Jumaat, 5 Disember 2008

BERITA TERBARU MENGENAI MATHEW MBUTA



Masih ingat Mathew Mbuta? Pemain midfield Brunei DPMM FC dari Cameroon yang beraksi hanya dalam 8 perlawanan Liga Perdana Musim 2005/2006 dan telah menjaringkan 3 gol. Selepas digantikan dengan Tiago dos Santos Roberto, Mathew tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau telah mencuba nasib bersama West Ham Utd dan Arsenal (EPL).

Gagal dalam trail bersama kedua-dua kelab gergasi itu, Mathew beralih arah ke Amerika Syarikat pula dan nasibnya baik apabila kelab division 2 iaitu Crystal Palace Baltimore mendapatkan khidmatnya. Setelah bermain sebanyak 35 kali (7 gol) untuk musim 2007 & 2008, pemain lincah berusia 22 tahun itu maju setapak lagi setelah dilamar oleh kelab bertaraf MSL iaitu Red Bull New York pada 15 Sept. 2008 lalu.

Di Red Bull New York, Mathew sempat bermain 2 perlawanan sebelum MSL melabuhkan tirainya untuk musim 2008 namun beliau mampu menjaringkan 1 gol ketika menentang LA Galaxy (kelab David Beckham). Red Bull New York turut diwakili oleh Juan Pablo Angel pemain berasal Colombia dan pernah bermain di Aston Villa.

Antara bintang2 ternama yang pernah bermain di sini ialah Lothar Mathaus, Youri Djorkaeff, Claudio Reyna, Alexi Lalas, Roberto Donadoni dan Tim Howard. Mungkinkah suatu hari nanti kita akan menyaksikan kelibat Mathew melalui kaca tv di EPL? Sama-samalah kita nantikan. Saya cuba menghubungi berita lanjut dari Mathew sendiri dan akan menyusul kelak.

Tiada ulasan: