Khamis, 23 Julai 2009

PENDIRIAN FIFA - BUKAN PERKARA BARU & MEMANG SUDAH DIJANGKA



Apabila seorg teman menelefon saya & memberitahu pendirian FIFA mengenai kamelut bola sepak Brunei DS ketika ini, saya hanya tertawa & menjelaskan kpd teman saya itu bahawa perkara ini bukan perkembangan atau perkara baru bagi saya. Telah saya jelaskan dlm komen terawal mengupas permasalahan ini sejak tahun lalu lagi.

Melalui posting selepas itu saya telah mengutarakan beberapa 'jalan' yg ada utk diambil oleh pihak2 tertentu bagi menyelesaikan perkara ini. Ada 'jalan panjang' dan ada 'jalan singkat'. Terpulang kpd mereka utk memilih jalan yg mana demi kebaikan sukan bola sepak negara. Kesian melihat kanak2 yg bersemangat berlatih saban hari, juga pemilik & pengurusan kelab yg mengeluarkan wang saku sendiri demi menjayakan kelab mereka dan amat sedih jika mengenangkan pengorbanan tokoh2 terdahulu utk menghidupkan bola sepak di negara ini.

Kini sudah jelas bahawa FIFA melalui Director of Member Associations, Thierry Regenass (gambar), telah menyatakan bahawa FIFA tetap mahukan BAFA dihidupkan kembali dan menganggap bahawa pembatalan pendaftaran BAFA sebagai campur tangan dari pihak berwajib yg mana hal ini bertentangan dgn prinsip2 asas FIFA.

Penyelesaikannya selain menghidupkan kembali BAFA ialah penubuhan sebuah jawatankuasa sementara (interim committee) bagi melaksanakan kerja2 melantik jawatankuasa tadbir baru BAFA. Ataupun hal ini akan dibawa kpd mesyuarat kongres FIFA pd bulan Sept. 2009 akan datang yg saya khuatirkan keputusannya adalah penggantungan keahlian Brunei DS dlm FIFA spt negara2 lain sebelum ini.

Sebelum ini saya juga telah berjumpa & bercakap panjang dgn beberapa org AJK Tadbir BAFA dan mereka menyatakan hasrat bersedia utk mengundur diri asal saja BAFA dpt hidup kembali & menjadi badan induk bola sepak di negara ini dgn AJK2 yg baru. Syabas saya ucapkan kpd mereka.

Saya tidak ingin mengulas panjang mengenai hal ini. Saya biarkan utk para penjenguk blog ini utk menilai sendiri, bukan utk mengatakan siapa betul & siapa salah, akan tetapi sebagai panduan utk generasi akan datang. Ada masanya nanti akan saya paparkan satu persatu secara 'detail' permasalahan ini. (Sila rujuk posting awal saya mengenai hal ini).

Prof: Apapun ada hikmahnya atas apa yg berlaku. Tinggal lagi kita mesti pandai membaca dan mendpt pelajaran dari semua itu demi kebaikan di masa depan.

Tiada ulasan: