Ahad, 5 Julai 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK VETERAN KALI PERTAMA

Dari kiri; Sheikh Nordin (S/Usaha Agong FFBD), Hj Norazmi (AJK Penaja VFA), Awg Pea, Puncha Gunong, Nordin Tujoh & Metussin Sumpong (AJK Penaja VFA) ketika perjumpaan berlangsung.
Dari kanan; Liew Chuan Fue (Naib Presiden II Penaja VFA), Amp Rahim Amp Sabli, Pg Mohd Yussof & Kula Mohamad.

Oleh kerana Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) masih dlm proses penubuhan & menanti kelulusan dari pihak berwajib maka dlm perjumpaan yg berlangsung pd 3 Julai 2009 (Jumaat) lalu satu ketetapan telah diambil bahawa pihak FFBD bertindak sebagai penganjur rasmi kpd Kejohanan Bola Sepak Veteran Kali Pertama manakala VFA sebagai pengelola & penyelaras.

Kejohanan bagi 7 sepasukan tersebut akan diadakan pd 24 Julai 2009 (Jumaat) bertempat di Penjanjong Kem, Tutong dari pukul 8.00 pagi hingga 10 malam (berhenti rehat waktu solat). Kejohanan terbahagi kpd 2 kategori iaitu Kategori Terbuka (40 tahun ke atas) dan Kategori Masters (45 tahun ke atas) dgn yuran penyertaan sebanyak B$100 setiap pasukan.

Hadiah yg ditawarkan bagi kedua2 kategori pula ialah Johan - B$300 + piala + individu, Naib Johan - B$200 + individu dan kalah separuh akhir B$100 setiap pasukan. Tujuan penganjuran adalah sebagai latihan terakhir bagi skuad Brunei Veteran yg akan menyertai Royal Selangor Club Soccer 7's Tournament pd 1 & 2 Ogos 2009, 'warm-up tournament' kpd penganjuran Brunei International Soccer 7's yg dirancang akan diadakan pd penghujung tahun ini serta turut bertujuan menyambung silaturrahim antara pemain2 veteran.

Kepada pihak2 yg ingin menyertai kejohanan tersebut borang penyertaan bolehlah didapati di ibu pejabat FFBD di Kiulap, BSB atau telefon 2239812 atau wakil2 penganjur di setiap daerah spt berikut;

Bandar Seri Begawan - Ishak Hj Kabon (8980300)
Belait - Jamhari Lani (8816900)
Tutong - Metussin Sumpong (8890069)
Temburong - Lim Sun Hui (8720022)

Prof: Kita rapatkan barisan & terus menuju ke hadapan agar semua aktiviti bola sepak kitani bergerak maju. Hindarkanlah fikiran2 yg negatif atau bersangka buruk sesama insan.

Tiada ulasan: