Selasa, 1 Jun 2010

PENGURUS MANAKAH JADI 'RAJA PIALA DUNIA'?

Carlos Alberto Parreira - Afrika Selatan

Marcelo Lippi - Itali

Sven Goran Eriksson - Ivory Coast

Fabio Capello - England

Dalam pusingan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan kali ini seperti biasa akan mempertembungkan kemahiran & percaturan strategi antara pengurus pasukan selain prestasi sebenar pemain di tengah padang. Ada beberapa nama pengurus yg berprofil tinggi kali ini umpamanya Carlos Alberto Parreira (Afrika Selatan), Fabio Capello (England), Sven Goran Eriksson (Ivory Coast), Marcello Lippi (Itali) dan Joachim Leow (Jerman).

Selain itu del Besque (Sepanyol), Raymond Domenech (Perancis), Otto Rehanggel (Greece), Diego Maradona dan Paul le Guen (Cameroon) juga dianggap antara pengurus yg boleh membawa pasukan masing2 menjulang Piala Dunia 2010 kali ini. Namun Marcello Lippi dan Carlos Alberto Parreira adalah pengurus paling berpengalaman.

Carlon Alberto bukan sahaja pernah menjuarai Piala Dunia sebagai pemain malah sebagai pengurus juga iaitu pd tahun 1994 (Amerika Syarikat) juga pernah menjadi pengurus beberapa pasukan yg layak ke pusingan akhir sebelum ini iaitu Ghana, Kuwait, Arab Saudi, United Arab Emirates (UAE) dan Brazil.

Manakala Marcello Lippi pula adalah pakar taktikal yg menerajui Itali menjuarai Piala Dunia 2006 di Jerman. Beliau meletak jawatan selepas itu akan tetapi kembali menjadi pengurus setelah Itali gagal menyinar di Kejohanan UEFA di bawah bimbingan Donadoni. Sebaik sahaja Lippi mengambil alih jawatan pengurus prestasi Itali terus naik dan layak secara otomatik ke Afrika Selatan, maka tidak mustahil jika Lippi sekali lagi mampu melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Mengurus sebuah pasukan kebangsaan tidak sama dengan mengurus sebuah kelab. Pengurus pasukan kebangsaan mempunyai beban tugas yg cukup berat kerana bertanggungjawab terhadap maruah sesebuah negara, keseluruhan rakyat negara berkenaan adalah peminat & penyokongnya. Malah mereka (pengurus) mempunyai masa yg cukup terhad utk membimbing pasukan (lebih kurang sebulan sahaja selepas kesemua pemain menamatkan khidmat mereka bersama kelab masing2), selebihnya masa pengurus banyak dihabiskan dgn memerhati prestasi pemain2 ketika bersama kelab & mencipta strategi atau formula mengikut citarasa mereka utk diadun kpd pasukannya kelak.

Terpulang kpd 'adunan' atau 'resepi' manakah yg paling ampuh & berkesan utk dipersembahkan menghadapi lawan masing2. Dari segi strategi pula juga berlainan sekali. Piala Dunia adalah sebuah kejohanan berbentuk 'pesta' iaitu kejohanan dlm masa singkat (1 bulan). Mana2 pasukan yg mempunyai pemain paling berkebolehan, cergas & mempunyai motivasi tinggi serta adunan kemahiran terbaik dlm semua posisi, maka pasukan itulah yg akan berjaya. Dan selebihnya adalah faktor nasib.

Dalam hal ini, kebolehan Marcello Lippi, Fabio Capello, Carlos Alberto, del Bosque & Otto Rehanggel telah terbukti berjaya kerana masing2 telah menjuarai kejohanan dan terbukti formula mereka berjaya. Kita nantikan formula siapakah yg paling berkesan di Afrika Selatan nanti.

Prof: Seorg pengurus kelab yg berjaya tidak semestinya berjaya menerajui pasukan kebangsaan dan begitu juga sebaliknya. Ini membuatkan sukan bolasepak begitu unik & sukar dipercayai kpd mereka yg tidak mempunyai ilmu bolasepak.

Tiada ulasan: