Sabtu, 8 Mei 2010

CHELSEA ATAU MAN UTD, BARCA ATAU REAL & INTER ATAU ROMA?

Real Madrid berbelanja lebih 200 juta Euro semata2 utk memenangi La Liga musim ini. Mampukah mereka menewaskan Barcelona dlm baki 2 perlawanan ini?

Bundesliga sudah menjadi genggaman Luis van Gaal & anak buahnya di Bayern Munich setelah terlepas dari mereka musim lalu.

EPL, La Liga & Serie A. Ketiga2 liga yg paling berprestij di dunia. Musim 2009/2010 menuju penghujungnya & begitu juga keputusan kelab mana yg bakal berpesta sebagai juara akan ditentukan hingga ke perlawanan terakhir kerana perbezaan mata yg cukup tipis. Di EPL, Chelsea (83) & Man Utd (82) akan menentukan nasib mereka esok apabila melayani kedtgan lawan2 mereka yg agak kerdil. Di Stamford Bridge, Chelsea berdepan Wigan semantara di Old Trafford, Man Utd akan menanti Stoke City.

Di atas kertas, kedua2 jaguh EPL itu mudah utk menumbangkan lawan2 mereka, dan jika ini berlaku maka Carlo Ancelotti akan menjadi pengurus asing ketiga (selepas Arsene Wenger & Jose Mourinho) menjuarai EPL. Namun dlm bola sepak apa saja kemungkinan boleh berlaku, bak kata pepatah 'bola itu bulat' ia boleh bergolek ke mana sahaja.

Di La Liga pula, Barcelona juga mendahului Real Madrid dgn 1 mata dgn berbaki 2 perlawanan. Jika melihat prestasi semasa sudah pasti Barcelona dan Lionel 'The Magic Boy' Messi tidak mempunyai masalah menumpaskan lawan2 mereka. Jika ini berlaku maka ianya satu kejayaan paling bermakna kpd Barca & pengurusnya Pep Giordola kerana mampu menepis cabaran 'skuad bintang' Real Madrid dgn tidak berbelanja besar utk mengecapi kejayaan.

Manakala 'The Special One' Jose Mourinho mengendali Inter Mila dgn caranya yg tersendiri. Dgn Piala Itali sudah dlm genggaman kini dua lagi piala menjadi buruan iaitu Serie A dan Champion Cup. Jika berjaya maka Jose Mourinho benar2 layak digelar 'The Special One'. Utk mahkota kejuaraan Serie A, Inter mengumpul 76 mata dan pencabar terdekat pula ialah Roma dgn 74 mata. Maka baki 2 perlawanan mereka akan menentukan segala kemungkinan.

Bundesliga pula sudah dirangkul oleh Luis van Gaal dan Bayern Munich. Ligue One Peranchis pula dipunyai oleh Marseille setelah 18 tahun kemarau kejuaran sejak era Jeane Marrie-Pappin pd musim 1991/1992.

Prof: Sangat menarik memerhati bagaimana liga2 tersebut dikendali, diurus & diniagakan dgn professional dan menguntungkan semua pihak. Apakah kita belajar drpnya? Tidak bolehkah, mungkin 10% shj elemen2 dari liga2 tersebut dilaksanakan di sini?

Tiada ulasan: