Rabu, 24 Disember 2008

BLACK DAY FOR BRUNEI FOOTBALL

Kini sahlah sudah Brunei DPMM FC tidak dapat menyertai Liga Super Malaysia Musim 2009 disebabkan masalah yg dihadapi oleh BAFA. Ini juga bermakna buat pertama kali kita tidak akan melihat perlawanan2 Liga Malaysia sejak Brunei DS dijemput menyertainya pada tahun 1970an dulu. Sesuatu yg ganjil bagi pecinta sukan bola sepak di negara ini; walaupun mungkin kita tidak melihat di stadium, tetapi mesti ambil tahu melalui media massa yg lain tentang perkembangannya.

Seperti posting saya yg sebelum ini, saya tidak mahu untuk menuding jari kepada sesiapa. Menyalahkan seseorang tidak menyelesaikan masalah. Apa yg perlu kita buat ialah memandang ke hdpan dengan positif. Tidak menyertai MSL bukanlah jalan penutup bagi DPMM FC dan perkembangan bola sepak di Brunei. Kita terpaksa bermula dari bawah, dari abjad A..., sebenarnya byk yg mesti kita perbuat utk memajukan sukan bola sepak ini. Terlalu banyak.

Utk diperturunkan satu persatu dlm posting ini, terlalu byk. Tetapi akan saya cuba sedikit demi sedikit. PERTAMA; masalah badan induk bola sepak mesti diselesaikan dahulu. Badan induk ini penting kerana ianya sebagai 'indung', payung dan wakil tne di peringkat a'bangsa kpd ahli2 gabungannya. Tne mesti ada badan induk yang sah seberapa segera utk memperjuangkan nasib tne.

Bagaimana? Ini soalan yg menarik. BAFA atau siapa? Bagi saya BAFA mesti dihidupkan kembali, diberi nafas baru, tenaga baru dan kumpulan manusia yg serba baru. Ungkapan yg paling popular; Rebranding atau penjenamaan baru. BAFA mesti berwajah baru. Saya harap kpd mereka2 dlm BAFA mengerti, faham, tahu diri dan MESTI sanggup berkorban. Lepaskanlah BAFA kpd orang baru yg lebih professional, pragmatik, bersistematik dan yg paling utama ialah manusia2 yg mendahulukan kepentingan bola sepak dari diri sendiri.

Bagaimana cara memulihkan BAFA? Jawapan tersebut hanya AJK2 BAFA yg lebih arif. Yg penting BAFA mesti dipulihkan dalam kadar segera. 'Exit door' telah ditunjukkan. Maka faham2 sajalah. Okey, langkah seterusnya akan saya post kemudian. Adios.

Tiada ulasan: