Sabtu, 1 Mei 2010

KEJOHANAN VETERAN AKAN BERMULA

Kelmarin telah berlansung Majlis Taklimat dan Pengundian bagi Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada jam 3.00 petang yang telah dihadiri oleh Ahli2 Jawatankuasa Kejohanan, pengurus2 pasukan dan ahli2 VFA.

Sebelum acara pengundian bermula, VFA telah disampaikan khabar gembira apabila dua buah syarikat telah bermurah hati untuk menjadi penaja kejohanan iaitu DST Group menjadi 'Title Sponsor' dan Resturan Seri Mama yg kini memiliki francais 'Nasi Katok Mama' pula telah menjadi 'Main Sponsor' dengan menyumbangkan wang tunai sebanyak B$5 ribu. Pengurus & Pemilik Restoran Seri Mama, Awang Haji Jaidi bin Haji Kipli telah menyerahkan replika cek kpd Presiden VFA, Awang Ali bin Haji Ismail.

Apabila acara pengundian berlangsung, hadirin terkejut besar kerana kejohanan ini turut mempunyai 'Group of Death'. Kumpulan B dianggap 'Group of Death' apabila terundi bersama2 ialah dua buah kelab yg suatu masa dulu berseteru iaitu Kota Ranger FC dan Youngsters FC. Sebuah lagi pasukan dlm kumpulan ini yg dianggap kuat ialah Tutong B (PSJD) dan Daerah Belait serta VFA melengkapkan 5 buah pasukan.

Kejohanan akan dirasmikan pembukaannya pd 7hb Mei 2010 (Jumaat), jam 4.00 ptg, bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan akan dirasmikan oleh YDM Pehin Dato' Paduka Haji Hazair bin Haji Abdullah, Timbalan Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam. Sama2lah kita saksikan pemain2 lagenda bola sepak Brunei DS beraksi.

KUMPULAN A
BSRC
Daerah Brunei/Muara (PBDBM)
Daerah Temburong
Muara Vella FC
Tutong A (PERDA)

KUMPULAN B
Daerah Belait
Kota Ranger FC
Tutong B (PSJD)
VFA
Youngsters FC

Prof; Segala penat lelah sampai berbaloi. Rasanya baru kelmarin kami berbincang utk menubuhkan VFA.

Tiada ulasan: