Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010M

Semoga Bolasepak Brunei DS Kembali Bersinar!

Antara peristiwa yg berlaku pada tahun 2009;

- DPMM FC menyertai Liga S dan dibatalkan penyertaan di hujung musim oleh FAS.

- DPMM FC menjuarai Piala Liga (salah satu kejohanan dlm Liga S).

- Penyertaan BAFA di dalam badan induk bola sepak dunia FIFA digantung sehingga suatu masa.

- FFBD menganjurkan beberapa kejohanan tempatan (Liga Perdana I & II dan Liga Bawah 14 & 16 Tahun).

- Penubuhan VFA (Veteran Football Association).

- Brunei DS mengekalkan kejuaraan Borneo Football Cup 2009 di Kota Kinabalu, Sabah.

- Brunei menjadi tuan rumah Sukan Borneo (tetapi tidak mempertandingkan acara bola sepak).

Persoalan & kemungkinan2 utk tahun 2010;

- Apakah BAFA akan dihidupkan semula?

- Apakah FIFA masih kekal mengiktiraf BAFA atau 'berpaling' kpd FFBD?

- Siapakah yg bakal menerajui kepimpinan bola sepak Brunei?

- Dapatkah kita melihat satu program jangka panjang pembangunan bola sepak Brunei? Atau kita terus 'kempunan' spt tahun2 sebelumnya?

Prof: Segala persoalan & kemungkinan di atas akan terjawab jua nanti. Hanya masa yg menentukan. Tetapi saya terus berdoa agar bola sepak Brunei akan berada pd landasan sebenar akhirnya.

Rabu, 30 Disember 2009

KEJOHANAN VETERAN DI SABAH


Hungap Veteran menerima piala kejuaraan daripada tetamu kehormat.


Dif2 kehormat & tetamu jemputan sedang menyaksikan perlawanan akhir.







PIALA MENGALLONG 2009


Pasukan himpunan bekas pemain2 negeri Sabah iaitu Hungap Veteran & Luyang Veteran telah bertemu dlm perlawanan akhir merebut Piala Mengallong 2009 pd hari Ahad lalu bertempat di Komplek Sukan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Hungap Veteran muncul juara dgn sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan sepenuh masa terikat 2-2.

Hungap Veteran membawa pulang piala rebutan & wang tunai RM2,500 dan Luyang Veteran pula berpuas hati utk menerima wang tunai RM1,500. Hungap Veteran dibarisi oleh Gerald Mojiliu, Shashi Panikar, Paddy Edwin, Adelaide Cornelius, Herman Limus, Ahman Omar Khan & Florian Hiew. Sementara Luyang Veteran pula berbangga memiliki bekas pemain kebangsaan Malaysia Suharmin Yusof, Yap Wai Loon, Harun Laban, Bobby Chua & Musa Hendrik.

Kejohanan itu disertai oleh 23 buah pasukan dari sekitar daerah2 Pantai Barat Sabah dan dibahagikan kpd 4 kumpulan. Hadiah2 telah disampaikan oleh YB Donald Mojuntin, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah dan turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Mahmood Kalong. Manakala sepak mula perlawanan akhir itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Prof: Terima kasih sekali lagi kpd sahabat baik saya di KK, Rainold J. Mokujin yg telah sudi mengirimkan berita di atas. Semoga perkembangan & aktiviti bola sepak di Sabah akan terus maju jaya.

Ahad, 27 Disember 2009

Dulu Abel Xavier, kini FAISAL XAVIER


Inilah wajah2 penuh warna-warni Faisal Xavier sewaktu menjadi pemain bola sepak professional di beberapa negara Eropah.

Bekas pemain antarabangsa Portugal, Abel Xavier, 37 tahun, telah memeluk agama Islam, mengumumkan persaraannya dari bola sepak dan menumpukan kepada kerja2 kemanusiaan & kebajikan. Beliau kini dikenali sebagai Faisal Xavier telah mengumumkan berita tersebut dlm satu sidang media di Stadium Ras Al Khaiman, UAE, sebelum bermulanya salah satu perlawanan liga tempatan awal minggu ini.

Pemain yg terkenal dgn fesyen rambut 'mohican' & diwarna kuning emas itu telah bermain dlm banyak liga Eropah & pernah beraksi bersama Liverpool, Everton & Middleborough dlm Liga Perdana/EPL. Kelab terakhirnya adalah LA Galaxy (2008) beraksi bersama David Beckham & London Donovan. Bagaimanapun, Xavier tidak mendpt kelab utk disertai musim ini.

"It's an emotional goodbye and I hope to participate in something very satisfying in a new stage of my life.

"In moments of grief, I have found comfort in Islam. Slowly, I learned a religion that professes, equality, freedom and hope. That are foundations with which I identify." demikian kenyataan oleh Faisal Xavier yg dipetik dari beberapa sumber berita antarabangsa.

Sebagai rekod, kancah bola sepak professional kini telah memiliki ramai pemain2 handalan yg beragama Islam, sama ada yg menjadi saudara baru ataupun yg memang lahir sebagai penganut Islam. Antaranya ialah Nikolas Anelka & Frank Ribery (menjadi saudara baru), Zanadine Zidane, Yaya & Kalou Toure dan Mohamad Sisoko (sekadar menyebut sebahagian kecil pemain yg beragama Islam).

Perkembangan ini terjadi oleh beberapa sebab. Pertama; anak2 penghijrah dari negara-negara Afrika Utara yg bermastautin di beberapa negara Eropah spt Perancis, Belanda, Itali, Jerman & Sepanyol. Kedua; peningkatan pemain2 import dari negara2 Afrika spt Nigeria, Liberia, Ivory Coast, Cameroon, Mali, Senegal, Ghana & Togo. Ketiga; bertambahnya saudara2 baru di kalangan pemain2 professional. Keempat; peningkatan taraf permain negara2 Islam Eropah spt Turki, Bosnia & Herzegovina.

Antara liga yg terdpt ramai pemain2 beragama Islam ialah Ligue 1 (Perancis), LA Liga (Sepanyol), EPL (Engand), Bundesliga (Jerman), Ere Divisi (Belanda) & Serie A (Itali). Kita ucapkan syabas kpd pemain profesional terutama yg bertaraf bintang kerana telah memberikan satu latar positif kpd agama Islam di mata masyarakat Kristian Eropah yg selama ini mempunyai pandangan negatif terhadap agama Islam. Mereka adalah pahlawan zaman moden penyambung kerja2 yg dilakukan oleh pahlawan2 zaman silam spt Sallahuddin Al-Ayubbi & Tariq Ibn Ziad.

Prof: Insya-Allah utk posting2 yg mendtg saya akan menyingkap beberapa pemain bola sepak professional yg bertaburan di serata Eropah utk tatapan pembaca blog ini.

Jumaat, 25 Disember 2009

2009 - TAHUN DUKA NESTAPA BOLA SEPAK BRUNEI

Tahun 2009 akan melabuh tirainya beberapa hari lagi dan 2010 menjengah dgn pelbagai gegak-gempita aktiviti bola sepak antarabangsa. Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan & Suzuki Cup (Kejohanan Negara2 Asean) adalah aktiviti utama tahun depan, namun sungguh malang bagi bola sepak Brunei DS terpaksa melupakan terus penyertaan di peringkat antarabangsa gara2 digantung keahlian BAFA oleh badan induk FIFA.

Genap 10 tahun (sejak 1999 menjuarai Piala Malaysia) bola sepak Brunei mengalami peristiwa pahit & menyayat hati. Jika diibarat manusia, bola sepak kitani mati, dikafankan dan terus disemadikan. Di mana nesannya? Entah. Kita sendiri meletakkan di mana tempat yg paling sesuai. Sesungguhnya peristiwa pahit ini terpaksa kita terima dgn hati yg terbuka & dgn penuh rasa keinsafan. Perkembangan yg melanda ini sebenarnya satu rahmat kpd mereka yg mengambilnya secara positif.

Bak kata pepatah, 'bumi mana yg tidak ditimpa hujan'. Begitulah juga perkembangan bola sepak Brunei DS. Saya tidak mahu membuat ulasan mengenai perundangan & peraturan yg 'membelit' semua pihak perihal penggantungan itu. Apa yg ingin saya kemukakan di sini ialah bagaimana sikap kita. Apakah tindak-balas kita menangani perkara ini. Bertanggungjawabkah kita atas apa yg telah berlaku. Sudikah kita mengambil inisiatif utk berkorban berhabis wang ringgit, penat lelah, tenaga, keringat, air mata dan kepintaran melontar buah fikiran utk memajukan kembali & seterusnya mengangkat martabat bola sepak Brunei DS.

Sekarang bukanlah masa utk menuding jari menyalah sesiapa. Sekarang adalah masa utk kita berganding bahu, menyingsing lengan & melakukan tindakan. Sekarang adalah masa utk bekerja. Berikanlah apa saja sumbangan termampu kita utk membangun kembali bola sepak kita yg telah hancur lebur ini. Menukil kata2 negarawan Indoensia, Sukarno, 'beri saya 10 org pemuda yg sanggup mati bejuang utk tanahair, akan ku goncang dunia'.

Terlalu banyak yg perlu dikerjakan. Ianya bukan kerja seorg diri atau bebanan utk sekelompok manusia sahaja, akan tetapi ianya adalah pekerjaan semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak dlm sukan no wahid di dunia ini. Pihak berwajib yg menyediakan pra sarana, bantuan kewangan & pemudah cara; badan induk kebangsaan (tidak kira apakah namanya nanti); aktivis bola sepak di serata pelosok negara (dari peringkat sekolah hinggalah pemilik2 kelab); para pengurus & jurulatih; tenaga sokongan (pengadil & pekerja am); bekas pemain2 kebangsaan; para penaja & siapa saja yg ikhlas utk membantu, marilah kita besatu tenaga, buangkan jauh2 prasangka negatif & perbezaan pendapat yg mungkin ada. Kita bangun kembali bola sepak kita sebagaimana negara Jepun membangun kota Hiroshima & Nagasaki selepas hancur luluh oleh ledakan bom atom dlm Perang Dunia ke II.

Jika adalah insan2 yg hanya duduk meminggirkan diri tanpa mahu berbuat apa2 sedangkan mereka sebelum ini bersorak-sorai mendapat manfaat dari bola sepak Brunei DS, bagi saya mereka ini adalah seorang yg bacul, hipokrit & tidak mengenang budi. Orang2 spt ini tidak perlu ada, jika ada akan merosakkan segala2. Mereka2 spt inilah yg diibaratkan 'gunting dlm lipatan', 'sokong membawa rebah'. Sebenarnya pengalaman merekalah yg paling berguna & berharga utk membangun bola sepak kita. Jika mereka sendiri meminggir diri kerana tidak bersetuju dgn kepimpinan baru atau ada perasaan dendam, maka malapetaka akan menimpa.

Satu perkara lagi yg perlu saya ingatkan ialah jangan sekali2 terjadinya kelompok2 tertentu spt yg berlaku saat ini. Apa yg saya perhatikan sekarang ini ialah senario bola sepak kita terbahagi kpd dua kelompok (dan satu kelompok kecil yg berkecuali). Jika ianya berterusan & terjadi juga maka berani saya jangkakan, bola sepak Brunei tidak akan ke mana. Spt yg saya katakan tadi, kerja ini bukan kerja seorang atau sekelompok manusia, ianya milik semua. (Mungkin saya akan mengulas mengenai perkara ini dlm posting akan datang).

Kesepaduan & kesepakatan amat perlu dlm kita mencapai sesuatu maksud. Terlalu banyak yg perlu dibuat oleh badan induk yg baru (tidak kira apakah namanya). Kesilapan masa lalu jgn diulangi. Itu sebenarnya rahmat. Dlm erti kata lain, ianya spt buku rujukan. Apapun terpulanglah kpd insan2 yg diberi tanggungjawab utk menerajuinya nanti sama ada ingin memasyarakatkan pentadbiran & pengurusan atau ingin meminggirkan diri (menjadi terlalu ekslusif) sehingga tidak terjangkau oleh masyarakat banyak. Akhirnya kembali spt senario sebelum ini. Sekian dulu utk kali ini.

Apa yg pasti saya akan tetap membuat teguran & saranan dari masa ke semasa tanpa rasa gentar kpd sesiapa. Itu tanggungjawab saya walau di mana berada. Selamat Berjuang!!!

Prof: Dgr khabar DPMM FC sudah mula berlatih, benarkah? Kalau begitu mungkin akan ada berita baik dlm masa terdekat ini. Doaku sentiasa utk mu.

Selasa, 22 Disember 2009

MESSI, FIFA WORLD PLAYER OF THE YEAR 2009


Lionel Messi menerima anugerah FIFA World Player of the Year 2009 drp Sepp Blatter.

Lionel Messi melengkapkan tahun 2009 dgn gemilang apabila memenangi FIFA World Player of the Year 2009 menewaskan pemenang tahun lalu Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid) dan Kaka (Brazil/Real Madrid). Sebelum ini Messi telah dipilih oleh utk memenangi anugerah Ballon d'Or bagi pemain terbaik Eropah oleh majalah bola sepak Perancis.

Untuk tahun ini sahaja Messi, 22 tahun, telah memenangi semua kejuaraan iaitu LA Liga, King Cup, Champions League & World Club Cup Sabtu lalu. Dan jika pemain midfield dari Argentina itu berjaya membantu negaranya menjuarai Piala Dunia tahun 2010 di Afrika Selatan bermakna lengkaplah trofi kejayaan bagi seorang pemain bola sepak dlm usia yg cukup muda. Sementara itu pemain Brazil, Marta telah memenangi anugerah bagi kategori wanita.

Prof: Messi bermula secara serius bermain bola sepak dlm usia 11 tahun & dlm masa 11 tahun selepas itu beliau telah mencapai pelbagai kejayaan. Sudah tentu ianya dtg dari projek pembangunan. Pembangunan kita bagaimana?

Jumaat, 18 Disember 2009

SETELAH 20 TAHUN, AKHIRNYA MALAYSIA GAPAI EMAS SUKAN SEA


Skuad Malaysia yg memenangi pingat emas Sukan Sea 1989 bersama jurulatih ketika itu, Trevor Hartley (berdiri, kanan sekali) & dibantu oleh Ahmad Shafie (duduk kiri sekali).


Para pemain Malaysia mengibar Jalur Gemilang sebaik sahaja memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 di Vientiane, Laos.


Sebaik wisel penamat ditiupkan, pemain2 Malaysia berpelukan sesama sendiri meraikan kejayaan mereka.


Pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop menekup muka tanda kesal tertampan bola ke gawang sendiri sambil pemain2 Malaysia meraikan gol tersebut.


Pemain2 bola sepak skuad wanita Vietnam bergembira menewaskan Thailand dlm penentuan sepakan penalti.

Itulah bola sepak. Cukup unik, penuh dramatik & diluar jangkaan. Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia melangkah ke Sukan Sea ke 25 di Laos dgn tidak diberikan harapan langsung oleh bukan sahaja para pengkritik malah peminat mereka sendiri. Namun malam tadi di Stadium Utama, Vientiane, Laos, Malaysia membuktikan bahawa mereka juga setanding jaguh2 Asia Tenggara yg lain apabila menewaskan Vietnam 1-0 dlm perlawanan akhir acara bola sepak.

Anak buah K. Rajagopal itu juga membuktikan bahawa iltizam, kerja keras & semangat berpasukan yg padu mampu membuahkan hasil. Malaysia kali terakhir memenangi pingat emas Sukan Sea ialah pd temasya 1989 ketika berlangsung di Kuala Lumpur. Kali terakhir Malaysia menang emas di gelangang luar ialah pd 1979 (30 tahun lalu) ketika kota Jakarta, Indonesia menjadi hos.

Permainan separuh masa pertama memperlihatkan corak yg membenarkan skrip ciptaan para pemerhati apabila Vietnam menguasainya. Pd ketika itu Malaysia hanya bertahan sebagaimana corak mereka bertemu Thailand. Akan tetapi rentak permainan mereka terus berubah sebaik shj wisel separuh masa kedua bermula. Malaysia mula menyerang dari segenap sudut & mereka seolah2 pasukan favorit.

Beberapa peluang terbuka terhidang gagal disempurnakan oleh penyerang2 Malaysia. Tiada siapa menjangka rembatan Shafiq Rahim di luar kotak penalti tertampan pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop, terus menerjah jaring sendiri di minit ke 84. Selepas itu barulah Vietnam bersungguh2 utk mencari gol penyamaan, sudah terlambat walaupun tambahan masa 6 minit diberi oleh pengadil. Kemenangan selesa 3-1 dlm perlawanan peringkat kumpulan sesungguhnya bukan tiket bagi Vietnam utk menang kali ini.

Sementara itu, Vietnam bagaimanapun berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak wanita apabila menumpaskan musuh tradisi Thailand melalui sepakan penalti setelah perlawanan berakhir 0-0 selama 120 minit permainan dlm perlawanan yg berlangsung kelmarin di stadium yg sama.

Pemenang2 Pingat Emas Sukan SEAP & Sukan SEA
Sukan SEAP

1959 - Vietnam Selatan
1961 - Malaya
1963 - Tidak dipertandingkan
1965 - Burma & Thailand
1967 - Burma
1969 - Burma
1971 - Burma
1973 - Burma
1975 - Thailand

Sukan SEA
1977 - Malaysia
1979 - Malaysia
1981 - Thailand
1983 - Thailand
1985 - Thailand
1987 - Indonesia
1989 - Malaysia
1991 - Indonesia
1993 - Thailand
1995 - Thailand
1997 - Thailand
1999 - Thailand
2001 - Thailand
2003 - Thailand
2005 - Thailand
2007 - Thaialand
2009 - Malaysia

Prof: Kita lihat perkembangan seterusnya apakah formula FAM tidak membenarkan pemain import beraksi akan terbukti benar. Pencapaian Malaysia dlm kejohanan2 antarabangsa yg lain selepas ini akan memberi kita jawapannya.

Rabu, 16 Disember 2009

LOGO EURO 2012


Logo di atas adalah hasil ciptaan sebuah syarikat pengiklanan yg berpangkalan di Portugal, Brandia Central. Ianya berdasarkan konsep tradisi kemahiran tangan 'paper cutting' rakyat/penduduk pedalaman Poland & Ukraine. Dua kelopak bunga mewakili kedua2 buah negara tuan rumah; merah & putih utk Poland dan kuning & biru utk Ukraine.

Cogankatanya pula ialah 'Creating History Together'. Warna2 yg digunakan ialah woodland green, sun yellow, aqua blue, sky blue & blackberry purple.


Logo Euro 2012 kelihatan berdiri megah sebaik sahaja dirasmikan oleh Presiden UEFA, Michel Platini.


Ini pula peta negara Poland & Ukraine serta bandar2 yg menjadi venue perlawanan2 EURO 2012 nanti. Poland - Warsaw, Gdnask, Poznan & Wroclaw; Ukraine - Kiev, Kharkiv, Donetsk & Myivo.

Prof: Kaki bola & peminat fanatik sudah merancang perjalanan masing2 ke kedua2 buang negara tersebut. Sekali lagi mereka akan berpesta bukan shj di stadium malah di pub2, kelab2 & taman2 awam. Sangat menarik melihat telatah & gelagat mereka.

Selasa, 15 Disember 2009

MALAYSIA-VIETNAM TENTUKAN PINGAT EMAS


Pemain2 Malaysia meraikan kejayaan mereka menumpaskan Laos 3-1 dlm perlawanan separuh akhir Sukan Sea 2009.

Abd Manaf Mamat dikerumuni oleh pemain2 Laos dlm separuh akhir mlm tadi.


Badrol Bakhtiar (23) menerima ucapan tahniah drp rakan2 sebaik menjaringkan gol utk M'sia.


Para penyokong Vietnam terus menyerbu ke dlm padang sebaik pasukan mereka menumpaskan Singapura 4-1.

Malaysia dan Vietnam menempah tiket utk bertembung sekali lagi dlm perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2009 di Vientine, Laos. Kedua2 pasukan menewaskan lawan masing2 di separuh akhir, Vietnam lebih awal mencatat kemenangan apabila menjinakkan Singapura dgn jaringan agak besar 4-1. Manakala Malaysia pula mampu mengekang sokongan padu penonton tuan rumah dgn kemenangan 3-1 ke atas Laos.

Kedua2 pasukan yg bertemu pd perlawanan peringkat kumpulan dgn kemenangan memihak kpd Vietnam 3-1 apabila Malaysia terpaksa bermain 10 org apabila ketua pasukan Mohd Zaquan Adzha dilayangkan kad merah. Perlawanan tersebut menjadi tegang apabila pemain2 Malaysia telah menyerang pengadil kerana memeprtikai beberapa keputusannya yg bagi mereka begitu memihak kpd Vietnam.

Kini perlawanan akhir adalah pentas terbaik utk kedua2 pasukan membuktikan siapakan bakal ditabal menjadi 'Raja Asia Tenggara'. Bagi Malaysia inilah peluang terbaik utk mengembalikan sokongan para peminat yg selama ini tidak memberikan harapan kpd mereka. Sementara di pihak Vietnam pula, kalungan pingat emas Sukan Sea adalah sesuatu yg belum pernah mereka capai dan sudah pasti mereka ingin melenkapkan episod gembira dgn kilauan emas.

Prof: Walaupun ditakdirkan M'sia menang, saya masih tidak bersetuju dgn langkah FAM menyekat penyertaan pemain import dlm Liga Super. Bagi saya rekod baik di Sukan Sea hanya permulaan kecil kpd langkah besar di masa depan. Masih byk yg perlu dilakukan oleh FAM utk memartabatkan semula mutu bola sepak di M'sia.

Ahad, 13 Disember 2009

KARNIVAL BOLASEPAK FFBD


Sebahagian dari pasukan yg bertanding sdg berkumpul utk acara perkenalan.


Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak selaku wakil FFBD sedang diperkenalkan kpd pengurus2 pasukan.


Hj Mohd Rosanan sdg memberi cenderahati kpd wakil & pengurus2 pasukan.


Hj Mohd Yunus Hj Mohd Yussof, wakil FFBD turut membantu membahagi2kan cenderahati kpd pasukan2 yg bertanding.

Sempena cuti persekolahan penggal akhir FFBD telah menganjurkan Karnival Bolasepak di Komplek Sukan Menglait pd hari ini 13 Dec 2009 bermula pukul 8.45 pagi. Kejohanan terbahagi kpd dua kategori iaitu Bawah 13 Tahun dan Bawah 10 tahun. Beberapa pasukan telah mengambil bahagian.

Bawah 10 Tahun
Anggerik Putih
B-Boys United
Muara Vella FC
PIP
Perkasa

Bawah 13 Tahun
Kumpulan A

Hotsper United
Ultraboys
Muala Vella FC 'A'
Supernonia
Star Junior 'B'
Perkasa

Kumpulan B
XII Futsal Brothers
LK31 United
PIP
Star Junior 'A'
Muara Vella FC 'B'
Skim JBS-KB

Bagi Kategori B-10 empat pasukan teratas akan memasuki pusingan separuh akhir dan bagi Kategori B-13 pula, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan ke separuh akhir yg dimainkan secara menyilang. Pusingan separuh akhir & akhir akan berlangsung pd 20 Dec 2009 (Ahad) di tempat yg sama.

Prof: Begitu asyik melihat aksi & gelagat bakal bintang bola sepak negara di masa depan. Apa yg mereka inginkan ialah bermain bola sepak jadinya kita sebagai pentadfbir hendaklah membantu, menyokong & memupuk bakat mereka dgn ikhlas & jujur.

Jumaat, 11 Disember 2009

SUKAN SEA - AKHIRNYA THAILAND KECUNDANG


Ahmad Fakri Saarani sdg diraikan oleh rakannya sebaik menjaring gol kemenangan Malaysia pd minit ke 90.


Salah satu aksi menarik dlm perlawanan antara Malaysia (biru) & Thailand (kuning).


Penjaring gol pertama Malaysia, Nasriq Baharom.


Skuad negara tuan rumah Laos akan bertemu Malaysia dlm separuh akhir nanti.

Akhirnya 'raja bola sepak Asia Tenggara' Thailand terpaksa melepaskan 'gelaran' itu apabila tewas mengejut 1-2 kpd Malaysia dlm perlawanan terakhir Kumpulan A Sukan Sea 2009 Viantine, Laos. Thailand yg memenangi pingat emas sejak edisi 1993 terpaksa akur & pulang lebih awal kerana gagal layak ke pusingan separuh akhir. Vietnam (10 mata) & Malaysia (9 mata) layak ke separuh akhir utk kumpulan tersebut. Sementara tuan rumah Laos & Singapura yg sama2 memunggut 5 mata layak bagi Kumpulan B.

Thailand yg dilatih oleh bekas jurulatih Perak, Steve Darby, mengawal sebahagian besar permainan dan menjaringkan gol di awal separuh masa kedua (minit 52) menerusi Arthit Sunthornphit. Bagaimanapun segalanya berubah dlm sekelip mata apabila pd minit 81 Nasriq Baharom menyamakan kedudukan bagi Malaysia & selepas itu di minit2 akhir (90) giliran Akmal Fakri Saarani pula menghukum Thailand utk kemenangan tipis 2-1.

Dgn itu Laos akan bertemu Malaysia dan Vietnam pula akan menghadapi Singapura dlm perlawanan separuh akhir nanti. Bagi Malaysia inilah peluang terbaik mereka menebus segala cemuhan yg dilemparkan kpd mereka selama ini. Bagaimana pun Laos yg dihadapi nanti bukanlah lawan yg mudah kerana mereka bermain di hadapan penyokong sendiri.

Kumpulan A
Vietnam - 10
Malaysia - 9
Thailand - 7
Kemboja - 3
Timor Leste - 0

Kumpulan B
Laos - 5
Singapura - 5
Myanmar - 3
Indonesia - 1

Prof: Amat menarik perkembangan ini. Selama 7 kali Sukan Sea berlangsung (sejak 1993) Thailand tidak lepas dari mengungguli pingat emas, tetapi kini Thailand pulang tanpa kilauan apa2 pingat.

Khamis, 10 Disember 2009

PSC UNDANG VFA UTK PENANG OPEN 2010


Skuad Juara Kategori Masters 9th PSC International Soccer 7's Tournament 2008
Berdiri; Kula Mohamad, Hon Ah Yan, Lim Sun Hui, Josni Nyambong, Metussin Sumpong & Liew Chuan Fue.
Duduk; Jamhari Lani, Roslan Yussof, Ali Hj Ismail & Kasmi Hj Abd Hamid.

Skuad 2009 terkandas di suku akhir.

Penang Sport Club (PSC) sekali lagi mengundang VFA utk menyertai 11th PSC International Soccer 7's Tournament 2010 yg akan berlangsung pd 6 & 7 Mac 2010. Kejohanan tahunan yg masuk tahun ke 11 itu menghimpunkan pasukan2 veteran dari seluruh Asia termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Maldives, Singapura, Indonesia, Filipina dan Australia.

VFA kini dlm persiapan awal memilih pemain2 yg bakal membawa cabaran negara di kejohanan berprestij itu. Kali ini VFA cuba utk merampas kembali kejuaraan yg terlepas dari genggaman tahun ini apabila terkandas di pusingan suku akhir. Pasukan VFA muncul juara dlm kemunculan pertama pd tahun 2008 lalu.

Prof: Kejohanan di Pulau Pinang sangat menyeronokan kerana ianya menemukan ramai pemain2 veteran terutama bekas pemain2 kebangsaan dari negara2 Asia. Insya-Allah tahun depan VFA akan memperbaiki pencapaian mereka.

Rabu, 9 Disember 2009

TEMURAMAH OLEH FIFA.COM BERSAMA LIONEL MESSI


Name Penuh: Lionel Andres Messi
Tarikh Lahir: 24 Jun 1987
Tempat Lahir: Rosario, Argentina
Kelab: Newell's Old Boy (1995-2000) & Barcelona (2000-2005/akademi), 2005-2009/senior)

Temuramah ini dialih bahasa secara bebas dari fifa.com.


Soalan: Lionel, kita sudah mengetahui undian Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Bolehkah Argentina menjuarainya?

Messi: Kita kena ambil langkah demi langkah, bertenang dan fokus dari satu perlawanan ke perlawanan yg seterusnya. Kami mesti memenangi perlawanan pertama dahulu, kemudian baru berfikir utk menjuarainya.

Soalan: Argentina mengalami kesukaran di peringkat kelayakan, apa pandangan anda tentang pasukan pd waktu ini?

Messi: Kami baru memulakan fasa baru dlm pasukan kebangsaan. Sekarang pusingan kelayakan sudah berakhir & kami agak rilek sedikit tetapi saya pasti akan berlaku perubahan besar dari segi cara kami bermain. Kami mempunyai byk masa sebelum Piala Dunia & berpeluang utk berkerja lebih gigih & memperbaiki kelemahan, dan saya fikir kami akan mengalami perubahan.

Soalan: Anda bermain menentang pendahulu Ranking FIFA/Cola-Cola iaitu Sepanyol beberapa minggu lalu. Apa yg anda dpt pelajari daripadanya?

Messi: Itu adalah perlawanan yg baik. Sepanyol bermain dgn baik dlm separuh masa tetapi kami memperbaikinya dlm separuh masa kedua & mempunyai beberapa peluang utk menang. Ianya merupakan perlawanan ujian yg terbaik bagi kedua pasukan. Sepanyol bermain hampir sama dgn Barcelona. Mereka memiliki beberapa pemain hebat & tidak dinafikan mereka bermain bola sepak dgn menarik & cantik.

Soalan: Adakah Sepanyol salah sebuah pasukan favorit di Afrika Selatan nanti?

Messi: Bagi pendapat saya Sepanyol adalah pasukan terbaik di dunia saat ini. Mereka bermain dgn baik, mencatat keputusan memberangsangkan & tiada pasukan seteguh mereka. Mereka juga begitu yakin nampaknya & ini merupakan satu kemestian kpd sesebuah pasukan utk menghadapi kejohanan besar spt Piala Dunia.

Soalan: Kita beralih kpd Barcelona, anda menghadapi FIFA Club World Cup di Abu Dhabi, kejohanan yg juga penting. Adakah anda teruja utk menjuarainya sebelum berakhir 2009 ini?

Messi: Kejohanan itu adalah satu2nya yg belum dimiliki oleh Barcelona & pemain2 nampaknya begitu teruja utk menjuarainya. Kami ingin mengakhiri tahun 2009 ini dgn mencipta sejarah. Secara peribadi, saya benar2 menantikan saat ini kerana ianya membantu memperbaiki permainan saya. Adalah bagus jika saya terus dlm landasan kemenangan bersama Barcelona & bermain di Piala Dunia pd musim panas nanti.

Soalan: Anda mengalami kecederaan dlm kejohanan 2006, adakah Barcelona akan berlajar sesuatu daripadanya?

Messi: Ya saya tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan sebelum bermula kejohanan dan saya terpaksa menyaksikannya melalui tv di Argentina. Apa yg dpt kami pelajari ialah supaya jgn terlalu yakin & ketahui corak permainan lawan dgn lebih mendalam. Sebelum ini kami mungkin menganggap pasukan2 lain berada satu tahap di bawah kami & ini adalah satu kesilapan besar & tidak boleh diulangi jika ingin menjadi juara.

Soalan: Adakah anda tahu mengenai lawan2 yg bakal dihadapi di Abu Dhabi nanti?

Messi: Secara jujurnya, tidak. Tetapi jika tiba masanya jurulatih pasti mengetahui apa yg perlu kami ketahui & lakukan. Sebagai seorang warga Argentina saya mengetahui keupayaan Estudiantes, mereka gemar bermain bola sepak yg menarik & turut memiliki beberapa pemain yg baik. Mereka juga gemar memberi tekanan dlm setiap keadaan & dgn kepimpinan Juan Sebastian Veron di midfield mereka pasti antara pencabar terkuat.

Soalan: Inilah kali pertama kejohanan dianjurkan oleh United Arab Emirates, adalah anda mengetahui mengenai bahagian dunia ini?

Messi: Tidak, namun ianya menarik minat saya. Juga agak menarik apabila ianya dimainkan buat pertama kalinya di luar Jepun sejak beberapa tahun. Lebih menarik lagi jika Barcelona menjuarainya & menjadi sejarah. Bagaimanapun, kami tidak dpt melihat byk tempat. Jadual kami hanyalah dari hotel ke stadium & kembali ke hotel. Tugas kami adalah bermain bola sepak & cuba menjuarainya.

Soalan: Ianya mungkin trofi pertama utk Musim 2009/2010 & seterusnya melakar sejarah?

Messi: Mudah2an, penting bagi kami utk terus memenangi apa saja trofi kejuaraan, mengekalkan tahap keyakinan diri & corak permainan kami. Bagi kami masih banyak lagi kejohanan yg perlu dihadapi, tidak mungkin utk menang di Abu Dhabi & melepaskan kejohanan2 yg lain. Spt yg saya katakan, ianya akan diberikan tumpuan dari satu perlawanan ke perlawanan yg lainnya. Itulah cara terbaik utk memenangi sesuatu kejuaraan.

Soalan: Barcelona sudah bermain sebahagian perlawanan yg menarik, adakah anda dlm pasukan terbaik?

Messi: Saya tidak pasti. Adalah bertuah tergolong dlm skuad yg menjuarai Champions League 2006, salah satu fasa hebat dlm sejarah kelab. Kami memiliki beberapa pemain terhebat dunia spt Ronaldinho, Deco & Samuel Eto'o. Saya rasa bertuah berada dlm skuad itu memandangkan pemain yg dimilikinya dgn apa yg telah dicapai oleh mereka. Begitu juga dgn skuad sekarang, sedua2nya telah memenangi pelbagai kejuaraan, saya tidak dpt memilih antara keduanya.

Soalan: Soalan terakhir, anda telah memenangi Ballon d'Or & FIFA Players of the Year akan diumum tidak berapa lama lagi, adakah anda akan memenanginya?

Messi: Saya harap begitulah. Ini adalah peluang kali ketiga utk saya memenanginya & diharap kali ketiga membawa tuah kepada saya.

TAMAT

Prof: Melakukan temuramah adalah tugasan rutin saya sewaktu bertugas di beberapa majalah & akhbar. Insya-Allah jika mempunyai masa2 terluang saya akan melakukannya sendiri utk pembaca2 blog ini. Kali ini sebagai permulaan saya hanya translate dari laman web fifa.com utk tatapan semua & penghargaan kpd Lionel Messi.

Selasa, 8 Disember 2009

PIALA DUNIA 2010 - RAMALAN SAYA


Jules Rimet Trophy1930 - 1970

- Dinamakan sebagai 'Jules Rimet Trophy' semepena nama Presiden FIFA Sir Jules Rimet yg berbangsa Perancis, siapa yg mencadangkan penganjuran Piala Dunia pd 1929.
- Direkabentuk oleh seniman Perancis bernama Abel Lafleur di Nice, Perancis.
- Diperbuat dari emas tulin, seberat 3.8 kg & dgn ketinggian 35 cm (14 inci).
- Pd 20 Mac 1966 (4 bulan sebelum Piala Dunia 1966 di England bermula) trofi tersebut telah dicuri sewaktu dipamer di Westminster Central Hall namun telah ditemui kembali 7 hari selepas itu tertanam di sebuah taman di Upperwood, South London oleh seekor anjing bernama 'Pickles'.
- Pd 19 Dis 1983 sekali lagi dicuri di ibu pejabat Brazil Footbal Confideration (CBF) di Rio de Janerio & tidak ditemui lagi selepas itu, dipercayai telah dilebur oleh pencuri tersebut. FIFA telah menggantikannya dgn yg baru (replika) dan diserahkan kpd Presiden Brazil pd 1984.


FIFA World Cup Trophy

- Diperbuat bagi menggantikan Jules Rimet Trophy yg disimpan terus oleh Brazil sebagai juara sebanyak 3 kali.
- Direkabentuk oleh artis berbangsa Itali bernama Silvio Gazzaniga.
- Juga diperbuat dari emas tulin, seberat 5 kg & 36.5 cm tinggi (14.4 inci).
- Ketua pasukan Jerman Barat, Franz Beckenbauer, org pertama yg menerima piala tersebut apabila Jerman Barat muncul juara edisi 1974.
- Sejak kehilangan Jules Rimet Trophy, FIFA hanya memberikan replika kpd pasukan juara utk digunakan dlm acara sambutan kemenangan & pameran.

RAMALAN SAYA UTK PIALA DUNIA 2010

Pusingan Kedua
Perancis x Nigeria
England x Ghana
Argentina x Mexico
Jerman x Slovenia
Cameroon x Paraguay
Brazil x Chile
Itali x Belanda
Sepanyol x Ivory Coast

Suku Akhir
Perancis x England
Argentina x Jerman
Cameroon x Brazil
Belanda x Ivory Coast

Separuh Akhir
England x Jerman
Brazil x Ivory Coast

Akhir
Jerman x Brazil

Juara
Jerman

Prof: Kita nantikan 6 bln dari sekarang berapa peratuskah ramalan saya tepat. Anda pula bagaimana? Berani membuat ramalan sendiri? Tepuk dada, tanya selera.

Sabtu, 5 Disember 2009

PIALA DUNIA 2010 AFRIKA SELATAN


Kelihatan suasana undian utk Piala Dunia 2010 di Cape Town, Afrika Selatan sdg berlangsung.

Terlerai sudah segala kemusykilan selama ini apabila berlangsung undian utk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan mlm tadi di Cape Town. Dlm undian tersebut, Afrika Selatan selaku tuan rumah, Argentina, England, Jerman, Belanda, Itali (juara bertahan), Brazil & Sepanyol telah diletakkan sebagai pasukan2 pilihan.

Kumpulan G yg menempatkan Brazil, Korea Utara, Ivory Coast & Portugal nampak sebagai 'Group of Death' utk kejohanan kali ini. Manakala negara 'Mother of Football', England pula dilihat berada dlm Kumpulan C yg agak mudah bersama Amerika Sykt, Algeria & Slovenia. Perlawanan pembukaan adalah pd 11 Jun 2010 menemukan tuan rumah Afrika Selatan & tuan rumah 1986 Mexico di Soccer City, Johannesburg. Perlawanan akhir pd 11 Julai 2010 di stadium yg sama.

KUMPULAN A - Afrika Selatan, Mexico, Uruguay & Perancis
KUMPULAN B - Argentina, Nigeria, Korea Selatan & Greek
KUMPULAN C - England, USA, Algeria & Slovenia
KUMPULAN D - Jerman, Australia, Serbia & Ghana
KUMPULAN E - Belanda, Denmark, Jepun & Cameroon
KUMPULAN F - Itali, Paraguay, New Zealand & Slovakia
KUMPULAN G - Brazil, Korea Utara, Ivory Coast & Portugal
KUMPULAN H - Sepanyol, Swistzerland, Honduras & Chile

Prof: Spt kebiasaan dlm edisi2 lalu pasti ada pasukan 'underdog' yg mencuri tumpuan, pasukan manakah itu? Harap2 pasukan dari Asia. Apapun, saya masih menikmati Piala Dunia 1986 di Mexico.

Jumaat, 4 Disember 2009

SUKAN SEA LAOS 2009 - THAI 4 X KEMBOJA 0; VIETNAM 4 X T. LESTE 0


Setelah 4 perlawanan berlangsung utk Kumpulan A acara bola sepak Sukan Sea 2009 Vientine, Laos, Thailand & Vietnam berkongsi 4 mata setelah masing menumpaskan lawan juga dgn jaringan yg sama 4-0. Pd perlawanan antara kedua jaguh Asia Tenggara itu kedudukan terikat 1-1.

Dlm perlawanan kedua Negara Gajah Putih, Thailand mudah menewaskan Kemboja 4-0. Sementara Vietnam pula hanya mampu membolosi gawang Timor Leste 4 gol sedangkan Malaysia berjaya membelasah ahli baru Sukan Sea itu dgn jaringan besar 11-0. Selepas ini Vietnam akan bertemu Malaysia sebagai penentu pasukan mana yg akan layak ke separuh akhir nanti.

Khamis, 3 Disember 2009

BOLA SEPAK SUKAN SEA LAOS - M'SIA BERPESTA GOL



Seperti biasa sudah menjadi tradisi Sukan SEA, sukan bola sepak memulakan saingan lebih awal sebelum berlangsung pembukaan rasmi temasya sukan dwi-tahunan Asia Tenggara itu. Kelmarin (2/12/09) telah berlangsung dua perlawanan Kumpulan A di mana Malaysia berpesta gol apabila menewaskan Timor Leste 11-0. Manakala juara bertahan, pemenang pingat emas 5 edisi Sukan Sea lalu, Thailand hanya mencatat keputusan seri 1-1 dgn musuh ketat, Vietnam.


KUMPULAN A
Malaysia, Thailand, Vietnam, Timor Leste & Kemboja

2/12/2009 (Rabu)
Thailand (1) x Vietnam (1)
Malaysia (11) x Timor Leste (0)

4/12/2009 (Jumaat)
Thailand (4) x Kemboja (0)
Vietnam (4) x Timor Leste (0)

6/12/2009 (Ahad)
Vietnam (3) x Malaysia (1)
Timor Leste x Kemboja

8/12/2009 (Selasa)
Timor Leste x Thailand
Kemboja x Malaysia

11/12/2009 (Jumaat)
Kemboja x Vietnam
Malaysia x Thailand

KUMPULAN B

Indonesia, Singapura, Myanmar & Laos

5/12/2009 (Sabtu)
Singapura (2) x Indonesia (2)
Laos (1) x Myanmar (1)

7/12/2009 (Isnin)
Myanmar x Singapura
Indonesia x Laos

10/12/2009 (Khamis)
Myanmar x Indonesia
Laos x Singapura


Kelihatan pemain2 Malaysia & Timor Leste sdg berjalan masuk ke stadium utk memulakan perlawanan pembukaan acara bola sepak Sukan Sea 2009 Laos.- foto ehsan Kosmo

Prof: Utk kesekian kalinya pasukan Brunei DS gagal menyertai acara bola sepak Sukan Sea. Bilakah agaknya pemain2 Brunei DS dpt kembali beraksi di peringkat antarabangsa? Sama2 kita doakan.

Rabu, 2 Disember 2009

PUNAH IMPIAN IRELAND


Kelihatan penjaga gol Ireland, Shay Given, membantah keputusan pengadil membenarkan gol jaringan William Gallas.

Kini sudah pasti bahawa impian dan rayuan FAI (Football Association of Ireland) utk beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, punah dan berkecai. FAI pd mulanya merayu kpd FIFA utk diadakan 'replay' antara Ireland & Perancis gara2 'hand of god' Thiery Henry yg membolehkan William Gallas menjaringkan gol lalu membawa Perancis ke Afrika Selatan.

Selepas itu FAI sekali lagi membuat cadangan agar Ireland diberi satu tiket lagi menjadikan 33 buah negara kesemuanya beraksi tahun depan. Namun kesemua cadangan itu ditolak oleh FIFA. FIFA beralasan bahawa 'keputusan pengadil adalah muktamad' dan mustahil utk merombak format kejohanan yg menempatkan 32 buah pasukan (8 kumpulan - 4 negara setiap kumpulan). Maka mahu atau tidak FAI terpaksa menelan hakikat & kenyataan bahawa mereka gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Liam Brady, penolong jurulatih & juga bekas pemain lagenda Ireland awal2 lagi sudah menjangkakan bahawa sukar bagi FIFA utk menerima pakai cadangan FAI itu dan beliau menasihatkan agar Ireland terus maju ke depan dgn mengambil positif atas apa yg berlaku. Namapaknya Ireland terpaksa menunggu pada pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil. Dan kepulauan British hanya diwakili oleh England setelah Wales, Scotland & Ireland Utara mengikut jejak Ireland gagal layak secara automatik.

Prof: Bagaimanapun, insiden 'hand of god' Thiery Henry akan mencetuskan perubahan dlm corak pengadilan dlm bola sepak. Ada sudah cadangan utk menambah seorg lagi pengadil yg boleh memberi kata putus atau membantu. Namun penggunaan teknologi canggih (kamera) hampir mustahil kerana ujar Sepp Blatter, "Biar bola sepak sukan terakhir di dunia ini yg kekal menggunakan pengadil (manusia), inilah uniknya bola sepak.".

Selasa, 1 Disember 2009

LIONEL MESSI - BALLON D'OR 2009


Inilah anugerah Ballon d'Or yg terkenal itu.

Pemain tengah Barcelona & Argentina, Lionel Messi, 22 tahun, secara rasmi telah dipilih oleh 96 para juri yg terdiri dari wartawan bola sepak seluruh Eropah utk menjadi 'Pemain Terbaik Eropah 2009'. Anugerah tersebut dianjurkan setiap tahun utk memilih pemain terbaik yg sedang beraksi di negara2 Eropah oleh majalah France Football yg berpusat di Paris, Perancis.

Utk tahun 2009 ini, jelas Messi meninggalkan jauh (sesuatu yg baru pernah terjadi) calon di tangga kedua iaitu pemain midfield Real Madrid & Portugal, Cristiano Ronaldo. Messi telah memunggut 473 mata (dari 480 mata maksima) & sementara Ronaldo hanya memperolehi 233 mata keseluruhan - dgn jarak mata 240.


Lionel Messi

Di bawah ini disertakan sedikit fakta2 menarik mengenai Lionel Messi;

* Pemain pertama dari Argentina yg memenangi Ballon d'Or.
* Pemain ke enam dari Barcelona, namun pertama sejak empat tahun lalu, kali terakhir pemain Barcelona yg memenanginya ialah Ronaldinho.
* Menjaringkan 23 gol musim lalu utk Barcelona.
* Membantu kelab Catalan itu menjuarai La Liga, King Cup & Champion League (treble).
* Baru2 ini menandatangani lanjutan kontrak bersama Barcelona selama 2 tahun lagi, tetapi mempunyai klausa perpindahan sebanyak 25o juta euro (228 juta paund) - jika berlaku akan menjadikannya pemain termahal dunia.
* Mendpt pengiktirafan oleh Diego Maradona sebagai pegganti beliau utk menjadi 'Lagenda' bolasepak Argentina.

Prof: Kini Messi hampir pasti utk meraih anugerah FIFA Player of the Year. Kebiasaannya Ballon d'Or adalah sukat2 bgi para jurulatih & pengurus kebangsaan yg menjadi juri anugerah FIFA itu. Kalau saya secara peribadi, tahun ini memang kepunyaan Lionel Messi.