Khamis, 9 Julai 2009

TERUS BERJUANG DPMM FC

Hj. Mohd Subhi aka Jeembo bakal kembali beraksi bagi menguatkan midfield DPMM FC dlm perlawanan menentang Tampines Rovers.

Perlawanan menentang Tampines Rovers FC pd 10 Julai 2009 di Stdium Jalan Besar, Singapura, amat bermakna bagi DPMM FC dlm usahanya utk kekal mencengkam takhta juara S League. Kini DPMM FC menduduki tangga ke 4 di belakang lawan yg bakal ditemui dgn mata yg sama iaitu 32 tetapi Tampines Rovers mempunyai kelebihan jaringan. Perkara sebeginilah yg benar2 membimbangkan saya tatkala di awal musim bila mana DPMM FC tidak menjaringkan banyak gol (boleh rujuk posting2 awal saya mengenai perkara ini).

Dlm bola sepak selain meraih 3 mata penuh, jumlah jaringan memainkan peranan penting terutama utk memutuskan kelebihan kpd dua pasukan yg memiliki mata yg sama. Dlm soal ini DPMM FC telah terjerat. Komen pd awalnya memang lunak, "Apapun kita menang dan memunggut 3 mata, itu yg penting" (tidak menghiraukan corak permainan atau jumlah jaringan) - ianya hanya kegembiraan yg sementara. Situasi ini masih belum terlewat utk diperbaiki.

Tewas kpd Sengkang Pungol FC dlm perlawanan lalu mungkin mempunyai byk sebab dan kini Abdel Hamid Berguiga & Hj Mohd Subhi dpt bermain. Vjeran Simunic sudah menemui sedikit pengubat duka dlm menurunkan barisan utama pemainnya. Cuma kehadiran Ivan Jerkovic masih dinanti2 utk menjana keberkesanan bahagian tengah.

Kemenangan ke atas Tampines amat diharapkan utk memperbaiki kedudukan, bukan shj tangga ketiga malah mampu utk mengatasi Gombak Utd di tangga kedua yg kini memiliki 34 mata. Inilah kesempatan terbaik bagi DPMM FC utk mengejar kedudukan takhta liga agar jangan terlalu jauh ketinggalan daripada pendahulu SAF FC (42 mata).

Apapun perkembangannya mahu atau tidak perlawanan menentang Tampines seolah2 perlawanan penentuan/perlawanan akhir dlm merintis perjalanan seterusnya di pusingan ketiga kelak. Status selaku juara baru Piala Liga juga mesti dijaga dan sebagai jawapannya adalah meraih tiga mata dgn cara bergaya & menghiburkan.

Prof: Selepas tamat final Piala Dunia 1990 yg amat membosankan itu, FIFA telah meminda beberapa undang2 permainan supaya lebih menghibur & banyak gol boleh dijaringkan. Malah Pele dlm usulnya turut mencadangkan agar dibesarkan saiz pintu gol & ditiadakan offside hingga ke kawasan penalti. FIFA sedar bahawa jaringan gol adalah penting dlm setiap perlawanan agar bola sepak tidak menjadi permainan yg membosankan dan lama kelamaan mungkin kurang diminati lagi.

Tiada ulasan: