Selasa, 27 April 2010

EPL 2009/2010 - MAN UTD JUARA?


Mungkin peminat 'The Blues' marah. Ya. Itulah jangkaan saya melihat dari baki dua perlawanan antara Man Utd dan Chelsea. Mungkin tepat dan mungkin meleset. Itulah hakikat yg patut kita terima setiap kali kita membuat andaian atau jangkaan. Apa yg boleh saya katakan ialah, 85% jangkaan saya mengena. Bukan mengatakan saya pandai, jauh dari itu. Segalanya berdasarkan kpd rujukan fakta dan gerak hati.

Hanya 1 mata membezakan antara Chelsea dan Man Utd. Dari maksima 6 mata berbaki, jadual kedua2 kelab adalah sama iaitu bermain di tempat lawan hujung minggu ini dan mengakhiri di gelanggang sendiri. Chelsea akan berdepan Liverpool di Anfield dan menanti kunjungan Wigan. Manakala Man Utd bertandang ke Craven Cottage, Fulham dan di Old Trafford akan menanti kehadiran Stoke City.

Saya menjangkakan Liverpool akan menumpaskan Chelsea dan Man Utd pula kalau tidak memunggut 3 mata penuh atau sekurang2nya mampu mencatat seri apabila bertemu Fulham nanti. Akan tetapi, jika kedudukan kedua2 kelab mempunyai mata yg sama diakhir musim maka kelebihan kpd Chelsea kerana memiliki perbezaan gol yg agak ketara (Chelsea +61 & Man Utd +53), 8 gol Man Utd berada di bawah.

Apapun, saya memang menginginkan agar Chelsea menjulang kejuaraan EPL musim ini.

Prof: Syabas Chelsea.

Isnin, 26 April 2010

MESYUARAT PENGURUS2 PASUKAN LIGA VETERAN KEBANGSAAN 2010

Tarikh: 30hb April 2010 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Kepada pengurus-pengurus pasukan yang terlibat seperti Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei/Muara (PBDM), Tutong A (PERDA), Tutong B (PSJD), Daerah Belait, Daerah Temburong, Kota Ranger FC, Youngsters FC, Muara Vella FC, Brunei Shell Recreation Club (BSRC) dan VFA hendaklah menghadirkan diri ke majlis tersebut di atas.

Dalam majalis tersebut akan dilangsungkan acara cabut undi untuk menentukan kumpulan masing-masing dan penerangan terpeinci mengenai peraturan kejohanan dan diselajurkan dengan sesi soal-jawab. Hendaknya kepada mereka2 yang terlibat tidak akan melepaskan peluang ini kerana sebagai sebuah kejohanan yang buat pertama kalinya dianjurkan sudah tentu banyak perkara yang mesti diketahui dan difahami agar tidak timbul kekeliruan di belakang hari.

Harap maklum

Khamis, 22 April 2010

23APRIL 2010-PERJUMPAAN AHLI2 VFA - DI MANA SEMUANYA BERMULA?

Juara Kategori Masters 9th PSC International Soccer 7's di Pulau Pinang, Malaysia, penyertaan yg membawa kpd penubuhan VFA.

Bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada jam 2.30 petang , esok (Jumaat) akan berlangsungnya satu majlis perjumpaan ahli2 VFA buat pertama kalinya bagi meraikan mereka2 yg telah menyahut seruan utk menaung di bawah persatuan bola sepak veteran Brunei DS itu. VFA telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (R.O.S) pd 16hb November 2009 lalu.

Namun sebenarnya rentetan peristiwa membawa tertubuhnya VFA bermula lebih awal dari tarikh itu. Perlu saya catatkan semuanya di sini agar menjadi ristaan generasi akan dtg dan juga utk maklumat pembaca setia blog ini. Ianya bermula apabila saya menerima panggilan telefon dari Liew Chuan Fue yg membawa saya utk berjumpa dgn Zaini Tumih, Hj Mohd Rosaidi Hj Mohd Khamis dan Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak. Kenapa Liew membawa saya bersama dlm pertemuan itu masih lagi menjadi tanda tanya di dlm benak fikiran saya.

Pertemuan berlangsung di salah sebuah restoran di Gadong, tarikhnya tidak berapa pasti namun mungkin sekitar Januari 2008. Setelah masing2 memulakan bicara tahulah saya bahawa Brunei Dragonfly (pasukan veteran yg terdiri dari pegawai2 AH United FC & rakan2) mengambil keputusan tidak akan menyertai PSC International Soccer 7'S utk tahun 2008 itu (setelah menjadi juara pd tahun 2007 & menyertainya sejak 2005) dan menasihatkan agar Liew Chuan Fue membentuk sebuah pasukan veteran dan mengambil peranan Brunei Dragonfly menjadi wakil Brunei DS dlm kejohanan itu, tetapi menurut Hj Mohd Rosanan, kategori Masters adalah paling sesuai kerana kurang mencabar berbanding kategori Veteran.

Jadi, apakah peranan saya hingga membuatkan Liew Chuan Fue membawa saya hadir dlm perjumpaan itu? Liew yg telah saya kenali beberapa tahun sebelum itu (melalui rakan karib saya Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat - org yg membawa saya ke dlm kegiatan kelab2 di Brunei DS melalui Kota Ranger FC dan DPMM FC) tahu benar di mana peranan yg boleh saya mainkan di dlm 'gagasan' ini iaitu membuat persiapan membentuk sebuah pasukan veteran yg akan dibawa menyertai kejohanan veteran di Pulau Pinang, Malaysia pd awal bulan Mac 2008.

Liew sebagai bekas ketua pasukan kebangsaan dpt mengumpulkan beberapa pemain veteran kategori Masters utk berkumpul & mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan. Sementara saya pula membuat perhubungan dgn pihak penganjur (tempahan hotel, tiket penerbangan & yuran kemasukan), merangka kertas kerja utk mendapatkan tajaan dari sykt2 swasta dan surat2 berkaitan dgn pihak2 tertentu utk urusan cuti tanpa catat pemain2. Di pendekkan cerita maka semua berjln lancar & kami mampu mendptkan 'budget' yg dihajati utk menampung segala perbelanjaan kami pergi/balik ke Pulaau Pinang (Liew juga banyak menambah dgn wang poketnya sendiri).

Satu majlis taklimat ringkas sebelum penerbangan ke Kuala Lumpur oleh mantan Setiausaha Agong BAFA, Pg Hj Metussin Pg Hj Metassan telah di atur di Restoran Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Sebelum acara bermula, Pg Hj Metussin (yg lebih mesra dgn panggilan PM) telah bertanyakan kpd saya, apakah pemain2 veteran ini pergi melalui sebuah kelab/pertubuhan, saya menerangkan bahawa mereka pergi atas dasar 'pasukan veteran' yg hanya dibentuk jika ada penyertaan ke luar negara. PM lantas mencadangkan agar sebuah persatuan utk pemain2 veteran ditubuhkan bagi memudahkan urusan2 berkaitan & dpt menjadi wadah mereka menjlnkan pelbagai kegiatan. Saya & Liew bersetuju dan sama2 berjanji utk melaksanakannya. Nasib menyebelahi kami apabila muncul juara Kategori Masters di kejohanan 9th PSC International Soccer 7'S 2008.

Beberapa bulan selepas itu, hasil perbincangan saya, Liew Chuan Fue, Ishak Hj Kabon, Ali Hj Ismail & Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat maka dilangsungkan satu pertemuan secara tidak rasmi beberapa pemain2 bola sepak veteran bagi membincangkan penubuhan VFA. Jawatankuasa Penaja pun ditubuhkan selepas itu dan saya sendiri diamanahkan utk merangka draf perlembagaan persatuan, sementara Azamanuddin Hj Gillen pula mereka logo VFA. Setelah selesai draf perlembagaan itu maka kami bertemu beberapa kali sebelum memutuskan draf terakhir perlembagaan tersebut utk dihantar bersama permohonan rasmi kpd R.O.S. Permohonan dihadapkan pd Januari 2009. Akhirnya setelah melalui pelbagai perubahan atas nasihat R.O.S maka pd tanggal 16 November 2009 Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) telah diluluskan pendaftarannya (dlm urusan ini kami sangat2 terhutang budi dgn Md Isa Hj Marsidi yg menjadi perhubung antara kami & R.O.S, beliau tidak jemu2 berulang-alik menghantar surat & menyampaikan mesej2 tertentu hingga tertubuhnya VFA. Hanya Allah SWT shj dpt membalas jasa beliau).

Selain itu, perlu juga saya nyatakan bahawa FFBD sebagai badan induk bola sepak di negara ini melalui Setiausaha Agongnya Sheikh Nordin Sheikh Mohammad turut memainkan peranan penting dlm mendokong segala kegiatan VFA terutama tatkala menghantar penyertaan ke luar negeri. Tanpa sokongan tidak berbelah bagi FFBD itu mustahil VFA dpt tertubuh dan berjalan hingga kini walaupun baru berusia beberapa bulan.

Kini VFA telah berjalan ibarat seorang anak damit, kami masih bertatih (belajar berjalan) dan dlm proses pembesaran itu sudah tentu ada kalanya kami terjatuh maka tolonglah pimpin dan bangunkan kami. Dalam proses utk belajar bercakap dgn betul, sudah pasti kami terkadang bercakap dgn cara anak damit, maka bantulah kami bagaimana cara bercakap dgn betul dan kami juga kadang2 makan pun sampai 'bejabih' (tidak pandai menyuap makanan dgn betul), jadi suapkanlah kami agar semua makanan dpt dihadzam menjadi tenaga utk kami berjalan & berfikir dgn waras dan matang, seterusnya menjadi warga dunia yg berguna & berbakti.

Pelbagai kegiatan telah dirancang oleh VFA sepanjang tahun ini dan yg utamanya ialah Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 (Mei - Julai 2010) dan Brunei 7'S International Soccer Challange (awal Disember) serta penyertaan ke kejohanan2 di luar negeri spt di Johor (Jun), Selangor (Ogos), Kuala Lumpur (Oktober) dan Sabah (November). Kepada siapa2 yg belum menjadi ahli, maka sertainya VFA, bukan sahaja dapat bermain bolasepak kembali malah dpt juga bertemu rakan2 lama sewaktu kita masih muda2 dulu dan yg pasti dpt menjaga kesihatan tubuh badan. Badan cergas, otak pun pintar.

Prof: Terima kasih kpd rakan2 dlm VFA yg memberi kepercayaan kpd saya. Satu penghormatan yg tidak ternilai & akan dikenang hingga akhir hayat.

Isnin, 19 April 2010

TAHNIAH MS ABDB, DAN TIRAI B LEAGUE PUN BERLABUH

Tahniah MS ABDB. Akhirnya 'The Worrior' berjaya mengekang QAF FC dari mencipta rekod menyapu bersih semua piala kejuaraan B League dgn menumbangkan mereka dlm perlawanan akhir Piala FA mlm kelmarin dgn jaringan 2-1. Dgn berakhirnya perlawanan Piala FA itu maka berlabuhlah tirai B League utk musim 2009/2010.

Apa yg pasti aktiviti bola sepak di Brunei DS terus bernafas dan segar dgn penganjuran B League ini. Tahniah pula kpd penganjurnya Persekutuan Bolasepak Brunei Darussalam (FFBD). Walaupun senario bola sepak negara dilanda kamelut maha dasyat akan tetapi FFBD masih mempunyai kekuatan utk terus bergerak menjalankan aktiviti mereka. Selain B League, FFBD turut menganjurkan liga peringkat pembangunan iaitu Bawah 14 dan 16 Tahun.

Kini segala perhatian tertumpu kpd tarikh Jun 2010 apabila Kongres FIFA akan bersidang di Afrika Selatan dan akan memutuskan kedudukan BAFA. (Hal ini telah saya komen dlm posting yg lalu). Dan melalui kelapangan masa ini saya berpendapat bahawa adalah baik jika sekiranya FFBD merancang satu projek pembangunan jangka sederhana dan jangka panjang dgn menjadikan Sukan SEA 2013 & kejohanan AFF sebagai 'target' awal.

Kejohanan2 peringkat umur sudah dianjurkan dan kini tiba masanya menyediakan mereka satu program pembangunan utk fasa seterusnya. Saya yakin pihak2 yg diamanahkan oleh FFBD telah mengenal pasti pemain2 yg menyerlah dlm kejohanan2 tersebut. Maka sekaranglah masanya utk menyediakan & melaksanakan satu projek utk mereka, jika tidak kita akan mensia2kan bakat2 atau potensi yg ada.

Namun saya yakin FFBD telah, sedang dan akan melaksanakannya. Mungkin bak kata pepatah 'diam-diam ubi berisi'.

Prof: Teruja melihat gol jaringan Rosmin (Bobby) Hj Md Khamis. Mcm atu lah geng.

Jumaat, 16 April 2010

SYABAS VFA - ANJURKAN LIGA VETERAN KEBANGSAAN

Densit Borneo Football Cup 2008 antara kejohanan antarabangsa yg dimenangi oleh pasukan veteran Brunei DS.

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA), Negara Brunei Darussalam akhirnya berjaya merealisasikan impian mereka utk menganjurkan liga yg khusus terbuka kpd pemain2 veteran. Kejohanan tersebut dinamakan Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 dan dijangka bermula pd 7hn Mei 2010 (Jumaat) ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, jam 4.00 petang.

Sebelum ini pemain2 veteran di negara ini selalunya bermain sesama sendiri dan kadang-kala mewakili kementerian atau jabatan tempat mereka bekerja. Kini dgn adanya LVK maka pemain2 veteran ini mempunyai satu lagi wadah utk mereka bermain. Memetik laporan laman blog VFA di sini, sebanyak 10 buah pasukan akan menyertai LVK tersebut.

Pasukan2 itu ialah Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei dan Muara (PBDBM), Daerah Tutong, Daerah Belait, Daerah Temburong, Brunei Shell Recreation Club (BSRC), Kota Ranger FC, Youngsters FC, Persatuan Sang Jati Dusun (PSJD) - Tutong, Muara Vella FC dan ahli2 VFA sendiri.

Kehadiran dua buah kelab ternama negara ketika zaman 1980an dan 1990an iaitu Kota Ranger FC dan Youngsters FC dlm LVK kali pertama ini pasti menambahkan lagi kemeriahannya. Antara pemain2 lagenda yg mungkin akan beraksi ialah Pg Momin Pg Hj Ahmad, Hj Ishak Hj Yusof, Shaari Timbang dan Hj Norazmi PD Hj Abd Razak (Kota Ranger FC), Hj Ahmad Hj Mohin, Faisal Hj Mohd Yussof, Hj Momin Hj Mohd Jaafar, Roslan Hj Mohd Yussof dan Ali Hj Ismail (Youngsters FC). Sebenarnya ramai lagi pemain2 lagenda kedua2 buah kelab tersebut yg terlupa saya sebutkan di sini.

Sama2lah kita saksikan perlawanan2 LVK itu nanti yang dijangka berakhir pd 2hb Julai 2010. Johan akan menerima piala pusingan yang disumbangkan oleh Presiden VFA iaitu Awang Ali bin Hj Ismail.

Prof: Saya ingin menonton perlawanan pembukaan itu nanti bersama Pg Hj Metussin. Kerana semua ini bermula dari beliau. Itu adalah fakta sejarah yg kita semua tidak dpt sangkal.

Isnin, 12 April 2010

MARLON KING PULA PELUK ISLAM


Bekas pemain Wigan Athletic, Marlon King (gambar atas) diberitakan telah memeluk agama Islam. Demikianlah khabar terbaru yg dipetik dari akhbar harian The Sun di London, England. Beliau khabarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika di dalam penjara setelah menjalani hukuman penjara 18 bulan sejak Oktober 2009 lalu kerana kesalahan menyerang seorang wanita.

Memetik akhbar terkemuka Britain itu, Marlon King menggunakan nama Abu Hamza dan mendakwa telah menerima tawaran utk beraksi bersama Chelsea. Beliau dipetik sebagai berkata, Chelsea akan mendapatkan khidmat pemain penyerang itu sebaik sahaja menamatkan hukuman penjara tersebut. Sebelum beraksi utk Wigan, Marlon pernah menyarung jersi Watford dan Nothingham Forest.
Prof: Seperti yg saya janjikan, sedikit masa lagi saya akan menulis mengenai beberapa pemain bola sepak professional yg berprofil tinggi yg beragama Islam. Insya-Allah.

N. SEMBILAN JUARA PIALA FA

Negeri Sembilan Juara Piala FA Liga Malaysia 2010.

Akhirnya juara Piala FA Liga Malaysia 2010 ditentukan melalui sepakan penalti setelah 120 minit kedudukan terikat 1-1. Skuad bimbingan Wan Jamak Hassan bergelar 'Skuad Rusa' akhirnya muncul juara menewaskan Kedah 'Sang Kenari'. Syabas Wan Jamak! Jurulatih asal Johor itu kini memiliki dua medal kejuaraan setelah menjuarai Piala Malaysia musim lalu.

Namun yg mengembirakan saya ialah kemunculan Kedah di perlawanan akhir setelah kemarau gelaran musim lalu. Sang Kenari membariskan ramai pemain2 muda dan ini sesuatu yg sangat membanggakan. Berbanding skuad 'Hoben Jang Hoben', Kedah pasti akan sekali lagi muncul kuasa bola sepak Malaysia apabila pemain2 muda mereka matang.

Bekas penjaga gol kebangsaan Brunei DS dan DPMM FC, Wardun Hj Mohd Yussof nyata kecewa dgn tindakan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza yg gagal menyempurnakan penalti. Kekecewaan beliau itu dinyatakan kpd saya lewat perbualan kami melalui laman sosial Facebook kelmarin. Bagi Wardun, walaupun Helmi cuba menjadi wira janganlah mengambil sepakan penalti, tumpukan shj kpd menjaga gawang. Itulah namanya bola sepak. Apapun boleh terjadi.

Prof: Kedah akan sentiasa dekat di hati. Menjadi editor Bulletin Kenari pd musim 2008 merupakan kenangan manis dan penghormatan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan KFA kpd saya. Saya doakan Sang Kenari akan terbang lebih tinggi selepas ini.

Rabu, 7 April 2010

KAMELUT BOLA SEPAK BRUNEI - JALAN PENYELESAIAN SUDAH TERBENTANG

Sebelum berbicara lebih lanjut mengenai perkara hangat ini, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd akhbar Brunei Times dan wartawannya Jason Thomas yg telah memberi tumpuan khas serta telah bersusah payah mencari sumber2 berita utk menjelaskan kedudukan sebenar situasi bola sepak Brunei DS saat ini. Inilah 'kerja sebenar' seorg wartawan. Melapor, mengulas, mengali dan memberi ruang utk pembaca berfikir tentang sesuatu peristiwa.

Dlm konteks kamelut bola sepak Brunei, kebanyakan akhbar hanya 'melapor' tetapi tidak halnya kpd Brunei Times dan Jason Thomas. BT telah mencari hingga ke akar umbinya (FIFA & AFC) utk mencari kebenaran dan duduk perkara sebenar, akhirnya segalanya telah terjawab dan kita semua dpt mengetahui senarionya bagaimana. Syabas Jason Thomas dan BT.

Dulu sewaktu saya mula 'bertatih' dlm kewartawanan sukan di awal tahun 1980an juga telah diajar utk menjadi 'wartawan' bukan 'pemberita'. Nama2 besar yg membimbing saya termasuklah Khalid Jefri, Ismail Ahmad dan Abas Dalib. Dari merekalah saya dikerahkan utk berani membuat ulasan & kritikan, berani mencari akar umbi sumber berita/cerita dan dlm masa yg sama membimbing pembaca melalui tulisan.

Maka sehingga kini, saya masih mengekalkan akar umbi sumber berita ala 'Watergate' dan 'Irangate' dlm apa jua pertubuhan & persatuan. Ilmu ini adalah sesuatu yg sangat berharga & jarang diketahui oleh orang ramai atau pembaca. Sebab itu sebahagian besar wartawan mampu utk mengetahui lebih awal sesuatu berita itu dan terkadang terpaksa disimpan kerana terlalu sensitif atau tidak layak utk dipaparkan menjadi berita.

Berbalik kpd soal kamelut bola sepak Brunei kini, maka telah kita ketahui bahawa ada 2 (dua) jalan penyelesaian yang boleh dipilih, iaitu;

1. Menghidupkan kembali BAFA jadinya keahliannya BAFA dalam FIFA tidak luput ATAU

2. Membiarkan FIFA meluputkan keahlian BAFA pd Kongres FIFA bulan Jun di Afrika Selatan akan datang. Selepas itu barulah persatuan baru memohon utk menjadi ahli gabungan pertubuhan serantau iaitu AFF, AFC dan seterusnya FIFA.

Persoalannya, jalan yang mana? atau yang mana satu? Jika memilih langkah 1 maka selewat2nya hujung tahun ini Brunei DS sudah boleh beraksi di pentas antarabangsa. Namun jika langkah 2 yg diambil maka menurut FIFA Brunei DS hanya akan dpt beraksi dlm tahun 2012 iaitu kira2 2 tahun dari sekarang.

Kedua2 langkah itu mempunyai pro dan kontra tersendiri. Terpulang kpd pihak2 tertentu utk memilihnya. Kedua2 langkah ada kelebihan, ada nilai positif. Langkah 1 positifnya adalah Brunei DS dpt terus beraksi di peringkat antarabangsa. Positif bagi langkah 2 pula ialah dpt melakukan transformasi secara menyeluruh (total transform) dari peringkat akar umbi hinggalah peringkat tertinggi. Dlm ertikata lain, badan induk itu nanti mempunyai dasar yg cukup kukuh dgn pelbagai sumber kekuatan dalaman & luaran.

Transform yg dimaksudkan ialah dari segi kepimpinan, pengurusan, pentadbiran, pembangunan dan sumber kewangan. Langkah 2 ini jika diambil akan memberi kesan secara mendalam tetapi dlm jangkamasa panjang. Apa yg diperlukan oleh bola sepak Brunei DS saat ini ialah sebuah pertubuhan yg berwibawa mampu mendepani cabaran mendtg yg cukup sengit dan hebat. Semoga bola sepak Brunei DS memperolehi sesuatu yg positif dari kamelut ini. Kita bertuah kerana berhadapan masalah ini. Walaupun pahit tetapi ianya adalah ubat paling mujarab.

Prof: Dlm perjalanan ini byk melihat pelbagai persatuan sukan bercakaran sesama sendiri, mangsanya ialah atlit & prestasi sukan itu juga. Jadi, buanglah yg keruh, ambillah yg jernih. Berlapang dada dan menerima seadannya.

Selasa, 6 April 2010

PERLAWANAN FUTSAL ANTARA ARTIS BRUNEI & ARTIS MALAYSIA


Tarikh: 11 April 2010 (Ahad)
Jam: 3.30 petang

Tempat: Stadium Tertutup, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas


Tiket2 berharga $50 & $10 boleh didapati di pintu masuk stadium sehari sebelum perlawanan berlangsung. Antara artis2 yg mengambil bahagian ialah DJ Daffy, DJ Diddi, DJ Zamri & Kumpulan 69 (Brunei), Johan, Zizan, Nabil (Raja Lawak), Fiz Fairuz (Artis Malaysia). Sebahagian kutipan tiket didermakan kpd badan2 amal tertentu di negara ini. Datanglah beramai2 menyaksikan perlawanan menarik ini sambil beramal.

Jumaat, 2 April 2010

ASPEK PENGUMPULAN DATA DLM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK

Dalam apa jua bentuk kehidupan, pembangunan memainkan peranan penting. Pembangunan wajib dilaksanakan utk memajukan sesebuah negara, negeri, daerah dan kampung. Begitu juga dgn cabang pekerjaan seperti ekonomi, pendidikan, kewangan, sosio-budaya dan sebagainya, aspek pembangunan begitu dominan utk mencapai matlamat. Samalah juga halnya dgn sukan. tanpa pembangunan sukan mustahil para atlit mencapai sesuatu tahap prestasi sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

Bola sepak khususnya, memerlukan satu sistem atau mekanisma pembangunan yg komprehensif dan kompetetif. Setiap negara wajib melaksanakan projek pembangunan mereka bagi mencapai sasaran yg telah ditetapkan. Dlm soal ini, pengumpulan data (database) amat penting dan memainkan peranan yg dominan. Tanpa data2 tertentu mustahil sesebuah akademi bola sepak akan berjaya.

Kenapa Perlu Pengumpulan Data?
Data atau maklumat (dokumentasi) perlu dlm proses mengenal pasti bakat, kelebihan & kelemahan seseorang pemain, prospek kemajuan dan cara mengatasi masalah. Data2 yg dikumpulkan juga mengandungi pelbagai maklumat peribadi pemain. Dalam bahasa mudah, pengumpulan data adalah bahan pembelajaran (latihan) utk menghadapi peperiksaan (kejohanan) dan hasilnya adalah lulus peperiksaan (menjuarai sesuatu kejohanan).

Di negara2 maju dlm bola sepak, pengumpulan data ini dilakukan sejak usia 8 atau 9 tahun lagi iaitu sejak hari pertama seseorang pemain itu memasuki sesebuah akademi bola sepak. Selanjutnya segala data mengenainya direkodkan dan disimpan secara individu atau berkumpulan sebagai bahan rujukan dan melaksanakan tindak-balas dari maklumat yg diperolehi.

(Dari data2 inilah seseorg pengurus pasukan mengenal pasti pemain pilihan mereka utk diasuh & dilatih menjadi seorg bintang yg berjaya).

Apakah Bentuk Data?
1. Biodata
2. Gambar
3. Rakaman video (individu & berkumpulan)
4. Analisa kekuatan & kelemahan
5. Rekod perubatan
6. Rumusan
7. Saranan atau tindakan lanjut

Semua maklumat di atas dicatat, direkod dan disimpan utk dianalisa oleh pakar2 yg dilantik menjadi sebuah dokumentasi penting dlm sesebuah akademi atau projek pembangunan bola sepak. Dengan adanya pendokumentasian ini matlamat utk mencapai kejayaan menjadi lebih mudah dan jarang tersasar.

Persoalannya? Adakah akademi2 bola sepak di negara ini mengumpul data pemain2 mereka? Saya tidak pasti apakah mereka membuatnya atau tidak. FFBD baru sahaja menganjurkan kejohanan Bawah 14 & 16 Tahun Kebangsaan, adalah satu langkah bijak jika FFBD telah melaksanakan pengumpulan data tersebut. Jika tidak, ianya adalah satu kesilapan & pembaziran.

Jadi, kpd pengendali akademi bola sepak dan skuad projek peringkat umur silalah melaksanakan aspek ini jika ingin maju dan setanding dgn negara2 lain. Jika tidak, akibatnya kita masih berada di takuk lama. Sekian dulu utk kali ini.

(Untuk posting akan datang saya akan memperkatakan Aspek Pakar Strategis Dlm Skuad Bola Sepak pula).

Prof: Rantau Asia Tenggara masih jauh ketinggalan dlm pembangunan bola sepak. Dlm pemerhatiaan saya, tiada sebuah negara Asean pun yg mencapai tahap separuh maju, apatah lagi maju.