Khamis, 27 Mei 2010

SUBKHIDDIN KEBANGAAN KITA

Subkhiddin Hj Mohd Salleh

Subkhiddin Hj Mohd Salleh, 44 tahun, adalah satu2nya wakil pengadil dari rantau ini yg terpilih utk mengadili perlawanan2 dlm pusingan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Dan sebagai warga rantau ini (Asean) malahan Subkhiddin amat sinonim dgn bola sepak kitani (beberapa kali mengadili perlawanan2 Liga M di Stadium Negara Hassanal Bolkiah) kita patut berbangga dgn pencapaian beliau itu.

Seramai 30 orang pengadil telah dipilih utk berkhidmat di Piala Dunia nanti dan hanya 4 org mewakili AFC. Selain Subkhiddin, pengadil2 lain yg mewakili AFC ialah Khalil Al Ghamdi (Arab Saudi), Ravshan Irmatov (Uzbekistan) dan Yuichi Mishimura (Jepun).

Subkhiddin yg lahir di Parit Buntar, Perak dan kini bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Vokesional, Nibong Tebal, Pulau Pinang juga pernah terpilih mengadili perlawanan2 FIFA U-20 World Cup 2007 Canada dan mula menjadi pengadil bertauliah FIFA pada tahun 2000 lagi.

Apapun yg telah direkodkan mengenai Subkhiddin sebelum ini, kini pengadil pertama anak Malaysia itu telah mencatatkan sejarah beraksi di Piala Dunia dan kita mendoakan agar beliau memberikan keputusan2 yg bertaraf dunia dan professional. Selain dari pemain & pengurus, para pengadil & pembantu2nya juga memberikan warna-warni kpd kemeriahan Piala Dunia dari dulu, kini & selamanya.

Prof: Mengimpikan pengadil dari Brunei DS berada di Piala Dunia tetapi yg masih memeningkan kepala saya ialah adanya beberapa 'Persatuan Pengadil', di tempat lain pengadil adalah salah satu cabang dlm persatuan bolasepak kebangsaan. Di mana silapnya?

Tiada ulasan: