Selasa, 13 Oktober 2009

PENGHARGAAN BUAT 'ALONG' aka LIM AIK HOCK

Along (berbaju kuning, dua dari kiri) sdg mendengar arahan dari jurulatih team Barracuda.

Along (depan, kiri sekali) bersama rakan2 sepasukan Barracuda Brunei yg menyertai ABL.

Posting saya kali ini agak berbeze sedikit dgn posting2 yg lalu. Kali ini saya ingin memberikan penghargaan kpd individu yg bernama LIM AIK HOCK aka ALONG. Beliau adalah bekas pemain bola sepak Kota Ranger selama kira2 3 tahun (2004-07) & pernah membawa Kota Ranger ke final Piala FA 2005 B League serta membantu kelab lagenda itu naik ke Divisyen 1 Liga B pd Musim 2006.

Kini Along telah menganggotai team bola keranjang professional Brunei DS iaitu Barracuda yg sedang menyertai Asean Basketball League (ABL). Syabas buat Along kerana berjaya menjadi ahli sukan tulen. Along sememangnya seorg pemain bola keranjang yg handal dan pernah mewakili Brunei di peringkat sekolah. Oleh kerana Along juga minat bola sepak maka beliau turut meluangkan masa menjalani latihan & menyiapkan jadual2 perlawanan kelab yg dianggotainya.

Bakat semula jadi Along bermain bola sepak pd mulanya telah 'dihidu' oleh Hj Mohd Rosanan yg ketika itu masih menjadi jurulatih/pemain Kota Ranger dlm satu kejohanan futsal. Bekas striker negara itu 'nampak' ciri2 yg dimiliki oleh Along mampu menjadikan beliau seorg pemain bola sepak yg bagus terutama di posisi striker. Along memiliki kepantasan berlari, tendangan yg tajam & berupaya melompat agak tinggi ketika membuat tandukan (ini dimilikinya kerana beliau mempunyai asas lompatan dlm bola keranjang).

Akhirnya Along muncul sebagai salah seorg striker meningkat naik pd saat itu & mampu membawa Kota Ranger ke final Piala FA 2005 (sebelum tewas 0-3 kpd ABDB). Malangnya 'jodoh' Along bersama Kota Ranger & bola sepak tidak lama oleh kerana pengurusan yg lemah & ketiadaan projek pembangunan bola sepak yg khusus bagi negara ini maka bakat Along terbiar begitu sahaja. Maka hilanglah juga sebutir bintang dari kaum Tionghua dlm bola sepak Brunei setelah Liew Chuan Fue (bekas ketua pasukan kebangsaan).

Kini Along sdg giat berlatih & menghadapi perlawanan2 penting dlm ABL 2009/2010. Diharap Along berjaya membuktikan bakat tempatan dlm skuad Barracuda itu nanti & berjaya pula memberikan impak kpd penyertaan sulung beliau di samping beberapa pemain import dari Filipina & Amerika.

Prof: Masih ingin tandukan kencang Along telah meranapkan impian QAF FC utk mara ke final Piala FA di JBS, Berakas. Kita melihat bagaimana terbuangnya sebutir bintang oleh kerana pengurusan yg lemah & sistem yg tiada matlamat.

Tiada ulasan: