Ahad, 18 Oktober 2009

SENARIO BOLASEPAK BRUNEI - KOTA RANGER FC, SATU BAHAN KAJIAN

Keputusan terkini Perdana Dua Liga Brunei - LLRC FT 8 Kota Ranger FC 0.

Saya senghaja mengutarakan keputusan di atas utk menjadi renungan semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak dlm aktiviti & perkembangan bolasepak di Brunei DS ini. Baik pemimpin, bekas pemimpin, peneraju kelab, para penaja, jurulatih, pemain, pemerhati, peminat & ibu bapa pemain, termasuk pihak pembuat dasar dan pihak berwajib. Ianya lebih kepada 'mencabar minda' atau satu lontaran reaksi utk kita berfikir, mengkaji lantas membuat kesimpulan.

Latar belakang - Siapa yg tidak kenal Kota Ranger FC? Kanak2 seusia 10-15 tahun mungkin tidak mengenali kelab yg paling berjaya di Brunei DS itu namun kpd abang2 atau bapa2 mereka sudah pasti mengetahui sejarah gemilang Kota Ranger FC. Pernah menjuarai Liga Brunei dlm beberapa musim pd dekad 80an & 90an dgn membariskan sejumlah besar pemain kebangsaan antaranya ialah Shari Timbang, Sahri Hj Tuah, Pg Momin Pg Ahmad, Hj Mohd Yunus Hj Mohd Yussof, Ismail Hj Pungut, Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak, Sarbini Razali, Yusri Hj Mohd Yussof, Hj Norazmi PD Hj Abd Razak & ramai lagi (sekadar menyebutkan beberapa nama).

Kota Ranger FC juga pernah mewakili Brunei ke Asian Club Championship 1987/88 & juga juara Piala Borneo beberapa kali. Kelab2 yg seangkatan ialah Youngsters FC, Muara Star, ABDB, Kilanas FC, Indera FC, Sabena FC & Perkasa FC. Dlm era 2000 kelab itu pernah menjuarai Piala 25 Tahun RBA dgn mengalahkan DPMM FC dlm perlawanan akhir. Dan terakhir ialah naib juara Piala FA 2005 serta naib juara Piala Nissan Bawah 20 Tahun.

Terkini - Kota Ranger FC berada dlm Perdana Dua Liga Brunei, menduduki tangga corot setelah tumpas dgn teruknya dlm kedua2 perlawanan iaitu 0-7 kpd Kilanas FC & 0-8 kpd LLRC FT.

Persoalan yg ingin saya utarakan & memerlukan kajian mendalam serta perhatian khusus (bukan utk Kota Ranger FC shj malah utk keseluruhan senario bola sepak Brunei DS) oleh semua pihak.

1. Kenapakah ianya berlaku? Dari sebuah kelab jaguh sehingga menjadi 'whipping boy' kpd kelab2 yg 'baru setahun jagung' atau 'hingusan'.

2. Apakah kerana silap pengurusan?

3. Atau kerana sistem pengurusan bola sepak di Brunei membuatkan perkara ini terjadi.

4. Mungkin ketiadaan satu projek pembangunan jangka panjang dari peringkat kelab hingga kebangsaan.

5. Apakah ada yg tidak kena dgn liga yg sedang berjalan? (B League bermula sejak 2002 - 7 tahun lalu) sehingga Kota Ranger FC gagal berfungsi?

6. Ke manakah hilangnya 'semangat' pemain2 lama Kota Ranger FC hingga mereka 'membisu seribu bahasa' melihat kelab yg pernah mengangkat nama mereka 'diratah' hingga lumat oleh lawan?

7. Dan yg terakhir, siapakah yg 'terliur' utk menyelesaikan perkara ini? (membentang satu dasar atau wawasan projek pembangunan yg komprehensif demi menjaga bukan sahaja kelab2 malah pembangunan & kemajuan bola sepak dari akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa).

Youngsters FC, Kasuka FC, Sabena FC & Muara Star FC sudah tidak ada dlm senarai dan saya khuatir Kota Ranger FC juga akan menurut satu masa nanti. Tanda2 kpd beberapa kelab lain juga sudah mula kelihatan.

Saya tinggalkan kpd awda mencari jawapan secara intelektual & praktikal. Ianya hanya akan terjawab dlm 5 tahun, mungkin? Atau mungkin tidak terjawap terus. Wallahualam.

Prof: Melihat ramai yg ingin merebut jawatan dlm persatuan tetapi apabila sudah dpt jawatan tak tahu apa hendak dibuat. Hanya eksyen dgn jawatan ke sana ke mari. Ianya berlaku di mana-mana.

Tiada ulasan: