Khamis, 18 Disember 2008

MUARA VELLA ACADEMY JUARA KESELURUHAN

Salah satu pasangan suami/isteri bagi acara menjunjung bola di atas kepala.
Sebahagian dari ahli keluarga MVFC yang menyaksikan acara2 pd hari itu.
Mohamad@Mike sedang menjadi 'aznil hj nawawi'...sybas Mike.
Wakil Akademi Muara Vella FC sedang menerima Piala Pusingan sebagai juara keseluruhan.

Hari minggu lalu (14/12/2008-Ahad) sekali lagi saya bertandang ke Padang Sekolah SUAS, Muara, menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan 7 Sepasukan anjuran Muara Vella FC. Seperti biasa Mohamad 'Mike' Tunjang bersama AJK2 MVFC begitu kreatif mengatur acara2. Sebelum perlawanan2 akhir dmulai, beberapa acara sampingan yg mencuit hati telah diadakan.

Umpamanya; acara2 utk para isteri AJK & ibu/bapa pemain spt tendangan jauh, mengelecek & menjunjung bola di atas kepala (suami&isteri). Inilah masanya anak2 dpt mentertawakan ibu/bapa mereka dengan aksi2 yg melucukan. Saya hanya sempat menyaksikan acara menjunjung bola di atas kepala utk suami&isteri. Selepas itu Mike tampil menjadi 'aznil hj nawawi' menemuramah beberapa orang pemain, syabas Mike!

Selepas itu pasukan2 yg layak ke perlawanan akhir bergambar ramai bersama tetamu kehormat, jemputan khas, pegawai & AJK MVFC. (Terima kasih Ricky Soh Hock Kee, Chairman MVFC, kerana sudi menjemput saya turut sama bergambar ramai).

Keputusannya; Akademi Muara Vella FC muncul sebagai Juara Keseluruhan, B-11 Juara-SR SUAS, B-13 Juara-MVFC, B-15 Juara MVFC A & B-17 Juara MVFC. Khabarnya tahun depan 2009 MVFC akan menganjurkan lagi kejohanan serupa. Syabas Muara Vella FC, teruskan usaha awda membawa naik martabat bola sepak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alwayz luv n mizz u, ricky soh