Jumaat, 26 Disember 2008

BAGAIMANA REAKSI FIFA?

Fakta: BAFA diharamkan (setelah rayuan ditolak).

Ini membolehkan sebuah badan induk baru ditubuhkan. Adakah ini langkah yg sesuai utk kebaikan bola sepak negara? Saya suka melihat permasalahan ini dlm skop yg lebih luas. Yg pasti juga, BAFA telah melaksanakan beberapa projek dengan bantuan FIFA sebelum ini termasuk membina ibu pejabat BAFA di Berakas. Bukan sedikit bantuan yg dihulurkan oleh badan induk bola sepak dunia itu.

Jika melihat dari ruang lingkup negara kita sahaja, memang tepat pengharaman terhadap BAFA. Tetapi jika kita membawa kpd konteks FIFA maka ianya menjadi lebih rumit & kompleks. FIFA mempunyai dasar & matlamat tersendiri. Sumbangan wang ringgit yg telah FIFA berikan kpd BAFA bukanlah sedikit & mereka (FIFA) saya rasa tidak akan berdiam diri dlm hal ini.

Saya khuatir apa yg menimpa negara Kuwait, Colombia & Iraq serta hampir2 Poland juga menerima nasib, akan terjadi kpd Brunei Darussalam (negara2 berkenaan telah digantung & hampir digantung oleh FIFA kerana campur tangan pihak tertentu). Sebab itulah saya lebih suka jika BAFA dihidupkan kembali walau dengan apa cara sekali pun.

Seperkara lagi ialah, menurut perlembagaan FIFA, sesebuah badan induk yg baru perlu mengambil masa sekurang2nya 2 tahun beroperasi (setelah segala kegiatannya diawasi oleh FIFA) barulah keahliannya diluluskan dalam Kongres FIFA akan dtg. Ini bermakna dlm 2 tahun mendtg ini kita tidak dpt menyertai atau menganjurkan kejohanan2 antarabangsa. Yg ruginya adalah para pemain, peminat & individu yg benar2 ikhlas memperjuangkan sukan bola sepak.

Paling mendebarkan saya ialah reaksi dari FIFA mengenai hal ini. Menilai dari tindakan mereka (FIFA) sebelum ini jelas bahawa FIFA tegas & amat professional. FIFA amat komited utk memajukan sukan bola sepak & tidak akan membenarkan apa jua elemen2 negatif yg boleh menghancurkannya.

Selepas ini, episod yg membelenggu BAFA sangat kritikal. Kita tunggu & lihat apa reaksi FIFA.

Tiada ulasan: