Rabu, 15 Julai 2009

TARIKH TUTUP KEJOHANAN VETERAN 17JULAI 2009

Kpd para peminat bola sepak teruatam yg vetaran2, hahahaha.... bolehlah 'membanjiri' (:p) kawasan padang bola sepak (stadium) Penanjong Kem, Tutong utk menyaksikan buat pertama kalinya kejohanan 7 sepasukan veteran peringkat kebangsaan. Dari maklumat dari pihak urusetia banyak pasukan yg telah mengambil borang penyertaan (tetapi kembali atau tidak belum tahu hehehe).

Sebelum itu, tarikh tutup mengembalikan borang penyertaan ialah pd 17(Jumaat) Julai 2009 manakala mesyuarat pengurus2 pasukan & seterusnya cabutan undi menetapkan kumpulan akan berlangsung pd 21 (Selasa) Julai 2009 bertempat di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas jam 8.00 malam.

Skuad veteran Brunei DS yg akan menyertai kejohanan jemputan Kelab Diraja Selangor (RSC) pd 1&2 Ogos 2009 juga akan mengambil bahagian sebagai latihan pemanas badan. Sementara itu geng2 bekas pemain kebangsaan iaitu 'Cocktail' yg dikepalai oleh Hj Norazmi Pehin Dato Hj Abd Razak juga akan turut serta. Sama2lah kita saksikan mereka bertarung nanti.

Prof; Seronok melihat & bercampur-gaul bersama pemain2 veteran ini, pokok cerita yg dibualkan selalunya kenangan2 manis & lucu sewaktu mereka masih muda2 dulu. Tak kering gusi dibuatnya. Hahahaha.

Tiada ulasan: