Jumaat, 30 Julai 2010

TUTONG 'B' (PSJD) JUARA VETERAN

Ukoi Anam, ketua pasukan Tutong 'B' sedang menjulang piala kemenangan.

Daerah Tutong 'B' (Persatuan Sang Jati Dusun/PSJD) telah muncul juara Kejohanan Bolasepak Veteran Piala Presiden 2010 - DST Group yg dianjurkan buat julung2 kalinya oleh Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) setelah menewaskan Muara Vella FC 2-0 dlm perlawanan akhir pd 25 Julai 2010 (Ahad) lalu bertempat di Stadium Padang & Balapan, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Tutong 'B' yg membariskan beberapa org bekas pemain kebangsaan spt Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak, Puncha Gunong & Mohd Saidy Abdullah Tujoh serta dilatih oleh Nordin Tujoh harus berterima kasih kpd Mohd Nadzrin Abdullah yg telah menjaringkan kedua2 gol utk mereka. Dari wisel permulaan lagi Tutong 'B' telah memberi ancaman kpd Muara Vella FC yg turut diwakili oleh bekas pemain kebangsaan, Azamanuddin Hj Gillen & Salleh Hj Ahmad.

Pegawai Daerah Brunei/Muara, Awg Hj Jamain Momin telah berkesudian menjadi tetamu kehormat perlawanan akhir tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah2 kpd para pemenang pd mlm itu. Sementara itu, Kota Ranger FC pula menduduki tangga ke 3 setelah menundukkan Tutong 'A' dgn jaringan 8-0.

Syabas juga diucapkan kpd VFA kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan khusus utk pemain2 veteran dan buat pertama kali sejak VFA dgn rasminya ditubuhkan pd November 2009 lalu. Ahli2 jawatankuasa kejohanan juga patut diberi ucapan tahniah kerana telah mengembeleng tenaga & masa serta pengalaman utk memastikan kejohanan tersebut dianjurkan dgn lancarnya.

Prof: Demam Piala Dunia masih belum pulih.

Rabu, 21 Julai 2010

PIALA DUNIA 2010 - ANTARA KONTROVERSI

1. VUVUZELA

Para peminat seluruh dunia malah beberapa pemain bintang - termasuk Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi - mengatakan bahawa bunyi yg dihasilkan oleh 'Vuvuzela' - alat tiupan yg diperbuat drp plastik dan panjang - telah mengganggu tumpuan pemain & keseronokan penonton kerana tidak dpt mendengar dgn jelas setiap sorakan mereka. Ini membuatkan suasana perlawanan itu kelihatan mendatar, tiada emosi dpt kita dengar & lihat. Ini telah menimbulkan cadangan utk mengharamkan 'Vuvuzela', tetapi Sepp Blatter, Presiden FIFA, telah menolak cadangan tersebut di awal kejohanan dan 'Vuvuzela' akan menjadi sejarah dan identiti kpd Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, sama spt 'Mexican Wave' yg menjadi identiti kpd Piala Dunia 1986 Mexico.

2. JABULANI

Bola rasmi Piala Dunia 2010, dihasilkan oleh pengeluar peralatan sukan terkemuka dunia dari Jerman, Adidas. "Teruk",ungkapan awal dari para pemain. Bola tersebut agak ringan dari bola biasa dan melayang dgn tidak keruan di udara. Dlm peringkat awal menghasilkan kadar jaringan gol yg rendah dlm sejarah Piala Dunia. "Bola ini merupakan bola yg paling teruk pernah saya temui," kata Fabio Capello, pengurus pasukan England. Beberapa penjaga gol termasuk Iker Casillas turut melahirkan rasa tidak puas hati dan Robert Green (England) mengalami saat memalukan kerana 'Jabulani'. Namun beberapa pasukan dan pemain dpt mengawalnya dgn baik & menghasilkan corak permainan menarik setelah kejohanan memasuki minggu kedua.

3. GOL FRANK LAMPARD

Ketika kedudukan 2-1 memihak kpd Jerman ketika bertemu England dlm pusingan kedua, Frank Lampard telah membuat rembatan dan bola terkena palang lalu melantun melepasi garisan gol, tetapi bola keluar dan didakap oleh penjaga gol Jerman, Manuel Neuer. Pengadil, Jorge Larrionda dan panjaga garisan tidak melihat bola yg telah melepasi jaringan gol itu lalu membuat keputusan meneruskan perlawanan. Insiden ini menjadi kontroversi hingga saat ini. Timbul cadangan utk FIFA terus menggunakan 'goalline technology', 'video replay' atau menambah pengadil tambahan. Selain 'dendam 1966' (final Piala Dunia 1966 antara England & Jerman) berbalas, FIFA turut terdesak utk menambah 'kuasa teknologi' ke dlm permainan bola sepak yg setakat ini 100% dimain & diadili oleh manusia.

4. PERANCIS MEMALUKAN

Tiada pasukan yg lebih memalukan dlm Piala Dunia 2010 lalu selain dari pasukan Perancis. Bukan sahaja permainan mereka menjengkelkan malah keolahan mereka di luar padang lebih mengaibkan para peminat & rakyat negara Perancis. Bertolak dari perang mulut antara pemain penyerang Nikolas Anelka & pengurus, Raymond Domenech, membawa kpd penyingkiran pemain Chelsea itu dari Piala Dunia dan seterusnya para pemain memulaukan sesi latihan pd keesokkan harinya. Ini membuatkan perletakan jawatan pengarah urusan FFF, Jean-Pierre Escalettes. Lantas Nickolas Sarkozy, Presiden Perancis, mengarahkan Menteri Sukan, Roselyne Bachclot, menyiasat perkara tersebut. Tidak cukup dgn itu, parlimen negara itu mengarahkan dilakukan sesi pendengaran di hadapan jawatankuasa khas. Ini membuatkan FIFA berang & mengancam akan menggantung keahlian Perancis kerana ada campur tangan secara terus dari pihak pemerintah terhadap perjalanan FFF.

5. PENGADILAN

Walaupun rekod kesalahan 261 (346 pd 2006) dan kad merah 17 (26 pd 2006) menunjukkan penurunan yg ketara namun mutu pengadilan dlm Piala Dunia 2010 akan diingat oleh sejarah kerana beberapa keputusan pengadil yg terang-terangan berat sebelah. Ramai bintang yg terpaksa menerima kad merah (Kaka, Miroslav Klose, Herry Kewell). Gol jaringan Frank Lampard yg tidak dikira oleh Jorge Larrionda (juga tidak menerima 2 gol oleh Serbia ketika bertemu Australia), Roberto Rosetti yg membenarkan gol jaringan Carlos Teves (Argentina lwn Mexico) walaupun dlm kedudukan offside, pengadil dari Mali, Koman Coulibaly, tidak menerima jaringan Maurice Edu (USA lwn Slovenia) dan pengadil England, Howard Webb yg melayangkan 14 kad kuning dlm perlawanan akhir adalah antara keputusan2 pengadil yg menjadi kontroversi.

6. KAD MERAH SANI KAITA

Pasukan gergasi Afrika, Nigeria, berpeluang utk menewaskan Greece dlm perlawanan kedua Kumpulan B setelah tewas tipis 0-1 kpd Argentina sebelum itu. Kad merah yg diterima oleh Sani Kaita dlm minit 21 separuh masa pertama telah memunahkan harapan negara paling padat penduduk di benua Afrika itu. Kad merah yg dilayangkan oleh pengadil dari Colombia, Oscar Ruiz itu memang tepat kerana nampak dgn jelas Kaita telah menendang/menerajang pemain Greece Vasilas Torosidis, tidak kira sama ada pemain itu berpura2 sakit atau sebaliknya, hakikatnya Kaita telah membuat aksi ganas. Perlakuan Kaita itu adalah tindak balas kerana kekasaran yg dilakukan oleh Torosidis. Tetapi, dlm saat itu Kaita tidak semestinya melakukan tindak balas dan ini jelas menjadi kekesalan beliau. Akibatnya bukan shj menyusahkan rakan sepasukan (Nigeria tewas 1-2) malah mendapat reaksi ganas dari para peminat di negaranya. Pihak polis Nigeria telah memberi kawalan rapi kpd Kaita kerana beliau menerima lebih 1,000 ugutan bunuh melalui e-mail.

7. 'ITALIAN DIVE' LAGI

Itali seri dgn New Zealand 1-1 hasil dari sepakan penalti yg kontroversi pd minit ke 26. Tommy Smith memegang jersi Daniele de Rossi, tetapi de Rossi terus menghumbankan dirinya ke rumput (dive). Smith menerima kad kuning & Itali sekali lagi dpt diselamatkan oleh penalti. Australia menerima nasib yg sama empat tahun lalu. Socceroos tewas gara2 gol di minit2 akhir perlawanan pusingan kedua melalui penalti setelah Fabio Grosso senghaja 'dive' dlm kotak penalti.

8. STADIUM KOSONG

Kenapa sebahagian stadium kosong? Kehadiran penonton 92.5% dlm empat hari pertama kejohanan. "Sebagai penganjur, kami telah membina stadium, dan apa yg mesti dilakukan oleh FIFA ialah menjual tiket," kata sebuah akhbar Afrika Selatan. Sebenarnya byk masalah dihadapi oleh FIFA utk menjual kesemua tiket, antaranya ialah kadar tambang penerbangan yg tinggi, imej benua itu yg berkait rapat dgn keganasan dan negara2 jiran yg agak kurang mampu. Dgn beberapa langkah & promosi akhirnya kehadiran penonton agak memuaskan.

9. PERTELINGKAHAN GAJI

Mogok yg dilakukan oleh pengawal keselamatan kerana gaji yg tidak berbayar telah berlaku kpd separuh dari 10 stadium Piala Dunia lalu. Ini memaksa pasukan polis terpaksa bertugas lebih masa mengambil tugasan mereka. Masalah ini telah mencalarkan sedikit imej Afrika Selatan sebagai penganjur dan melihatkan bahawa bukan semua belanjawan penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu dapat dinikmati oleh rakyat negara penganjur.

Ahad, 18 Julai 2010

- SAMBUNGAN

6. HUBUNGAN ANTARA FIFA & PERSATUAN KEBANGSAAN.

Perancis (antara negara pengasas FIFA) telah terkeluar dari Piala Dunia 2010 dgn cara yg memalukan dan ini memberi tindak balas yg agak serius dari pemerintah negara tersebut terutamanya Presiden Nikolas Sarkozy, beliau mengarahkan dijalankan satu siasatan oleh jawatankuasa parlimen. Manakala Nigeria, sebuah negara Afrika yg kuat dlm bola sepak dan negara paling ramai penduduk, juga telah gagal dgn memalukan. Presiden negara itu, Goodluck Jonathan bertindak lebih drastik dari rakan sejawatnya dari Perancis dgn menggantung penyertaan Nigeria dlm perlawanan antarabangsa hingga tahun 2012.

Seperti biasa FIFA melalui Presidennya Joseph Sepp Blatter telah memberi tindak balas yg tegas apabila mengatakan bahawa campur tangan pihak pemerintah terhadap perjalanan persatuan bola sepak negara masing2 adalah melanggar prinsip FIFA dan akan mengantung FFF & NFA. Akhirnya kedua2 kepala negara tersebut akur & menarik balik tindakan mereka serta FIFA juga memberi sedikit 'imbuhan' terutama kpd FFF (apabila mengabungkan dua anugerah pemain terbaik dunia).

Apa yg dpt kita pelajari ialah ketegasan FIFA terhadap tindakan campur tangan secara langsung pihak pemerintah terhadap perjalanan persatuan bola sepak kebangsaan sesebuah negara. Bagi FIFA, setiap parsatuan kebangsaan mestilah bebas dari campur tangan pihak ketiga dan mengharapkan persatuan berkenaan berjalan dan dijalankan oleh penjawat2 yg telah dilantik oleh persatuan tersebut.

Antara lain pengajaran dari dua kes tersebut ialah betapa pentingnya prestasi skuad kebangsaan kpd sesebuah negara. Ianya melibatkan maruah negara. Jatuh bangun prestasi pasukan kebangsaan mencerminkan maruah negara & rakyat jelata. Jadinya, jagalah prestasi pasukan kebangsaan agar tidak menerima keaiban & dimalukan. Kpd sesiapa yg diberi tanggungjawab mengendali pasukan kebangsaan hendaknya melihat maruah negara sebagai sukat2 dlm percaturan & membuat keputusan utk pasukan kebangsaan.

7. 4-2-3-1

Soal formasi 4-2-3-1 ini telah saya sentuh serba-sedikit ketika demam Piala Dunia 2010 sedang berlangsung. Kali ini saya ingin memberi penekanan yg lebih kpd formasi yg telah diguna pakai oleh beberapa pasukan di Afrika Selatan lalu, umpamanya ialah Sepanyol, Belanda, Jerman, Uruguay, Argentina, Brazil, Ghana, Korea Selatan, Paraguay, Mexico, Australia, Afrika Selatan dan beberapa pasukan lagi. Sementara lain2 pasukan spt England, Amerika Syarikat, Itali, Algeria, Perancis, Ivory Coast, Slovenia, Slovakia, Korea Utara, Switzerland, Jepun, Serbia, Nigeria, Portugal dan Nigeria masih menggunakan sama ada 4-4-2, 4-3-3 atau 4-5-1.

Kenapa 4-2-3-1? (atau 4-3-2-1 tatkala bertahan). Antara kelebihan formasi ini ialah;

1. Memiliki dua pemain midfield sebagai perisai kpd 4 pemain pertahanan (mereka juga bertindak sebagai 'attacking midfielder'. Contoh; Bastain Schweinstieger & Semi Khedira (Jerman), Alonso & Besquets (Sepanyol) dan Mark van Bommel & Nigel de Jong (Belanda).

2. Dua pemain sayap sebagai pengempur & 'central midfielder' yg mengerakkan bola sama ada ke depan, kiri/kanan atau belakang. Contoh; Lukas Podolski, Mesut Ozil & Thomas Mueller (Jerman), Xavi, Iniesta & Pedro (Sepanyol) dan Arjen Robben, Wesley Sneijder & Dirk Kuyt (Belanda).

3. Sesuai bagi pasukan yg mengamalkan possession/control oriented spt mana yg dimainkan oleh Sepanyol, Belanda & Jerman.

4. Formasi ini juga sesuai bagi 'membunuh' pasukan yg byk bergantung kpd 'individual skill' spt pasukan Brazil, Argentina, Portugal (Cristiano Ronaldo & Deco) dan pasukan dari benua Afrika (Ghana berjaya kerana mengamalkan formasi ini).

5. Sejauh ini melalui penilaian yg telah dibuat, 4-2-3-1 adalah satu formasi yg seimbang antara skil individu & permainan secara berpasukan (possession).

6. Bertindak cepat merampas jika kehilangan bola dan pantas membuat serangan balas.

7. Memberi banyak peluang kpd 'wing back' utk membantu serangan kerana dua 'defensive midfielder' telah ada mengganti tugas mereka. Contoh; Sergio Ramos (Sepanyol), Giovanni van Bronckhorst (Belanda), Philip Lahm (Jerman), Maicon (Brazil) dan Demechelis (Argentina).

Soalnya, apakah kita di Brunei DS ingin mengamalkannya? Jika formasi ini tidak baik mustahil Vicente del Bosque, Bert van Marwijk, Joachim Loew, Dunga, Diego Maradona, Oscar Taberez & Carlos Alberto Parreira menggunakannya. Beranikah kita membuat perubahan? Tepuk dada tanaya selera.

Kepada para jurulatih tidak kira jurulatih kelab, akademi, skuad pembangunan di bawah naungan FFBD atau Jabatan Kokurikulum, sekolah sukan atau kelab2 kerdil, pelajarilah sesuatu yg baru kalau ianya telah terbukti membawa kejayaan. Mulalah berfikir di luar kotak (out of box). Seperti yg saya sebutkan, selama sebulan kita mendapat kuliah dari 32 orang 'pensyarah' di Afrika Selatan. Kini kita telah mendapat 'ijazah', maka perturunkanlah ilmu itu kpd sesiapa saja yg memerlukannya demi kemajuan bola sepak negara kita.

Prof: Sahabat2 dari kalangan jurulatih, buka minda & cerminlah diri. Ilmu adalah utk diajarkan, bukan disimpan. Wallahu aklam.

Sabtu, 17 Julai 2010

BEBERAPA PENGAJARAN DARI PIALA DUNIA 2010

Setelah selama sebulan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan berlangsung dgn Sepanyol menjadi juara baru dan memasuki golongan elit negara2 yg pernah bergelar sebagai JUARA DUNIA spt mana Uruguay, Brazil, Argentina, Jerman Barat, Itali, Perancis & England. Selama sebulan juga kita menyaksikan 64 perlawanan yg melibatkan 32 buah negara yg telah melayakan diri ke Afrika Selatan.

Pelbagai kejutan telah berlaku umpamanya terkeluarnya finalis 2006, Itali & Perancis, dari peringkat kumpulan lagi dan ketewasan mengejut beberapa negara pilihan spt Sepanyol (0-1) kpd Switzerland & Jerman (0-1) kpd Serbia. Pelbagai kontroversi juga telah tercetus, umpamanya; 'huru-hara' yg melanda pasukan Perancis, bola rasmi 'Jabulani' yg dianggap ringan, 'vuvuzela' yg memekakkan telinga, beberapa keputusan pengadil yg jelas bertentangan & kehadiran penonton yg berkurangan dlm beberapa perlawanan.

Di samping itu terdpt juga beberapa perkara yg jika diteliti secara mendalam, boleh memberikan pengajaran berguna kpd kita terutama sekali para pemimpin persatuan kebangsaan bola sepak, pengurs2 pasukan, pengendali akademi2 bola sepak, para jurulatih, pemain, peminat & pemerhati bola sepak seluruhnya.

Antara pengajaran yg dpt kita kutip ialah;

1. ENGLAND MASIH JAUH KETINGGALAN.

Dgn rekod cemerlang tidak menerima kekalahan dlm pusingan kelayakan, imej Fabio Capello & Wayne Rooney yg dianggap asset utama pasukan dan populariti EPL yg memuncak menjadikan kesebelasan utama England seolah2 'raja bola sepak dunia', merekalah yg terbaik. Sehinggalah gol pantas di minit ke 4 jaringan ketua pasukan Steven Gerrard dlm perlawanan pertama menentang Amerika Sysrikat, dunia masih menganggap England pasukan hebat.

Namun apabila anak buah Capello itu dipaksa pulang oleh Jerman dlm pusingan kedua dgn kekalahan 1-4, maka saat itulah memperlihatkan bahawa pasukan 'The Three Lions' itu tidaklah sekuat mana. Nampak nasib memihak kpd England utk melepasi perlawanan peringkat kumpulan. Prestasi mereka sama saja jika dibandingkan dgn Algeria, Amerika Syarikat & Slovenia, tiada yg istimewa malah membosankan.

England amat memerlukan projek pembangunan akar-umbi yg lebih tersusun (bukan menafikan projek2 yg telah dilaksanakan) tetapi masih jauh terkebelakang dari negara2 lain umpamanya Jerman. Tatakala Jerman begitu yakin menyenaraikan hampir 80% pemain2 bawah 25 tahun mereka dlm kesebelasan utama, England pula bertindak sebaliknya.

EPL perlu distruktur semula. Jika tidak kita akan melihat akan ada kelab2 besar yg muflis. Masalah yg melibatkan Porthmouth sepatutnya menjadi contoh terbaik kpd England FA. Buat masa ini kelab2 hanya tertumpu utk membeli pemain dgn harga mahal & menawarkan gaji yg tinggi utk kekal beraksi hebat. Ini sebenarnya 'time bomb' kpd bola sepak England.

2. CAPELLO (JURULATIH TERNAMA) BUKANLAH JAWAPAN KPD PRESTASI BAIK PASUKAN.

Fabio Capello dianggap bakal membawa England sebagai juara Piala Dunia 2010. Hasilnya, England pulang awal & dimalukan. Apakah sebabnya? FA percaya kpd 'perkara karut' atau 'keajaiban' dgn membawa jurulatih ternama utk menyelesaikan masalah. Sedangkan masalah sebenar England ialah ketandusan pemain2 berwibawa disemua posisi.

Di Afrika Selatan, Capello masih membawa pemain2 tua yg sudah bersara (Jamie Garragher), pemain2 yg cedera (Ledley King & Gareth Barry) & meninggalkan pemain muda berbakat (Theo Welcott) utk posisi striker. Paling mengecewakan ialah jurulatih Itali itu masih mengekalkan formasi 4-4-2 sedangkan pasukan2 lain mencorakkan pasukan mereka dgn pelbagai formasi spt 4-2-3-1, 4-3-2-1, 4-3-3, 4-5-1, 4-4-1-1 & 4-1-4-1.

Jawapan kpd masalah ini ialah sesebuah negara 'wajib' menjalankan projek pembangunan jangka panjang.

3. BOLA SEPAK & AMERIKA SYARIKAT.

Spt yg kita ketahui bola sepak (soccer) bukanlah sukan paling terkenal di negara 'Uncle Sam' itu. Soccer berada di belakang football, baseball, bola keranjang & hoki ais. Akan tetapi, melalui tinjauan yg dibuat setakat ini, soccer adalah sukan paling diminati & menjadi pilihan para remaja Amerika berbanding sukan2 lain. Ini disebabkan oleh meningkatkan mutu MLS (Major League Soccer) yg ditubuhkan dlm tahun 1996 lalu.

Prestasi pasukan Amerika di Afrika Selatan amat membanggakan. Kelibat mantan Presiden Bill Clinton & aktor hebat Leonardo DiCaprio menyaksikan pelawanan2 yg melibatkan negara mereka merupakan tanda bahawa soccer sudah bertapak kukuh di negara kuasa besar dunia itu. Pemain2 mereka kini adalah bintang & bermain di kelab2 utama spt Clint Dampsey, Tim Howard, London Donovan, Jamie Altidore, Michael Bradley, Beasley dan lain2.

4. FIFA PERLU MEMBUAT PERUBAHAN.

Paling menuntut ialah perubahan kpd sistem pengadilan. Apa saja yg boleh dibuat utk memberi kepuasan & keadilan kpd semua pihak sama ada menerapkan penggunaan kamera tambahan, teknologi terkini ataupun pengadil tambahan. Setakat ini dinilai bahawa tugasan '4th official' amat terhad sekali (terbatas kpd penukaran pemain, mengawal pegawai & pemain2 simpanan & memaklum masa tambahan), kenapa tidak tugasan mereka diluaskan skopnya?

Kita melihat masalah utama ialah kedudukan offside, golline, simulation/diving (senghaja menjatuhkan diri) & handball. Dlm beberapa insiden ternyata keputusan2 pengadil didapati salah dan mendatangkan musibah kpd pasukan2 berkenaan. Maka FIFA 'wajib' membuat sesuatu.

5. PEMBANGUNAN BERSISTEMATIK MENGALAHKAN SKIL INDIVIDU

Tiga dari empat pasukan yg beraksi dlm separuh akhir memiliki sistem pembangunan pemain & kejurulatihan yg mantap & tersusun. Manakala pasukan2 yg memiliki pemain2 berskil spt Brazil, Argentina & negara2 Afrika gagal ke separuh akhir serta memberi persembahan turun-naik spt yo-yo.

Skil individu bukanlah jawapan kpd kejayaan sesebuah pasukan. Jerman, Sepanyol & Belanda telah membuktikan. Paling ketara ialah Jerman. Mereka sedikitpun tidak gentar menurunkan pemain2 muda dlm persembahan peringkat tinggi ini. Thomas Mueller (20 tahun), Mesut Ozil (22 tahun), Semi Khedira & Jarome Boateng (23 tahun). Sepanyol pula dibarisi oleh pemain2 dari akademi kelab Barcelona (Iniesta, Xavi, Pedro, Puyol, Pique & Besquets) dan Belanda pula adalah hasil pembangunan Ajax Amsterdam (termasuk pemain2 yg beraksi di luar negara spt Wesley Sneijder, Klaus Jan Huntelaar, Arjen Robben & Rafael Van Der Vaart).

Joachim loew, Vicente del Bosque & Bert van Marwijk adalah anak watan negara masing2 & berpengalaman melatih beberapa kelab negara mereka sendiri serta individu2 yg percaya kpd pembangunan kejurulatihan, pemain dan semangat berpasukan lebih baik dari skil individu pemain. Hasilnya mereka kini adalah negara2 yg hebat dlm bola sepak.

Prof: Bagaimana dgn negara2 Asia? Kuliah selama sebulan sudah tamat & kini kita menerima ijazah dlm pengajian bola sepak. Sekarang adalah masa utk berkerja & mempraktikkan apa yg dipelajari kpd kelab, akademi & persatuan masing2.

Selasa, 13 Julai 2010

TERIMA KASIH RTB

Hj Adis (depan), Hj Ali Hj Aji, Hj Hassan & rakan2 krew mengabadikan kenangan sebelum bermula siaran langsung final Piala Dunia 2010.

Hj Adis sdg menerangkan sesuatu kpd Hj Hassan & Hj Ali sambil diperhatikan oleh salah seorg rakan krew.

Penerbit, penyampai, tetamu & sebhgian drp krew sebelum siaran langsung final Piala Dunia 2010 - Gambar ehsan Joey Firdaus, Unit Sukan TV, RTB.

Saya bersama rakan tetamu Awg Majid bin Alias.

Sedang diwawancara oleh Adi Zulhazmi di Rangkaian Harmoni 94.1FM dlm Fokus Piala Dunia 2010.

Adi Zulhazmi sdg bertugas, di belakang beliau kelihatan DJ Is.

Memang bola sepak adalah sukan no 1 dunia, akan tetapi jika tiada peranan yg dimainkan oleh pihak media mustahil para peminatnya dpt menikmati kemeriahan kejohanan2 bola sepak terutama Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yg baru berakhir kelmarin.

Dlm konteks ini, kita semua amat terhutang budi kpd pihak Radio Televisyen Brunei (RTB) kerana telah menyiarkan sebahagian besar perlawanan2 Piala Dunia secara langsung (56 perlawanan) dan rakaman melalui saluran RTB2, RTB1 & RTB3 (HD). Rangkaian Harmoni 94.1FM juga memainkan peranannya utk mendekatkan para peminat & pendengar melalui program khas yg disiarkan setiap hari melalui program 'Fokus Piala Dunia' pd jam 4.30 petang.

Pihak penerbitan RTB sejak berbulan2 sebelum berlangsungnya Piala Dunia 2010 telah membuat pelbagai persiapan spt set studio, krew2 & para tetamu undangan. Sepanjang sebulan berlangsungnya Piala Dunia 2010 (11 Jun - 11 Julai 2010) mereka telah bertungkus-lumus berkerja dgn tidak menghiraukan waktu tidur & waktu rehat semata2 utk memastikan siaran langsung yg bakal dinikmati oleh penonton semuanya berjalan lancar dan memuaskan.

Saya sebagai salah seorg tetamu jemputan dlm beberapa perlawanan ingin mengucapkan syabas kpd tenaga kerja dari penerbit hinggalah kpd krew yg terlibat kerana telah memberikan komitmen yg tinggi & memberi kesempatan kpd saya & rakan2 yg lain mengutarakan pendapat2 & pandangan kami mengenai perlawanan2 tersebut.

Insya-Allah, kita akan bertemu kembali dlm 4 tahun dari sekarang di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Prof: Terima kasih kpd Hj Md Yamin, Hj Adis, Ckgu Drahman, Ckgu Hj Mahmud, Ckgu Salleh, PA2, para penyampai, Adi Zulhazmi (Harmoni 94.1FM), krew2 & rakan2 tetamu jmputan & semua individu yg terlibat. Job well done & fantastic. Tabik atas kesungguhan kalian. Kitani pun pemenang Piala Dunia! hahahaha.

SEPANYOL - JUARA PIALA DUNIA 2010

Iker Casillas menjulang trofi Piala Dunia bersama rakan2 sepasukan sebaik menerima dari Jacob Zuma (Presiden Afrika Selatan) & Sepp Blatter (Presiden FIFA).

Putera Mahkota Sepanyol memegang erat Piala Dunia di samping salah seorg hero Xavi.

Ratusan ribu peminat & rakyat Sepanyol membanjiri jalan utama di bandaraya Madrid utk meraikan hero2 Piala Dunia sebaik tiba dari Afrika Selatan.

Iker Casillas, ketua pasukan Sepanyol, mengulangi rekod sebagai penjaga gol yg menerima trofi Piala Dunia (sebelum ini Dino Zoff melakukan sebagai ketua pasukan Itali pd 1982).

Jet pejuang angkatan tentera Sepanyol turut mengambil bahagian dlm perayaan sambutan dgn membuat formasi menarik sambil membentuk asap berwarna merah/kuning/merah (bendera kebangsaan).

Para pemain Sepanyol di atas bas khas yg membawa mereka.

DIEGO FORLAN
GOLDEN BALL AWARD FIFA WORLD CUP 2010 (PEMAIN TERBAIK).


THOMAS MULLER
GOLDEN BOOT AWARD & THE BEST YOUNG PLAYER AWARD FIFA WORLD CUP 2010






Ahad, 11 Julai 2010

JERMAN TEPATI RAMALAN


Walaupun membuat beberapa pertukaran akibat demam namun Jerman masih mampu menewaskan Uruguay 3-2 utk menyamai pencapaian tahun 2006 dgn menduduki tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2010 malam tadi melalui gol2 dari Thomas Mueller, Marcel Jensen & Semi Khedira.

Uruguay yg kembali menurunkan Luis Suarez & Fucile yg digantung nyata berhasrat utk menang. Akan tetapi anak buah Joachim Loew lebih bernasib baik. Di awal separuh masa pertama seolah2 Jerman akan menguasai perlawanan dgn pergerakkan yg menarik & menghasilkan gol sulung hasil rembatan kencang ketua pasukan Bastian schweinstieger yg muntah dari dakapan Muslera, penjaga gol Uruguay, lalu disudahkan oleh Mueller utk gol ke 5 beliau.

Loew membuat beberapa pertukaran drastik kpd kesebelasan utamanya; Jarome Boateng mengambil posisi Philip Lahm di bek kanan, posisi beliau di bek kiri diberi kpd seorg lagi pemain muda Aogo, Marcel Jensen mengambil tempat Lukas Podolski di midfield kiri, penjaga gol veteran Hans Joerg Butt mengambil tempat Manuel Neuer dan Cacau sebagai striker setelah Miroslav Klose cedera.

Akibat kehilangan bola oleh Schweinstieger di tengah padang diambil kesempatan sepenuhnya oleh Uruguay & Cavani yg membuat larian di sebelah kiri akhirnya menewaskan Butt utk menyamakan kedudukan. Uruguay mengejutkan Jerman di separuh masa kedua melalui Diego Forlan utk gol ke 5 sebelum Marcel Jensen menjadikan kedudukan 2-2 dgn tandukan cantik hasil umpanan jauh Boateng.

Hasrat Uruguay utk menduduki tangga ke 3 punah apabila Semi Khedira menanduk ke penjuru kiri gol daripada perebutan bola di kawasan penalti Uruguay utk menyimpulkan kemenangan 3-2 Jerman sebagai saguhati menutup kempen mereka yg cemerlang sebelum tersekat 0-1 oleh Sepanyol di separuh akhir.

Prof: Terima kasih Jerman kerana memberikan persembahan menghiburkan sepanjang kejohanan & mengekalkan status sebagai antara pasukan terkuat di dunia.

Jumaat, 9 Julai 2010

MAKA LAHIRLAH JUARA BARU


BELANDA LWN SEPANYOL
Soccer City Stadium, Johannesburg

12 Julai 2010 (2.30 pagi)


Cita2 kebanyakan pemerhati bebas (bukan peminat2 pasukan) utk melihat sebuah negara baru muncul juara Piala Dunia FIFA akhirnya menjadi kenyataan apabila Belanda 'The Orenje' akan menentang 'Armada' Sepanyol dlm perlawanan akhir nanti.

Belanda mara setelah menundukkan pasukan 'bernasib baik' Uruguay 3-2 dan Sepanyol yg muncul dlm perlawanan akhir buat pertama kali berjaya menjinakkan pasukan Jerman 1-0 dlm separuh akhir. Rasa lega juga dpt dirasai apabila kedua2 pasukan yg layak adalah mewakili kelompok pasukan yg bermain 'positive football' iaitu bermain bola sepak secara menghiburkan.

Kini nasib kedua2 negara terletak ditangan pengurus masing2 iaitu Bert van Marwijk (Belanda) dan Vicente del Bosque (Sepanyol). Kedua2 sosok ini tidaklah begitu menonjol berbanding nama2 besar lain yg hadir ke Afrika Selatan kali ini namun mereka telah melaksanakan tugasan dgn cemerlang sekali.

Tidak dpt dinafikan bahawa mereka memiliki pemain2 yg berkualiti, lahir dari satu sistem pembangunan bola sepak yg berkesan & professional. Sama ada Belanda atau Sepanyol, mereka dalam 30 tahun kebelakangan ini telah berjaya melahirkan pemain2 handalan dlm jangkamasa berterusan (tidak terkecuali Jerman). Manakala kelab2 terkemuka mereka juga sangat berjaya terutama sekali Sepanyol yg memiliki dua kelab ternama iaitu Real Madrid & Barcelona. Manakala Belanda memiliki Ajax Amsterdam, PSV Eindhoven & Fayenoord.

Menilai kpd corak permainan yg bakal mereka pamerkan dlm perlawanan akhir nanti, sudah pasti kedua2 pasukan akan bermain secara menyerang & berhasrat utk mengakhiri perlawanan dlm 90 minit permainan. Meninjau dari perjalanan mereka hingga ke akhir, rekod nyata menyebelahi Belanda kerana tidak pernah mencatat kekalahan (8 perlawanan kelayakan & 6 perlawanan pusingan akhir). Sepanyol dikejutkan oleh Switzerland 0-1 di perlawanan pembukaan namun terus meningkat dari perlawanan berikutnya hinggalah ke akhir.

Belanda kekal dgn formasi 4-2-3-1 dan Sepanyol juga dgn formasi yg sama (hanya sesekali berubah kpd 4-4-2 mengikut keperluan). Kedua2 pasukan bebas dari pengantungan atau kecederaan serius & inilah antara elemen penting dlm menentukan kejayaan mereka nanti serta diyakini dpt memberi kepuasan kpd para penonton di seluruh dunia.

Cuma rasanya van Marwijk akan berasa serba salah. Pemain yg digantung iaitu Gregory van der Weil & Nigel de Jong kini sudah bebas. Akan tetapi pemain2 yg menggantikan mereka (Rafael van der Vaart & Khalid Boulahrouz) telah menunjukkan prestasi yg baik tatkala menumpaskan Uruguay. Bagaimana pun, del Bosque pula mungkin mengekalkan barisan yg sama terutama posisi striker (beliau meninggalkan Fernando Torres di bangku simpanan & masuk dlm separuh masa kedua).

Sekali lagi barisan midfield kedua2 pasukan akan memainkan peranan penting dlm menentukan kemenangan. Mark van Bommel, Rafael van der Vaart (Nigek de Jong), Dirk Kuyt, Arjen Robben & Wesley Sneidjer (Belanda) dan Iniesta, Xavi, Alonso, Pedro & Sergio (Sepanyol) telah berjaya memperlihatkan kemampuan masing2 dan pasti pertembungan antara mereka memberikan satu persembahan bermutu tinggi & bertaraf dunia.

Di bahagian pertahanan nampaknya Sepanyol lebih dominan dari lawannya. Buat setakat ini Sergio Ramos, Pique, Carles Puyol & Capdevila berjaya mencorakkan tempo permainan Sepanyol hingga memudahkan tugas pemain2 midfield mereka. Puyol paling menonjol dgn menjaring gol kemenangan ke atas Jerman.

Davil Villa (5 gol) & Wesley Sneijder (4 gol) mempunyai peluang utk menggapai mahkota 'Pemenang Kasut Emas'. Sama2lah kita saksikan nanti siapakah antara mereka yg akan berjaya.

Prof: Tiada kata utk dinukilkan kpd siapa kemenangan patut diberi. 50-50.

Rabu, 7 Julai 2010

JERMAN & SEPANYOL - JANJIKAN PERLAWANAN KLASIK

Dianggap pakar strategi, Joachim Loew sdg mencongak percaturan berdepan Sepanyol.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan malam ini (2.30 pagi) adalah ulangan final Euro 2008 yg membawa kemenangan kpd Sepanyol dgn jaringan 1-0. Mereka menyambung pertembungan menarik sekali lagi. Thomas Mueller (4 gol) tidak akan beraksi utk Jerman, manakala Vicente del Bosque (Sepanyol) tidak kehilangan seorang pun pemainnya.

Tempat pemain muda berbakat besar itu mungkin diisi oleh Poitr Trochowski di posisi midfield kanan. Lain2 pemain Joachim Loew dpt beraksi dgn menampilkan 4-2-3-1. Manuel Neuer, Philip Lahm, Per Metersacker, Arne Friedrich, Boateng, Bastian Sweinstieger, Semi Khedira, Lukas Podolski, Mesut Ozil & Miroslav Klose semuanya bersedia utk mengekalkan rentak kemenangan Jerman.

Kekuatan Sepanyol juga terletak kpd barisan midfield mereka iaitu Xavi, Alonso, Iniesta & Busquets. Pertahanan tetap akan dikepalai oleh Iker Casillas (penjaga gol), Carles Puyol, Sergio Ramos, Pique & Capdevila. Fernando Torres pula akan terus beraksi utk mencari gol sulong beliau dlm puisngan akhir kali ini. Berbanding musuh striker mlm nanti iaitu Miroslav Klose telah menjaringkan 4 gol setakat ini & 14 gol sepanjang penyertaan dlm Piala Dunia.

Mampukah Torres mencatat nama sebagai penjaring?

Ramai yg memperkatakan tentang skuad muda Jerman yg bertenaga & mengamalkan 'positive football'. Mengawal permainan di semua bahagian, pantas melalui 'caunter attack' & teguh tatkala bertahan. Sementara Sepanyol memiliki 'The Dream Team'. Pemain2 simpanan mereka juga cukup hebat spt Cesc Fabregas, David Silva, Jesus Navas & Fernando Lloriente.

Satu lagi senjata pemusnah 'Armada Sepanyol' ini ialah David Villa. Mengumpul 5 gol dlm 5 perlawanan adalah satu rekod sgt cemerlang dlm Piala Dunia. Ketangkasan Villa pasti memberikan tugas mencabar bagi pertahanan Jerman mlm nanti. Kita saksikan sama ada Villa benar2 seorg striker yg hebat dgn memperdaya barisan pertahanan Jerman yg kental atau Villa longlai spt mana nasib yg menimpa Wayne Rooney (England) & Lionel Messi (Argentina).

HEBAT! Hanya perkataan itu yg sesuai utk mengungkapkan perlawanan antara Jerman & Sepanyol nanti.

Prof: Pemenang perlawanan ini adalah Juara Piala Dunia 2010.

BELANDA TERUSKAN FORMULA KEMENANGAN

Gol ketiga Belanda melalui Arjen Robben, pemain Uruguay nampak kecewa & kesal.

Belanda 3, Uruguay 2. Itulah keputusan akhir sebaik pengadil meniup wisel penamat perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan malam tadi. Uruguay yg memiliki tuah tatkala menyingkirkan Ghana dlm suku akhir nampaknya tuah tidak memihak kpd mereka kali ini.

Syabas Bert van Marwijk, pengurus skuad 'The Orange' yg tetap mengekalkan formula kemenangan 4-2-3-1 walaupun dua pemain utama tidak dpt beraksi kerana digantung satu perlawanan. Gregory van der Weil digantikan oleh Khalid Boulahrouz manakala Nigel de Jong pula pd awalnya diambil alih posisi beliau oleh Benny de Zeeuw dan selepas itu Rafael van der Vaart dlm separuh masa kedua.

Gol2 melalui Giovanni van Bronckhorst dlm separuh masa pertama dan Wesley Sneijder & Arjen Robben di babak kedua menjadikan kedudukan 3-1 (sebelum itu Diego Forlan menjaring utk negaranya). Walaupun 'Le Caleste' merapatkan jurang di akhir permainan namun sudah terlewat utk mendptkan tuah sekali lagi.

Nampaknya barisan midfield Uruguay gagal mengekang 'tiga serangkai' Belanda iaitu Dirk Kuyt, Arjen Robben & Wesley Sneijder sama sepertimana gagalnya rangkaian midfield Brazil dlm perlawanan suku akhir tempoh hari. Kini 'tiga serangkai' itu menanti musuh mereka dlm perlawanan akhir sama ada 'Lukas Podolski, Mesut Ozil & Thomas Mueller' atau 'Xaxi, Inesta, Alonso & Busquets'.

Kunci utama Belanda mengekalkan rentak kemenangan ialah mereka tidak mengubah formasi spt mana yg dilakukan oleh Brazil & Argentina. Begitu juga halnya jika sesebuah pasukan itu gagal bermain dgn baik atau sering tewas, pastinya formula ketewasan itu diubah utk mencari formula kemenangan pula.

Apapun, Sneijder & rakan2 sudah berjaya mengikut jejak Johan Cryuff & rakan2 yg layak ke final pd 1974 & 1978 tidak spt zaman Ruud Gullit, Marco van Basten & Frank Rijkaard dan era Dennis Berkamp, Clearnce Seedorf & Edgar David. Dan mungkin mereka mampu bergelar juara dunia.

Prof: Belanda sama seperti Jerman, sering layak ke suku atau separuh akhir atau akhir. Cuma belum bergelar juara.

Selasa, 6 Julai 2010

JUARA 2 KALI LWN N.JUARA 2 KALI MALAM INI


Uruguay dan Belanda memulakan pertembungan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan malam ini (2.30 pagi waktu tempatan). Juara dua kali, Uruguay (1930 & 1950) dan naib juara dua kali, Belanda (1974 & 1978) juga mengongsi nombor dua iaitu dua pemain mereka tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan.

Luis Suarez & Jorge Fucile (Uruguay) dan Gregory van der Wiel & Nigel de Jong (Belanda) terpaksa melihat dari bangku penonton gara2 mengumpul dua kad kuning. Oscar Taberez (pengurus Uruguay) gusar kerana ketua pasukan Lugano masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yg dialami sewaktu perlawanan suku akhir menentang Ghana manakala Bert van Marwijk di pihak Belanda pula merasa lega kerana dua pemain yg cedera iaitu Robin van Persie & Mathijsen disahkan cergas utk beraksi oleh doktor.

Menarik utk melihat pertembungan klasik ini kerana beberapa sebab. Antaranya ialah; Uruguay 'La Caleste' ingin mencipta generasi emas yg baru (selama ini mereka sering dirujuk kpd generasi yg memenangi Piala Dunia di era 30an & 50an). Belanda pula juga ingin mengecap sebagai juara baru.

Kini serangan Uruguay sudah pasti tertumpu kpd Diego Forlan setelah Luis Suarez digantung satu perlawanan. Manakala bagi Belanda pula mereka memiliki barisan penggempur spt biasa iaitu van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder & Dirk Kuyt. Barisan pertahanan Uruguay yg bakal mengekang mereka ialah Fernando Muslera (penjaga gol & kapten), Diego Godin, Mauricio Victorino, Alvaro Pereira & Lugano.

Menariknya perlawanan mln ini ialah dapatkah Uruguay memecah dominasi benua Eropah kerana 'La Caleste' adalah satu2nya pasukan Amerika Latin yg tinggal kerana dua lagi pasukan yg akan bertembung dlm satu lagi perlawanan separuh akhir pagi esok ialah Jerman & Sepanyol.

Uruguay pasti ingin memadam anggapan 'kemenangan nasib baik' dlm suku akhir melalui penalti ke atas Ghana dgn mencatat 'kemenangan mutlak' terhadap Belanda. Belanda pula dgn bersemangat utk meneruskan kecemerlangan setelah membenam juara 5 kali Brazil 2-1 dlm suku akhir sebelum ini.

Prof: Terkenang pengalaman di awal2 pembacaan mengenai sukan & bola sepak Piaa Dunia pd 1974. Hati terus terpikat kpd Jerman & Belanda kerana artikel2 yg dibaca (Dunia Sukan terbitan Utusan Malaysia).

Ahad, 4 Julai 2010

JGN TUKAR 'THE WINNING FORMULA'!

Miroslav Klose menambah 2 gol lagi jaringan gol di Piala Dunia menjadi 14 gol, kurang 1 gol dari Ronaldo (15 gol) sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa.

Mesut Ozil, Arne Friedrich, Lukas Podolski & Miroslav Klose memberi tanda hormat kpd para penyokong Jerman di akhir perlawanan menewaskan Argentina.

Argentina memenangi kesemua perlawanan sebelum kecundang 0-4 kpd Jerman dlm suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan malam tadi. Kesemua kemenangan tersebut dicapai melalui formula dgn mengamalkan formasi 4-2-3-1, akan tetapi malam tadi Deigo Maradona menukar kpd 4-4-2 kerana kecederaan Juan Sebastian Veron.

England juga mengamalkan formasi 4-4-2 juga tewas 1-4 kpd musuh yg sama sebelum itu. Saya tidak pasti mengapa Maradona berbuat demikian. Bak kata ungkapan bola sepak yg agak masyhur, 'Don't change your winning formula'. Tapi itulah yg dilakukan oleh Maradona lalu Joachim Loew menghukum mereka dgn ketewasan memalukan.

Loew mengekalkan kesemua pemain dgn posisi yg sama kecuali Boateng (menggantikan Badstuber yg cedera) di posisi bek kiri. Inilah kunci kemenangan Jerman & kekalahan Argentina. Maradona pasti belajar dari kekalahan ini. Nyata Jerman menguasi kesemua bahagian bermain dgn baik, mengunci pergerakan Lionel Messi & ditambah penjaga gol Shalke 04, Manuel Neuer, bermain baik mengagalkan setiap percubaan sama ada dari Messi sendiri ataupun Carlos Tevez, Gonzalo Higuain & De Maria.

Soalnya, kenapa Maradona tidak mengekalkan formula yg sama? Jawapan ada pd beliau sendiri.

Para pemain Sepanyol meraikan kejayaan mereka menewaskan Paraguay 1-0 di suku akhir melalui gol sumbangan David Villa.

Spt juga Jerman, Vicente Del Bosque sebagai pengendali Sepanyol juga mengekalkan formula kemenangan beliau (4-3-3) & membuat sedikit pembetulan di separuh masa kedua. Akhirnya Sepanyol mara ke separuh akhir apabila menang tipis 1-0 ke atas sebuah lagi negara Amerika Latin, Paraguay.

David Villa mempunyai statusnya yg tersendiri dgn menghasilkan gol tunggal perlawanan melalui percubaan leret Ces Febregas yg terkena tiang lalu menuju ke arah pemain yg akan menyarung jersi Barcelona musim depaan itu utk gol ke 5 beliau dlm kejohanan kali ini & menjadi penjaring terbanyak setakat ini.

Sebelum itu, duaa peristiwa yg benar2 menjadi kunci kpd keputusan perlawanan. Pertama; kejayaan penjaga gol & ketua pasukan Sepanyol, Iker Casillas, menyelamatkan penalti & juga kegagalan Xavi Alonso menyumbat penalti, juga diselamatkan oleh penjaga gol. Maka perlawanan seolah2 akan berakhir seri sebelum gol Villa dijaringkan.

Nampaknya pertembungan antara Jerman & Sepanyol dlm separuh akhir nanti benar2 menguji keampuhan pemain2 kedua buah negara yg bertemu dlm perlawanan akhir Euro 2008 lalu (yg dimenangi oleh Sepanyol). Sepanyol dipenuhi oleh pemain2 bintang & dianggap 'The Dream Team' manakala Jerman pula terkenal dgn corak permainan mereka yg pantas, cergas & semanagat berpasukan yg tinggi.

Cuma Joachim Loew menghadapi sedikit masalah apabila Thomas Muller terpaksa melupakana aksi separuh akhir kerana mengumpul 2 kad kuning & mungkin tempat beliau di bhgian sayap kanan akan diambil-alih oleh Cacao. Sepanyol pula tidak menghadapi masalah kecederaan & penggantungan, pasti perlawanan tersebut menarik.

Prof: Kasihan Maradona.

GHANA & AFRIKA TURUT KEMPUNAN; BELANDA BERPESTA

Pemain2 pertahanan Brazil hanya mampu melihat gol menerjah jaring sendiri melalui tandukan Wesley Sneijder utk menyekat kemaraan mereka ke separuh akhir.

Dua gol oleh Wesley Sneijder dlm separuh masa kedua membawa Belanda menjadi negara pertama layak ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan dgn membenam cabaran pasukan ranking no 1 iaitu Brazil 2-1 dlm perlawanan suku akhir yg mendebarkan.

Brazil bermula agak bergaya & meyakinkan bila mana Robinho seawal minit ke 10 lagi membuka jaringan utk pasukan samba itu. Selepas itu pemain2 Brazil mempunyai byk peluang utk menambah jaringan masing2 melalui Luis Fabiano, Kaka & Robinho sendiri namun disia2kan.

Kealpaan anak buah Dunga akhir membawa padah apabila menghadiahkan 2 gol melalui hantaran lencong Sneijder yg terkena sedikit kepala Philipe Melo lalu menerjah jaring sendiri, namun FIFA menghadiahkan gol tersebut kepada Sneijder. Selepas itu Sneijder sekali lagi menjaring melalui sepakan sudut Arjen Robben, flick oleh Dirl Kuyt sebelum tandukan pantas oleh Sneijder.

Masalah utama Brazil ialah mereka mengubah formula kemenangan. Dari formasi 4-2-3-1 yg memberi kemenangan dlm perlawanan kumpulan & pusingan kedua, Dunga mengubah kpd 4-4-2 akibat Elano yg tidak dpt diturunkan. Akhirnya, Belanda yg tidak mengubah formula kemenangan dgn formasi 4-2-3-1 mudah mendominasi keseluruhan penguasaan bola baik di bahagian pertahanan mahupun midfield.

Luis Suarez jelas sudah berfungsi sebagai penjaga gol Uruguay utk menghalang serangan Ghana.

Terbukti perjudian Luis Suarez dgn membuat aksi 'Hand of God' dlm masa kecederaan masa tambahan membuahkan hasil apabila sepakan penalti yg diambil oleh Asamoah Gyan terkena palang. Walaupun dilayangkan kad merah & terlepas aksi separuh akhir bertemu Belanda namun Suarez ternyata berpuas hati kerana pengorbanan beliau berbaloi.

Akibat dari kegagalan Gyan menyempurnakan penalti pemenang terpaksa ditentukan melalui tendangan penalti & Uruguay ternyata mempunyai pengalaman menghadapi situasi genting spt itu utk keluar sebagai pemenang dgn 4-2 ke atas Ghana 'The Black Star' utk mara ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1970.

Nampaknya Ghana & benua Afrika kempunan utk menyaksikan sebuah negara Afrika layak ke separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali. Kekecewaan jelas terbayang di wajah setiap pemain, pegawai & penyokong Ghana. Namun Gyan, pemain & individu yg paling kecewa terus mengatakan bahawa kekalahan itu akan memberi beliau semangat yg lebih membara dlm kejohanan akan datang. Syabas Gyan.

Prof: Kita telah menyaksikan byk negara yg bermain baik akan tetapi gagal layak akibat tewas sepakan penalti dlm beberapa edisi Piala Dunia sebelum ini.

Jumaat, 2 Julai 2010

FIFA WORLD CUP 2010 - BEBERAPA KEMUNGKINAN


Mulai hari ini 2 Julai 2010, bermulalah pusingan suku akhir Piala Dunia 2010 Afrika selatan. Brazil lwn Belanda, Uruguay lwn Ghana, Jerman lwn Argentina & Paraguay lwn Sepanyol. Melalui jadual yg telah diatur oleh pihak penganjur, maka dapatlah kita jangkakan beberapa kemungkinan akan berlaku selepas ini. Antaranya ialah;

1. Ghana akan menjadi negara Afrika pertama layak ke separuh akhir. Sebelum ini Cameroon terkandas pd suku akhir (1990) & Senegal juga tersingkir dlm pusingan yg sama pd 2002.

2. Mungkin ada juara baru. Negara2 yg belum pernah menjadi juara ialah Ghana, Belanda, Sepanyol & Paraguay.

3. Pertemuan antara Brazil & Argentina dlm final adalah dianggap 'The Dream Final' kerana kedua buah negara tersebut belum pernah bertemu dlm final Piala Dunia.

4. Satu lagi 'The Dream Final' adalah antara dua buah negara yg belum pernah menjuarai Piala Dunia (Belanda, Ghana, Sepanyol atau Paraguay).

5. Diego Armando Maradona akan mengikut jejak langkah Franz Beckenbauer membawa negara masing2 menjadi juara sebagai ketua pasukan & pengurus pasukan. Franz 'The Kaiser' Beckenbauer melakukannya pd 1974 (ketua pasukan) dan 1990 (Pengurus). Maradona pula menjadi ketua pasukan Argentina yg menjadi juara pd 1986.

Prof: Berbagai kemungkinan boleh berlaku dlm bola sepak. Bak kata pepatah ' bola itu bulat'.

PERANCIS & NIGERIA MUNGKIN DIGANTUNG?

France Football Federation (FFF) dan Nigeria Football Federation (NFF) akan menghadapi nasib serupa akibat dari apa yg difahami oleh FIFA 'campur tangan kerajaan dlm urusan persatuan bola sepak kebangsaan', sesuatu yg sangat tidak digemari oleh FIFA dan banyak negara telah menghadapi masalah ini.

FIFA telah melancarkan siasatan rapi akibat dari apa yg berlaku di Perancis dan Nigeria. Di Perancis, Presiden FFF, Jean Pierre-Escalettes dan pengurus pasukan Piala Dunia 2010, Raymond Domenech, telah dipanggil memberi keterangan kpd Jawatankuasa Khas parlimen Perancis.

Sementara Nigeria mengalami perkembangan lebih drastik. Presiden negara itu, Goodluck Jonathan telah mengeluarkan satu perintah melarang skuad kebangsaan dari menyertai apa jua kejohanan2 antarabangsa hingga tahun 2012 & mengarahkan juga mengaudit akaun semua jawatankuasa pasukan kebangsaan, akibat dari persembahan buruk negara yg paling ramai penduduk di benua Afrika itu.

Dgn kedua2 perkembangan itu, FIFA telah memberi amaran keras supaya dihentikan campur tangan pihak eksekutif terhadap kedua2 persatuan kebangsaan tersebut. Wakil kedua2 buah negara pula telah memberi maklum-balas dan laporan terpeinci kpd FIFA berkenaan perkembangan mengenai perkasa yg telah berlaku.

Memang FIFA amat tegas dlm hal ini. Sejak dari awal lagi FIFA yg bertanggungjawab kpd perkembangan & kemajuan sukan bola sepak di setiap negara ahli dan mempunyai sebab yg cukup jelas utk berpendirian demikian demi menjaga keharmonian & struktur oragnisasi persatuan2 kebangsaan di seluruh dunia.

Jika terdpt sedikit masalah & pihak eksekutif campur tangan maka semua urusan akan menjadi tidak menentu. Dan jika dlm masa setahun terdpt lima masalah sedemikian maka masa FIFA hanya dihabiskan utk menyelesaikan pertelingkahan antara persatuan2 kebangsaan & pihak eksekutif. Maka masa yg diperuntukkan utk pembangunan bola sepak akan terhad, natijahnya kita semua dpt menjangka. Sukan bola sepak tidak akan maju & diminati oleh seluruh dunia seperti sekarang. Byk contoh sudah kita lihat kpd sukan2 yg lain. Pertelingkahan yg berlaku membuatkan peminat bosan & berubah kpd sukan yg lain pula.

Prof: Bola sepak sudah menjadi sukan no 1 di dunia, maka kekalahan dlm Piala Dunia kpd sesetengah negara merupakan memalukan & mencalar maruah negara berkenaan.

Khamis, 1 Julai 2010

SEJARAH BERULANG, DENDAM BERBALAS - INILAH UNIKNYA BOLASEPAK

FIFA PIALA DUNIA 2010
27 Jun 2010 - Free State Stadium, Bloemfontien, Afrika Selatan.
Germany 4 - England 1 (Pusingan Kedua)
Gol jaringan Frank Lampard tidak dikira oleh pengadil dari Uruguay, Jorge Lavrionda. Pada ketika itu Jerman sedang mendahului dgn jaringan 2-1 & jika dikira jaringan tersebut maka kedudukan menjadi 2-2 di akhir separuh masa pertama ini.

FIFA PIALA DUNIA 1966
30 Julai 1966, Stadium Wembley, London, England
England 4 - Jerman Barat 2 (Final)
Kedudukan sepenuh masa terikat 2-2 & membawa ke tambahan masa. Dlm masa tambahan pemain penyerang England Geoff Hurst telah menjaringkan gol kontroversi tersebut. Pengadil dari Switzerland telah merujuk situasi itu kpd penjaga garisan dari Soviet Union & membenarkan jaringan walau dibantah oleh pemain2 Jerman Barat terutama penjaga golnya Hans Tilkowski.

APAKAH KESIMPULANNYA?
Presiden FIFA, Sepp Blatter, telah memohon maaf atas kejadian ini (termasuk gol Carlos Tevez yg dlm kedudukan offside tatkala Argentina menewaskan Mexico 3-1) dan beliau berjanji akan mempertimbang menggunakan 'goalline technology', apa yg beliau bantah kira2 tiga bulan lalu.

Memang jika menilai dari situasi2 yg melibat keputusan yg tidak tepat oleh pengadil, kita akan mendapati keputusan itu tidak adil kpd sesebuah pasukan. Tetapi itu adalah kesilapan manusia biasa & kesilapan mereka itu juga mempunyai sebab2 tersendiri jika dihalusi apatah lagi dlm undang2 permainan bola sepak keputusan pengadil adalah muktamad.

Blatter suatu ketika dulu pernah mengatakan bahawa "Biarlah sukan bola sepak ini sukan yg terakhir di muka bumi ini menggunakan khidmat manusia". Bagi beliau & sebahagian besar pentadbir bola sepak di dunia ini termasuk saya sendiri amat bersetuju dgn perkara itu. Jika bola sepak telah dikawal oleh teknologi atau mesin dlm membuat keputusan maka aspek keindahan dan menghibur dlm bola sepak akan lenyap dari hidup kita. Samalah juga situasinya apabila kita bermain 'computer game'.

Jika kita melihat dari sudut pemain & penyokong England memanglah menyedihkan & bersimpati ke atas mereka. Persoalannya, bagaimanakah perasaan pemain2 & penyokong Jerman Barat dlm tahun 1966 hingga kini? Mereka lebih lama menanggung kepedihan dan baru dlm tahun 2010 perasaan itu sembuh kembali dgn pembatalan gol Frank Lampard itu. Inilah yg dimaksudkan aspek drama & intrig dlm bola sepak yg tiada dlm sukan2 yang lain.

Sekali lagi saya menyatakan bahawa saya tidak menyokong goalline technology, apa yg perlu adalah pertingkatkan tahap kecergasan & professional para pengadil & pembantu2nya. Mungkin FIFA boleh memberi tugasan mengadili kejohanan2 besar kpd para pengadil professional bukan pengadil separuh masa seperti sekarang.

Prof: Sudah lama bersimpati dgn para pemain & penyokong Jerman atas ketewasan mereka dlm final 1966 akibat dari gol Geoff Hurst itu. Kini perasaan kecewa itu pasti terubat.