Khamis, 2 Julai 2009

PERJUMPAAN BOLA SEPAK VETERAN

Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) yg dlm proses penubuhan akan mengadakan majlis perjumpaan antara ahli2 jawatankuasa penaja dan bakal2 ahli pd esok (Jumaat/3 Julai 2009) jam 10.00 pagi bertempat di Restoran Aneka Rasa, Kiulap, Bandar Seri Begawan. Semua AJK penaja dan mana2 ahli yg berminat utk menyertai persatuan tersebut dipersilakan hadir. Butiran lanjut mengenainya adalah seperti berikut;

Tajuk: Perjumpaan VFA
Tarikh: 3 Julai 2009/Jumaat
Masa: 10.00 pagi

Agenda;
1. Membincangkan persiapan menyertai kejohanan jemputan Royal Selangor Club pada 1 & 2 Ogos 2009.
2. Membincangkan cadangan menganjurkan kejohanan veteran tempatan pada hujung bulan ini (25 Julai 2009) dan peringkat antarabangsa pada awal Disember 2009.
3. Lain-lain hal.

Prof; Persatuan ini ditubuhkan khusus utk bersosial melalui sukan, mencari kenalan baru dgn minat yg sama dan mengekalkan hubungan silatur-Rahim antara sesama pemain sejak mereka muda lagi. Kami tidak berminat utk terlibat atau dilibatkan dgn kamelut yg melanda kancah bola sepak tempatan.

Tiada ulasan: