Khamis, 3 Jun 2010

FOKUS PIALA DUNIA 2010 - KUMPULAN A

AFRIKA SELATAN
Sebagai tuan rumah Afrika Selatan mempunyai kelebihan tersendiri. Kekuatan utama skuad 'Bafana Bafana' ialah Carlos Alberto Parreira. Pengalaman luasnya memainkan peranan penting dlm mencorak taktikal & strategi menghadapi pasukan lawan. Antara pemain bintang ialah Steven Pienaar (Everton), Macbeth Sibaya (Rubin Kazan), Bernard Parker (FC Twente), Kagicho Dikgacoi (Fulham) & Aaron Mokoena (Portsmouth).
Prof: Sekurang2nya mampu ke pusingan kedua jika dpt menjinakkan Mexico & Uruguay.
MEXICO
Seperti pasukan2 lain, tuan rumah 1970 & 1986 ini byk bergantung kpd pemain2 yg beraksi di luar negeri sama ada di Amerika Selatan mahupun di Eropah. Rafael Marquez (Barcelona) sekali lagi menjadi tonggak di bhg pertahanan serta pemain veteran Blanco sebagai peneraju pemain2 muda. Pemain lain yg mungkin turut memain peranan penting ialah Giovani dos Santos & Javier Hernandez. Perlawanan pembukaan menentang tuan rumah merupakan kunci kpd perjuangan Mexico.
Prof: Jika berjaya menewaskan Afrika Selatan maka Mexico pasti boleh ke pusingan kedua.
URUGUAY
Jika dinilai bagaimana tuan rumah & juara pertama Piala Dunia ini (1930), maka tidak dpt diharapkan (kerana terpaksa melalui perlawanan play-off menewaskan Costa Rica). Namun prestasi Diaego Forlan (Atletico Madrid), Luis Suarez (Ajax), Ignacio Gonzales (Monaco), Martin Caceres (Juventus) & sebahagian besar pemain2nya yg beraksi di Eropah menjadi kayu ukur. Jika mereka bermain baik maka Uruguay pasti layak ke pusingan seterusnya.
Prof: Tidak hadapi masalah utk ke pusingan kedua. Pasti mampu menewaskan Mexico & Afrika Selatan.
PERANCIS
Layak tetapi melalui play-off. Initulah hakikat yg harus diterima oleh Raymond Domenech & para peminat 'Le Blues'. Tetapi Perancis memang begitu, akan menyinar jika tidak diletak sebagai pasukan favourite. Jika kesemua pemain2 bintang mereka dpt bermain sebagai satu unit maka Perancis sekurang2nya akan layak hingga ke suku akhir. Thiery Henry, Frank Ribery, Willian Gallas, Bacary Sagna, Patrice Evra, Frank Malouda, Eric Abidal & yg lainnya menggalas tugas berat.
Prof: Pasti menjadi juara kumpulan & akan menyinar kali ini bersama Frank Ribery. Jika nasib menyebekahi mereka, juara dlm genggaman.

Tiada ulasan: