Isnin, 27 Julai 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK VETERAN KALI PERTAMA - PILIHAN FFBD & KIUDANG JUARA

Aksi perlawanan s/akhir Masters antara Pilihan FFBD (hijau) & Rambai (biru) - ehsan Bruneidaily.blogspot.com.

Spt biasa Muara Vella turut membawa penyokong fanatik mereka - ehsan Bruneidaily.blogspot.com

Amp. Abd Rahim (Amit), Liew Chuan Fue & Lim Sun Hui sebelum perlawanan akhir dimulakan - ehsan Bruneidaily.blogspot.com

YDM Pehin Datu Kerma Jaya Kol Mohamad Taweh bin Abdullah (tengah) selaku tetamu kehormat kejohanan - ehsan Bruneidaily.blogspot.com

Pilihan FFBD Juara Kategori Masters.

Syabas diucapkan kpd pasukan Pilihan FFBD (Masters) & Kiudang (Veteran) yg telah muncul juara Kejohanan Bolasepak Veteran pd 24 Julai 2009 (Jumaat) lalu bertempat di Penanjong Kem, Tutong. Sebanyak 22 pasukan (12 Veteran & 10 Masters) telah mengambil bahagian yg terdiri pasukan2 dari segenap pelosok negara kecuali Belait tidak menghantar pasukannya.

Jutaan terima kasih diucapkan kpd pasukan2 yg telah menyahut cabaran utk beraksi dlm kejohanan veteran ini dan kesungguhan mereka meluangkan masa serta menongkah halangan kesihatan (maklumlah sudah veteran) demi mencapai hasrat utk bertem sahabat2 lama sewaktu muda2 dahulu.

Kebanyakan pasukan telah beraksi dgn cemerlang dan paling mengembirakan ialah melihat kelibat beberapa pemain lagenda spt Hj Ahmad Hj Mohin, Liew Chuan Fue, Suni Mat Jerah, Johan Hj Zinin, Sarbini Mohiddin, Mohd Ali Rashid, Sidek Eya, Hj Tamit Hj Jais, Kasmi Hj Abd Hamid, Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak dan ramai lagi pemain2 lama mewakili pelbagai kelab ternama suatu ketika dahulu.

Diharap dlm kejohanan akan datang ramai lagi pemain2 lagenda dpt beraksi sekaligus dpt memeriahkan kejohanan yg bakal berlangsung setiap tahun itu. Dlm perlawanan separuh akhir Pilihan FFBD menewaskan Rambai (1-0) dan dlm perlawanan akhir pula mereka menewaskan Muara Vella (2-0). Sementara Kiudang pula menumpaskan Cocktail di perlawanan akhir (1-0) dan Basmida (3-0) dlm separuh akhir.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kpd Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Jaya Kol. Mohamad Taweh Abdullah selaku tetamu kehormat yg telah sudi menyampaikan hadiah kpd pemenang2. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh FFBD & dikelolakan oleh J/Kuasa Penaja VFA.

Prof; Gambar2 yg lain akan menyusul. Tercari2 kelibat sahabat seperjuangan Ishak Hj Kabon pd hari itu. Cgu Ali Hj Ismail tak dpt serta kerana belayar ke Bangkok, Thailand kerana tugasan negara.

Tiada ulasan: