Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT JALAN 2010, APA KHABAR 2011

Tahun 2010 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan pahit dan manis. Yang manis jadikan pengajaran dan yang pahit jadikan sempadan. Kedua-duanya mesti kekal dalam ingatan sebagai panduan menempuh hari depan yang pasti lebih mencabar dan memerlukan kekuatan jati diri untuk mengharunginya.

Di pentas antarabangsa sudah tentu penganjuran Piala Dunia 2010 Afrika Selatan menjadi sejarah dalam hidup kita. Buat pertama kali negara benua Afrika menjadi tuan rumah dan juara baru telah menggenggam Piala Dunia iaitu Sepanyol. Tahun 2010 juga telah memuktamadkan tuan rumah Piala Dunia 2018 (Russia) dan 2022 (Qatar) dalam undian FIFA baru-baru ini.

Malaysia melalui skuad 'Harimau Malaya' akhirnya berjaya menjuara AFF Suzuki Cup 2010 sejak kejohanan (sebelum ini dikenali sebagai Tiger Cup) ini dimulakan dalam tahun 1996. Apa yang pasti kejayaan mereka dicapai melalui 'formula aneh' iaitu mengharamkan pemain import dalam liga tempatan.

Sementara dalam negara pula masih 'bergelora'. BAFA masih digantung keahlian oleh FIFA sementara nampaknya pintu untuk FFBD tertutup rapat untuk menjadi 'anak baru' badan induk bolasepak dunia itu. Soalnya sampai bila? Kita berdoa semoga kamelut ini akan berakhir dalam tahun 2011 ini agar segala kegiatan bolasepak berjalan seperti biasa tanpa keraguan.

Kepada penggiat atau aktivis bolasepak di Brunei Darussalam, berbuat baiklah untuk kemajuan bolasepak. Jangan melakukan kerja yang boleh mematikan bolasepak. Ketepikan perbezaan antara kita, berganding bahu, berpimpin tangan dan bertegur-sapalah seperti sebelumnya. Sesungguhnya bolasepak Brunei DS tidak mampu lagi untuk terus dalam keadaan seperti ini, 'hidup segan mati tak mahu'.

Prof: Mungkin kita menang, tapi bolasepak kita kalah. Mahukah meneruskan ego kita?

Khamis, 30 Disember 2010

AKHIRNYA M'SIA RAJA ASIA TENGGARA

Penantian 14 tahun untuk bergelar 'Raja Asia Tenggara' akhir berjaya dikecapi oleh Malaysia apabila berjaya menewaskan musuh tradisi Indonesia dengan jaringan agrigate 4-2 (menang 3-0 di Kuala Lumpur dan tewas 1-2 di Jakarta). Dalam edisi pertama kejohanan itu Malaysia tewas tipis 1-0 kepada Thailand pada tahun 1996 di Stadium Nasional, Singapura.

Lebih manis lagi kali ini, penyerang skuad 'Harimau Malaya' iaitu Mohd Safee Sali muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol dan seterusnya menerima Anugerah Kasut Emas AFF Suzuki Cup 2010. Tiga dari gol-gol Safee dijaringkan dalam perlawanan akhir iaitu 2 gol dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur dan 1 gol malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Istora Senayan, Jakarta.

Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini, pertembungan antara Malaysia dan Indonesia juga merupakan satu menifestasi dua konsep liga negara masing-masing. Liga Malaysia tidak memiliki pemain-pemain import sejak tiga musim lalu manakala Liga Indonesia pula adalah liga yang paling ramai pemain import (sesebuah kelab boleh menyenaraikan 5 orang pemain import dalam kesebelasan utama).

Akhirnya, Liga Malaysia membuktikan mereka lebih berjaya. Formula melawan arus ini pada mulanya mendapat tentangan dan pandangan sini dari pelbagai pihak. Ramai menganggap FAM mengambil langkah ke belakang. Tetapi FAM mempunyai alasan mereka sendiri. Sudah pasti FAM telah menjalankan kajian terpeinci sebelum mengambil keputusan tersebut. Yang pasti 'playing time' yang maksima yang diperolehi oleh pemain-pemain mereka membuahkan hasil berbanding peluang bermain yang terhad jika terdapat pemain-pemain import. Saya kira langkah FAM tersebut menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan mereka malam tadi.

Selain itu jawapan yang sebenar adalah 'pembangunan berterusan'. Rata-rata skuad 'Harimau Malaya' ini dibarisi oleh pemain-pemain berusia 20 ke 24 tahun dan sebahagian besar daripada mereka adalah dari skuad 'Harimau Muda' yang dibimbing oleh jurulatihnya K. Rajagopal sejak lebih 5 tahun lalu. Perlu diingat skuad tersebutlah yang bertanding dalam dua edisi Hassanal Bolkiah Trophy dalam usia 17 & 19 tahun (HBT dikhususkan untuk pemain-pemain berusia bawah 21 tahun).

Kini pemain-pemain tersebut adalah pemain skuad senior. FAM telah mewujudkan dua buah pasukan 'Harimau Muda' yang dihantar utuk menyertai latihan berpanjangan di luar negara. Nampaknya FAM berjaya dalam projek pembangunan mereka untuk menjadi jaguh serantau, cuma saya ingin melihat bagaimana bentuk rupa projek pembangunan untuk menjadi jaguh Asia pula dan mungkin melihat beberapa pemain Malaysia atau dari rantau Asia Tenggara ini beraksi di liga-liga Eropah.

Bagaimana dengan Brunei DS? Tepuk dada tanya selera.

Prof: Tanya FAM berapa jumlah wang yang telah dilaburkan? Sudah pasti bukan dengan budget $80 ribu setahun.

Isnin, 27 Disember 2010

FINAL SUZUKI CUP 2010 - M'SIA BERBEKAL 3 GOL KE JAKARTA

Malaysia, walaupun berbekal 3 gol hasil kemenangan 3-0 mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir pertama AFF Suzuki Cup 2010, tidak boleh merasa selesa dan beranggap seolah-olah sudah menjuarai piala yang belum pernah mereka menangi itu. Dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku. Jangan lupa, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia di Istora Senayan dalam perlawanan peringkat kumpulan lalu.

Secara matematik kita melihat kelebihan 3 gol itu nampak selesa. Akan tetapi perlawanan masih ada 90 minit. Jika mengikut matematik juga Indonesia masih mampu untuk menjaringkan lebih dari 3 gol untuk mencapai kemenangan di laman sendiri. Apapun, kesemuanya terpulang kepada pemain-pemain kedua pasukan dalam perlawanan akhir pusingan kedua nanti yang akan berlangsung pada 29 Disember 2010 (Rabu).
Apa saja keputusan di akhir perlawanan itu nanti, sebuah pasukan baru akan menjuarai Suzuki Cup kerana Malaysia dan Indonesia masih belum pernah mengecapi kejayaan manis dalam kejohanan dwi-tahunan itu. Sebelum ini hanya Thailand, Singapura dan Vietnam yang pernah mengecapi kejayaan manis itu.

Satu lagi fakta yang menarik mengenai perlawanan akhir ini ialah pertembungan antara dua liga yang bertentangan konsep. M League tidak mempunyai walau seorang pemain import manakala Liga Indonesia pula dibanjiri oleh ramai pemain-pemain import. Langkah Malaysia dilihat sebagai tindakan menongkah arus kerana kesemua liga professional di serata dunia membenarkan kelab/pasukan mereka memiliki pemain import. Berlainan dengan Malaysia yang mengharamkan kelibat pemain import sejak 3 tahun yang lalu.

Buat masa ini nampaknya keputusan memihak kepada Malaysia kerana sejak larangan tersebut pasukan Malaysia agak berjaya di persada antarabangsa. Antaranya ialah memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan memasuki pusingan kedua Sukan Asia Guanghzou 2010 disamping skuad bawah 21 tahun menewaskan Korea Selatan 1-0 serta turut beraksi baik dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

Jika dilihat dari corak persembahan pemain-pemain Malaysia memang tidak ketinggalan malah berada ditahap agak tinggi berbanding musuh-musuh tradisi mereka termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam. Situasi ini amat menarik dan ingin dilihat dengan lebih teliti dan mendalam lagi.

Prof: Pada peringkat awal saya sendiri amat skeptikal atas keputusan FAM mengharamkan pemain import. Nampaknya saya terpaksa 'berkampung' di Wisma FAM seperti tahun-tahun 80'an dulu.

Jumaat, 24 Disember 2010

BOLASEPAK BRUNEI PERLU 'ROAD MAP' BARU

Sudah dua tahun bolasepak Brunei DS 'padam' dari peta bolasepak dunia sejak BAFA digantung keahlian oleh badan induk bolasepak dunia FIFA. Walaupun wujud sebuah persatuan kebangsaan yang baru menggantikan BAFA iaitu FFBD akan tetapi nampaknya FIFA tidak 'berminat' untuk mengiktirafnya kerana menganggap kewujudan FFBD tidak mengikut cara yang diinginkan FIFA.

Sementara di dalam negara, BAFA telah dibatalkan pendaftarannya kerana melanggar peraturan dan undang-undang negara. Maka bolasepak Brunei DS mula memasuki 'terowong gelap' yang tidak tahu di mana penghujungnya. 'Cahaya di penghujung terowong' tidak kunjung tiba. Pelbagai penyertaan pihak-pihak tertentu dalam sukan bolasepak dari Brunei DS di peringkat antarabangsa, waima penganjuran sukan tersebut di dalam negara juga turut terjejas akibat penggantungan oleh FIFA terhadap BAFA.

Beberapa kejohanan peringkat umur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Asia serta program-program sukan peringkat kementerian dan jabatan kerajaan juga terpaksa dibatalkan. Ini bermakna, mana-mana kelab atau persatuan yang ada hubungkait dengan persatuan bolasepak kebangsaan negara masing-masing akan menjauhkan diri dari apa saja penyertaan atau kegiatan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di Brunei DS. Ini adalah sisi gelap dan sejarah hitam bagi bolasepak Brunei DS!

Situasi menjadi seolah-olah seperti 'tarik-tali' antara mereka. FFBD tidak akan diiktiraf oleh FIFA (buat masa ini) dan BAFA pula tidak dapat hidup kembali. Soalnya, sampai bila? Tidakkah ada jalan penyelesaian? Jawapannya, masalah ini perlu formula atau 'road map'.

Bagi pandangan saya, suka mencadangkan langkah-langkah berikut;

1. Kepada bekas ahli-ahli jawatankuasa BAFA (atau mereka yang bersimpati dengan mereka) melupakan terus hasrat untuk menghidupkan kembali BAFA.

2. FFBD secara sukarela dibubarkan oleh ahlijawatankuasa tadbirnya. (Antara lain tujuan FFBD ditubuhkan adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BAFA bagi mengungkayahkan pelbagai aktiviti bolasepak di negara ini. Dan rasanya tidak mustahil untuk membubarkan FFBD dan memberi peluang kepada pertubuhan baru didaftarkan).

3. Sebuah persatuan/pertubuhan/badan induk baru hendaklah ditubuhkan oleh pihak ketiga yang natural atau dalam ertikata lain oleh pihak yang terlibat dalam sukan bolasepak iaitu kelab-kelab yang berdaftar secara sah atau pihak yang berkepentingan (stake holders) dan pertubuhan-pertubuhan bolasepak daerah-daerah.

Hanya dengan cara ini (atau mungkin sedikit perubahan dari cara di atas) rasanya kamelut bolasepak Brunei DS dapat diatasi sekaligus meletakkan kita kembali ke landasan yang betul untuk membangun sukan bolasepak yang kita cintai. Akan tetapi kesemua pihak hendaklah meletakkan kemajuan bolasepak mengatasi kepentingan peribadi dalam hal ini. Jika tidak, apapun tidak akan tercapai.

Bagi bekas-bekas AJK BAFA, padamkanlah jika ada sekelumit hasrat untuk 'melahirkan' kembali persatuan itu. Anda telah diberi peluang sejak puluhan tahun dan kini tiba giliran generasi baru atau 'new blood' untuk menerajui kepimpinan bolasepak Brunei DS. Jangan bermusuhan, berpimpin tanganlah sesama kita menuju ke era yang lebih gemilang. Orang baru perlu juga bantuan dan teguran orang lama.

Kepada FFBD, berkorbanlah demi kemajuan bolasepak negara. Tiada siapa dapat menyangkal inisiatif yang telah dimainkan oleh FFBD sejak penubuhannya hingga kini akan tetapi menilai dari situasi semasa FIFA nampaknya tidak akan memberi peluang kepada FFBD. (Sesiapa yang menyumbang kepada pandangan FIFA terhadap FFBD sedemikian rupa akan menerima natijahnya di hari kemudian).

Dan untuk pihak ketiga (stake holders) yang selayaknya untuk menubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang baru hendaklah juga meletakkan kemajuan bolasepak mengatasi kepentingan peribadi. Pilihlah mereka yang benar-benar layak, berwibawa, berkebolehan dan yang penting individu-individu yang dipilih nanti mestilah dapat 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' di arena antarabangsa tatkala mewakili negara pelbagai seminar, simposium, bengkel, kursus, kongres atau apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh badan-badan induk seperti AFF, AFC dan FIFA.

Jika diri sendiri merasakan tidak mampu untuk menyumbang di peringkat antarabangsa maka cukuplah dengan membantu menubuhkan persatuan baru tersebut dan menumpukan sumbangan bakti dalam negara sahaja sambil mempertingkatkan kemajuan diri dalam pelbagai aspek seperti kemahiran berkomunikasi, keterampilan dan daya kepimpinan. Mungkin beberapa tahun mendatang tiba giliran anda untuk berinteraksi di peringkat antarabangsa pula.

Namun jika masing-masing masih enggan meletakkan kepentingan bolasepak mengatasi kepentingan peribadi maka sampai bila-bilalah bolasepak Brunei DS berada dalam 'terowong gelap'. Buangkanlah ego anda. Pandanglah wajah kanak-kanak yang turun bermain bolasepak setiap kali hari cuti. Di wajah mereka hanya ingin bermain bolasepak, sukan yang diminatinya. Sanggupkah kita 'memadamkan' wajah ceria mereka?

Ingatlah juga pengorbanan ibu-bapa yang memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak yang ingin bermain bolasepak. Jangan jadikan pengorbanan mereka itu satu pengorbanan yang sia-sia. Fikirkan berapa ratus ringgit dihabiskan oleh mereka untuk membeli keperluan anak-anak untuk bolasepak. Masa mereka untuk keluarga di hujung minggu juga terpaksa dikorbankan demi memberi peluang kepada anak-anak yang ingin bermain bolasepak.

Sanggupkan kita mengkesampingkan curahan wang ringgit pihak-pihak yang menaja atau memberi sumbangan menubuhkan akademi-akademi bolasepak? Apakah hanya kerana kepuasan dan ego peribadi kita mengorbankan masa depan dan wang ringgit mereka? Jika kita seorang yang realistik maka kita akan melakukan sesuatu yang positif.

Prof: Sebenarnya sudah letih atau ngalih untuk bercakap hal ini. Namun tanggungjawab sebagai penulis terpaksa juga digagahi. Mudah-mudahan 'ada sinar di hujung terowong'.

Isnin, 20 Disember 2010

FINAL SUZUKI CUP 2010, M'SIA LWN INDON


Malaysia dan Indonesia akan bertemu sekali lagi dalam kempen AFF Suzuki Cup 2010 ini apabila masing-masing menewaskan lawan mereka dalam pusingan separuh akhir. Malaysia lebih awal melangkah apabila menjinakkan juara edisi lalu Vietnam dan Indonesia pula menang ke atas pasukan yang paling bergaya dan mengejutkan iaitu Filipina. Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan itu Indonesia membelasah Malaysia 5-1.

Dalam bolasepak apa saja boleh berlaku. Semuanya memungkinkan dan penuh drama. Sama seperti Piala Dunia 2010, edisi AFF Suzuki Cup 2010 akan melahirkan juara baru. Pemenang-pemenang sebelum ini adalah Thailand, Singapura dan Vietnam. Sama-samalah kita saksikan negara manakah lebih unggul nanti.

Final akan dilangsungkan dalam dua perlawanan home/away antara kedua buah pasukan. Jadualnya adalah seperti berikut;

26 Dis 2010 / Ahad / 8 malam
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

29 Dis 2010 / Rabu / 8 malam
Stadium Gelora Bung Karno, Istora Senayan, Jakarta

Prof: Apapun alasan disebalik kebangkitan Filipina, negara tersebut telah berjaya memartabatkan bolasepak mengikut cara mereka. Kita di Brunei DS bagaimana?

Sabtu, 18 Disember 2010

FANCENSUS EPL 2010 BY FFT

Berikut adalah sebahagian dari 'Fancensus Result' yang telah dilakukan oleh majalah bolasepak terkemuka Four Four Two khusus kepada para peminat EPL yang merangkumi pelbagai aspek dan mungkin sebahagian dari keputusan itu dapat menjadi pelajaran berguna kepada kita dalam sama-sama berusaha membangun bolasepak Brunei DS khususnya.

Which comes first for you as a fan?
My Club - 65.3%
My Country - 14.3%
Both Equally - 20.4%

Should English football introduce a winter break?
YES - 50.2%
NO - 49.8%

Do you think there too many foreign players in English football?
YES - 61.1%
NO - 38.9%

Do you think young English players are being denied opportunities because of foreign players?
YES - 65%
NO - 30.9%
DON'T KNOW - 4.1%

Is enough being done for youth development?
YES - 15.3%
NO - 84.7%

Do you think your club treats you like;
A valued fan - 24.8%
A customer - 57.1%
Someone to be exploited - 12.4%
Don't know - 5.7%

Which of these measures should be introduced?
Performance-related pay for players - 49.7%
Salary cap - 66.6&
Smaller squads - 15.9%
More semi-pro teams - 11.6%
Fairer distribution of TV money - 72%
Other - 14.4%

Is debt in football a problem?
A huge problem - 85.7%
A small problem - 13.7%
No problem - 0.6%

Do you expect a EPL or Football League club to go out of business in the next 3 years?
YES - 80.2%
NO - 19.8%

Who or What do you blame for England's poor world cup showing?
The Media - 44.4%
The FA - 36.7%
Fabio Capello - 45.7%
The Players - 85.3%
The EPL - 30.5%
Other - 9.1%

Would you want your son to be a footballer?
YES - 85.1%
NO - 14.9%

Is it part of a footballer's job to set a good example to youngsters?
YES - 78.6%
NO - 21.4%

Do you agree with the extension of parachute payments to clubs relegated from the premier league from two years to four years?
YES - 30.6%
YES - 51.4%
DON'T KNOW - 18%

Do you suspect British footballers take performance-enhancing drugs?
YES - 36.2%
NO - 63.8%

Does the Premier League damage the National team?
YES - 53.7%
NO - 46.3%

In which instances should technology be used to assist referees?
Just goal line incidents - 52.2%
Goal line incidents and offsides - 14.1%
A whole range of decisions - 22.2%
It shouldn't be use at all - 11.6%

Do you think diving is a major problem in the British game?
YES - 59.3%
NO - 40.7%

Which do you think is the best league in the world?
EPL - 55.7%
La Liga - 30.1%
Bundesliga - 9.6%
Serie A - 1.7%
Ligue Un - 0.1%
Other - 2.8%

What is the biggest obstacle to the FA running the game?
Poor leadership - 45.2%
Lack of money/cost of Wembley - 7.2%
The EPL - 23.3%
The players - 6.8%
Agents - 12.1%
Other - 5.4%

Do you think the biggest club in EPL should take a bigger share of the TV money?
YES - 15.1%
NO - 84.9%

Do you get value for money from televised football?
YES - 79.7%
NO - 20.3%

Which is the biggest problem facing football?
Debt - 53.2%
Racism - 1%
Players' behaviour - 8.2%
Young player development - 11.2%
Performance-enhancing drugs - 0.1%
Match-fixing - 1.5%
Agents - 4.5%
Sepp Blatter - 17.1%
Other - 3.2%

Khamis, 16 Disember 2010

INTERVIEW WITH DAVID BOOTH

David Booth, satu nama yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat bolasepak di Brunei DS. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab menyediakan 'platform' kepada pasukan yang menjuara Piala Malaysia 1999 (di bawah bimbingan Mick Jones) setelah menamatkan kontrak secara mengejut dalam peringkat suku akhir.

Selepas itu David Booth terus berkelana ke beberapa destinasi menabur bakti kepada pembangunan bolasepak di Asia. Myanmar, Valencia FC (Maldives), Mumbai FC & Mahindra Utd (India), BEC-Terro FC (Thailand) dan paling terbaru ialah kita melihat kelibat beliau mengendali pasukan kebangsaan Laos dalam perlawanan kumpulan Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Walaupun beliau gagal membawa sebarang kejayaan kepada pasukan barunya itu, namun David Booth tetap yakin dengan perancangan masa depannya. Ikuti interview thai-fussball.de yang dipetik oleh lawan web rasmi AFF di sini.

Sumber; aseanfootball.org/thai-fusball.de

Prof: Beribu kemaafan kerana agak lama tidak membuat posting kerana menjalankan tugasan di luar negara.

Isnin, 6 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432

SEMPENA KETIBAAN TAHUN HIJRAH 1432 INI SAYA MENGUCAPKAN 'SALAM MA'AL HIJRAH' KEPADA PARA PENJENGGUK BLOG INI KHUSUSNYA SERTA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. SEMOGA KITA SABAR DAN TABAH MENERIMA SEGALA DUGAAN SERTA DITETAPKAN IMAN. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Jumaat, 3 Disember 2010

RUSSIA-2018, QATAR-2022, TAHNIAH!

Russia muncul sebagai negara tuan rumah Piala Dunia 2018 setelah menewaskan bebarapa negara lain seperti England, Amerika Syarikat & Portugal/Sepanyol dalam pemilihan oleh ahli-ahli FIFA pada 2 Dis 2010 di Zurich, Switzerland.
Qatar pula menjadi negara Arab pertama dan negara Asia ketiga (selepas Jepun/Korea pada 2002) menjadi tuan rumah kejohanan paling berprestij itu. Qatar muncul pemenang setelah mengenepikan beberapa buah negara Asia yang lain seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan.

Jika dilihat kepada pemilihan tersebut maka ahli-ahli FIFA yang layak mengundi nampaknya memberi kesempatan kepada negara-negara yang belum pernah menjadi tuan rumah di samping memberi giliran dari benua ke benua. Russia dan Qatar belum pernah menjadi tuan rumah. Manakala 2018 memang sudah menjadi giliran benua Eropah dan 2022 jika mengikut pengiliran maka tiba untuk benua Asia pula.

Dapat dilihat juga undi 2022 memihak kepada Qatar yang mana memiliki Presiden AFC dari negara yang sama, Mohammad bin Hammam. Qatar sudah pasti mendapat undi penuh dari negara-negara Arab di samping beberapa buah negara Asia serta Afrika. Apapun, keputusan sudah dibuat dan selepas Brazil (2014) kita akan berkunjung ke Russia (2018) dan Qatar (2022).

Prof: Piala Dunia sentiasa memberi kenangan indah kepada saya.

Khamis, 2 Disember 2010

ADA PERKEMBANGAN TERBARU BOLASEPAK BRUNEI

Nampaknya ada perkembangan terbaru mengenai kamelut bolasepak Brunei Darussalam. Tetapi saya masih belum berani untuk memperkatakannya dalam blog ini. Jika menerima atau berlaku peristiwa yang sahih barulah saya berani. Namun apa yang pasti adalah ianyaa langkah positif ke arah pengiktirafan FIFA terhadap badan induk bolasepak Brunei Darussalam.

Natijah dari peristiwa BAFA banyak pihak yang terpalit 'nodanya'. Paling terbaru ialah VFA apabila salah sebuah pasukan dari Sabah terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana dilarang oleh FAM dari menyertai Brunei 7's International Soccer Challenge 2010. Pasukan tersebut adalah salah satu persatuan yang bernaung secara sah di bawah FAM.

VFA menerima tamparan terbaru dari peristiwa itu. Banyak persiapan telah dilakukan melibatkan pasukan tersebut dan paling 'parah' ianya melibatkan wang ringgit. Siapa yang mahu membayar 'kerugian' VFA itu? Oleh itu ingatlah wahai orang-orang yang memegang tampuk persatuan. Keolahan anda mungkin memberi natijah buruk kepada orang lain di belakang hari.

Prof: MUSIBAT!!!!!!

Rabu, 1 Disember 2010

KALAH 55-0?

Sebuah pasukan bolasepak di England telah kalah dalam satu perlawanan dengan jaringan yang mungkin menjadi rekod dunia, 55-0. Baca selanjutnya di sini

Prof: Saja rileks kan fikiran. Fikir-fikirkanlah.