Isnin, 27 Julai 2009

KEJOHANAN JEMPUTAN SELANGOR - BRUNEI VETERAN DLM KUMPULAN D

Skuad Brunei Veteran yg menyertai kejohanan Jemputan Pulau Pinang pd Mac 2009 lalu.

Satu majlis pengundian bagi pasukan2 yg menyertai kejohanan bolasepak veteran jemputan Kelab Diraja Selangor 2009 telah berlangsung minggu lalu di RSC, Bukit Kiara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Brunei Veteran yg menyertai bagi kategori Masters telah diundi dalam Kumpulan D bersama Penang Sport Club, Singapore Chinese FC & Universal FC.

Sebanyak 16 buah pasukan menyertai kategori Masters dan 12 pasukan pula utk kategori Grandmasters (50 tahun ke atas). Antara pemain2 yg bakal mewakili Brunei Veteran ialah Liew Chuan Fue, Lim Sun Hui, Suni Mat Jerah, Tajol Ariffin Sumpong, Kula Mohamad, Ukoi Anam, Ampuan Abd Rahim Ampuan Sabli, Metussin Sumpong, Abu Bakar Hj Mohd Yassin, Sarbini Hj Mohiddin & Zaini Abang. Sementara Ishak Hj Kabon bertindak selaku jurulatih.

Pasukan Brunei Veteran akan berlepas ke Kuala Lumpur pd 30 Julai 2009 ini dan kejohanan akan berlangsung selama 2 hari iaitu pd 1 & 2 Ogos 2009 di RSC Bukit Kiara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia.

KUMPULAN A - Essex Lasallian S'pore, Malaysian Indian FA, RSC & UKRC.
KUMPULAN B - Singapore Malay, Chinese Rec. Club Taiping, Qantas Soccer Club (Australia) & Melodi Jaya FC.
KUMPULAN C - KLM (Holland), M'sia Grasshoppers, FT Chinese & Kilat Club.
KUMPULAN D - PSC, Simgapore Chinese FC, Universal FC & Brunei Veteran.

Prof: Saya tidak dpt turut bersama pasukan veteran kali ini. Harap mereka mampu muncul juara kali ini.

Tiada ulasan: