Isnin, 1 Disember 2008

Bye2 Rene & Keita

Kenangan abadi bersama Rene sebelum beliau berlepas ke Croatia


Saya dan Keita bersama anaknya bernama 'Hakeem' di airport Berakas

Akibat dari undang-undang lapok oleh FAM yang tidak membenarkan pasukan-pasukan menyenaraikan pemain-pemain import untuk Liga Malaysia Musim 2009 maka dua orang pemain import Brunei DPMM FC, Rene Komar dan Keita Mandjou terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Jumaat lalu, Rene telah berlepas ke negara asalnya, Croatia, dan kini mungkin sedang berada di sisi isteri tercinta.

Kedua-dua berharap agar FAM mengecualikan Brunei DPMM FC dengan peraturan baru itu, namun FAM bertegas dengan keputusan mereka. Rene ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau akan berehat buat sementara waktu dari bola sepak dan mungkin memulakan perniagaan di bandar kelahirannya.

Keita Mandjou pula berlepas ke Vietnam selama seminggu untuk meninjau peluang di sana. "Saya ingin meninjau kehidupan di sana dulu. Jika saya rasa ok, maka saya akan mencari kelab-kelab di sana. Jika tidak saya akan menyahut tawaran di Bandung," ujar Keita.

Apa kan daya, kita kempunan untuk melihat 2 penjaring terbanyak Liga Super iaitu Shah Razen Said & Keita Mandjou untuk bermain dalam satu pasukan. (Dalam musim 2006/2007; kedua-duanya menjaringkan 22 gol - dlm catatan saya yg menyaksikan jaringan 'jan' ketika menewaskan NS Naza di MBPJ, 'Jan' sebenarnya menjaring 23 gol musim itu).

All da best for Brunei DPMM FC next season.

Tiada ulasan: