Rabu, 31 Disember 2008

HAPPY NEW YEAR 4 ALL BRUNEI FOOTBALL FANS

2008 telah meninggalkan kita dgn pelbagai peristiwa & kenangan. Kini 2009 kita hadapi dgn penuh harapan agar bola sepak kitani lebih maju & berjaya. Apa yg pasti 2008 banyak memberi pengajaran berguna kpd kita. Paling mengecewakan & memahitkan ialah pengharaman BAFA oleh pihak berwajib, sambil sebuah badan induk baru FFBD telah ditubuhkan.

Yg pasti 2009 mesti diisi dgn usaha2 & kegiatan2 yg memacu kpd perkembangan positif bola sepak negara. AFC sudah memberi kata putus bahawa Brunei Darussalam boleh melaksanakan apa saja kegiatan walaupun badan induk (BAFA) sudah diharamkan. Diharap FFBD akan terus mengorak langkah mengatur pelbagai aktiviti bagi pembangunan & kemajuan bola sepak tempatan.

Seperti yg diharapkan oleh ramai pihak, B Leauge yg selama ini sudah berjln beberapa musim, mesti disambung kembali sebagai wadah mencungkil bakat2 baru utk membawa cabaran negara di masa hadapan. Selain itu struktur pengurusan bola sepak di negara ini mesti digariskan secara jelas; umpamanya peranan persatuan2 daerah & kelab2 gabungan agar ianya tidak bertindih dari segi perlaksanaan kegiatan2.

FFBD mesti berperanan sebagai 'badan induk' secara mutlak. Seluruh kegiatan bola sepak di pelosok mana pun mestilah di bawah kawalseliaan FFBD. Di samping itu FFBD berdepan dgn 'peperangan' paling hebat di peringkat antarabangsa. FFBD juga dituntut dapat memberi gambaran bahawa FFBD benar2 layak di mata AFF, AFC & FIFA.

Apapun, saya secara peribadi mengucapkan syabas kpd ajk2 penaja FFBD atas penubuhan badan induk itu, serta tidak lupa mantan ajk2 BAFA. Hanya masa yg menentukan. Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 & Masihi 2009. - jabar isnin

Tiada ulasan: