Isnin, 22 Disember 2008

KAMELUT BOLA SEPAK DI BRUNEI

Episod penyertaan Brunei DPMM FC dalam Liga Super Musim 2009 akan datang ini penuh intrig & drama. FAM terpaksa berbuat demikian (mengeluarkan DPMM FC dari Liga Super) akibat dari masalah yang dihadapi oleh BAFA. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah; bukan menuding jari ke arah siapa atau siapa yang mesti dipersalahkan, akan tetapi menyelami ke dalam diri setiap daripada kita dengan bertanya...Apakah aku benar-benar ikhlas memperjuangkan sukan bola sepak ini?

Jika jawapannya ...Ya....tanya lagi kepada diri kita, Apakah yang sudah aku perbuat? Maka jawapan dari soalan ini jugalah jawapan kepada persoalan di atas. Apa yang sudah kita perbuat untuk memajukan sukan no 1 dunia itu? Membangun atau menghancurkan? 'Tepuk dada, tanyalah selera".

Saya berdoa agar segala permasalahan ini dapat diatasi dengan segera demi kebaikan dan kemajuan sukan bola sepak di Brunei Darussalam. Kita sama-sama ingin melihat pasukan Brunei DPMM FC beraksi dalam Liga Super Musim 2009 dan membawa mutu pemain-pemain tempatan ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat dibanggakan.

Apa pun masalahnya, saya tidak ingin mengupas dengan terpeinci, khuatir ada pihak yang merasa kurang selesa dengan tulisan saya. Apa yang perlu saya ingatkan ialah, "Buat kerja dengan ikhlas dan professional,".

Tiada ulasan: