Khamis, 16 September 2010

AFF SUZUKI CUP 2010, 1 - 29 DIS 2010


ASEAN FOOTBALL FEDERATION (AFF) sekali lagi akan menganjurkan AFF Suzuki Cup 2010 yang akan berlangsung dari 1 hingga 29 Disember 2010 akan datang ini. Dua buah negara telah dipilih untuk menjadi tuan rumah iaitu Indonesia dan Vietnam selaku juara bertahan kejohanan edisi 2008 lalu.

Dalam undian yang telah dilangsungkan pada 14 Sept 2010 lalu di Hotel Sheraton, Ho Chi Minh City, Vietnam, negara tuan rumah itu diundi dalam Kumpulan B yang boleh dianggap mudah apabila bertemu Singapura, Myanmar dan naib johan pusingan kelayakan.

Manakala pemenang pingat emas Sukan SEA Laos 2009, Malaysia, berada dalam 'Group of Death' iaitu Kumpulan A yang turut dianggotai oleh tuan rumah bersama, Indonesia, Thailand dan johan pusingan kelayakan.

Negara-negara yang bakal berentap untuk merebut dua slot melalui pusingan kelayakan ialah Filipina, Laos, Kemboja dan Timor Leste. Sementara Brunei Darussalam tidak dapat menyertainya kali ini kerana persatuan kebangsaan mereka, BAFA, masih digantung keahliannya oleh FIFA kerana menghadapi masalah pendaftaran.

KUMPULAN A
Indonesia, Thailand, Malaysia & Johan Kelayakan

KUMPULAN B
Vietnam, Singapura, Myanmar dan Naib Johan Kelayakan

PUSINGAN KELAYAKAN
Filipina, Kemboja, Laos & Timor Leste

Prof: Diharap pengajaran ini memberikan motivasi kpd pemimpin persatuan bola sepak di Brunei DS. Jangan pandang remeh hal pengurusan & pentadbiran. Natijahnya adalah maruah negara.

Tiada ulasan: