Rabu, 22 Julai 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK VETERAN KALI PERTAMA DPT SAMBUTAN

Bagi pihak penganjur (FFBD) & pengendali Kejohanan Bolasepak Veteran Kali Pertama, saya selaku Ketua Urusetia kejohanan mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yg cukup menggalakan terhadap kejohanan tersebut walaupun ianya dilangsungkan tatkala situasi bola sepak yg tidak berapa menyenangkan, akan tetapi pasukan2 yg menyertai mengongsikan matlamat yg sama iaitu utk perkembangan & kemajuan bola sepak.

Kejohanan yg akan berlangsung pd 24 Julai (Jumaat) 2009 bertempat di Kem Penanjong, Tutong itu dibahagikan kpd 2 kategori iaitu Veteran (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas). Kesemuanya sebanyak 21 buah pasukan mengambil bahagian iaitu 11 pasukan (Veteran) dan 10 pasukan (Masters). Dlm mesyuarat pengurus2 pasukan & cabutan undi yg telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas kedua2 kategori telah dibahagi kpd 2 kumpulan yg dimainkan secara liga. Dua tempat teratas setiap kumpulan akan layak ke perlawanan separuh akhir.

Para pemenang setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai $300, piala & hadiah individu, naib johan menerima wang tunai $200 & hadiah individu manakala pasukan yg kalah dlm perlawanan separuh akhir akan menerima wang tunai $100 setiap pasukan.

Pembahagian kumpulan adalah seperti berikut.

KATEGORI VETERAN

KUMPULAN A
PERKASA
DST
PENJARA
MUARA VELLA FC
MESS PENANJONG KEM
MUZIUM

KUMPULAN B
RIMBA MUHIBAH
KIUDANG
BUKIT UDAL STAR
LETRIK GADONG
COCKTAIL

KATEGORI MASTERS

KUMPULAN A
FFBD
MUARA VELLA FC
OLDSTAR
LAMUNIN
PERKASA

KUMPULAN B
RAMBAI
BASMIDA
LEGEND
DST
STAR UNITED FC

Selamat bertanding dgn semangat kesukanan yg tinggi sebagaimana dihasratkan penganjuran kejohanan ini di samping menyambung kembali ikatan silatur-Rahim yg terputus sejak sekian lama. Dengan cara ini pemain2 lama yg dulu beraksi di peringkat kelab & antarabangsa dpt menjalinkan kembali hubungan sesama kitani.

Prof; Bersemangat melihat pasukan2 yg dtg & mengambil bahagian. Jelas mereka jujur dlm bergiat memajukan bola sepak tidak mengira usia. Syabas!

Tiada ulasan: