Rabu, 10 Disember 2008

Brunei DPMM FC BERSEDIA UTK LIGA SUPER MUSIM 2009

DPMM FC bergambar ramai sebelum perlawanan menentang Singapore Polytechnic
Jurulatih, Vjeran Simunic sedang memberi penerangan kpd para pemainnya sebelum bermula perlawanan menentang Geylang United FC
Para pemain diketuai oleh Rosmin 'Bobby' Hj Kamis, sedang mendengar penerangan ringkas Simunic.

Buat pertama kali saya ingin mencatatkan sesuatu utk skuad Brunei DPMM FC dlm ruangan ini. Minggu lalu mereka telah berkelana ke Singapura mengadakan 3 perlawanan persahabatan. Alhamdulillah mereka menang ke tiga2 perlawanan itu (menewaskan Nanyang Polytechnic 4-1, Geylang United 1-0 dan S'pore Police Academy 5-2) sebagai persiapan menjelang bermulanya Liga Super Musim 2009.

Minggu ini mereka 'berlayar' lagi, kali ini benar2 berlayar dengan menggunakan feri ke pulau Labuan menyertai kejohanan jemputan Labuan yang turut disertai oleh Pahang, Sabah & ex-Sabah. Inilah kesempatan utk mereka menguji gandingan sebenar sebelum berhadapan musim2 tradisi musim depan.

Secara jujurnya saya belum melihat prestasi pasukan baru Brunei DPMM FC ini dan tidak menyertai mereka dalam 'misi' ke Labuan seperti sebelumnya kerana ada urusan peribadi. Nanti jika berkesempatan saya akan mencoretkan pula perkembangan corak permainan mereka.

Yang pasti banyak perkembangan terbaru, sama2 kita nantikan. Saya janji untuk memberikan komen lebih kritis melalui blog ini.

Tiada ulasan: