Khamis, 10 Jun 2010

KAMELUT BAFA - ADA SINAR DI HUJUNG TEROWONG


Saya menarik nafas lega apabila menerima email dari rakan di Johannesburg, yg mengatakan dgn ringkas bahawa BAFA tidak akan 'dibuang' dari menjadi 'keluarga FIFA', cuma akan 'digantung' hingga menunggu masa akan 'didaftar' semula. Oleh kerana kesibukan membuat kajian tentang Piala Dunia & utk melihat reaksi di sebelah Brunei maka saya mengambil sedikit masa utk memberi sepatah dua reaksi.

Email sahabat lama tadi & laporan akhbar tempatan yg memetik berita tersebut dari laman web rasmi AFC membuatkan saya terus bersemangat utk membuat coretan ini ditambah panggilan telefon dari beberapa org teman & luahan hati beberapa pembaca melalui 'chatbox' blog ini, kesemua mereka menyatakan kegembiraan & berharap pihak2 tertentu dpt menghidupkan kembali BAFA. Seterusnya, segala aktiviti bola sepak di Brunei DS akan berjalan seperti sediakala.

Pun begitu, ianya bukanlah satu tugas mudah kerana beberapa masalah yg mungkin mengekang. Pertama ialah, FFBD sudah tertubuh dan kini bertindak sebagai badan induk bola sepak di negara ini. Mahu atau tidak, jika BAFA ingin dihidupkan kembali maka FFBD terpaksa pula dibubarkan. Kedua ialah, apakah mekanisma yg diguna pakai utk meleraikan permasalahan yg melingkari BAFA ini. Dan ketiga ialah, siapakah individu2 yg layak utk menerajui BAFA? Yang ingin saya ingatkan di sini ialah pilihlah mereka2 yg komited, minat, berpengalaman & professional, jgn hanya memilih org yg berjawatan tetapi tidak mempunyai masa utk bekerja. Sesungguhnya terlalu banyak yg mesti dibuat oleh BAFA utk bola sepak Brunei DS, umpama ingin membangun sebuah bangunan pencakar langit. Dan yg paling penting ialah, ianya bukan kerja seorang individu, ianya kerja berpasukan (teamwork).

Sudah pasti jika pihak2 berkenaan bersetuju utk menghidupkan kembali BAFA maka sebuah jawatankuasa penaja (pro-tem committee) utk menerajui BAFA sebelum ianya diluluskan oleh pihak berwajib, hendaklah dibentuk. Selepas itu kita akan melihat satu lagi sejarah akan tercipta dlm episod panjang sejarah bola sepak di Brunei DS.

Didoakan dan amat2 diharapkan agar 'ada cahaya di hujung terowong'.

Prof: Teringat kata2 pertama saya kpd Awg Liew Chuan Fue sebaik shj mendengar berita FFBD ditubuhkan. "Tunggu reaksi dari FIFA..." kata saya. Kerana saya cukup mengenali FIFA. Sebelum ini org terlepas pandang siapa FIFA...atau pura2 tidak tahu & mungkin jahil tentangnya. Wallahhu ak lam.

Tiada ulasan: