Isnin, 5 Oktober 2009

DOLLAH KASSIM PENGSAN DI PADANG

Dollah Kassim (tengah) ketika zaman kegemilanganya bersama pasukan Singapura.

Di khabarkan oleh teman saya yg berada di Singapura, bintang veteran era 70 an mereka iaitu Dollah Kassim telah pengsan ketika bermain malam tadi (4 Okt 2009) bertempat di Stadium Jalan Besar, ketika sedang mewakili veteran Singapura menentang Selangor dlm perlawanan Piala Sultan Selangor yg dianjurkan secara tahunan antara kedua musuh tradisi Piala Malaysia itu.

Dollah yg digelar 'The Gelek King' kerana kelincahannya mengelecek bola ketika zaman kegemilangannya bagaimanapun kini telah stabil apabila terus dibawa ke hospital sebaik sahaja rebah dan dipercayai terkena serangan jantung. Dan kita turut mendoakan agar Abang Dollah cepat sembuh & terus menabur bakti kpd sukan bola sepak terutama di negaranya Singapura.

Kpd para peminat bola sepak yg tidak mengenali siapa Dollah Kassim suka dinyatakan bahawa beliau adalah antara nama besar dlm kancah bola sepak Singapura sebelum munculnya Fandi Ahmad. Beliau telah mewakili Singapura dari tahun 1968 - 79 dlm kejohanan Piala Malaysia & antarabangsa. Samad Alipitchay dan Mohamad Noh adalah rakan seangkatan beliau bermain.

Prof: Harap dpt merealisasikan utk menganjurkan Veteran Tri-Nation Tournament (Brunei DS-Singapura-Malaysia) bersama Abang Dollah. Insya-Allah.

Tiada ulasan: