Selasa, 16 Disember 2008

DPMM FC JUARA DI LABUAN

Replika hadiah wang tunai RM5,000 sebagai Juara Piala Pusingan Datuk M Saravanan
Piala kemenangan (gmbr d ambil d opis DPMM FC)
Bobby sedang menerima hadiah 'Pemain Penyerang Terbaik'.
Para pegawai dan pemain DPMM FC bergambar ramai setelah muncul juara, Syabas. Hj Abd Rahman Tamit yg 'ambil' gmbr ane....2x syabas.

Syabas untuk Brunei DPMM FC. Mereka telah menjadi juara dalam Kejohanan Tiga Penjuru di WP Labuan Piala Datuk M. Saravanan (Timb. Menteri Wilayah Persekutuan). Walaupun tewas 0-1 dalam perlawanan pertama kepada Sabah namun Rosmin Hj Mohd Kamis dan rakan2 berjaya menewaskan skuad 'Tok Gajah' Pahang 2-1 dalam perlawanan kedua. Sebuah lagi pasukan, Ex-Sabah telah menarik diri.

Saya tidak turut serta dalam kunjungan mereka ke Labuan kali ini oleh sebab2 tertentu. Bagaimana pun untuk para pembaca blog ini saya mendptkan gambar dari Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Jurulatih Penjaga Gol DPMM FC). Thank jon.

Lebih manis, Rosmin 'Bobby' Hj Mohd Kamis telah terpilih menjadi Pemain Penyerang Terbaik. Ini amat manis bagi beliau kerana setelah berehat panjang selama 9 bulan akibat kecederaan akhirnya beliau mampu kembali dan beraksi seperti biasa.

Bobby berharap prestasi seperti itu akan berterusan utk Liga Super Musim 2009. Anak muda dari Kg Kelugos, Tutong itu mengucapkan ribuan terima kasih kpd isteri, keluarga, sahabat2 dan rakan2 sepasukan serta MOH & pengurusan DPMM FC, kerana membantu dalam usahanya kembali pulih dari kecederaan.

Saya percaya Bobby & rakan2 akan beraksi baik kali ini. Saya akan menyorot lebih mendalam utk Brunei DPMM FC dalam posting2 akan datang.

Tiada ulasan: