Rabu, 12 Mei 2010

PIALA DUNIA 2010 AFRIKA SELATAN - RAMAI BINTANG TIDAK TERSENARAI

Javier Zanetti

Francesco Totti

Ronaldinho

Patrick Vieira

Ruud van Nistelrooy

Pusingan Akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan akan bermula kira2 30 hari dari sekarang. Banyak negara telah menyenaraikan 30 pemain (akan dikecilkan kpd 23 pd 30 Mei nanti) mereka. Pengurus Brazil, Dunga, mengambil keputusan luar biasa dgn membuat keputusan awal iaitu terus menamakan 23 pemain utk mengelak dari timbul pelbagai spekulasi oleh pihak media & pihak2 lain menjelang bermula Piala Dunia.

Dalam senarai awal itu, dilihat ramai pemain2 bintang yg berusia 30 an diketepikan oleh pengurus/jurulatih masing2. Berikut adalah pemain2 bintang yg tidak tersenarai;

Itali - Marcello Lippi mengambil langkah tegas dgn tidak menyenaraikan tiga pemain bintang yg membantunya memenangi Piala Dunia 2006 iaitu Allesandro Del Piero, Francesco Totti dan Luca Toni.

Belanda - Ruud van Nistelrooy, walaupun berpindah ke Hamburg SV dari Real Madrid utk menambat hati Bert van Manwijk's (pengurus) namun tetap disingkirkan.

England - David Beckham & Michael Owen terpaksa melupakan Piala Dunia buat selama2nya. Kini hanya tinggal kenangan kerana alasan kecergasan membuatkan Fabio Capello tidak memberi mereka peluang terakhir.

Brazil - Ronaldinho dan Adriano, dua bintang terkemuka Brazil telah tidak tersenarai dlm skuad 23 pemain terakhir Dunga. Alasan ketua pasukan Piala Dunia 1994 itu ialah kedua2nya sudah diberi peluang di peringkat antarabangsa namun gagal menyerlah.

Peranchis - Bekas ketua pasukan, Patrick Vieira mengalami nasib serupa dgn Nistelrooy, cuba mencari kelab baru utk memikat hati pemgurus, tetapi masih belum cukup memuaskan. Ini membuatkan pinjaman Vieira ke Man City gagal memberi kesan. Bintang Real Madrid, Karim Benzema juga diketepikan oleh Raymond Domenech. Namun bekas bintang Lyon itu masih muda dan mempunyai byk masa mencipta nama di persada antarabangsa.

Argentina - Diego Maradona mengenepikan khidmat dua pemain veteran iaitu Javier Zanetti dan Estaban Cambiasso.

Kita lihat saja nanti apakah langkah mereka (pengurus/jurulatih) mereka berbaloi atau sebaliknya.

Prof: Pesta bola setiap 4 tahun sekali ini pasti disambut meriah di seluruh dunia. Begitu menyeronokkan, saban hari selama sebulan perbualan di pejabat, kedai kopi, saloon, dlm kenderaan, majlis hari jadi, majlis perkahwinan malah makan malam bersama keluarga semuanya bertumpu kpd Piala Dunia. Tiada sukan lain sama sepertinya.

Tiada ulasan: