Isnin, 27 Julai 2009

DPMM FC LWN SAF FC - PERLAWANAN MESTI MENANG

Kapten Pg Sallehuddin Pg Hj Damit

Rosmin Hj Mohd Kamis bakal kembali beraksi menguatkan midfield DPMM FC.

Drazen Govic, persembahan beliau akan dinantikan utk menambah sengat DPMM FC di bahagian midfield.

DPMM FC yg kini menduduki tangga ke 3 Liga S di belakang Tampines Rovers FC ditangga kedua dan SAF FC di persada liga. Wakil Brunei DS itu menghadapi tugas paling getir menentang SAF FC pd 29 Julai 2009 akan dtg ini bertempat di Stadium Choa Chu Kang jam 7.45 malam dlm usaha mengekalkan tempo selaku pencabar mahkota liga.

Banyak sebab utk memaksa DPMM FC agar menewaskan SAF FC dl perlawanan itu, antaranya ialah utk mengejar punggutan mata di mana DPMM FC kini dgn 36 mata sementara SAF FC pula 45 mata. Sebab lain ialah faktor pemain import baru dari Croatia iaitu Drazen Govic yg disenaraikan menggantikan Oh Ddog Yi.

Hanya kemenangan dpt memberikan hadiah terbaik kpd pasukan barunya ini (DPMM FC) dan begitu juga sebaliknya. Govic yg sebelum ini menyertai kelab HNK Sibenic di negara asalnya akan berpadu tenaga bersama dua lagi rakan senegara iaitu Rene Komar dan Ivan Jerkovic. Diharapkan kemantapan persefahaman antara mereka akan membuahkan hasil bagi DPMM FC ditambah dgn Abdel Hamid Berguiga semakin hebat permainannya sejak kebelakangan ini.

Faktor kembalinya sentuhan gol oleh penyerang anak tempatan iaitu Shahrazen Said juga melegakan para peminat fanatik DPMM FC. Paling terbaru adalah jaringannya sewaktu sering 3-3 menentang Gombak United minggu lalu. Para peminat turut mengharapkan gandingan mantapnya bersama Abdel Hamid di barisan depan akan berterusan.

Dan kembalinya dua tonggak utama iaitu ketua pasukan & timbalannya Pg Sallehuddin Pg Hj Damit dan Rosmin Hj Mohd Kamis dlm perlawanan menentang SAF FC akan membuatkan jurulatuh VJeran Simunic cukup ramuan utk memunggut 3 mata penuh dan seterusnya merapatkan jarak dgn Tampines Rovers di tangga kedua.

Untuk itu DPMM FC tiada jalan lain selain mencipta kemenangan menumpaskan SAF FC walaupun pasukan yg bakal dihadapi itu adalah pendahulu carta liga. Dlm bola sepak apapun boleh terjadi, tiada yg mustahil. Yang pasti doa para peminat setia di tanahair sentiasa mengiringi DPMM FC.

Prof: Maaf kpd rakan2 di DPMM FC kerana agak lama tidak mencoretkan sesuatu utk mereka dlm blog ini. Masa byk dihabiskan kpd kejohanan bolasepak veteran & persiapan pasukan veteran ke S'gor.

Tiada ulasan: