Rabu, 7 Oktober 2009

PIALA MALAYSIA 2009 - SELANGOR CALON FAVORIT

Aksi Kedah DA ketika bertemu Kelantan dlm salah satu perlawanan, nampaknya 'Negeri Jelapang Padi' itu malap tahun ini.

Walaupun Brunei DS tidak lagi terlibat dlm kancah Liga M & Piala Malaysia namun hubungan antara keduanya tetap erat oleh itu saya tetap terpanggil utk menulis mengenai perkembangan Piala Malaysia lebih2 lagi banyak kenangan yg dikumpul oleh Brunei DS sendiri selaku pasukan pertama dari Pulau Borneo yg menjuarainya pd tahun 1999.

Nampaknya tahun 2009 ini spt milik 'Gergasi Merah' Selangor. Tiga kejuaraan sudah dlm genggaman mereka iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA & Juara Liga Super dan kini hanya tinggal Piala Malaysia utk dijangkau oleh jaguh Lembah Klang itu. Setelah kesemua pasukan menghabiskan 4 perlawanan peringkat kumpulan (tinggal 2 perlawanan lagi pd 10 & 13 Okt 2009), Selangor, Negeri Sembilan & Kelantan gagah dgn mencapai rekod bersih menang kesemua dgn mengumpul 12 mata maksima.

Malangnya juara 3 piala musim lalu iaitu Kedah DA masih dlm situasi membimbangkan dgn hnya mengumpul 4 mata. Nampaknya musim ini bukanlah milik Azraai Khor & anak buahnya. Yg pasti Selangor nampak mantap di depan manakala Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Johor FC & KL Plus dilihat berupaya menjadi penghalang kpd Selangor.

Di bawah adalah kedudukan pasukan2 dlm perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2009.

Kumpulan A
1. KL Plus - 10
2. Perlis - 9
3. Pahang - 2
4. Melaka - 1

Kumpulan B
1. N. Sembilan - 12
2. Terengganu - 9
3. Johor - 3
4. Sarawak - 0

Kumpulan C
1. Perak - 9
2. Johor FC - 9
3. KL - 4
4. MyTeam - 1

Kumpulan D
1. Selangor - 12
2. Kuala Muda Naza - 6
3. Sabah - 3
4. PDRM - 3

Kumpulan E
1. Kelantan - 12
2. Kedah - 4
3. Pulau Pinang - 4
4. ATM - 2

Prof: Terlampau byk kenangan yg terkumpul dlm Piala Malaysia ini & yg paling manis ialah tatkala Johor (negeri saya) menjadi juara buat pertama kali pd 1985 & saya berada di tepi pdg sdg bertugas serta ketika Brunei DS juara pd 1999 - saya membawa 100 org peminat bersama, sngt indah & manis.

Tiada ulasan: