Khamis, 1 Oktober 2009

29SEPT2009 - BAFA DIGANTUNG OLEH FIFA

Maka tercatatlah satu lagi sejarah dlm kancah bola sepak Brunei DS apabila BAFA digantung keahliannya oleh FIFA disebabkan oleh campurtangan oleh pihak berwajib. Keputusan ini dicapai dlm mesyuarat AJK (Committee) FIFA yg berlangsung di Rio de Jenerio, Brazil dgn dipengerusikan oleh Presdien FIFA, Sepp Bletter.

Keputusan itu tidak memeranjatkan saya, malah telah saya jangkakan sejak dari dulu (sila rujuk posting awal saya mengenai perkara ini). Lantas saya teringat akan perbualan antara saya & Liew Chuan Fue, bekas ketua pasukan kebangsaan sewaktu beliau hendak menghantar saya pulang ke rumah. Waktu itu BAFA sudah 'tiada' & muncul FFBD. Kata saya kpd Liew, "FIFA tidak akan berdiam diri mengenai hal ini, mereka pasti bertindak kerana merujuk kpd beberapa kes sebelum ini, apatah lagi FIFA ada sumbangan kpd BAFA (Goal project),". Namun akhirnya Liew Chuan Fue 'terpaksa' menjadi salah seorg AJK FFBD.

Memang sudah diketahui bahawa FIFA paling tidak gemar jika ada ahli gabungannya 'diganggu' atau 'cuba dinafikan hak', maka tindakan gantung atau 'suspend' akan diambil sehingga ahli gabungannya kembali dihidupkan. Mungkin pihak2 tertentu tidak menyedari perkara ini. Ini menunjukkan bahawa tindakan terburu2 tidak mendatangkan hasil, mintalah pandangan org yg arif atau 'masak' tentang sesuatu perkara walaupun kita pandang hina seseorg itu atau tidak mempunyai 'kelas' utk bersama kita dlm sesuatu acara.

Bagi saya semua pihak menyumbang kpd masalah ini. Oleh itu semua pihak juga hendaklah membuat pembetulan seberapa segera, terimalah kenyataan ini walaupun ianya sepahit hempedu kerana yg pahit itu adalah ubat paling mujarab & yg manis itu banyak mendtgkan penyakit. Kini terpulang kpd 'interim committee' yg telah dilantik oleh FIFA utk berusaha bagaimana caranya menghidupkan kembali BAFA agar segala kegiatan bola sepak di Brunei DS dpt kembali berjalan spt biasa.

Apa yg perlu saya ingatkan kpd 'interim committee' itu ialah, jgn mendiamkan sesuatu perkara. Beri penerangan kpd orang ramai kerana bola sepak adalah milik semua. Jgn biarkan mereka tertanya2 apa yg sedang terjadi. Dgn membuat penerangan dari masa ke semasa membolehkan masyarakat mengetahui usaha & gerak kerja yg diungkayahkan utk menghidupkan kembali BAFA. Semoga 'ada sinar di hujung terowong' kpd bola sepak Brunei DS.

Prof: Kesian dgn DPMM FC kerana terpaksa mengundur diri dari S League. Saya berdoa agar kamelut ini boleh diselesaikan dlm kadar segera.

Tiada ulasan: