Ahad, 16 Mei 2010

SIAPA BINTANG BAKAL MENYINAR DI PIALA DUNIA 2010?

Frank Ribery (Perancis)
Lionel Messi (Argentina)
Kaka (Brazil)
Fernando Torres (Sepanyol)
Cristiano Ronaldo (Portugal)
Cacao (Jerman)
Wayne Rooney (England)

Setiap kali berlangsungnya pusingan akhir Piala Dunia, pasti akan muncul bintang2 yg menyinar & memberikan kenangan manis kpd pasukannya dan para peminat bola sepak. Sejarah telah membuktikan, walaupun negara mereka tidak merangkul piala berprestij itu namun pemain2 berkenaan telah berjaya mempamer prestasi membanggakan.

Antara pemaian2 tersebut termasuklah Eusobio (Portugal), Johan Cruyff & Marco van Basten (Belanda), Zico & Socrates (Brazil), Michael Platini (Perancis), Michael Owen & David Beckham (England), Roger Milla (Cameroon), Ang Jung Hwan (Korea Selatan) dan ramai lagi.

Manakala pemain2 yg menyinar dan membantu negaranya menjulang Piala Dunia pula antaranya ialah Pele, Revilino, Carlos Alberto, Careca, Babeto, Romario, Ronaldo & Ronaldinho (Brazil - sekadar menyebut beberapa nama), Franz Beckenbauer, Sepp Mier & Gerd Muller (Jerman Barat), Gordon Banks, Bobby Moore, Bobby Charlton & Stanley Mathews (England), Paolo Rossi & Dino Zoff (Itali) serta Diego Maradona, Mario Kempes & Daniel Pasarella (Argentina).

Untuk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan akan datang ini mungkin beberapa pemain akan berjaya mencuri tumpuan atau mungkin ada antara pemain yg tidak dijangka pula akan mengatasi prestasi bintang2 harapan. Atau mungkin kali ini giliran pemain2 dari benua Afrika dan Asia pula yang menyinar, siapa tahu.

Di atas kertas mungkin pemain2 spt Cristiano Ronaldo (Portugal), Fernando Torres, David Villa & David Silva (Sepanyol), Cacau, Stefan Kiessling & Thomas Mueller (Jerman), Kaka & Robinho (Brazil), Lionel Messi, Sergio Aguero & Diego Milito (Argentina), Alberto Gillardino (Itali), Samuel Eto'o (Cameroon), Didier Drogba (Ivory Coast), Robin van Persie (Belanda), Wayne Rooney (England) dan Frank Ribery (Perancis) akan berada di puncak prestasi, atau mungkin ada antara mereka yg tidak menepati ramalan. Sama-samalah kita saksikan.

Prof: Menyaksikan Piala Dunia 1986 amat menakjubkan. Setakat ini, sejak kemunculan Pele belum ada lagi pemain sehebat Diego Maradona dgn impak yg ditinggalkannya di Mexico itu. Gol 'Hand of God' masih bermain difikiran saya hingga kini. Inilah indahnya bola sepak berbanding sukan lain.

Tiada ulasan: