Ahad, 9 Mei 2010

KEJ. BOLASEPAK VETERAN K'SAAN - KOTA RANGER FC BENAM DAERAH BELAIT 6-2

Bekas ketua pasukan kebangsaan Pg Abd Momin Pg Hj Ahmad sdg membawa bola ke kawasan Daerah Belait.
Radiman Hj Abd Rahman berbangga dgn 4 gol yg diperolehinya ptg itu.
Jamhari Lani, ketua pasukan Daerah Belait, juga bekas pemain kebangsaan, sdg mengejar Hj Morni Hj Mohamad dari Kota Ranger FC.
Serangan bahaya Daerah Belait ke kubu Kota Ranger FC namun Jefri Mohamad tangkas menjaga gawangnya dari dibolosi.
Hj Norazmi sdg membuat hantaran silang, nmpknya masih bahaya 'crossing' beliau.
DAERAH BELAIT
KOTA RANGER FC
Tetamu Kehormat, para jemputan khas dan para penaja sedang menyaksikan perlawanan pembukaan.

Ternyata pengalaman bermain diperingkat antarabangsa sebahagian besar dari pemain2 yg diturunkan oleh Kota Ranger FC memberi kelebihan kpd mereka apabila mudah membenam cabaran Daerah Belait 6-2 dlm perlawanan pembukaan Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group pd 7 Mei 2010, jam 4.00 petang, bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Sebelum itu acara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh YDM Pehin Dato Hj Awang Hazair Hj Abdullah, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Presiden VFA, Ali Hj Ismail turut memberi ucapan alu-aluan kpd pasukan2 dan para hadirin. Kejohanan yg dianjurkan buat julung kalinya itu oleh VFA disertai oleh BSRC, Tutong A, Brunei/Muara, Daerah Temburong (Kumpulan A), Daerah Belait, Kota Ranger FC, Tutong B, Youngsters FC & VFA (Kumpulan B).

Bekas pemain DPMM FC, Radiman Hj Abd Rahman muncul wira Kota Ranger FC apabila menyumbang 4 gol dan selebihnya 2 gol oleh Hj Abu Bakar Yassin. Manakala Daerah Belait membalas melalui ketua pasukan & jurulatih yg juga bekas pemain kebangsaan Brunei DS, Jamhari Lani dgn 2 gol juga.

Antara bintang2 Kota Ranger FC ialah Hj Shaari Timbang, Pg Abd Momin Pg Hj Ahmad, Hj. Ismail Hj Pungut, Jefri Mohamad, Hj Norazmi PDP Hj Abd Razak, Hj Mohd Rosaidi Hj Md Khamis, Ali Hj Rashid, Ali Hassan Hj Liman, Hj Tamit Hj Jais dan ramai lagi.

Di separuh masa pertama sahaja Kota Ranger FC telah mendahului dgn 5-1 dan kedua2 pasukan masing2 hanya mampu menjaring 1 gol. Ini memandangkan Kota Ranger FC yg selesa di depan mengambil sikap berhati2 dan bermain secara bersahaja.

Penganjur telah menetapkan agar setiap pasukan dibarisi oleh pemain2 yg berumur 50 tahun ke atas/Grand Masters (2 org), 45-49 tahun/masters (4 org), 40-44 tahun/Masters (3 org) dan 35 hingga 39 tahun/Junior Veteran (2 org). Ini menjadikan kejohanan veteran ini lebih menarik kerana keseimbangan kekuatan antara kesemua pasukan.

Johan dan naib johan kumpulan akan masuk ke pusingan separuh akhir. Pemenang akan layak ke perlawanan akhir dan sementara yg kalah akan bertemu menentukan tempat ketiga. Kejohanan akan berlangsung selama 2 bulan iaitu perlawanan akhir dijangka pd 11hb. Julai 2010 juga di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Johan menerima hadiah wang tunai $500, piala & pingat, naib johan pula menerima wang tunai $400, piala & pingat dan ketika juga menerima wang tunai $300 dan pingat. Anugerah2 lain ialah Anugerah Fairplay, Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik.

Prof: Sama2lah kita saksikan lagenda2 kitani beraksi setiap hujung minggu.

Tiada ulasan: