Sabtu, 18 Julai 2009

PERDANA DUA LIGA B

Setelah melancarkan liga bola sepak bagi Brunei DS dgn Liga Perdana Satu yg telah berjalan sekarang kini FFBD melancarkan pula Liga Perdana Dua yg mana sepak mula akan berlangsung pd 7 Ogos 2009 akan datang ini. Sebanyak 10 buah pasukan terkandung dlm Perdana Dua termasuk tiga pasukan baru iaitu Skuad Bawah 16 Tahun Kebangsaan, BAB (Brunei Association of Banks) dan KKS Jab. Penjara.

Lain2 pasukan ialah Kota Ranger FC, Kilanas FC, Perkasa FC, P Lun Bawang, Menglait FC, Muara Vella FC dan LLRC FC. Diberitakan bahawa juara Pedana Dua akan secara otomatik layak ke Perdana Satu musim depan sementara pasukan di tangga kedua akan bermain 'playoff''.

Dlm perlawanan pembukaan pd 7 Ogos 2009 itu nanti, kelab yg suatu ketika dulu paling gagah di Brunei DS iaitu Kota Ranger FC akan menentang musuh lama Kilanas FC di Padang & Balapan sementara LLRC FC pula akan bertemu Muara Vella FC di Stadium JBS Berakas. Kedua2 perlawanan bermula pd pukul 4.00 petang.

Sama2 lah kita memberi sokongan kpd kemajuan & pembangunan bola sepak negara sekurang2nya menyaksikan setiap perlawanan yg berlangsung. Apa yg menarik dlm Liga B kali ini ialah setiap pasukan tidak lagi dikenakan yuran penyertaan. Ini sekurang2nya meringankan sedikit beban pasukan2 yg bertanding.

Prof; Saya akan memberikan kertas cadangan kpd pihak2 tertentu liga yg paling sesuai utk dianjurkan di Brunei DS demi pembangunan & kemajuan yg lebih efektif.

Tiada ulasan: