Khamis, 15 Oktober 2009

KEJAYAAN DRAMATIK BAGI MARADONA

Maradona nyata gembira dgn kejayaannya membawa Argentina ke final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Lionel Messi (no 10) bersama rakan2 yg lain sdg meraikan jaringan penentuan sewaktu menewaskan Uruguay di Montevidio mlm tdi.

Satu kejayaan yg cukup dramatik! Itulah ungkapan yg selayaknya utk menggambarkan kejayaan Diego Armando Maradona membawa Argentina menempah tiket ke final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan setelah menang tipis 1-0 ke atas Uruguay dlm perlawanan 'hidup & mati' antara kedua2 pasukan Amerika Selatan itu.

Dgn kemenangan itu Argentina melengkapkan 4 pasukan yg layak secara otomatik dari benua Amerika Selatan, sementara Uruguay pula terpaksa menghadapi perlawanan playoff. Sebelum itu Brazil, Paraguay & Chile telah layak lebih awal. Byk ranjau berduri yg ditempuh oleh Maradona sebelum membawa skuad penuh bintang itu menyertai pasukan2 pilihan yg lain ke final Piala Dunia 2010. Pd satu peringkat Maradona yg dianggap sebagai pemain bola sepak terhandal di dunia oleh para peminatnya telah dicemuh gara2 tewas dlm beberapa perlawanan penting namun Maradona bertekad utk meneruskan usahanya.

Dibarisi oleh beberapa pemain terbaik ketika ini seperti Lionel Messi, Carlos Tevez, Juan Sebastian Veron, Javier Mascherano, Higuain, Gabriel Heinze, Pablo Aimar & Palermo agak menghairankan jika Argentina gagal layak dan adalah satu kerugian dlm bola sepak jika mereka gagal beraksi dlm aksi2 final nanti.

Agak mencemaskan apabila Maradona meluahkan hasrat utk mengundur diri dari mengemudi Argentina sebaik tamat perlawanan kelayakan ini kerana tertekan & ada pihak2 yg menurutnya campur tangan dlm pengurusan pasukan. Diharap Maradona berfikir kembali & membatalkan hasratnya itu kerana kita ingin melihat kepintaran sewaktu beliau beraksi sebagai pemain dpt diterjemahkan pula kpd percaturan strategi mengendali pasukan terutama dlm final Piala Dunia.

Para peminat pasti ingin melihat pertembungan idea & strategi antara Maradona & lain2 pengurus spt Fabio Capello (England), Marcelo Lippi (Itali), Dunga (Brazil), Joachim Loew (Jerman) dan mungkin Gus Hiddink (Russia) & Raymond Domenech (Perancis) yg terpaksa mengharungi perlawanan playoff nanti. Sekurang-kurangnya mengulangi kejayaan Franz Beckenbauer menjuara Piala Dunia sebagai kapten & pengurus. Jika tidak satu kerugian besar kpd sukan bola sepak itu sendiri. Harap Maradona menempah 'tiket penerbangan' ke Afrika Selatan 2010 nanti.

Prof: Masih terbayang kehebatan Maradona dlm Piala Dunia 1986 di Mexico. Afrika Selatan 2010 juga mungkin menyaksikan satu lagi sejarah bakal tercipta.

Tiada ulasan: