Sabtu, 18 Julai 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN - MESYUARAT PENGURUS2 PASUKAN PD 21 JULAI 2009

Brunei Veteran yg menyertai kejohanan jemputan di Pulau Pinang pd Mac 2009 lalu.

Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat pengurus2 pasukan yg akan menyertai Kejohanan Bolasepak Veteran Kali Pertama akan diadakan pd 21 Julai 2009, bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, jam 2.30 petang.

Para pengurus pasukan juga diingatkan supaya membawa bersama salinan kad pintar atau passport setiap pemain yg disenaraikan bagi kedua2 kategori iaitu Veteran (40 tahun ke atas) dan Masters (45 tahun ke atas) serta yuran pendaftaran B$100 kpd pasukan yg belum membuat pembayaran.

Nampaknya penyertaan amat mengalakan dan beberapa buah pasukan veteran telah mendaftar utk merebut kejuaraan yg julung2 kalinya dianjurkan itu. Ini termasuklah pasukan VFA yg akan menyertai kejohanan jemputan RSC di Kuala Lumpur pd 1 & 2 Ogos 2009 akan datang ini. Kejohanan bola sepak veteran kali pertama itu akan berlangsung pd 24 Julai (Jumaat) 2009, di Stadium Penanjong Kem, Tutong.

Prof; Terima kasih tidak terhingga kpd pasukan2 yg memberi sokongan utk kejohanan pembuka tirai ini. Insya-Allah tahun hadapan mungkin lebih banyak lagi penyertaan.

Tiada ulasan: