Isnin, 1 Disember 2008

Cian Apek, Patah Tangan Pulang

Pose menarik dari Apek di katil hospital

Apa dah jadi ne pek? Apa boleh buat, 'nasi sudah menjadi bubur', terpaksa hadapi dengan tenang. Fadlin Galawat, pemain penyerang berpengalaman Brunei DPMM FC, baru sahaja selesai menjalani pembedahan lutut dan memulakan latihan ringan untuk beraksi semula, tiba-tiba terlibat dalam kemalangan jalan raya minggu lalu. Cian Apek.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Apek' di kalangan rakan rapat dan pemain-pemain bola sepak di negara ini, kini terlantar di hospital RIPAS akibat kemalangan itu dan tanggan sebelah kanannya patah. Saya, Rosmin 'Bobby' Hj Mohd Kamis dan Hj Abd Rahman (pegawai DPMM FC) melawat beliau hari Sabtu lalu. Bagaimana pun Apek tetap bersemangat untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya. Wira negara ketika menjuarai Piala Malaysia 1999 lalu itu memberitahu saya bahawa beliau akan tetap akan bermain semula secepat yang mungkin kerana kecederaan lututnya itu sudah sembuh, kini dalam proses penyesuaian. Kepada para peminat dan rakan-rakan sepasukan bolehlah melawat dan memberikan sokongan moral kepada Apek, beliau kini dirawat di hospital RIPAS, Wad 8. Adios Pek, hahahaha.

Tiada ulasan: