mana Argentina tewas kpd Jerman yg ketika itu menjadi tuan rumah dgn sepakan penalti. Pengurus Jerman ketika ini Joacim Loew adalah penolong kpd Jurgen Klinsman dan sesuatu yg sangat manis jika sekali lagi mampu menjadi pemenang.

Dlm kejohanan kali ini Argentina mempunyai segala2, dari pengurus pasukan hinggalah kpd pemain2 yg berbakat & tahun ini adalah masa utk mereka menyinar & melengkapkan skrip indah mereka. Maradona sebagai peneraju & antara pemain2 penting watak kejayaan kali ini ialah tidak lain tidak bukan Lionel 'Wonder Boy' Messi, Gonzalo Higguain, Carlos Tevez, Javier Mascherano, Juan Sebastian Veron, Walter Samuel, Gabriel Heinze & lain2. Sepanjang empat perlawanan lalu mereka telah menjaringkan 10 gol.

Perlawanan itu nanti tentu menarik kerana lawan Argentina adalah 'The Master of Football' Jerman. Jentera Jerman kali ini nampaknya beraksi dgn baik dlm semua perlawanan dgn menggabungkan pemain2 senior spt Miroslav Klose, Lucas Podolski, Philip Lahm, Bastin Schweinsteiger & Arne Friedrich. Manakala pemain2 muda yg kebanyakannya diambil dari skuad bawah 21 tahun yg menjuarai kejohanan Eropah ialah Thomas Mueler, Mesut Ozil, Semi Khedira, Manuel Neuer, Cacao & Holger Badstuber.

Thomas Mueler bergembira kerana menjaringkan gol utk Jerman sambil John Terry kecewa.

Kehebatan pemain2 Jerman beraksi terbukti dgn menjadikan England mangsa mereka mlm tadi. Skuad 'Golden Generation' England langsung tidak dpt menandingi kemahiran individu, persefahaman berpasukan, kemantapan strategi & kawalan bola yg bermutu tinggi yg ditampilkan oleh anak buah Joacim Loew. Thomas Mueller yg menyumbang dua gol pantas melalui serangan balas adalah Jerman pemain paling muda iaitu 20 tahun.

Memang dari awal lagi saya sudah menjangka bahawa skuad Jerman ini pasti mara sekurang2nya peringkat suku akhir. Nyata jangkaan saya itu benar dan kini mereka tidak rugi apa2 jika tewas kpd Argentina nanti kerana rasanya dlm masa empat tahun dari sekarang (2014) di Brazil adalah masa utk mereka menjadi pemain2 yg matang.

Ketewasan England kpd Jerman dgn jaringan agak besar menyerlahkan kpd kita bahawa bola sepak England sebenarnya tidak menjanjikan apa2, hanya gah pada publisiti EPL. Di tengah padang peringkat antarabangsa skuad England adalah merupakan sekelompok pemain yg lemah segala2. Apa saja yg diinginkan oleh pemain atau skuad ada pada mereka; wang, pengurus berbakat, kemudahan latihan & khidmat sokongan yg lain. Namun dlm empat perlawanan mereka kali ini England gagal berfungsi dgn baik.

Jika perubahan drastik tidak dilakukan oleh England terutama pembangunan akar umbi (akademi) mustahil mereka dpt menjulang Piala Dunia buat kali kedua sejak 1966 ketika menjadi tuan rumah. Contoh terbaik adalah Jerman. Bundesliga, walaupun tidak sepopular EPL tetapi mampu melahirkan ramai pemain2 yg berbakat saban tahun. Dan ini memberi kesan positif kpd skuad kebangsaan England sendiri.

Prof: Maaf kpd penyokong England, skuad anda memang tidak berbakat.

Ahad, 27 Jun 2010

KOREA TERKANDAS, GHANA TERUSKAN CABARAN AFRIKA

Dua gol Luis Suarez memusnahkan harapan Korea Selatan.

Hajat Korea Selatan utk mencipta rekod menyinar dlm Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan (di luar negara sendiri ketika menjadi tuan rumah) tidak kesampaian apabila dipunahkan oleh dua gol jaringan Luis Suarez utk membawa Uruguay ke suku akhir. Bagaimana pun, benua Asia patut berbangga kerana dlm perlawanan tersebut, malah keseluruhan persembahan Korea Selatan amat membanggakan. Dalam erti kata lain, mutu bola sepak di Asia meningkat & sama tinggi dgn negara2 lain spt Eropah & Latin Amerika.

Ini dpt kita lihat dgn jelas apabila Korea Selatan & Jepun tidak memiliki ramai pemain2 yg beraksi di Eropah, tidak spt beberapa negara Afrika atau Latin Amerika. Akan tetapi corak permainan yg mereka paparkan kpd dunia kali ini cukup baik sekali. Malah Jepun mempunyai kelebihan tambahan dgn menjadi satu2nya negara dlm kejohanan kali ini yg dpt menjaringkan gol melalui 'dead ball situation' (sepakan percuma di luar kotak penalti) ketika menewaskan Denmark 3-1 dlm perlawanan terakhir kumpulan. Korea Selatan juga berjaya menjaringkan gol melalui cara itu dlm perlawanan yg berkesudahan seri 2-2 bertemu Nigeria.

Pasukan2 lain yg biasa menjaringkan gol melalui cara tersebut spt Brazil, Argentina, Belanda, England & Itali masih belum mampu berhasil setakat ini. Ini bermakna mutu bola sepak di benua Asia khususnya Korea Selatan & Jepun telah mencapai satu tahap yg tinggi & dan menyamai negara2 maju lain.

Asamoah Gyan & Kevil Prince Boateng, dua penjaring gol utk Ghana membenam Amerika Syarikat.

Sementara itu hajat Amerika Syarikat utk membalas dendam terhadap Ghana juga tidak kesampaian. Mereka tewas juga dgn jaringan 1-2 kpd skuad 'Black Star' dlm perlawanan pusingan kedua mlm tadi spt mana ketewasan dlm perlawanan terakhir kumpulan dlm edisi Piala Dunia FIFA 2006 Jerman.

Kalau dlm perlawanan kumpulan Ghana hanya berjaya menjaringkan 2 gol melalui sepakan penalti, kali ini kedua2 gol mereka adalah melalui 'field goal' oleh Kevin Prince Boateng & Asamoah Gyan di awal masa tambahan setelah skuad 'Uncle Sam' menyamakan kedudukan melalui penalti London Donovan.

Apa yg membanggakan Ghana ialah kejayaan mereka meneruskan cabaran dari benua Afrika kerana mereka adalah satu2nya wakil benua tersebut setelah wakil2 yg lainnya terkandas di peringkat kumpulan termasuk tuan rumah Afrika Selatan. Dalam suku akhir nanti Ghana akan berdepan Uruguay pd 3 Julai 2010 (2.30 pagi) di Johannesburg.

Prof: Berjanji juga akan mengupas bagaimana meningkatnya prestasi Korea Selatan & Jepun dlm bola sepak.

Sabtu, 26 Jun 2010

BRAZIL, PORTUGAL, SEPANYOL & CHILE PELENGKAP SENARAI 16

David Villa sekali lagi menjadi faktor pemusnah bagi Sepanyol.

Pertembungan antara ketua pasukan Lucio (Brazil) & Ronaldo (Portugal) dlm perlawanan yg berkesudahan seri 0-0.

Brazil dan Portugal mewakili Kumpulan G serta Sepanyol dan Chile pula utk Kumpulan H melengkapkan senarai 16 pasukan yg layak ke pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan malam tadi. Brazil akan bertemu Chila & Sepanyol lwn Portugal (29 Jun 2010 - Rabu, 02.30 pagi), menjadikan perlawanan Sepanyol/Portugal satu lagi perlawanan tumpuan pusingan ini selain pertembungan antara Germany/England.

Malam ini akan berlangsung 2 perlawanan iaitu Uruguay x Korea Selatan (10.00 mlm) dan USA x Ghana (02.30 pagi). Dlm kelompok 16 pasukan tersebut mengandungi 6 wakil Eropah, 5 Amerika Selatan, 2 Amerika Tengah & Utara, 2 Asia dan 1 Afrika. Jika dilihat dari senarai tersebut nampak benua Amerika Selatan mencatat 100% kejayaan pasukan2 mereka apabila kelima2 wakil benua tersebut layak ke pusingan kedua.

Benua Amerika Tengah/Utara mencatat 75% (2 dari 3 pasukan), Asia mencatat 50% (2 dari 4 pasukan), Eropah 45% (6 dari 13 pasukan) dan Afrika 15% (1 dari 6 pasukan). Dari statistik tersebut menunjukkan dgn jelas bahawa mutu permain pasukan2 dari negara Amerika Latin, Tengah/Utara & Asia meningkat berbanding apa yg ditunjukkan oleh negara2 Eropah & Afrika.

Nampaknya selepas ini UEFA dan CAF mempunyai banyak tugas utk dilakukan agar keputusan terburuk itu menjadi sebaliknya dlm edisi 2014 di Brazil nanti. Manakala bagi AFC & CONCACAF pula tidak boleh berada dlm zon selesa tetapi mesti meneruskan projek2 pembangunan lebih terarah & berterusan terutama kpd negara2 kecil yg lainnya.

Kita saksikan pula perkembangan utk pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir & akhir pula.

Prof: Ingin melihat Brazil & Argentina bertemu buat pertama kali dlm perlawanan akhir.

Jumaat, 25 Jun 2010

URUGUAY 1930 & ITALY 1934

FRANCE 1938

BRAZIL 1950

SWITZERLAND 1954

SWEDEN 1958

CHILE 1962 - CRACK/MOUELO

ENGLAND 1966

MEXICO 1970 - TELSTAR

WEST GERMANY 1974 - TELSTAR DURLAST

ARGENTINA 1978 - TANGO

SPAIN 1982 - TANGO

MEXICO 1986 - AZTECA

ITALY 1990 - ETRVUSCO/UNICO

USA 1994 - QUESTRA

FRANCE 1998 - TRICOLORE

KOREA/JAPAN 2002 - FEVERMOVA

GERMANY 2006 - TEAMGEIST


SOUTH AFRICA 2010 - JABULANI

GILIRAN JEPUN MENCERIAKAN ASIA

Keisuke Honda (18) nampak kepuasan setelah menjaringkan gol bagi Jepun malam tadi sambil diraikan oleh rakan sepasukan Yuto Nagamoto (5) & kapten Makoto Hasabe (17).

Setelah Korea Selatan mengembirakan benua Asia malam tadi tiba giliran Jepun mengikut jejak langkah negara jiran mereka itu dgn menewaskan Denmark 3-1 dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan. Dengan itu kedua2 negara tersebut mencipta rekod tersendiri apabila buat pertama kali layak di gelanggang luar.

Skuad bimbingan Takeshi Okada itu pada mulanya tidak diberi harapan kerana persembahan yg kurang meyakinkan dlm beberapa perlawanan persahabatan sebelum bermula pusingan akhir ini hingga menyebabkan Okada melahirkan hasrat utk meletak jawatan namun ditolak oleh JFA. Kini ternyata tindakan JFA memberi keyakinan penuh kpd Okada telah membuahkan hasil. Jepun menduduki tangga kedua Kumpulan E dgn mengumpul 6 mata di belakang juara kumpulan, Belanda.

Walaupun tewas tipis 0-1 kpd Belanda akan tetapi skuad 'Pahlawan Samurai' itu berjaya menewaskan dua buah pasukan handalan iaitu Cameroon (1-0) dan Denmark. Kegembiraan Jepun & Korea Selatan sememangnya berhak dikongsi bersama segenap rakyat & penduduk benua Asia yg lainnya kerana mereka membawa cabaran kita bersama.

Dalam pusingan kedua nanti Jepun akan berhadapan dgn jaguh Amerika Latin yg juga juara Kumpulan F iaitu Paraguay pd 29 Jun 2010 (Selasa), jam 10.00 malam. Sebelum itu Korea Selatan pula akan menentang sebuah lagi wakil Amerika Selatan iaitu Uruguay pd 26 Jun 2010 (Sabtu), 10 malam.

Manakala Itali, juara bertahan, mengikut jejak Perancis sebagai pasukan pilihan yg gagal layak ke pusingan kedua apabila tewas 2-3 kpd pendatang baru Slovakia. Malam ini giliran Sepanyol & Portugal dua lagi pasukan pilihan menentukan nasib mereka apabila menghabiskan jadual kumpulan masing2. Hanya Brazil yg sudah layak apabila mencatat dua kemenangan berturut2, apapun Portugal adalah lawan 'Skuad Samba' itu malam ini. Sama2 kita saksikan kesudahannya malam ini.

Prof: Sejak dulu memang tertarik dgn cara pengurusan, semangat & dedikasi Korea Selatan & Jepun dlm pelbagai bidang. Itulah kunci & pra syarat yg tiada pd kita.

Khamis, 24 Jun 2010

ENGLAND LWN JERMAN DLM PUSINGAN KEDUA

Para penyokong Jerman meraikan kejayaan pasukan kebangsaan mereka menewaskan Ghana.

Fabio Capello jelas gembira bersama Mathew Upson & James Millner di akhir pertemuan menentang Slovenia.

Dua buah pasukan pilihan iaitu England & Jerman akhir layak ke pusingan kedua namun terpaksa bertemu sesama sendiri dlm pusingan kedua. England layak setelah menewaskan Slovenia 1-0 lm tadi & menduduki tangga kedua Kumpulan C. German pula juga menang dgn jaringan yg sama ke atas Ghana melalui pemain muda berbakat Mesut Ozil.

Ghana walaupun tewas tetap mara mewakili Kumpulan D menemani Jerman apabila mempunyai kelebihan gol terhadap Australia yg menang tipis 2-1 mengalahkan Serbia. USA sebagai juara Kumpukan C akan menanti harapan benua Afrika itu dlm pusingan kedua nanti.

Sesungguhnya malang bagi peminat England & Jerman kerana salah sebuah pasukan terpaksa pulang awal ke negara masing2. Alangkah indah jika kedua2 pasukan bertemu dlm separuh akhir atau akhir dlm kempen Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan ini.

England di bawah bimbingan Fabio Capello semakin bertambah baik permainan mereka walaupun tidak sebaik ketika beraksi dlm perlawanan kelayakan dulu, namun graf prestasi mereka sdg menanjak naik. Sementara Jaochim Loew pula patut dihormati kerana prestasi skuad mudanya sangat konsisten. Kehebatan mereka terbukti apabila dpt menjinakkan cabaran 'The Black Star' Ghana walaupun dicabar hebat oleh bintang2 Afrika itu.

Nantikan pertembungan antara Jerman dan England pd 27 Jun 2010, Ahad, pukul 10:00 malam bertempat di Stadium Free State, Bloemfontein.

Prof: Spt biasa tetap menyokong Jerman. Hehe jgn mrh penyokong England.

Rabu, 23 Jun 2010

KOREA KEBANGAAN KITA

Pemain2 Korea Selatan bergembira, bendera berkibar & pemain2 Nigeria bersedih. Sekali lagi syabas Korea!

Martin Demichelis membuka jaringan utk skuad Diego Maradona, Argentina.

Korea Selatan sekali lagi menjadi kebangaan benua Asia apabila memasuki pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan setelah mencatat keputusan 2-2 menentang jaguh Afrika, Nigeria, seterusnya menghantar sebuah lagi pasukan dari benua Afrika pulang awal. Sebelum ini Cameroon terlebih dulu gagal layak setelah kalah kedua2 perlawanan awal mereka. Tuan rumah Afrika Selatan juga terpaksa menjadi penonton perlawanan2 selebihnya setelah kecewa walaupun menang tipis ke atas Perancis 2-1 dlm Kumpulan B.

Park Ji-Sung & rakan2 mengumpul 4 mata dan Agrentina pula menewaskan Greece 2-0 hasil jaringan lewat Martin Demichelis & Martin Palermo, utk menjadi juara kumpulan dgn 9 mata maksima. Dlm perlawanan pusingan kedua nanti Korea Selatan akan menentang juara Kumpulan A iaitu Uruguay manakala Argentina pula akan melayan naib juara Kumpulan A, Mexico.

Kedua2 pasukan layak apabila Uruguay mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Mexico namun Mexico tetap layak kerana memiliki kelebihan jaringan terhadap skuad 'Bafana Bafana' dan ini menjadikan Carlos Alberto Parreira & anak buahnya satu2nya negara tuan rumah yg gagal melayakkan diri ke pusingan kedua.

Perancis pula adalah sebuah pasukan paling memalukan dlm kejohanan kali ini. Dtg ke Afrika Selatan sebagai sebuah pasukan pilihan namun Raymond Domenech & pemain2nya gagal mempamer aksi selayaknya sebagai sebuah pasukan bertaraf 5 bintang malah memperlihatkan sikap paling tidak professional & menjadi contoh tidak baik kpd seluruh dunia. Pertengkaran antara Domenech & Nicolas Anelka, pemboikotan latihan oleh para pemain, perletakan jawatan oleh pengarah pasukan, tuduh menuduh antara pemain & pegawai serta kegagalan Domenech menjadi seorg 'jeneral' mewarnai skuad 'Le Blues' kali ini. Mereka akhirnya pulang dgn mengaibkan. Satu contoh jelas kpd kita bagaimana semestinya mengendalikan sesebuah pasukan apatah lagi sebuah pasukan kebangsaan.

Dua buah lagi negara wakil Asia masih berpeluang utk mengikut jejak Korea Selatan utk mara ke pusingan 16 pasukan iaitu Australia yg turun beraksi awal pagi esok menentang Serbia, manakala Jepun akan berhadapan cabaran Denmark pd 25 Jun 2010 (2.30 pagi). Kedua2 pasukan itu jika mencatat kemenangan akan mencipta sejarah sebagai wakil Asia terbanyak layak ke pusingan kedua Piala Dunia FIFA. Sebuah lagi negara wakil Asia, Korea Utara, gagal layak apabila kecewa dlm kedua2 perlawanan mereka (1-2 kpd Brazil & 0-7 kpd Portugal).

Perlawanan malam ini;
KUMPULAN C
Slovenia lwn England
USA lwn Algeria
10:00 malam di RTB2, RTB3HD & RTB1

KUMPULAN D
Ghana lwn Germany
Australia lwn Serbia
2:30 pagi di RTB2, RTB3HD & RTB1

Isnin, 21 Jun 2010

MASALAH PERANCIS MAKIN MERUNCING, PEMAIN ENGGAN BERLATIH & PEGAWAI LETAK JAWATAN

Masalah yg membelenggu pasukan 'Les Blues' Perancis tambah meruncing bertolak dari Nickolas Anelka dihantar pulang oleh FFF. Para pemain enggan menerima kenyataan tersebut dan mengeluarkan kenyataan tidak puas hati atas tindakan tersebut kpd media Perancis. Mereka mendakwa para pemain tidak dibawa berunding utk membuat keputusan ke atas Anelka.

FFF pula menolak dakwaan tersebut dgn mengatakan bahawa keputusan di buat dgn kehadiran ketua pasukan, Patrice Evra. Dan pada sesi latihan pagi kelmarin, pemain2 telah mengambil langkah drastik apabila enggan menjalani latihan dgn kembali ke dalam bas pasukan. Sebelum itu, Evra telah bersemuka dgn jurulatih kecergasan Robert Duverne & pertengkaran berlaku antara mereka sebelum dileraikan oleh Raymond Domenech. Khabarnya Evra mendakwa Duverne yg membocorkan berita kpd media Perancis mengenai hukuman ke atas Anelka.

Sementara itu, pengarah pasukan, Jean-Louis Valentin telah meletakkan jawatan beliau dan pulang ke Paris. Beliau sangat kecewa dan merasa tidak layak utk memimpin pasukan hingga berakhir kempen Piala Dunia 2010 ini. Nampaknya Domenech 100% gagal sebagai pengurus pasukan Perancis. Pegganti beliau, Laurent Blanc akan menghadapi tugas paling sukar utk meletakkan 'Les Blues' di landasan yg betul sebaik shj selesai pusingan akhir Piala Dunia 2010 ini.

Prof: Walaupun layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2006, saya memang tidak meletakkan keyakinan kpd kemampuan Domenech memimpin Perancis sejak awal lagi.

ARGENTINA, BELANDA & BRAZIL LAYAK, PASUKAN PILIHAN LAIN MASIH TERKIAL2

Luis Fabiano (9) meraikan kejayaannya menjaringkan 2 gol utk Brazil. Malangnya Kaka (10) terlepas beraksi perlawanan menentang Portugal apabila dilayangkan 2 kad kuning (1 merah) mlm tadi.

Argentina, Belanda dan Brazil menepati ramalan sebagai pasukan pilihan dlm Piala Dunia 2010 Afrika Selatan apabila masing2 mencatat dua kemenangan dan layak ke pusingan kedua. Argentina menyinar dgn bimbingan Diego Maradona apabila menang 1-0 ke atas Nigeria dan 4-1 utk menjadikan Korea Selatan sebagai belasahan. Belanda menang ke atas Denmark 2-0 & Jepun 1-0 dan Brazil pula menumbangkan Korea Utara 2-1 & mlm tadi Ivory Coast pula menjadi mangsa dgn jaringan 3-1.

Sementara itu, beberapa pasukan pilihan yg lain spt Jerman, Sepanyol, England, Portugal, England & Perancis terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir kumpulan atau mungkin tersingkir lebih awal. Sepanyol tewas mengejut kpd Switzerland 1-0, Jerman dijinakkan oleh Serbia dgn jaringan yg sama, Perancis juga tewas 0-2 kpd Mexico dan England senasib dgn Itali kerana hanya mampu seri dlm dua perlawanan mereka setakat ini.

Beberapa keputusan lain juga mengejutkan bila mana Itali diikat 1-1 oleh pasukan kerdil New Zealand & 'The Three Lions' England juga mencatat keputusan seri 0-0 dgn Algeria. Cameroon pula adalah pasukan pertama yg terpaksa mengucap selamat tinggal apabila tewas kedua2 perlawanan mereka (0-1 kpd Jepun & 1-2 kpd Denmark).

Mungkin hari2 berikutnya akan ada lagi kejutan2 yg bakal kita saksikan.

Prof: Setiap empat tahun sekali akan menyambut hari lahir tatkala Piala Dunia sedang rancak berlangsung.

Ahad, 20 Jun 2010

ANELKA DIHANTAR PULANG - 'KAMBING HITAM' KEGAGALAN DOMENECH?


Nickolas Anelka telah dihantar pulang oleh FFF (badan induk bola sepak Perancis) akibat dari pertengkaran dengan pengurus pasukan Raymond Domenech setelah dikeluarkan pada separuh masa dlm pertemuan yg tewas 0-2 dgn Mexico Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Memang, sebagai pemain Anelka tidak layak utk membantah atau bertengkar dgn bossnya. Akan tetapi penyingkiran Anelka menyerlahkan kegagalan Raymond Domenech memimpin Perancis atau sekurang2nya menerapkan persefahaman dlm pasukan bimbingannya.

Jika kita bandingkan rakan sejawat Domenech bagi Argentina, Diego Maradona, hakikatnya jauh sekali, 'bagai bumi dengan langit'. Argentina memiliki pasukan yg sama dgn Perancis, kesebelasan mereka berstatus bintang2 ternama & mewakili kelab2 terkemuka serta tergagah dunia. Yang membezakan antara Maradona & Domenech ialah; pemain sangat menyayangi Maradona, hingga ada yg berkata, "Kami bermain utk Maradona!".
Kita dpt melihat melalui siaran langsung tv, setiap kali pemainnya keluar (diganti atau tamat permainan), Maradona akan mendakap malah mencium pemain2nya. Begitulah betapa akrabnya Maradona dan pemain2nya. Perkara ini berlainan sekali dgn Domenech. Pemain2 Perancis sering mengkritik beliau melalui media massa hingga ada yg sanggup bersemuka secara terbuka dgn beliau.

Kemuncaknya adalah pertengkaran terbuka antara beliau dgn Anelka ketika perlawanan yg tewas kpd Mexico 0-2. Anelka diminta utk memohon maaf namun pemain itu enggan dan akhirnya FFF terpaksa menghantar beliau pulang lebih awal. Mungkin keseluruhan pasukan Perancis akan pulang awal dari Piala Dunia 2010 Afrika Selatan sebaik tamat perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Afrika Selatan, 22 Jun 2010 nanti.

Prof: Mick McCarthy pernah bertindak yg sama apabila menghantar pulang kaptennya, Roy Keane, dlm Piala Dunia 2002 Korea/Jepun.

Khamis, 17 Jun 2010

GOL HEINZE SEPATUTNYA BATAL - JK PENGADILAN FIFA

FIFA World Cup 2010 Afrika Selatan melalui Jawatankuasa Pengadilan (Referee Committee) telah mengeluarkan satu kenyataan yg menyatakan bahawa gol jaringan pemain pertahanan Argentina, Gabriel Heinze, ketika menentang Nogeria pd 12 Jun 2010 lalu sepatutnya tidak dikira. Kenyataan ini diumumkan utk menjadi panduan kpd para pengadil, pegawai2 pasukan & pemain2 yg terlibat dlm pusingan akhir Piala Dunia 2010 ini.

Sebabnya, menurut keputusan jawatankuasa tersebut, sebelum gol dijaringkan ketika tendangan sudut diambil, salah seorang pemain pertahanan Argentina iaitu Walter Samuel telah menghadang pemain pertahanan Nigeria, Chinedu Obasi, dari bergerak utk mendapatan bola atau bergerak dan ini memberi kebebasan kpd Heinze utk menjaringkan gol. Perbuatan tersebut adalah termasuk dlm situasi jaringan gol tersebut, makanya Samuel dianggap bersalah. Dlm perlawanan tersebut, Wolfgang Stark, pengadil bertugas telah membenarkan jaringan dibuat.

Oleh itu selepas ini, para pengadil terpaksa berhati2 membuat penilaian pergerakan yg melibatkan paraa pemain dlm kawasan penalti tatkala tendangan sudut atau tendangan percuma(free kick) diambil. Pemain2 juga mestilah tidak melakukan kekasaran yg mana akan merugikan pasukan maisng2.

Diharap para 'stake holders' bola sepak di Brunei DS ambil maklum kpd keputusan JK Pengadilan FIFA tersebut.

Prof: Selalu memerhati gelagat pemain, pegawai & pengadil.

Selasa, 15 Jun 2010

KEBANGKITAN ASIA & 4-2-3-1

KEBANGKITAN ASIA
Kemenangan Korea Selatan & Jepun ke atas lawan masing2 setakat ini sgt2 membanggakan. Korea Selatan bukan shj menang malah mempamerkan prestasi menarik seolah2 mereka tidak menaruh sedikitpun rasa gentar terhadap lawan. Park Ji-Sung & rakan2 ternyata telah 'outclass' Greece bekas juara Eropah 2004.

Jepun pula mlm tadi menjinakkan 'Singa Afrika' Cameroon 1-0, satu sejarah buat mereka kerana sebelum ini Jepun belum pernah menang mana2 perlawanan pembukaan Piala Dunia di luar dari bumi 'Negara Matahari Terbit' itu. Skuad yg juga digelar 'Pahlawan Samurai' itu menunjukkan corak & disiplim permain yg cukup berkesan mlm tadi malah turut mengatasi beberapa pasukan hebat spt England & Perancis.

Korea Utara pula akan menghadapi tugas paling berat apabila berhadapan Brazil pd 16 June 2010 (02.30 pagi). Kita berharap sebuah lagi negara Korea ini akan sekurang2nya memberi tentangkan hebat kpd Dunga & anak buahnya. Jika dinilai dari persembahan Korea Selatan & Jepun ternyata mutu atau standard bola sepak di benua Asia tidak jauh ketinggalan malah tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa lebih baik berbanding sesetengah negara Eropah & Amerika Latin.

Apa yg mengecewakan sedikit adalah malang yg menimpa Australia apabila tewas terus 0-4 kpd Germany. Malah 'Socceroos' akan kehilangan khidmat tonggak mereka, Tim Cahill, utk 2 perlawanan berikutnya gara2 dilayangkan kad merah. Nasib Australia nampak kelam & jln bagi mereka penuh berliku.

Apakah maruah Asia sedang bangkit? Sama2 kita nantikan perlawanan2 berikutnya yg melibatkan mereka. Korea Selatan akan bertemu Argentina pd 17 Jun (07.30 mlm) dan Jepun pula akan berhadapan Belanda pd 19 Jun (07.30 mlm). Kita doakan kejayaan mereka demi Asia.


4-2-3-1
Formasi ini telah saya sentuh dlm siaran langsung perlawanan antara Jerman & Australia pd dinihari kelmarin. Saya melihat formasi ini adalah jawapan kpd 3 formasi 'tradisi' iaitu 4-4-2, 4-3-3 & 3-5-2. Setakat ini beberapa buah pasukan telah mengguna pakai formasi ini iaitu Germany, Belanda, Argentina, Ghana, Mexico, Itali & Australia. Germany, Belanda, Argentina & Ghana bergaya dgn meraih kemenangan. Khabarnya Brazil & Sepanyol juga akan beraksi dgn formasi ini.

Secara dasarnya formasi ini diguna pakai dgn serius & berjaya oleh Marcelo Lippi tatkala membawa Itali menjuarai Piala Dunia 2006, Sepanyol juara Euro 2008, Barcelona juara Champion League 2009 & La Liga 2009 & 2010, Inter Milan juara 'treble' musim 2010 adalah antara pasukan2 lain yg selesa dgn formasi ini.

'Kunci utama' formasi 4-2-3-1 adalah 2 org pemain midfield yg berada di depan 4 pemain pertahanan & 3 pemain 'attacking midfielder'. Dua pemain ini adalah 'jentera' sebenar formasi ini dgn memikul tugas sebagai perisai kpd pertahanan & penghubung kpd bhgian serangan. Maka mempunyai dua org pemain midfield yg berkaliber adalah tugas utama pengurus atau jurulatih yg berhasrat mengadaptasi formasi 4-2-3-1 ini.

Manakala 3 pemain midfield di belakang 'lone striker' pula memainkan peranan memberi hantaran2 atau umpanan ke kotak penalti lawan utk di sudahkan. Pemain utama di bhgian ini ialah 'centre midfielder' yg berada betul2 di blkg 'lone striker' tadi. Beliau bertanggungjawab membuat umpanan ke depan, ke kiri atau ke kanan.

Paling menarik ialah melihat Germany yg sinonim dgn formasi 4-4-2 sebelum ini dan setelah tewas kpd Itali dlm separuh akhir 2006 terus mencuba berubah kpd 4-2-3-1. Hasilnya ialah kemenangan besar dgn cara paling bergaya setakat ini ke atas Australia. Dua org pemain yg menjadi jentera ialah Bastian Swenstieger & Semir Khedira.

Bagi Argentina pula tugas tersebut digalas oleh Juan Sebastian Veron & Javier Mescherano manakala Belanda memberi tanggungjawab kpd Mark van Bommel & Nigel de Jong. Kita saksikan pula siapa yg akan ditugaskan oleh Dunga utk Brazil & Vicente del Bosque utk Sepanyol nanti. Utk mengatakan formasi ini sgt sempurna atau sesuai diguna terhadap semua pasukan, adalah terlalu awal utk diakui. Kita tunggu sahaja sejauh mana prestasi pasukan2 yg menggunakan 4-2-3-1 ini dlm kempen Piala Dunia 2010 Afrika Selatan ini.

Prof: Masih terbyg di mata bagaimana Korea Selatan & Jepun selalu tewas kpd Malaysia atau Thailand dlm tahun2 70an & awal 80an. Kini mereka jauh mendahului kedua2 pasukan Asia Tenggara itu, apakah sebabnya? Saya akan berikan jawapannya sebaik selesai Piala Dunia ini.

Ahad, 13 Jun 2010

SYABAS KOREA

KOREA SELATAN 2 GREECE 0

Dua gol setiap separuh masa oleh Lee Jung Soo & kapten Park Ji Sung cukup mengembirakan Korea Selatan & benua Asia seluruhnya apabila mereka menewaskan bekas juara Eropah Greece dlm perlawanan pertama Kumpulan B Pusingan Akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan malam tadi. Jelas sekali Korea Selatan menguasai keseluruhan perlawanan dgn mempamerkan corak 'positive football' tidak spt lawannya yg lebih gemar bermain secara 'defensive'.

Walaupun Greece cuba bangkit di fasa terakhir perlawanan namun sudah terlewat kerana Korea sejak dari awal bermain mantap di sebuah bahagian baik pertahanan, midfield & serangan. Korea kini menduduki tangga teratas kumpulan & akan berdepan Argentina dlm perlawanan kedua.

ARGENTINA 1 NIGERIA 0

Satu perlawanan yg cukup menarik & menghiburkan. Kedua2 pasukan bermain spt biasa mereka selayaknya bermain. Argentina di bwh bimbingan Diego Maradona bermula dgn formasi 4-2-3-1 sementara Nigeria selesa dgn 4-3-3. walaupun Gabriel Heinze menanduk masuk gol pendahuluan namun Nigeria tidak patah semangat dgn memberi tentangan kpd Argentina. Nasib belum menyebelahi Lionel Messi apabila beberapa percubaan tepatnya dpt diselamatkan oleh penjaga gol 'Super Eagle'.

Walaupun Maradona meletakkan Juan Sebastian Veron & Javier Mascherano di depan empat permain pertahanan anak buah Lars Legarback tetap berjaya melancarkan beberapa serangan bahaya hanya nasib tidak menyebelahi mereka. Paling menarik ialah kelibat Haruna Lukman sebagai centre midfield menggantikan John Obi Mikel. Baru berusia 19 tahun namun Haruna berjaya menonjolkan diri sebagai 'maestro' di bhgian midfield yg dibarisi pemain2 handal dunia dari Argentina. Tidak mustahil pemain AS Monaco itu akan menjadi rebutan kelab2 ternama dunia selepas ini.

ENGLAND 1 USA 1

Robert Green benar2 pemusnah England utk memunggut 3 mata penuh apabila terlepas bola dari dakapannya lalu masuk ke gawang sendiri hasil tendangan Clint Dempsey. Terlebih dahulu ketua pasukan England Steven Gerrard memberi pendahuluan buat pasukan 'Three Lions' di minit ke 4 lagi.

Selain dari kesilapan Green itu, England sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menambah jaringan. Wayne Rooney yg diramal akan menyinar nampaknya dikawal ketat oleh pertahanan USA. Masih byk yg mesti diperbetulkan oleh Fabio Capello menjelang perlawanan kedua menentang Algeria nanti.

PERLAWANAN MALAM INI
KUMPULAN C
07.30 mlm - Algeria x Slovenia

KUMPULAN D
10.00 mlm - Serbia x Ghana

02.30 pagi - Germany x Australia

Sabtu, 12 Jun 2010

PESTA PIALA DUNIA DI RTB

Menanti saat2 utk ke udara...


Suasana sebelum berlangsung siaran langsung...sempat pose.

Kelihatan Awg Hj Ali Hj Aji sdg mengemaskini info perlawanan melalui internet & Hj Malek bersama salah seorg krew.

Malam tadi saya telah diberi penghormatan oleh RTB utk menjadi tetamu pembukaan rasmi & perlawanan pertama Piala Dunia 2010 Afrika Selatan antara tuan rumah Afrika Selatan bertemu Mexico. Turut diundang bersama saya ialah Awang Majid Alias, sementara pembawa acara ialah Awang Haji Malek Hj Tengah & Awang Hj Ali Haji Aji.
Terlebih dahulu saya berbesar hati atas undangan oleh pihak RTB kerana sekali lagi menjemput saya terlibat dlm siaran langsung (live melalui RTB2) kejohanan sukan paling unggul di sunia iaitu pusingan akhir Piala Dunia. Dlm temasya 2006 di Jerman saya turut diundang oleh RTB & sebelum itu juga ketika berlangsungnya Euro 2004 di Portugal.

Buat pertama kali juga siaran langsung mlm tadi disiarkan melalui studio baru RTB iaitu di Studio 4, Komplek RTB Sungai Akar. Sebelum ini kesemua siaran langsung diadakan di Studio 1, RTB Bandar Seri Begawan. Apa yg penting adalah komitmen RTB sebagai badan penyiar terulung di negara ini telah memainkan peranan cukup penting dlm kemajuan & perkembangan sukan terutama bola sepak. Sejak dari dulu lagi RTB telah menyiarkan pelbagai siaran langsung kejohanan2 utama dunia.

Dan dalam perlawanan pembukaan malam tadi, tuan rumah 'Bafana Bafana' di bawah bimbingan Calros Alberto Parreira telah diikat 1-1 oleh Mexico. Separuh masa pertama permainan memang dikuasai oleh Mexico namun Afrika Selatan terlebih dahulu memecah kebuntuan dgn jaringan oleh Thabalala sebelum selepas itu disamakan oleh Rafael Marques.

Perlawanan kedua antara Perancis & Uruguay juga berkesudahan dgn seri 0-0 dan dgn itu persaingan utk ke pusingan kedua terbuka luas utk keempat2 pasukan dlm Kumpulan A itu. Sementara itu, utk perlawanan kedua itu, sahabat saya Husin Hj Moktal pula mengambil tempat sebagai tetamu undangan utk menganalisa permainan kedua2 pasukan.

Perlawanan malam ini;

KUMPULAN B
7.30 malam - Korea Selatan x Greece
10.00 malam - Argentina x Nigeria

KUMPULAN C
2.30 pagi - England x USA

Khamis, 10 Jun 2010

KUMPULAN H

SWITZERLAND
Berada di bawah Sepanyol jika melihat prestasi semasa. Chile yg biasa bertemu Brazil, Argentina & Paraguay tidak mempunyai masalah utk membenam pasukan bekas tuan rumah Euro 2008 ini. Tetapi kemampuan Philippe Sanderos & rakan2 yg layak menjadi juara kumpulan di atas Greece tidak boleh dilihat sebelah mata.
Prof: Boleh layak ke pusingan kedua jika berjaya menewaskan Chile & Honduras.

HONDURAS
Tidak byk yg dpt diperkatakan mengenai negara Amerika Tengah ini. Mempunyai beberapa pemain yg beraksi di Eropah spt Wilson Palacios (Spurs), Maynor Figueroa & Henry Thomas (Wigan), Julio Cesar Leon (Torino), Edgar Alvares (Bari) dan David Suazo (Genoa). Jika mereka dpt bergabung sebagai sebuah pasukan yg mantap tidak mustahil berjaya membuat kejutan.
Prof: Ketiga dalam kumpulan.

CHILE
Layak di tangga kedua benua Amerika Selatan di belakang Brazil & di atas Argentina, Uruguay & Paraguay adalah sesuatu yg mesti dihormati oleh semua pasukan. Corak permainan mereka pantas, berskil & mantap ketika bertahan. Mark Gonzales & Matias Fernandez adalah bintang utama manakala Marcelo 'El Loco' Bielsa menjadi hero Chile menjadi pengurus meneraju Chile layak ke Piala Dunia setelah 12 tahun menghilang. Bekas pengurus Argentina itu adalah antara kunci utama kekuatan Chile saat ini & jika Sepanyol tidak berhati2 Chile akan membaham mereka.
Prof: Mudah layak ke pusingan kedua atau mungkin ke suku akhir.

SEPANYOL
Bukan sahaja calon favourite kumpulan malah disebut2 bakal menjuarai Piala Dunia edisi kali ini dgn status sebagai juara Euro 2008 & bersih di pusingan kelayakan, menang kesemua 10 perlawanan. Iker Casillas, Carles Puyol, Gerard Pique, Sergio Ramos, Raul Albiol, Xavi, Xabi Alonso, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, David Silva, David Villa & Fernando Torres adalah antara nama2 bintang yg membuat barisan bimbingan Vecente del Bosque begitu ditakuti & digeruni. Prof: Mudah menjuarai kumpulan & akan mara lebih jauh....juara.

KAMELUT BAFA - ADA SINAR DI HUJUNG TEROWONG


Saya menarik nafas lega apabila menerima email dari rakan di Johannesburg, yg mengatakan dgn ringkas bahawa BAFA tidak akan 'dibuang' dari menjadi 'keluarga FIFA', cuma akan 'digantung' hingga menunggu masa akan 'didaftar' semula. Oleh kerana kesibukan membuat kajian tentang Piala Dunia & utk melihat reaksi di sebelah Brunei maka saya mengambil sedikit masa utk memberi sepatah dua reaksi.

Email sahabat lama tadi & laporan akhbar tempatan yg memetik berita tersebut dari laman web rasmi AFC membuatkan saya terus bersemangat utk membuat coretan ini ditambah panggilan telefon dari beberapa org teman & luahan hati beberapa pembaca melalui 'chatbox' blog ini, kesemua mereka menyatakan kegembiraan & berharap pihak2 tertentu dpt menghidupkan kembali BAFA. Seterusnya, segala aktiviti bola sepak di Brunei DS akan berjalan seperti sediakala.

Pun begitu, ianya bukanlah satu tugas mudah kerana beberapa masalah yg mungkin mengekang. Pertama ialah, FFBD sudah tertubuh dan kini bertindak sebagai badan induk bola sepak di negara ini. Mahu atau tidak, jika BAFA ingin dihidupkan kembali maka FFBD terpaksa pula dibubarkan. Kedua ialah, apakah mekanisma yg diguna pakai utk meleraikan permasalahan yg melingkari BAFA ini. Dan ketiga ialah, siapakah individu2 yg layak utk menerajui BAFA? Yang ingin saya ingatkan di sini ialah pilihlah mereka2 yg komited, minat, berpengalaman & professional, jgn hanya memilih org yg berjawatan tetapi tidak mempunyai masa utk bekerja. Sesungguhnya terlalu banyak yg mesti dibuat oleh BAFA utk bola sepak Brunei DS, umpama ingin membangun sebuah bangunan pencakar langit. Dan yg paling penting ialah, ianya bukan kerja seorang individu, ianya kerja berpasukan (teamwork).

Sudah pasti jika pihak2 berkenaan bersetuju utk menghidupkan kembali BAFA maka sebuah jawatankuasa penaja (pro-tem committee) utk menerajui BAFA sebelum ianya diluluskan oleh pihak berwajib, hendaklah dibentuk. Selepas itu kita akan melihat satu lagi sejarah akan tercipta dlm episod panjang sejarah bola sepak di Brunei DS.

Didoakan dan amat2 diharapkan agar 'ada cahaya di hujung terowong'.

Prof: Teringat kata2 pertama saya kpd Awg Liew Chuan Fue sebaik shj mendengar berita FFBD ditubuhkan. "Tunggu reaksi dari FIFA..." kata saya. Kerana saya cukup mengenali FIFA. Sebelum ini org terlepas pandang siapa FIFA...atau pura2 tidak tahu & mungkin jahil tentangnya. Wallahhu ak lam.