Selasa, 8 Jun 2010

KUMPULAN E

HOLLAND
Skuad 'The Oranje' mencatat keputusan menakjubkan dlm pusingan kelayakan dgn memenangi semua perlawanan. Jelas Giovanni Van Bronchorst & rakan2 akan menjadi tumpuan. Memiliki barisan pemain yg berkualiti & kreatif. Robin van Persie, Dirk Kuyt & Klaas-Van Huntelaar pilihan utama di posisi striker. Midfield diterajui ketua pasukan Bayern Munich, Mark Van Bommel sambil dibantu oleh Arjen Robben, Wesley Sneijder, Rafael van Der Vart & Ryan Babel.
Prof: Mudah utk menjuarai kumpulan ini & akan mara sekurang2nya ke suku akhir.

DENMARK
'Brazil Eropah' ini mengejutkan dlm pusingan kelayakan dgn menjadi juara kumpulan dgn meninggalkan Portugal & Sweden. Namun prestasi mereka tidaklah sehebat zaman 'Laudrup Brothers' dulu. Jika anak buah Morten Olsen ini mampu menewaskan Cameroon maka boleh layak ke pusingan kedua. Banyak bergantung kpd kekuatan pemain2 yg bermain di liga2 Eropah spt Nicklas Bendtner, Dennis Rommedahl, Daniel Jensen, Jon Dahl Tomasson, Daniel Agger dan lain2.
Prof: Sukar utk layak ke pusingan seterusnya. Tugas menewaskan Cameroon di benua Afrika sangat sukar.

JEPUN
Ayam tambatan Asia ini berasa malang diundi dlm kumpulan ini. Malah prestasi Jepun akhir2 ini kurang memuaskan walaupun nyaris2 menewaskan England dlm perlawanan persahabatan minggu lalu. Barisan serangan & midfield masig belum mantap. Terlalu bergantung kpd Shunsuke Nakamura & Keisuke Honda utk menjaringkan gol. Barisan pertahanan agak baik tetapi cepat tenggelam punca, namun jika diselesaikan masalah ini Jepun mampu membuat kejutan.
Prof: Mungkin tercorot dlm kumpulan ini.

CAMEROON
Antara pasukan Afrika paling berjaya dlm Piala Dunia setakat ini. Kali ini sekali lagi Cameroon menggalas harapan rakyat Afrika. Samuel Eto'o & Rigobert Song menjadi tonggak utama. Kemasukan pengurus dari Peranchis Paul le Guen banyak membantu mempertajamkan & memantapkan pasukan ini. Mampu bermain baik dlm semua posisi. Bermain di benua sendiri akan memberi kelebihan.
Prof: Mudah mara ke pusingan kedua bersama2 Holland, malah jika bernasib baik boleh ke suku akhir.

Tiada ulasan: