Ahad, 5 Julai 2009

OWEN MILIK M UTD - PERPINDAHAN YG KLASIK

Michael Owen kini milik M Utd dgn gaji 110,000 paun seminggu.

Saya memang telah bercadang utk mencoretkan sesuatu mengenai perpindahan atau jual-beli pemain menjelang bermulanya musim 2009/2010 namun satupun tidak berjaya membuka hati saya walaupun perpindahan memecah rekod dunia oleh Christiano Ronaldo dari M Utd ke Real Madrid. Namun perpindahan Michael Owen dari Newcastle Utd ke M Utd akhirnya mampu membuka akal fikir saya utk mencatat sesuatu mengenainya.

1. Walaupun Owen berada dipenghujung kerier ataupun bolehlah dikatakan sebagai perpindahan terakhirnya namun ianya melibatkan bekas 'golden boy' Liverpool maka menjadi lebih menarik dan unik kerana jual-beli pemain antara dua belah kelab paling berseteru dlm dunia itu tidak pernah berlaku melainkan seseorg pemain itu bermain dahulu dgn kelab2 lain. Inilah yg berlaku kpd Owen.

2. Nampaknya Sir Alex Ferguson (Pengurus M Utd) amat terdesak utk mengisi kekosongan jentera serangan yg ditinggalkan oleh Ronaldo & Carlos Teves maka memaksa beliau utk memperjudikan nasib menawarkan kontrak kpd Owen yg hanya menjaringkan 11 gol utk 'Toon Army' musim lalu. Tetapi sebagai seorg pakar strategi jgn dipandang rendah 'moved' oleh Sir Alex kali ini, memang telah ada strategi dlm benak pemikirannya bagaimana corak serangan 'The Red Devils' musim depan (dengan masih memiliki Dimitar Berbatov & Wayne Rooney).

3. Jelas sekali perpindahan Ronaldo ke Real Madrid adalah kunci kpd pergerakkan atau percaturan para pengurus/pemilik kelab utama di Eropah. Cuba lihat - Real menambat Ronaldo, Kaka & Karim Benzema, AC Milan, M Utd & Lylon terpaksa mencari penganti mana2 pemain dari kelab2 lain dan kelab2 tersebut pula mencari pemain2 dari lain2 kelab lagi. Begitulah ianya berputar saban tahun tetapi musim ini adalah paling menarik kerana melibatkan ramai pemain bertaraf bintang & curahan wang ringgit.

4. Kali terakhir perpindahan melibatkan bekas bintang Liverpool & M Utd ialah Paul Ince. Bagaimanakah nanti agaknya reaksi peminat 'The Red' tatkala menerima kunjungan M Utd di Anfield bersama Owen?

Prof; Masih menanti bintang dari Asia Tenggara utk beraksi di Eropah. Tetapi jika menilai program pembangunan negara2 Asean saya berani menyatakan bahawa 10 tahun akan dtg masih belum mampu, tak tahulah jika bakat semulajadi spt Fandi Ahmad akan muncul dlm waktu terdekat ini.

Tiada ulasan: