Jumaat, 21 Mei 2010

KEJOHANAN VETERAN MASUK MINGGU KE 3



Pemandangan sebhgian penonton yg menyaksikan perlawanan antara Kota Ranger FC dan Tutong 'B' di Komplek Sukan Menglait minggu lalu. Walaupun hujan lebat namun mereka tetap ingin menjadi sebahgian dari 'temasya' tersebut. Syabas kpd peminat bola sepak tempatan.

Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group yg bermula 7hb Mei 2010 lalu kini memasuki minggu ke 3. Hari ini (Jumaat) dan Ahad (23Mei) empat lagi perlawanan utk Kumpulan A dan B berlangsung di beberapa gelanggang yg telah diatur oleh pihak Penganjur iaitu VFA.

Sepertinya kejohanan yg buat julung kalinya itu dianjurkan dapat menarik minat ramai penonton. Ini mungkin disebabkan oleh tamatnya liga tempatan iaitu B League, perasaan ingin melihat ramai pemain2 veteran terutama yg pernah mewakili negara beraksi kembali dan juga dunia kini kian dilanda 'world cup fever'.
Jika ingin disebutkan nama2 pemain veteran yg beraksi memang ramai maka saya menyeru jika para peminat ingin melihat dgn lebih dekat lagi datanglah ke gelanggang2 yg telah dijadualkan. Atau sila layari blog rasmi VFA di sini utk mengetahui dgn lebih lanjut perkembangan terkini kejohanan tersebut.

Prof: Kpd pemain2 muda, ini adalah peluang terbaik utk menonton sambil menimba pengalaman dari 'org lama'. Mungkin dpt mencontohi sedikit-sebanyak 'moved' mereka, siapa tahu.

Tiada ulasan: