Khamis, 10 Jun 2010

KUMPULAN G

NORTH KOREA
Jelas akan menjadi 'budak belasahan' kpd tiga lagi lawannya. Kelemahan paling ketara ialah kekurangan pengalaman antarabangsa para pemainnya. Lebih 95% mereka beraksi di liga dalam negeri. Sejarah membuat kejutan pd temasya 1966, London, dgn memasuki suku akhir sebelum tewas penalti kpd Portugal, tidak boleh menjadi sandaran dlm bola sepak moden ini.
Prof: Tangga tercorot.

IVORY COAST
Kesempatan paling berharga utk menyinar di Piala Dunia menjejak langkah Cameroon, Nigeria, Senegal & Ghana. Namun diundi dlm 'Kumpulan Maut' ini menyentap sendikit langkah Didier Drogba & rakan2. Berbekal semangat bermain di benua sendiri pasti pasukan yg membariskan sebahagian besar pemain2 yg beraksi di Eropah ini mampu mengejutkan Brazil & Portugal.
Prof: Jika mampu mara ke pusingan kedua, Ivory Coast seperti 'air banjir' yg tidak dpt disekat lagi.

PORTUGAL
Bersama Brazil, Portugal adalah favourite utk mara ke pusingan kedua. Walaupun kehilangan pemain sayap, Nani, akibat kecederaan akan tetapi Cristiano Ronaldo tidak akan melepaskan peluang utk beraksi hebat bagi menyamakan statusnya sebagai pemain paling mahal dunia. Deco juga akan memainkan peranan besar dlm pasukan bimbingan Carlos Queiroz ini. Cuma kadang-kala kelemahan bekas penolong Alex Ferguson itu ialah beliau kekurangan ilham utk mencorak strategi sepertimana terbukti dlm perlawanan2 kelayakan.
Prof: Pemain2 hebat namun pengurus agak kurang memberangsangkan. Boleh mara ke pusingan seterusnya.

BRAZIL
Apa lagi yg nak diperkatakan kpd juara 5 kali ini. Walaupun tidak membawa Andriano & Ronaldinho, Dunga sebagai pengurus masih mempunyai ramai pemain2 bertaraf dunia. Kaka, Robinho, Maicon, Lucio, Luis Fabiano, Daniel Alves, Luisao, Gilberto & Julio Cesar sudah memadai bagi ketua pasukan juara 1994 lalu itu. Mereka akan bermain spt biasa dgn corak 'samba' tetapi kali ini mereka lebih banyak menerapkan gaya Eropah.
Prof: Mereka walaupun pilihan utama namun sukar menghadapi Portugal & Ivory Coast. Juara kumpulan.

Tiada ulasan: