Ahad, 23 Mei 2010

MOURINHO LAWAN TOWKEY & CIPTA SEJARAH

Para pemain & pegawai Inter Milan bergembira bersama Champion League.

Inter Milan menumpaskan Bayern Munich 2-0 di Stadium Bernabeau, Real Madrid utk memenangi Champion League buat pertama kali sejak 45 tahun lalu dan 'treble' juga nampaknya milik Inter setelah merangkul Serie A dan Piala Itali. Jelas pengurusnya Jose Mourinho telah lawan towkey iaitu Louis van Gaal bekas bossnya di Barcelona dahulu yg kini menerajui Bayern Munich.

Kini Mourinho juga mencipta sejarah dgn menjadi org ketiga berjaya memenangi Champion League sebagai pengurus (sebelum ini ialah Ernst Happel & Otmar Hitzfeld). Kedua2 gol hasil sumbangan striker Argentina Diego Millito yg berusia 30 tahun namun baru muncul sebagai penyerang berbisa hasil asuhan Jose Mourinho. Sebelum ini Mourinho menjulang Champion League pd 2004 bersama Porto FC dan dua kali kandas di separuh akhir ketika dua musim bersama Chelsea.

Bukan mudah utk memenangi Champion League dgn kelab yg berlainan. Hanya 'The Special One' shj yg mampu melakukan. Mourinho bukan sahaja 'The Special One' malah kreatif. Walaupun Inter bermula dgn formasi 4-2-1-3, akan tetapi formasi itu berubah2 sepanjang perlawanan menentang Bayern Munich berdasarkan kpd posisi beberapa pemain juara Bundesliga itu.

4-1-2-3, 4-2-3-1 & 4-1-4-1 bersilih-ganti digunakan oleh Mourinho yg sentiasa berdiri di 'technical area' Inter hinggalah wisek penamat dibunyikan. Nasib Bayern Munich mungkin berlainan jika Frank Ribery dpt diturunkan tetapi itulah hakikat. Kelab sebesar Bayern Munich itu tidak akan terguggat dgn hanya kekurangan seorg pemain malah Louis van Gaal sebagai peneraju. van Gaal bagaimanapun mengakui bahawa 'defensive method' yg diamalkan oleh Mourinho menghasilkan kejayaan berbanding 'attractive game' yg diamalkan oleh beliau sendiri.

Jika benar 'The Special One' ingin berpindah ke Real Madrid, saya percaya beliau mampu membawa kelab gergasi itu merampas mahkota La Liga dan Champion League. Saya percaya masih byk lagi rekod & sejarah yg bakal dicipta oleh Jose Mourinho di masa2 akan datang.

Prof: Tidak sia2 saya lebih menyanjung & menghormati Jose Mourinho berbanding Alex Ferguson. Bagi saya, Ferguson tanpa kuasa wang Man Utd tidak ke mana2.

Tiada ulasan: